Photobucket

Penanti: Tak sampai 50% keluar mengundi...pengundi bosan

Pilihan raya kecil DUN Penani mencatatkan sejarah tersendiri apabila jumlah mereka yang keluar mengundi tidak sampi 50 peratus. Sehingga jam 5.00 petang apabila semua sembilan pusat pembuangan undi ditutup, hanya 46.15% atau kira-kira 7,100 pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mensasarkan jumlah yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil berkenaan ialah sekitar 70%.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, jumlah yang keluar mengundi bagi DUN Penanti ialah seramai 12,657 atau 82.08% daripada 15,421 jumlah keseluruhan pengundi.

Mengulas mengenai peratusan keluar mengundi yang rendah itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osma berkata, peratusan kecil tersebut membuktikan rakyat khususnya para pengundi di Penanti tidak merestui pilihan raya kecil berkenaan diadakan.

Katanya, rakyat tidak keluar mengundi kerana pilihan raya itu hanyalah mainan politik PKR yang menghadapi masalah dalaman mereka.

“Rakyat pandai menilai, mereka tidak keluar mengundi kerana tidak mahu terpedaya dengan cara PKR yang mempermainkan pilihan raya kecil, mesej ini sangat jelas.

“Dengan itu jika PKR menang sekalipun, kemenangan itu tidak bermakna kerana tidak sampai separuh pengundi keluar. Moralnya mereka kalah kerana jumlah yang tidak keluar mengundi lebih ramai,” ujar beliau.

Mengenai dakwaan kononnya kemerosotan jumlah keluar mengundi itu ada kaitan dengan cerita UMNO membawa para pengundi melancong ke Thailand, Zainal tegas menyatakan, sehingga petang hari mengundi tiada sebuah bas rombongan pun keluar meninggalkan Penanti.

“Saya dan semak, sehingga petang ini tiada sebuah bas pun yang membawa pengundi Penanti melancong. Ini semua cerita karut pembangkang dan beberapa blog yang cuba mengaitkan UMNO dengan kemerosotan jumlah keluar mengundi.

“Hakikatnya mesej rakyat jelas, mereka tidak keluar mengundi kerana bosan dengan mainan politik PKR yang menjadikan pilihan raya kecil untuk membetulkan masalah dalaman mereka,” ujar beliau. – 31/5/2009

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers