Photobucket

Kematian Teoh: Tan Boon Wah beri keterangan di IPD Shah Alam

SHAH ALAM: Anggota Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah malam tadi memberikan keterangan berhubung kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock yang ditemui di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Khamis lepas.

Tan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seksyen 11 di sini pada pukul 9 malam bersama isteri dan peguamnya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata Tan dikehendaki hadir untuk memberi keterangan kerana sebelum ini beliau membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabtu lepas tetapi enggan percakapannya itu dirakamkan.

Khalid turut menasihatkan Tan supaya menghadirkan diri ke balai polis untuk dirakamkan percakapan atas laporan yang dibuatnya, dan sekiranya beliau tidak hadir, polis akan mengeluarkan notis mengikut Seksyen 111, Kanun Acara Jenayah untuk mengeluarkan perintah kepadanya memberi keterangan di balai.

Sekiranya Tan tetap enggan memberikan keterangan berkenaan laporan polis yang dibuatnya itu, pihak polis boleh mengambil tindakan lanjut terhadapnya kerana membuat laporan palsu.

Teoh, 30, ditemui mati tengah di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini yang menempatkan pejabat SPRM Selangor yang dilaporkan menyoal siasat beliau beberapa jam sebelum itu.

BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers