Photobucket

Liwat: Drama Kes Anwar Makin Carca Marba


Perbicaraan kes penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memang penuh dengan caca marba. Walaupun kes sebenar tuduhan liwat yang dihadapinya belum pun berjalan lagi, drama bersiri mengenai kes berkenaan terus ditayangkan untuk tontonan umum.

Terbaru, peguam utama beliau, Sulaiman Abdullah yang tidak dapat hadir minggu lalu kerana sakit, hari Rabu dimaklumkan telah menarik diri daripada mengetuai pasukan pembelaan Ketua Pembangkang itu kerana faktor kesihatan.

Sehubungan itu Anwar memohon perbicaraan permohonan beliau untuk mendapatkan dokumen berkaitan kes liwatnya daripada pendakwa raya ditangguhkan dua minggu lalu bagi membolehkan beliau membuat perlantikan peguam utama yang baru.

Namun, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Diah menolak permohonan penangguhan itu tetapi sebaliknya memutuskan akan menyambung semula prosiding kes berkenaan pada jam 2 petang ini.

Prosiding hari ini selain daripada mendengar permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen berkaitan kes liwatnya, ia juga akan menetapkan tarikh untuk sebutan satu lagi permohonan Anwar iaitu untuk membatalkan pertuduhan liwatnya serta menetapkan tarikh untuk perbicaraan utama kes liwat beliau yang telah dua kali ditangguhkan sebelum ini.

Sejurus pendengaran disambung semula jam 2 petang hakim mengarahkan pasukan peguam Anwar teruskan kes berkenaan.

Hak Anwar tidak akan diabaikan jika mahkamah meneruskan perbicaraan kes liwatnya itu tanpa peguam utamanya itu, kata Hakim dan menurutnya pasukan pembelaan yang telah membantu Sulaiman dari hari pertama, kompeten untuk mengendalikan permohonan pada hari ini.

Sementara itu peguam Edmund Bon pada pendengaran permohonan Anwar kepada Mahkamah Tinggi untuk memerintahkan pihak pendakwaan memberikan kepadanya semua dokumen berkaitan kes liwatnya itu secepat mungkin sebelum perbicaraan kes liwat itu bermula dalam hujahnya berkata Ketua Pembangkang itu tidak berada di tempat kejadian jenayah sepertimana didakwa dalam pertuduhan liwat terhadapnya.

Beliau berhujah perkara itu terkandung dalam notis alibi yang diserahkan oleh Anwar kepada pihak pendakwaan bulan lepas.

Dalam alibi itu, dinyatakan bahawa tiada keterangan kukuh mengenai kemasukan zakar dan ini disahkan oleh empat doktor, katanya.

"Sebab itu kami perlukan semua dokumen berkaitan dengan kes ini untuk menyediakan pembelaan terbaik," kata Bon.

Pendengaran itu akhirnya dijalankan selepas ditangguhkan empat kali sejak 22 Jun.

Bon berkata dokumen yang diminta itu termasuk rakaman asal CCTV yang diambil di beberapa lokasi di tempat didakwa berlakunya kejadian itu di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, dari 25 hingga 27 Jun tahun lepas, kenyataan para saksi termasuk pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan kenyataan polis.

Katanya pihak pembelaan telah berulang kali meminta pihak pendakwaan memberikan semua dokumen itu sebelum perbicaraan bermula tetapi tidak diendahkan.

Beliau berkata Pejabat Peguam Negara telah berurusan dengan Majlis Peguam dan mereka bersetuju dengan garis panduan Majlis itu bahawa dalam mana-mana kes, pihak pendakwaan patut menyerahkan dokumen yang diminta oleh pihak pembelaan tiga minggu sebelum perbicaraan bermula.

"Bagaimana pasukan pembelaan mahu mengendalikan jika pasukan tidak mempunyai sebarang idea mengenai dokumen itu. Bagaimana kami menjamin ketulenan dokumen berkenaan," katanya.

Seorang lagi peguam bela, Amer Hamzah Arshad, berhujah pihak pembelaan perlukan laporan kimia mengenai sampel DNA bagi membolehkannya mendapatkan pendapat pakar.

Satu daripada alasan pihak pendakwaan untuk memindahkan perbicaraan kes liwat itu daripada Mahkamah Sesyen kepada Mahkamah Tinggi ialah kerana isu DNA itu yang dikatakan sangat rumit, namun pihak pendakwaan enggan memberikannya kepada pihak pembelaan, katanya.

"Dalam mengendalikan laporan DNA, pihak pembelaan perlu tahu mengenai rumusan ahli kimia atau penemuan dalam laporan DNA itu. Kami juga perlukan laporan DNA itu untuk dianalisis oleh pakar kami," katanya.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan, berhujah pihak pendakwaan telah membekalkan beberapa dokumen kepada pihak pembelaan tetapi dokumen atau keterangan tertentu tidak boleh dikeluarkan mengikut undang-undang bagi mengelakkannya diganggu.

"Sebagai contoh, mengenai spesimen atau sampel DNA yang telah dipateri, pihak pendakwaan tidak boleh berikannya kepada pihak pembelaan sebelum perbicaraan kerana ia mungkin akan diganggu," katanya dan menurutnya adalah menjadi tugas pendakwa raya untuk menjaga pergerakan barang bukti sehingga dikemukakan di mahkamah.

Pendengaran di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok.

AD – 15/7/2009

2 comments:

WARIS PAHANG said...

Lakonan Anwat untuk lewatkan perbicaraan kes liwat. Awat jadi lagu ni!.

MALAYsian said...

Anwar akan sedaya upaya mencari helah agar terlepas dari tuduhan.. Peguam dai pun dah tak sanggup nak bela kesalaan dia...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers