Photobucket

Ulama PAS Patut Keluar Fatwa


IPOH 20 Julai - Ulama dalam Pas patut mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, sebagai parti yang mempunyai ramai ulama besar yang arif tentang hukum agama, maka adalah wajar untuk golongan ulama Pas memberi penjelasan mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak itu menyertai majlis sedemikian.

Katanya, ulama Pas seperti Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pastinya mempunyai penjelasan terhadap tindakan Mohammad Nizar itu.

''Saya bukan ulama nak komen tentang tindakan Nizar. Biar orang agama komen tentang ini. Biar tok guru komen. Dia banyak tok Guru (Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi). Dia (Mohammad Nizar) pun tok guru juga. Dia pandai baca Quran, bagi ceramah, bagi khutbah di masjid.

''Dia lagi tahu apa yang dia buat,'' katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan The Red Solar (M) Sdn. Bhd. dan TCT Inc. (TCTI) di sini, hari ini.

Menteri Besar mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu tersiar dalam akhbar The New Straits Times pada Sabtu lepas.

Zambry berkata, beliau bersimpati dengan kematian Beng Hock dan telah pun menyatakan pendiriannya di dalam laman blognya www.zambry.com.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif The Red Solar (M) Sdn. Bhd., Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, pemeteraian memorandum itu melibatkan projek pengeluaran sel (PV) bagi 'phoyo-voltaic' melibatkan pelaburan langsung asing US$250 juta (RM887 juta) di Perak. - BERNAMA

2 comments:

MALAYsian said...

Kalau la orang BN(UMNO) yang buat mcm tu... dah kena sumpah seranah dah...

MERLIN UTARA said...

apa yang depa buat semua halal dan dan apa yang BN buat semua haram.... biaselah... kalau da takut dengan bayang2 sendiri nak buat macam mana kan... kite tunggu dan lihat

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers