Photobucket

Peserta Demo ISA Hanya Taksub Tak Tahu Apa Diperjuangkan

Sebilangan besar penyokong dan mereka terbabit demo Anti ISA di ibu negara pada Sabtu boleh dikatakan mereka yang menyokong membuta tuli malah tidak tahu apa yang mereka mahu perjuangkan.



Selain menjerit memaki hamun mencabar polis dan pemimpin kerajaan, mereka barangkali pengikut taksub parti pembangkang terutama PAS yang jadi dalang utama demo itu walaupun asalnya dianjurkan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).




Amat malang melihat ada suami mengheret isteri dan anak-anak bawah umur bersama-sama cuba berarak ke Istana Negara dengan belasan ribu penyokong demo tanpa memikirkan keselamatan masing-masing.

Mahu atau tidak, isteri dan anak-anak terpaksa ikut suami atau ayah yang sudah taksub dengan parti walaupun mereka tahu, demo itu tiada kena mengena dengan mereka kerana bukan ada ahli keluarga yang ditahan ISA.

Di satu sudut lain pula, ratusan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta turut terbabit demo itu.

Mereka yang lebih berani cuba membuktikan mereka ‘kecil-kecil cili api’.

Penuntut lelaki dan perempuan pula yang menutup sebahagian muka untuk elak dikenali menjerit-jerit memaki hamun pasukan keselamatan yang bertugas dan meminta mereka bersurai daripada perhimpunan haram itu.

Polis Kuala Lumpur lewat malam Ahad memperincikan seramai 589 termasuk 44 remaja bawah umur ditahan kerana mempunyai kaitan dengan perhimpunan dan perarakan GMI di beberapa lokasi di ibu negara bermula pagi hingga malam tadi.

Daripada jumlah itu juga, 27 orang adalah pelajar dengan 20 orang daripada mereka pelajar berumur 17 tahun ke bawah manakala bakinya adalah penuntut IPT Awam dan Swasta yang berumur lingkungan 18 hingga 23 tahun.

Pengesahan polis ini jelas menunjukkan penuntut-penuntut IPT sudah diresapi pengaruh politik pembangkang terutama PAS dan memilih menghentam kerajaan walaupun ada antara mereka meneruskan pengajian dengan biasiswa dan bantuan kerajaan.

Kementerian Pelajaran mahupun Kementerian Pengajian Tinggi sudah wajar bertindak membendung pembabitkan pelajar dan penuntut IPT dalam gerakan yang boleh menjejaskan keselamatan dan keharmonian negara.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tidak harus bercakap lagi soal memberi amaran tetapi penuntut IPT terbabit demo ini tidak patut dilindungi kerana mereka juga seperti orang lain yang tertakluk kepada undang-undang sedia ada.


Mereka sudah besar matang untuk berfikir buruk baik sesuati perkara dan mereka harus bersedia menerima kesan akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab, semalam.

Tidak timbul soal mereka terpengaruh untuk berdemo kerana berdasarkan reaksi penuntut-penuntut IPT yang dilihat wartawan Agendadaily semalam, mereka cukup bertenaga, ghairah dan bersemangat bersama penyokong Anti ISA.

Dalam menentukan tindakan terhadap mereka, kedua-dua kementerian harus tegas dan tidak takut mencatas tunas yang jika dibiarkan besar nanti hanya menjadi pokok yang berpenyakit.

Selain tindakan terhadap golongan pelajar dan penuntut terbabit, polis pula perlu tegas terhadap 11 orang termasuk pemimpin pembangkang yang dikenal pasti menghasut demonstrasi di ibu negara semalam.

Mereka termasuklah Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua; Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali dan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.

Sebahagian pemimpin berkenaan berucap di beberapa lokasi ketika perhimpunan anti-ISA.

Sekadar memanggil memberi keterangan seperti di,nyatakan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohd. Sabtu Osman, ianya tidak memadai jika tiada tindakan susulan mengikut Akta Hasutan mahupun Akta Polis 1967.

Percayalah bahawa gerakan Anti ISA ini tidak berakhir semalam malah pemimpin pembangkang serta GMI sudah menjanjikan bahawa usaha mereka untuk menyerakan memo bantah ISA kepada Yang di Pertuan Agong tetap diterusksn.

Mementom ciptaan pembangkang ini akan berterusan sehingga pilihan raya umum ke 13.

Niat mereka bukan ISA semata-mata kerana mereka tahu jaminan kerajaan untuk mengkaji akta berkenaan sebaliknya mahu membangkitkan kemarahan orang ramai sekitar ibu negara yang berdepan macam-macam kesulitan apabila demonstrasi jalanan diadakan.

Sudah sampai masanya kerajaan bertindak lebih tegas terhadap golongan terbabit yang sengaja mencetuskan huru-hara bagi mengelak rakyat tidak bersalah ‘makan gas pemedih mata’ atau minum ‘water canon’ milik Polis Simpanan Persekutuan (FRU).
AD - 2/8/2009

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers