Photobucket

Artikel Dari DEPA KATA

sirih pulang ke gagang..

anak Kedah yang hebat dan bjasa selepas Tunku Abdul Rahman pastinya adalah Tun Dr Mahathir Mohamad..ucapanya dinanti,kata penuh sindiran sudah pasti kerana Kedah sudah bukan milik UMNO lagi.bekas-bekas MB Kedah juga turut kelihatan disini..tunggguuuu untuk update berikutnya selepas ucapan perasmianya di AGM MUBARAK!

Kita tgk dulu apa yang Dato' Shafie kata tentang masalah kat UMNO Kedah..
-penyatuan ahli-ahli UMNO..nak berebut kuasa tanpa ambil kira perjuangan pokok dan beliau berkata bahawa beliau tak ingin jadi MB Kedah dan niat beliau hanya untuk membantu negeri Kedah..BN buat banyak benda baik tapi bila jadi pembangkang,BN puji PAS ok sedangkan tak mau pulak cerita tentang kebaikan BN semasa memerintah..itulah orang UMNO yang terlalu baik..yang penting adalah keikhlsan dan keinginan untuk menangkan UMNO dan BN.

-adik jeanbara-


Sirih pulang ke gagang 2

Ni antara intipati ucapan Tun Dr M.mailah kita pakat baca dan buat kesimpulan.adik pasti ada yang tak bersetuju dan yang bersetuju tapi kita bertuah hidup kat Malaysia sebab setiap rakyat ada ruang nak bagi pandangan.

UMNO Kedah bertuah dapat seorang yang berani berkata benar seperti Dato Shafie Afdal menerajui UMNO negeri.

· Bila kalah,dewan yang BN bina dulu pun tak dibenarkan untuk diguna sekarang seperti di Selangor.bayangkan jika UMNO terus hilang kuasa,padang kecik pun takleh guna cerita Tun Dr M tentang pengalamanya semasa berada di Selangor

· PRU12 first time kalah kat Kedah dengan alasan Cina dan India tak sokong tapi hakikatnya ramai rakyat yang dahulu menyokong BN/UMNO tidak lagi memberi sokongan kerana dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kerajaan ketika itu dan terpaksa ambik keputusan undi parti lawan walaupun perit untuk dilakukan sebagai pengajaran kepada BN/UMNO.

· Bila alasan yang diberikan BN/UMNO kalah sebab bukan Melayu tak undi,maka perlbagai usaha dilakukan untuk puaskan hati mereka dan ini adalah tidak betul.

· Seterusnya Tun Dr bercerita mengenai pengalamanya sebagai doktor ketika melakukan postmortem. Ujar beliau,postmortem dilakukan terhadap pesakit yang dah mati untuk kita ketahui punca-punca yang menyebabkan kematian. Bila kalah PRU12,UMNO dan BN pun buatlah postmortem nak tengok penyakit apa yang kena sampai kalah teruk selepas menang besaq pada 2004. Tapi bila lepas bedah tengok banyak sangat penyakit sampai takut nak terima hakikat,maka keluarlah result postmortem yang buatlah secara sambil lewa sambil jari tunding pada rakyat yang beralih sokongan.

· Kata beliau,jika postmortem dibuat secara salah,maka hasilnya juga salah!kenapa tak cek 11 PRU boleh menang tapi 2008 kalah?apa yang sebenarnya tidak kena?

· Sebab utama adalah kerana kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.Memang beliau tahu ramai orang kata beliau yang pilih tapi beliau berkata bahawa UMNO jugak pilih..Tun Dr M tidak simpan didalam hati apabila beliau tetap melantik Tun Abdullah ke dalam kabinetnya walaupun satu ketika Tun Abdullah pernah menentangnya sebagai menghargai pilihan UMNO yang undi beliau ke jawatan Naib Presiden. Bila Tun Dr M tak suka,tapi UMNO suka jugak,maka sebab itulah Tun Abdullah survive.

· Tun Dr M berkata bahawa beliau serahkan kerajaan yang kuat pada Tun Abdullah tapi bagi tempoh 2004-2008 rakyat kecewa sebab terasa ada kesalahan dalam kepimpinan ketika itu dan dalam MT hanya Dato’ Rais dan Dato’ Shafie saja yang berani menentang tetapi yang lain nya semua “Yes” man.

· Ahli UMNO tidak cukup untuk bagi jaminan kita akan menang PRU tetapi sokongan rakyat yang tidak berparti serta ahli-ahli parti komponen jugak memberi impak besar kepada BN/UMNO. Lagipun Kedah tidak dapat manfaat daripada kepimpinan ketika itu,maka takdak gunalah undi BN. Lagipun rakyat meluat tengok Tun Abdullah lebihkan keluarga dan budak-budak Tingkat 4.

· Tun Dr M berseloroh bahawa ada jugak kat Kedah ni yang tak undi BN sebab marah cara kepimpinan terdahulu melayan beliau..tapi beliau kata kalau benar,baguslah!

· Tun Dr M mengatakan UMNO tak harus sokong membuta tuli pemimpinya.UMNO kena belajar menerima kenyataan tentang kelemahan parti kita sebab majority yang berada dalam MT sekarang adalah perasuah! Untuk menang meraka sanggup gadai maruah diri dan parti dengan menggunakan wang.yang perwakilan pulak berani kata “kami ambik tapi tak bagi undi”.Bila dah terima tu,bagi tak bagi undi tu tetap rasuah jugak namanya.parti yang terus angkat perasuah tak akan dapat bertahan lama serta negara pun tidak akan berjaya.

· Ramai yang jadi pemimpin sebab nak jadi kaya dan lebihkan kepentingan diri sendiri daripada parti dan ada yang dah diangkat jadi pemimpin tapi dilarang untuk berkempen sebab takut parti kalah.beliau berseloroh dengan mengatakan pemimpin apa jika turun saja ,parti kalah?

· Melayu memang tidak hilang di dunia tapi kalau melayu yang tinggal kat dunia ni yang tak bermaruah nak buat apa?

· Menghapuskan rasuah serta perasuah dalam UMNO adalah tugas yang mulia untuk kuatkan parti dan pasti rakyat akan kembali menghormati UMNO dan menyokong UMNO.

· UMNO mesti dikemaskini dan tidak menghalang kemasukan golongan muda yang cerdik pandai jika sayangkan parti. Mereka tidak patut dihalang untuk menjadi pemimpin serta memberikan idea.

· Orang muda minat masuk UMNO tapi awal-awal kena cantas sedangkan dalam PAS banyak golongan professional sebab PAS sentiasa terbuka menerima idea-idea baru daripada golongan ini. UMNO harus berubah sebelum golongan muda dan professional yang ikhlas ini lari daripada perjuangan UMNO.

· UMNO harus perbaiki diri dan jangan kejar populariti sebab semasa Tun Dr M jadi PM beliau jarang berjanji dan lancarkan pelbagai program atau rancangan yang akhirnya hanya tinggal perancangan tanpa pelaksanaan.

· Sebelum menamatkan ucapanya, Tun Dr M menyatakan ada 3 perkara yang selalu mendapat tepukan jika pemimpin berucap iaitu pujian,bagitau nak bagi duit dan perkara yang berkaitan seks. Tapi beliau tidak mempunyai cara itu.

Tun Dr M menyeru agar semua ahli UMNO bersatu untuk UMNO kembali memerintah Kedah!

-adik jeanbara-

Debat : Buang Masa dan Tak Berfaedah

Para pemimpin UMNO termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi sekata bahawa cabaran Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik PAS dan UMNO hanya buang masa dan tidak berfaedah.

Menurut mereka perdebatan tidak akan dapat membantu mencapai titik temu antara kedua pihak dalam isu berkenaan.

Dr Mahathir berpendapat Najib tidak perlu layan Nik Aziz . "Ia akan buang masa saja...Jadi satu hiburan. Kita bukan lantik pemimpin untuk menghibur," katanya.

Menurut beliau perdebatan itu hanya akan membuang masa kerana kedua-dua pihak tidak akan mencapai persefahaman disebabkan pemikiran kedua-dua parti berbeza.

"Saya ingat tak ada faedah...Nanti Nik Aziz cakap Arab, Najib cakap Inggeris dua-dua tak faham.

Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab soalan wartawan mengenainya selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah, di Alor Star Ahad.

Abdullah pula yang ditemui wartawan selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA bahagian Kepala Batas berpendapat pendekatan berdebat itu tidak akan membawa kedua-dua parti itu ke mana-mana jika isu atau masalah pokok yang dihadapi masyarakat Melayu dan Islam tidak diselesaikan.

"Tak perlulah pendekatan seperti itu (debat terbuka). Adalah lebih baik kedua-dua parti itu duduk dan berbincang apa yang menjadi masalah sehingga menimbulkan keadaan tidak senang hati di kalangan orang Melayu.

"Apakah masalah itu ada kaitan dengan agama yang menyebabkan perselisihan faham dan menyebabkan UMNO dan PAS bercanggah pendapat dan pendirian," katanya.

Beliau berkata, orang Melayu boleh bergaduh dan berpecah belah kerana agama dan adalah lebih baik kedua-dua pihak mewujudkan persefahaman dan tidak berbalah tentang perkara itu lagi supaya keadaan dalam masyarakat Melayu lebih tenang.

Abdullah yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas, kedua-dua parti itu perlu menyelesaikan bersama isu penting tentang Melayu dan Islam segera supaya mereka tidak bertelagah lagi mengenainya pada masa akan datang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk menyahut cabaran Menteri Besar Kelantan itu kerana ia tidak memberikan apa-apa keuntungan dan faedah kepada UMNO dan rakyat.

"Untuk apa mahu berdebat? Tak masuk akal untuk berdebat dengan pemimpin PAS yang bercakap dolak dalih.

"Apa yang penting UMNO dan kerajaan mahu memperjuangkan kepentingan rakyat di Manek Urai. Ini yang lebih penting daripada melayan cabaran debat itu," katanya kepada wartawan di Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) Manek Urai di Kampung Sok Luar di Manek Urai.

Tengku Adnan meminta Nik Aziz melihat apa yang telah dilakukannya kepada rakyat Kelantan pada masa PAS memerintah lebih 19 tahun.

"Apa yang dia buat. Semua apa yang ada itu hasil usaha yang dibuat Kerajaan Pusat. Apa yang PAS tahu buat fitnah dan burukkan pemimpin semata-mata," katanya sambil menambah jika BN yang memerintah dalam tempoh itu sudah tentu Kelantan akan jauh lebih membangun.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata cadangan itu tidak membawa sebarang erti dalam menyelesaikan sebarang isu termasuk cadangan pembentukan kerajaan perpaduan oleh parti pembangkang itu.

"Sebaliknya adalah lebih baik untuk bermuafakat daripada berdebat kerana anggota PAS dan UMNO terdiri daripada kumpulan bangsa dan agama yang sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung UMNO cawangan Kampung Gagu dekat Kuala Klawang.

Beliau, yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Jelebu, berkata tidak ada asas untuk mengadakan perdebatan dan adalah lebih baik untuk bermuafakat jika ada isu yang hendak dikemukakan.

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Menteri Besar Kelantan itu yang mengajak Najib sebagai Presiden UMNO mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kemelut antara dua parti itu.

"Tiba-tiba.....tiada ribut, tiada hujan maka kita nak debat.....apakah yang mahu diperdebatkan ?.

"Debat itu tidak akan menghasilkan apa-apa perkara, malah saya rasa ini bukan masanya bagi kerajaan ataupun Perdana Menteri untuk menghabiskan masa untuk berdebat," katanya.

Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan pula berkata kepada Bernama walaupun Nik Aziz adalah golongan ulama, namun kenyataannya baru-baru ini yang menyamakan UMNO dengan ajaran sesat dan juga komunis tidak melambangkan bahawa beliau patut dicontohi ahli PAS yang lain.

"Jangan kerana kita nak menang, kita sampai lupa adab kesopanan. Beliau (Nik Aziz) telah melanggar adab kesopanan dan itu bukan contoh yang perlu diikuti walaupun dia adalah ulama," katanya.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kenyataan Nik Aziz itu dilihat telah melanggar adab kesopanan berpolitik sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Katanya, UMNO pun ada juga mengkritik Pas tetapi tidaklah sampai mengeluarkan kenyataan seperti itu dan Menteri Besar Kelantan itu juga harus mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada Umno berikutan kenyataannya itu.

"Beliau perlulah sedar diri. Jangan hanya nak menang, segala perkara dihalalkan," katanya.

Sementara itu Exco Pergerakan Pemuda UMNO Hishamuddin Yahaya (Yeop) dalam SMS kepada Agendadaily menduga perlawaan debat Nik Aziz itu hanya untuk mengaburi pengundi Manek Urai supaya penyokong PAS tidak hilang kepercayaan dan tidak lari.

“Ia juga untuk menutup kelemahan PAS apabila menolak idea kerajaan perpaduan yang dibawa Haji Hadi,”katanya.

Menurut Hishamuddin Perdana Menteri tidak perlu layan karenah Nik Aziz itu sebaliknya tumpu pada tugas penting nak selamatkan ekonomi negara.

AD-28/6/2009

UMNO antara persepsi, manupulasi dan provokasi…


Kelemahan organisasi, komunikasi dan pemasaran adalah punca utama UMNO mengalami banyak kekalahan pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-12. Selain itu sikap sombong, kegagalan menangani persepsi serta tidak bijak memanupulasi perkara untuk kebaikan turut menjadi faktor sampingan.

Zaharin Yasin atau lebih dikenali sebagai Sang Kelembai, berkata untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 akan datang, langkah pertama perlu dibuat oleh parti itu ialah memusnahkan persepsi buruk yang telah ditanam oleh pembangkang.

“Cara terbaik untuk menangani persepsi yang dicipta oleh pembangkang ialah dengan mencipta persepsi kita sendiri. Bagaimanapun persepsi yang dicipta itu mestilah positif dan profesional. Apabila orang sudah dapat menerima persepsi itu, kita boleh memanupulasinya dengan cara yang positif dan seterusnya dapat menimbulkan provokasi yang sihat,” katanya.

Beliau menyampaikan pandangan itu semasa forum bual bicara anjuran UMNO berjudul Antara Persepsi, Manupulasi dan Provokasi di ibupejabat UMNO, pada Jumaat malam,

Menurut Zaharin yang pernah dipecat oleh UMNO kerana kelantangannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya membina persepsi positif terhadap dirinya sebagai pejuang Islam dan penentang rasuah di kalangan penyokongnya, dan kegagalan UMNO menangkis persepsi ke atas Anwar membuatkan pemimpin pembangkang itu terus dipercayai rakyat.

Selain itu katanya UMNO harus menggunakan strategi bertarung dengan musuh di gelanggang sendiri selain melakukan sebanyak provokasi yang boleh untuk membangkitkan semangat rakyat kembali mempercayai dan menyokong parti.

“Isu kerajaan perpaduan adalah contoh terbaik. Pembangkang bijak mencipta persepsi dan memanupulasikan keadaan sehingga ia kelihatan seperti UMNO yang bersalah,” katanya.

Forum berkenaan turut disertai oleh mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan penganalisis politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain sementara Datuk Chamil Wariya bertindak sebagai moderator.

Dalam penerangannya, Tan Sri Isa pula berkata, satu lagi kelemahan orang UMNO ialah sikap malas dan takut serta tidak tahu mencetuskan provokasi. Katanya orang UMNO lebih bijak berprovokasi sesama sendiri tetapi apabila berdepan dengan pembangkang, mereka menyerah kalah.

Menurutnya jika UMNO gagal mengubah persepsi negatif rakyat terhadapnya, parti akan mengalami kekalahan lebih besar dalam PRU akan datang. Beliau berkata UMNO harus mencontohi cara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berdepan dengan persepsi.

“Ketika Datuk Seri Anwar berusaha menjatuhkan Tun Mahathir, beliau telah berjaya menimbulkan persepsi bahawa Tun Mahathir mengamalkan nepotisme dan kronisme serta kononnya seorang dikator, firauan dan sebagainya.

“Tetapi Tun menguruskan persepsi itu dengan bijak dan sebaliknya berjaya mengembalikan persepsi negatif terhadap Anwar pula.

“ Selain itu UMNO juga bergerak lembab. Contohnya semasa pilihanraya Bukit Gantang, ketika UMNO sedang merancang mengadakan ceramah, pembangkang sudahpun mengedarkan risalah dan membuat penerangan di setiap pelusuk kampung,” katanya.

Isa juga mengingatkan UMNO supaya jangan mengambil ringan setiap perkara, terutama isu tempatan, negeri dan nasional. Bagaimanapun katanya, UMNO harus bijak mengurus dan memanupulasikan isu-isu berkenaan.

“ Kita boleh memanupulasi, tetapi kita janganlah berbohong. Tetapi apa yang jelas, untuk PRU akan datang isu pembangunan tidak boleh dijadikan modal lagi,” katanya.

Prof Ahmad Atory pula berkata, berdasarkan kajian yang dibuatnya, PAS telah banyak menyimpang dari landasan asal perjuangan mereka, tetapi disebabkan parti itu bijak menanamkan persepsi, memanupulasikan isu dan melakukan provokasi, mereka dilihat hebat.

Katanya, antara persepsi masyarakat terhadap UMNO ialah ia sebuah parti yang sombong dan kerajaan pula dilihat gagal melaksanakan DEB serta mendiskriminasikan kaum dalam perkhidmatan awam dan polis.

Beliau juga berkata UMNO masih relevan dan kemerosotan sokongan kepada BN pada PRU ke-12 banyak disumbangkan oleh parti-parti komponen seperti MCA, Gerakan dan MIC.

“Sejak selepas PRU ke-12, pembangkang dan blogger pro-pembangkang terus menerus melakukan manupulasi dan provokasi untuk memberikan persepsi kononnya BN sudah jatuh sehingga ia tertanam dalam benak fikiran rakyat.

“Jika kita tidak menguruskan UMNO dengan baik, maka Perdana Menteri sekarang akan menjadi Perdana Menteri yang terakhir menjelang PRU ke-13.

Pembangkang Tidak JUJUR


KUALA LUMPUR 23 Jun - Keputusan pakatan pembangkang khususnya Pas menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan menggambarkan parti itu tidak jujur membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan orang Melayu di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pas dilihat lebih suka mengadakan perbincangan dengan DAP berbanding UMNO berhubung isu-isu yang melibatkan kepentingan bersama seperti soal agama dan orang Melayu.

"Apa salahnya kalau kita bincang isu-isu ini bersama. Tindakan mereka menolak terus perbincangan itu telah memberikan gambaran sebenar berhubung kejujuran Pas dan pakatan pembangkang dalam soal ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.

Majlis pimpinan pakatan pembangkang dalam mesyuarat mereka di Parlimen semalam memutuskan untuk menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO atau Barisan Nasional (BN).

Ismail Sabri berkata, soal UMNO memfitnah pakatan pembangkang berhubung cadangan kerajaan perpaduan tidak timbul sama sekali kerana suara mengenai cadangan berkenaan sebenarnya datang daripada pakatan itu sendiri.

"Cadangan tersebut disuarakan oleh beberapa Ahli Parlimen Pas sendiri sebelum ini dan apabila mereka menerima tekanan dalaman, mereka tarik balik cadangan berkenaan dan mengatakan ia sebenarnya suatu fitnah daripada UMNO," katanya.

Seorang lagi Ahli MT UMNO, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, keputusan pakatan pembangkang menolak cadangan kerajaan perpaduan mendukacitakan UMNO khususnya orang-orang Islam.

"Saya tidak tahu apa yang telah terjadi, namun UMNO sentiasa bersikap terbuka dan mengalu-alukan perbincangan dengan pakatan pembangkang demi kepentingan bersama," katanya.

Kredibiliti UMNO Tidak Terjejas Dengan Putar Belit Pembangkang


KUALA LUMPUR - UMNO di semua peringkat perlu bersiap sedia menepis propaganda yang sedang dimainkan pembangkang kononnya mereka berupaya menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

“Pembangkang mula berangan-angan untuk membentuk kerajaan, tetapi saya yakin impian mereka tidak kesampaian kerana rakyat semakin bijak dan rasional membuat pilihan,” kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Ketika mengingatkan demikian, beliau menegaskan rakyat masih yakin dengan kredibiliti UMNO dan kemampuan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Seperti biasa, mereka akan canangkan kepada rakyat kononnya PR mempunyai harapan besar untuk memerintah, tetapi dakwaan itu hanya propaganda politik,” katanya.

Sehubungan itu katanya, ahli-ahli UMNO dan rakyat khususnya tidak perlu memberikan perhatian kepada dakwaan yang sengaja digembar-gemburkan pembangkang.

Beliau yakin rakyat tidak akan terpedaya dengan muslihat PR yang secara jelas telah memutarbelitkan isu cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.

“Mereka jelas berbohong kepada rakyat. Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi Awang yang mulakan usul tersebut, sebaliknya UMNO pula yang dipersalahkan,” katanya.

Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan berkata, keputusan PRU-12 tidak seharusnya dijadikan ukuran untuk menilai sokongan rakyat kepada UMNO dan BN.

Katanya, UMNO dan BN sedang mengalami perubahan ketara setelah rakyat berasakan tertipu dengan kerenah pembangkang seperti di Selangor, Kedah dan Perak.

Dalam hubungan ini, Syed Ali yakin kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengutamakan kepentingan rakyat untuk berdepan dengan ancaman PR pada pilihan raya umum akan datang.

Apa Pula Drama Kali Ini...?


Sejurus timbul dakwaan liwat oleh bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan fokus orangramai terus jadi kabur dengan bom asap yang dilontar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Pilihanraya kecil itu dimana Datuk Seri Wan Azizah Ismail memberi laluan kepada suaminya itu dikira satu keputusan tiba-tiba.Ini kerana sebelum isu dakwaan Saiful tidak timbul satu petanda jelas Wan Azizah nak letak jawatan.

Sebab itu ramai yang beranggapan ia tidak lebih dari usaha untuk melarikan tumpuan dari isu yang sensasi itu.

Juga seperti diduga kempen pilihanraya itu telah dijadikan seolah ‘ mahkamah rakyat’ untuk menghakimkan kes dakwaan itu.

Permatang Pauh adalah kubu kuatnya dan kemenangan di situ nampak semacam rakyat menolak segala dakwaan Saiful dan menerimanya sesucinya.

Namun apa yang membuatkan ramai tertarik ialah drama yang bakal berlangsung semasa kes dakwaan liwat ini mula dibicarakan 8 Julai nanti.

Selain dari usaha-usaha terakhir untuk membatalkan kes itu menerusi proses mahkamah,Anwar sudahpun membawa cerita-cerita sayu beliau dalam ceramah-ceramah politik yang diadakan.

Ini dikatakan untuk mencetuskan simpati orangramai dan memberi persepsi seolah yang beliau sekali lagi ‘ dianiya’.

Berbagai desas desus sudah berlegar termasuk ada yang kata mungkin protes jalanan ala-reformasi akan dibuat semasa kesnya dibicarakan.

Malah ada yang bawa cerita beliau mungkin lari ke luar negara – seperti Raja Petra Kamaruddin – untuk mengelak dibicarakan.

Kata mereka ini bagi mencetuskan suasana ala bekas PM Thailand Thaksin yang terpaksa ‘ bertapa’ di luar negara.

Apapun ini semua hanya desas desus saja.

Pada ketika yang sama ramai tertunggu-tunggu untuk mendengar keterangan Saiful di mahkamah kelak.

Sebagai bekas pembantu peribadi yang pernah ke sana sini termasuk ke luar negara bersama Anwar pasti Saiful ada simpan ' banyak hal' dalam poketnya.

' Banyak hal ’ itu samaada ia ada kaitan dengan dakwaannya atau perkara-pekara sulit lain tentu menarik.

Saiful sendiri nampaknya sudah set untuk mengadap mahkamah pasal dakwaanya.

Apakah ini semua amat merisaukan Anwar?

Betul atau tidak dakwaan Saiful…itu adalah urusan mahkamah untuk tentukan.

AD - 24/6/2009

Sikap Tok Guru : Ada Ahli PAS Yang Dah Mula Hairan…


Jika orang luar PAS pelik dengan perubahan sikap Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat apatah lagi ahli-ahli dan pemimpin parti itu.

Memang diketahui, pemimpin PAS sentiasa tutup mulut melindungi apa jua kelemahan serta kepincangan parti itu malah media jarang dapat mengorek cerita dalaman PAS.

Bagaimanapun, semua berubah gara-gara pemilihan pimpinan dalam Muktamar PAS baru-baru ini apabila wujud dua puak dalam parti yang cuba menguasai pimpinan.

Macam-macam cerita pelik keluar selain wujud penentangan terbuka beberapa pemimpin yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim terutama terhadap Nasharuddin Mat Isa.

Setelah kalah merebut jawatan Timbalan Presiden, perang antara kumpulan ini berterusan dan nampak jelas Tok Guru Nik Aziz melepaskan kemarahan kepada Nasharuddin ekoran tewasnya, Husam anak didik beliau.

Jestru menghamburkan kata-kata kecaman termasuk meminta Nasharuddin keluar PAS dan sertai UMNO dan menuduh pemimpin parti itu yang pro idea kerajaan perpaduan ‘boneka UMNO’, dikatakan membuat ada kalangan pemimpin PAS mula meluat terhadap Nik Aziz.

Mereka merasa pengamatan Tok Guru itu tidak setajam dulu. pembacaan politiknya semakin mendatar, kritikannya semakin terbabas.

Malah beliau seperti hilang kawalan menyebabkan ada ahli serta pemimpin PAS mulai sedih melihat Tok Guru hari ini tidak sama dengan Tok Guru dahulu.

Nada cakapnya pula dianggap lebih bersifat politik dan menyimpang dari apa yang diharapkan yang sebenarnya dari seorang Tok Guru.

Dalam pada itu beliau juga didapati buat kenyataan yang tidak konsisten dan berubah-ubah.

Contoh yang jelas ialah isu sumpah Al-Quran yang melibatkan isu dakwaan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim .Tidak lama dulu beliau awalnya sokong kenyataan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin kemudiannya tidak.

Golongan yang sudah lama berjuang dalam PAS itu juga pelik apabila Tok Guru bertemu Lee Kuan Yew tanpa memikirkan siapakah bekas Perdana Menteri Singapura itu dan apakah sudah dilakukannya terhadap orang Melayu di negara itu kesan dasar pemerintahan Kuan Yew.

Lebih buruk lagi apabila Singapura dikaitkan dengan Yahudi, kaum yang jelas menentang serta mahu melihat kehancuran Islam di muka bumi ini.

Maka bertanyalah pemimpin PAS ini, jika orang yang terang-terang menentang Islam dan menyokong Yahudi sebegini boleh dialu-alukan oleh Tok Guru Nik Aziz kenapa sikap yang sama tidak boleh dipakai ke atas UMNO?

Kalaulah dengan Lee Kuan Yew Tok Guru boleh bermuqabalah, kenapa kalau dengan UMNO, sebut pun dah macam berdosa? Kenapa Tok Guru tak tunggu Lee Kuan Yew mengubah dasarnya kepada Islam dulu baru boleh jumpa?

Agendadaily difahamkan, sesetengah pemimpin PAS melihat Tok Guru seakan hilang kawalan apabila bercakap isu berkaitan UMNO khususnya idea kerajaan perpaduan.

Jelas kemarahannya sampai kemuncak apabila meminta Nasharuddin keluar parti dan sertai UMNO.

Kenyataan Nik Aziz supaya PAS ‘tumpah darah’ bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai juga menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Sudah mula ada persoalan dalam PAS apakah parti itu dikuasai Tok Guru semata-mata dan segala cakap dan arahannya mesti dipatuhi dan ditaati?

Timbul juga kebimbangan bahawa sejarah politik dan kehidupan Tok Guru akan berakhir dengan sesuatu yang amat memalukan hingga menyebabkan penghormatan orang ramai terhadap seseorang yang bergelar Tok Guru atau ulama hilang begitu sahaja.

Tambahan pula sejak berpakat dengan DAP dan PKR, sudah ada ulama dalam PAS dilabelkan Ulama E Class kerana mula hidup mengejar kebendaan dan kesenangan.

Golongan yang mulai bimbang dengan segala perubahan tindak tanduk Tok Guru Nik Aziz mula perpesan, “Beringatlah wahai Tok Guruku...janganlah sampai kebencian terhadap sesuatu kaum/kumpulan itu menyebabkan Tok Guru menggadaikan prinsip ukhuwah dan mahabbah sesama jemaah dan menutup pintu dakwah kepada hamba-hamba Allah yang memerlukannya.”

Apakah ini tanda ketaksuban ahli dan pemimpin PAS terhadap Nik Aziz akan berakhir ?

AD - 19/6/2009

Kerajaan Perpaduan Dapat Kukuh Nilai Integriti – GERAK

Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK Malaysia) berpandangan pembentukan Kerajaan Perpaduan boleh mengukuhkan nilai integriti dalam membina good governance di Malaysia.

Idea kerajaan perpaduan ini boleh memberikan ruang kepada semua parti-parti di Malaysia untuk terbabit menentukan secara berimbang dasar-dasar kerajaan agar lebih menyentuh hati nurani rakyat dan berkepentingan rakyat, kata Pengerusi GERAK Mohd Nazree Yunus.

Katanya, integriti dapat ditegakkan apabila ada nilai-nilai kebertanggungjawaban bersama dapat dilaksanakan.

“Dalam masa sama tidak ada manopoli politik secara keterlaluan oleh sesebuah parti politik serta tidak ada salahguna kuasa dalam pentadbiran,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kerajaan perpaduan tidak semestinya akan merosakkan sistem demokrasi yang ada jika setiap parti dalam kerajaan yang dibentuk nanti mampu menjalankan proses semak dan imbang dengan berkesan.

Oleh itu katanya, idea kerajaan perpaduan ini harus dibincangkan secara holistik termasuk bentuk-bentuk penglibatan parti-parti yang wujud di Malaysia selain daripada UMNO dan PAS.

AD - 21/6/2009

SENARAI PENUH KABINET 2009



PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI : Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-Timbalan Menteri :

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T.Murugiah


MENTERI KEWANGAN : Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan :

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr Awang Adek Hussin


MENTERI PELAJARAN : Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan :

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr Mohd Puad Zarkashi


MENTERI PENGANGKUTAN : Datuk Ong Tee Keat

Timbalan :

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew


MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI : Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan :

1. Datuk Hamzah Zainudin


MENTERI DALAM NEGERI : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan :

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat


MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN : Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan :

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie


MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR : Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan :

1. Noriah Kasnon


MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH : Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan :

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun


MENTERI PENGAJIAN TINGGI : Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan :

1.Datuk Dr Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah


MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI : Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan :

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan


MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI : Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan :

1. Fadillah Yusof


MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR : Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan :

1. Tan Sri Joseph Kurup


MENTERI PELANCONGAN : Datuk Ng Yen Yen

Timbalan :

1. Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib


MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI : Datuk Noh Omar

Timbalan :

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim


MENTERI PERTAHANAN : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan :

1. Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad


MENTERI KERJA RAYA : Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan :

1. Datuk Yong Khoon Seng


MENTERI KESIHATAN : Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan :

1. Datuk Rosnah Rashid Shirlin


MENTERI BELIA DAN SUKAN : Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng


MENTERI SUMBER MANUSIA : Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan :

1. Datuk Maznah Mazlan


MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA : Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan :

1. Datuk Tan Lian Hoe


MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN : Datuk Kong Cho Ha

Timbalan :

1. Datuk Lajim Ukin


MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT : Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan :

1. Datin Paduka Chew Mei Fun


MENTERI LUAR : Datuk Anifah Aman

Timbalan :

1. A.Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong


MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan :

1. Datuk M.Saravanan

Usaha Terbaru Untuk Sekat Bincang Perpaduan…


Seramai 10 orang Ahli Parlimen PAS Khamis telah menandatangani satu kenyataan menolak sebarang perbincangan dengan UMNO .

Selain itu Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri menegaskan pakatan pembangkang yang ada sekarang adalah kerajaan perpaduan dan tidak perlu cari yang lain.

Juga ikut ceritanya ada gerakan oleh puak anti-perbincangan perpaduan dengan UMNO untuk menganjurkan tunjuk perasaan depan ibupejabat PAS di Kuala Lumpur dan Kelantan bagi menyatakan sokongan kepada Nik Aziz dan menghentam Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa.

Perkembangan terbaru ini dilihat sebagai langkah untuk kunci rapat parti itu dari sebarang usaha untuk berunding dengan UMNO.

Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok seharian tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat Khamis.

Usaha para wartawan untuk menghubungi beliau bagi mendapat ulasan mengenai kenyataan Nik Aziz desak beliau letak jawatan juga tidak berjaya.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar juga memberitahu wartawan beliau sendiri tidak dapast menghubungi Nasharuddin.

Sepuluh orang Ahli Parlimen PAS yang menandatangani kenyataan itu terdiri dari Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo Lo Ghazali (Titiwangsa), Taib Azamuddin Taib (Baling) and Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar). Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), Mohd Hayati Othman (Pendang) and Khalid Samad (Shah Alam).

PAS ada 23 orang Ahli Parlimen.

Dr Hatta yang menjadi jurucakap mereka memberitahu sidang akhbar di lobi parlimen bahawa mereka buat kenyataan bersama itu kerana ramai yang bertanyakan pendirian mereka mengenai idea perbincangan perpaduan itu.

Katanya kini terserah pada Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dan Nasharudin memberitahu pendirian mereka.

Dalam perkembangan berkaitan Nik Aziz memberitahu para wartawan di Kota Bharu Khamis
beliau akan mengatur satu mesyuarat khas yang hanya akan dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Nasharudin.

"Saya sendiri akan menjemput Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden (Nasharudin) dan beberapa pemimpin Pas lain yang akan saya tentukan kemudian.

"Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini. Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan.

Mengulas lebih lanjut kenyataannya Rabu yang meminta Nasharudin melepaskan jawatan, Nik Aziz berkata beliau belum dihubungi Nasharudin.

Ketika ditanya mengenai kerajaan perpaduan mengikut kehendaknya, Nik Aziz berkata gabungan pakatan pembangkang ketika ini adalah yang sebenarnya kerajaan perpaduan.

"Kenapa perlu nak cari yang lain (kerajaan perpaduan)? Kelebihan gabungan Pakatan Rakyat telah menghilangkan "Islam phobia" oleh bangsa lain seperti Cina dan sebagainya dan inilah dianya kerajaan perpaduan," katanya.

AD - 18/9/2009

BN Tetap Letak Calon Tanding Kerusi Dun Manek Urai - Najib


SAMARAHAN, 18 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan tetap meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai 14 Julai ini kerana isu kerajaan perpaduan dan pilihan raya kecil di Kelantan itu adalah berbeza dan memerlukan penyelesaian tersendiri.

Najib yang juga Presiden UMNO dan BN berkata, ini memandangkan perkara pembentukan kerajaan perpaduan dengan PAS masih belum memasuki peringkat perbincangan lagi.

"Belum ada perbincangan mengenai perkara ini (kerajaan perpaduan), kita terpaksa melalui proses pilihan raya (Manek Urai)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Pichin,Serian di sini Khamis.

Semalam, Pas Kelantan telah meminta UMNO supaya tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu sekiranya benar-benar serius dengan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dipetik sebagai berkata, UMNO tidak akan 'bergaduh' dengan Pas dalam pilihan raya kecil itu sekiranya mereka benar-benar mendokong cadangan tersebut.

Mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu Nasharuddin Mat Isa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan Anggota Parlimen Bachok jika terus menyokong idea penubuhan kerajaan perpaduan, Najib menyifatkan ia sebagai tindakan yang menghairankan.

"Saya tak tahu apa disebalik kenyataan Nik Aziz, pada kita sesuatu yang mendatangkan kebaikan adalah sesuatu yang harus diusahakan oleh kita," katanya.

Nik Aziz dipetik sebagai berkata, tindakan Nasharuddin boleh mencetuskan kecelaruan dalam parti.

Mengenai perbincangan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak pada pagi ini, beliau berkata, ia melibatkan penerangan mengenai perbelanjaan terkini yang diperuntukkan dalam pakej rangsangan ekonomi yang pertama dan kedua.

Beliau berkata, kerajaan pusat akan bersedia mempertimbang keperluan Sarawak berdasarkan maklumbalas dari pemimpin BN terbabit.

Beliau berkata, lawatan dua hari ke Sarawak bermula semalam telah memberi kepuasan tersendiri kerana ia mencerminkan konsep 1Malaysia.

Najib berkata lawatan ke kampung serta rumah panjang pelbagai etnik mampu memberi pemahaman mendalam rakyat mengenai konsep 1Malaysia.

Terdahulu di dalam ucapan, Najib mengumumkan peruntukan RM1.35 juta untuk pembinaaan Awah Tun Abdul Razak kepada penduduk majoriti masyarakat Bidayuh di Kampung Pichin.

Beliau berkata, lawatan ke Kampung Pichin adalah permintaan peribadi beliau kepada kerajaan negeri setelah mengetahui ayahandanya pernah melawat kampung tersebut 43 tahun lalu ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri untuk merasmikan projek bekalan air.

Najib memberi jaminan kerajaan pusat akan memberi sokongan kepada masyarakat Bidayuh di Sarawak yang sentiasa setia dengan kerajaan BN sejak dahulu.

-- BERNAMA

Perpaduan Melayu…Kenapa Ada Yang Merasa Ngeri?


Kalau duduk fikir tenang-tenang apa masalahnya sangat kalau sekadar cuma untuk duduk semeja berbincang . Unity talk kalau diterjemahkan dalam bahasa Melayu ertinya perbincangan mengenai perpaduan.

Tiada siapa yang pernah cakap UMNO dan PAS hendak bergabung menerusi perbincangan itu.

Fakta yang tidak dapat diubah ialah idea perbincangan itu asalnya dibawa sendiri oleh Datuk Seri Haji Hadi Awang dan bukannya oleh UMNO.

Tidak kira siapa yang mula mencetuskan idea itu.Asal untuk kebaikan ia memang dialukan.

Atas sebab itu mungkin UMNO memberi respon yang positif.

Sejak gagasan ini disuarakan oleh Presiden PAS di muktamar parti itu baru-baru ini ia telah melalui polimek yang berliku.

Ramai yang harian kenapa isu ini jadi berbelit-belit hingga nampak begitu rumit.

PAS sendiri bergegar kerana idea Haji Hadi itu.Rakannya dalam pakatan pembangkang PKR dan DAP jadi resah dan bimbang kerananya.

Kemuncaknya yang mengejutkan ramai pihak ialah setakat ini bila Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sudah menyerang Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa secara terbuka.

Ada yang bertanya kenapa Menteri Besar Kelantan itu begitu anti sangat dengan bayang UMNO sedangkan sanggup berpeluk cium dengan DAP.

Juga apa yang membuatkan puak Erdogan dalam PAS dan begitu juga PKR dan DAP cukup ngeri pasal istilah perpaduan Melayu.

Mereka yang mengikuti dari awal cerita PAS hendak duduk berbincang dengan UMNO tahu idea asalnya hanya terhad pada pencapaian kata sepakat hal-hal yang melibatkan kepentingan Melayu.

Dulu polimeknya berkisar tentang soal istilah.Apakah muqabalah atau muzakarah?

Pokok pangkalnya apa sekali istilahnya ia sekadar duduk berbincang.

Dua negara yang berperang pun boleh adakan gencatan senjata untuk duduk berunding.

Mungkinkah istilah ‘ kerajaan perpaduan’ yang digunakan oleh media mengerunkan pihak-pihak yang menentang perbincangan itu.

Sebenarnya banyak hal-hal yang melibatkan kepentingan Melayu boleh ‘ terkangkang’ semata-mata kerana sempadan perbezaan ideoloji politik antara dua parti terbesar mewakili orang Melayu yakni UMNO dan PAS.

Ramai yang berharap jurang politik tidak menyekat orang Melayu bersatu suara dalam segenap hal yang melibatkan kepentingan mereka agar ‘ tidak menang sorak kampong tergadai’..

Realitinya kekuatan orang Melayu sudah terpecah tiga.Ini kerana selain UMNO,PAS ada yang dalam PKR.

Disebalik realiti ini ada yang menilai orang Cina misalnya sentiasa bersatu suara tentang hal-hal yang melibatkan kepentingan mereka sekalipun terpisah dalam MCA,Gerakan maupun DAP.

Ia tidak harus dilihat dalam kontek perkauman.Perpaduan sentiasa menjadi impian semua pihak yang sedar tentang pentingnya ikatan itu.

Lagipun tidak salah bagi siapa juga memikirkan tentang kepentingan kaum masing-masing.

Nik Aziz nampaknya masih bebal dengan dendamnya kerana sejarah bercerai PAS-UMNO dalam kerajaan Kelantan hingga anggap sebagai ‘ sampah’ siapa jua nak dekati UMNO.

Datuk Seri Anwar Ibrahim terus terbenam dengan cita-cita politiknya yang masih tidak kesampaian.

Mungkin bagi mereka satu gagasan perpaduan Melayu akan bikin rosak segala impian yang mereka rasa sudah terlalu hampir.

Politik ada batasnya.

Perlukah mereka merenung ke seberang Tambak Johor untuk menyingkap sejarah Temasek?

Ketepikan Soal Peribadi Demi MELAYU


KUALA LUMPUR 18 Jun - Ketepikan soal peribadi. Itu permintaan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim terhadap pemimpin Pas. Hanya dengan berbuat demikian, menurutnya, ikatan perpaduan antara parti tersebut dengan UMNO dapat dimeterai bagi mengelak orang Melayu daripada terus berpecah.

Beliau berharap semua pihak terutamanya pemimpin Pas dapat menggunakan ketajaman minda dalam menyelesaikan isu perpaduan Melayu.

"Perpaduan selaras dengan perjuangan Islam. Perjuangan Pas dan UMNO juga menuntut kepada perpaduan.

"Bersatu padu melalui ummah adalah sesuatu yang dikehendaki dalam Islam dan semua pihak perlu membuka mata serta ikhlas kerana perpecahan tidak menguntungkan sesiapa terutama orang Melayu,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rais diminta mengulas amaran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang bimbang melihat perpecahan teruk dalam kalangan Melayu sehingga menyebabkan kaum majoriti itu kelihatan lemah.

Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu percaya perpaduan antara UMNO-Pas sahaja yang boleh mengembalikan semula kewibawaan orang Melayu di negara ini.

Tambah Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, keikhlasan adalah penting dalam mencari titik perpaduan dua parti politik yang berbeza ideologi itu.

Katanya, mereka yang berpandangan serta membuat perhitungan peribadi tidak ikhlas dalam memperjuangkan Islam dan nasionalisme.

"Dalam isu ini, saya terkejut serta tidak menyangka seorang yang berilmu dan banyak pengalaman seperti Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi kenyataan yang bertentangan sehingga menyifatkan penyatuan antara UMNO dan Pas tidak memberi makna," katanya.

"Selaku orang lama dalam politik negara, saya berharap, semua pihak menyusun strategi bersama demi Melayu dan Islam. Perkara ini adalah sesuatu yang menguntungkan dan pernah berlaku semasa zaman Tun Abdul Razak,'' jelasnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, Melayu kini berpecah kepada lima iaitu Melayu-UMNO, Melayu-Pas, Melayu-Parti Keadilan Rakyat (PKR), Melayu-atas pagar dan Melayu-Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, perpecahan tersebut adalah sesuatu yang merugikan walaupun Melayu mewakili 66.6 peratus atau dua pertiga penduduk negara ini.

Tegasnya, dalam persekitaran politik dan ekonomi yang mencabar, orang Melayu memerlukan satu parti politik teras yang kuat jika bercita-cita ingin menjadi satu negara bangsa yang maju menjelang 2020.

UTUSAN MALAYSIA

Anwar: Bincang Lain Boleh Bukan Kerajaan Perpaduan


Walaupun Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melihat PAS ikhlas dalam soal membincangkan kerajaan perpaduan tetapi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum mengubah pendirian mengenai perkara itu.

Katanya, pembangkang akan mendengar penjelasan terbaru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung itu tersebut dalam mesyuarat akan datang sebaik sahaja Presiden PAS itu pulang dari luar negara.

“Setakat ini kita pegang pendirian beliau bahawa PAS komited dan tidak berganjak dengan pembangkang,” katanya.

Selain itu katanya, Hadi sudah menjelaskan perbincangan isu kerajaan perpaduan berdasarkan syarat badan kehakiman mestilah bebas dan pilihanraya telus dan adil.

Ditanya sama ada PKR juga bersetuju dengan idea itu, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa, pembangkang bersedia berbincang dengan Najib dalam isu lain tetapi bukannya soal kerajaan perpaduan.

AD - 16/6/2009

Perpaduan: Najib Lihat PAS Ikhlas...Nasharuddin Kata Ia Satu Langkah Ke Depan


Episod cadangan supaya diwujudkan kerajaan perpaduan makin menarik. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam komen terbarunya hari Selasa menegaskan beliau melihat PAS ikhlas dengan cadangan itu.

Timbalan Presiden PAS, Nashruddin Mat Isa pula ketika mengulas penegasan Najib tersebut menyifatkan ia kenyataan satu langkah ke hadapan.

Menurut Najib sesuai dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh PAS itu, UMNO tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh membawa kepada kebaikan negara.

“UMNO sentiasa terbuka dan sedia untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas merasmikan Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Negara-Negara Komanwel ke-17 (CCEM) di Putrajaya.

Cadangan pembentukan kerajaan perpaduan dicetuskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ekoran cadangan berkenaan wujud percanggahan dalam PAS sendiri. Malah pemilihan PAS pada muktamar parti itu menyaksikan isu berkenaan dikatakan telah mempengaruhi pemilihan yang berlangsung.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan antara yang kuat menentang cadangan yang dibawa oleh Hadi tersebut hingga melabelkan mereka yang menyokong idea tersebut sebagai boneka UMNO.

Ditanya sama ada beliau yakin dengan cadangan PAS itu, Najib berkata, ia adalah satu titik permulaan dan perlu melihat terlebih dahulu bentuk kerjasama yang sesuai antara kedua-dua parti berkenaan.

"Kita kena risik-risik dulu. Macam kita nak kahwinlah, kena risik-risik dulu. Jadi tak jadi, kita tengoklah. Takdir menentukan, apa bentuk kita tak tahu lagilah. Kita tengok pada bentuk kerjasama yang sesuai. Selepas itu, kita boleh bincang. Tak ada masalah," katanya.

Sementara itu Nasharuddin ketika dikerumuni oleh wartawan di lobi Parlimen bagi diminta mengulas kenyataan terbaru Najib tersebut berkata, beliau mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri dan menyifatkannya “satu langkah ke hadapan” dalam soal perbincangan untuk perpaduan.

Serentak dengan itu, beliau akan memaklumkan respon positif Najib tersebut kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini berada di luar negara.

Pada masa yang sama beliau menegaskan, perbincangan ke arah perpaduan tidak bermaksud PAS akan menyertai UMNO atau akan tunduk kepada parti itu.

Diminta mengulas kenyataan Nik Aziz menyifatkan mereka yang menyokong cadangan kerajaan perpaduan sebagai menjadi boneka UMNO, Nasharuddin enggan mengulas.

“Saya tidak dapat membuat tafsiran apa yang dimaksudkannya,” kata beliau mengelak untuk mengulas mengenai perkara berkenaan.

AD - 16/6/2009

NIZAR Buat Hal Lagi.. - Nizar Bawa Undang-Undang Rimba Ke Parlimen Digantung 2 Hari


Hari pertama sidang Dewan Rakyat mesyuarat kedua, penggal kedua Parlimen ke-12 hari Isnin kecoh dengan tindak tanduk bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dengan gengnya memakai lilit kepala Bubar DUN Perak.

Belum pernah dalam sejarah parlimen Malaysia kejadian seumpama ini berlaku.Selain Nizar, lima lagi Ahli Parlimen turut memakai lilit kepala tersebut.

Tindakan mereka itu ditegur oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Ingkar dengan arahan tersebut, Nizar dan enam yang lain diarah keluar Dewan Rakyat.

Pandikar Amin pada sidang media selepas itu memaklumkan, kesemua mereka yang diarah keluar itu digantung selama dua hari. Penggantungan itu menjadikan Nizar sebagai Ahli Dewan Rakyat yang pertama sejurus mengangkat sumpah telah digantung daripada menghadiri sidang Dewan.

"Ini bukan pasar, cari Parlimen lain kalau nak buat kecoh," kata Pandikar Amin.Beliau menyelar tindakan ahli Parlimen Bukiit Gantang yang membuang masa dan menjerit-jerit tidak menghormati parlimen dan peraturan Dewan.

Selain Nizar, turut digantung menghadiri sidang hingga esok adalah ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming, Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas) dan N.Gobalakrishnan (Padang Serai). Tiga yang lain, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena) Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Kerai) dan Dr Dzulkifly Ahmad Kuala dari Selangor.

Insiden mencemar Dewan yang mulia itu dipercayai dirancang oleh Nizar dan geng beliau.

Ini kerana, pemimpin PAS Pusat sendiri tidak menyokong perbuatan Nizar mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat.

Mengulas kejadian itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, tindakan Nizar itu adalah tindakan spontan beliau dan pembangkang di Perak yang tidak puashati dengan kemelut politik di negeri itu.

Katanya, Nizar tidak memaklumkan tindakan itu kepada PAS Pusat.Malah, Nasharuddin menyifatkan tindakan AJK PAS Pusat itu untuk menarik perhatian politik dunia dan beliau memperolehinya apabila perbuatannya itu menyebabkannya digantung.

Jika melihat lebih dalam kejadian itu, inilah perjuangan sebenar pembangkang yang sengaja mencetuskan kontroversi supaya kekal popular walaupun tindakan tersebut hanya membuang masa.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menyokong serta mempertahankan tindakan Nizar.

Beliau berpendapat, Parlimen harus membenarkan wakil rakyat menunjukkan protes mereka termasuk menggunakan lilitan.

Katanya, parlimen tidak patut ambil tindakan tegas menggantung Nizar dan enam yang lain.

Itu kata Anwar tetapi seperti ditegaskan Pandikar Amin, parlimen bukan pasar dan jika pembangkang berpendapat, boleh buat apa saja di parlimen, carilah parlimen lain yang sesuai untuk mereka.

Beberapa orang ahli parlimen BN yang ditemui berkata pengundi di Bukit Gantang kini patut sedar bahawa mereka sudah memilih wakil rakyat yang hanya mementingkan diri dan jawatan dan menjadikan undang-undang rimba bagi mencapai kerakusan politik kerana masih belum mahu menerima hakikat mereka kini bukan majoriti lagi di Dewan Undangan Negeri Perak.

Bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga bekas Menteri Besar Perlis menilai perbuatan Nizar adalah diluar kewarasan.

”Ini Parlimen bukan Dewan Undangan Negeri Perak,”katanya dengan nada marah ketika menghubungi Agendadaily.

Katanya Nizar patut pergi buat pemeriksaan dengan doktor pakar sakit jiwa.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas,Datuk Ibrahim Ali berkata Parlimen akan jadi gelanggang gaduh dengan sikap Ahli Parlimen seperti Nizar yang berpendidikan tapi melakukan sesuatu yang memalukan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga urusan parlimen ,Datuki Seri Nazri Aziz berkata sepanjang empat penggal beliau menjadi Ahli Parlimen hal yang tidak wajar seumpama itu tidak pernah berlaku.


AD - 15/6/2009

Ahli Umno Usah Terjerat Helah Hadi


Isu kerajaan perpaduan tutup perpecahan: Tengku Adnan
Ahli Umno diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan helah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama Barisan Nasional (BN) kerana ia hanya mainan politik bagi menutup perpecahan di kalangan pemimpin pakatan pembangkang terutama Pas sendiri.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata beliau sendiri kurang yakin dengan keikhlasan Presiden Pas itu kerana sehingga kini tiada seorang pun wakil Pas menemui wakil Umno untuk membincangkan perkara berkenaan secara terperinci.


"Abdul Hadi sengaja mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana mahu mencari kuasa, pengaruh dan menutup kelemahan dalam Pas ketika ini," katanya.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, pendirian Umno adalah jelas iaitu melakukan sesuatu demi kebaikan negara dan rakyat, bukan kerana mengejar kuasa atau pangkat.

"Kita hanya fikirkan kebaikan untuk negara, rakyat dan masa depan negara," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata Umno selama ini tidak pernah berbincang mengenai sebarang syarat sekiranya ia mahu mengadakan perbincangan dengan Pas.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, pada 1999 ada cadangan mengadakan muzakarah antara kedua-dua parti, bagaimanapun tidak menjadi kenyataan selepas Pas mengenakan beberapa syarat.

"Kali ini cadangan daripada Pas mengenai kerajaan perpaduan, dulu muzakarah," katanya.

Diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan Abdul Hadi untuk membentuk kerajaan perpaduan sebagai 'boneka Umno', Ahmad Shabery berkata, perkara itu adalah masalah dalaman Pas dan Umno tidak berhasrat untuk campur tangan.

"Umno sebagai sebuah parti yang memikirkan masa depan rakyat, kita berasa sekiranya Pas ingin duduk berbincang dengan kita, apa salahnya. Dalam Parlimen pun kita duduk berbincang dan ini tak bermakna apa disuarakan Pas tidak pernah kita terima.BHARIAN

Oleh Saufi Hamzah dan Haika Khazi

Pembangkang Tak Puas Hati, Kecoh Di Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR, 15 Jun – Persidangan Dewan Rakyat yang mula bermesyuarat hari ini berlangsung kecoh selepas 10 minit mengangkat sumpah ekoran tindakan biadap pakatan pembangkang yang diketuai oleh mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Mesyuarat Parlimen kedua bagi penggal kedua ini akan berlangsung selama 10 hari iaitu sehingga 30 Jun depan dicemari dengan kekecohan.

Sesungguhnya, tidak pernah berlaku dalam sejarah persidangan Dewan Rakyat apabila ahlinya menjerit dan lantang tidak menghormati Dewan sebagai penggubal undang-undang.

Tindakan Nizar yang melaungkan ‘Bubar DUN Perak’ berkali-kali telah menimbulkan kekecohan apabila ada sebilangan anggota pakatan pembangkang yang juga turut bertindak sedemikian.

Lantaran itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang tersebut telah diarahkan keluar oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran menjadi punca sikap tidak bertanggungjawab dan memalukan.

Turut diarah keluar ialah empat wakil rakyat pembangkang lain yang memakai lilit kepala ‘Bubar DUN’, selepas Nizar menjerit perkara yang sama hinggakan kekecohan berlaku sekitar 20 minit.

Sesungguhnya, perbuatan ahli-ahli pembangkang tersebut secara jelas membuktikan bahawa mereka tidak peduli dengan perundangan yang ada biarpun di Dewan Rakyat sendiri hinggakan sesi soal jawab yang akan menyentuh hal-hal rakyat turut tidak dipedulikan.

Apa yang pasti, Nizar dan sekutu pembangkang masih lagi tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah kehilangan tampuk pentadbiran di Perak lantas kekecohan yang sebelum ini berlaku di Dewan Negeri cuba pula di bawa ke Dewan Rakyat.

Dalam hal ini, fikirkanlah kewajaran bagi seorang wakil rakyat yang dipilih untuk membolehkan mereka menyampaikan hasrat dan mendapat pembelaan bagi rakyat sebaliknya, mereka lebih taksub untuk mengejar pangkat dan kuasa.

Sewajarnya, isu berkaitan pentadbiran Negeri Perak tidak timbul lagi tambahan pula keputusan telah pun dibuat apabila tiga Hakim Mahkamah Rayuan memberikan keputusan sebulat suara memihak kepada Dr. Zambry sebagai Menteri Besar.

Lantaran itu, pakatan campuran wajar menghormati keputusan tersebut tanpa memanipulasi atau menimbulkan provokasi yang hanya akan membawa padah dan rakyat menjadi mangsa.

Kematangan berpolitik perlu dijadikan landasan dan keputusan yang dibuat juga perlu diterima dengan tenang tanpa sebarang propaganda atau demonstrasi sebagaimana yang seringkali terjadi apabila keputusan tidak berpihak kepada pakatan campuran.

Dalam hal ini juga, pembangkang tidak perlulah cuba bertindak sebagai hakim kepada rakyat pula dengan berkempen atau menabur cerita sambil mempertikaikan keputusan mahkamah sedangkan jika mengikut kiraan logik matematik juga jelas, majoriti berpihak kepada BN.

Dalam persidangan kali ini, dijangkakan beberapa isu semasa akan menarik perhatian ahli-ahli Dewan untuk dibincangkan khususnya berkaitan masalah ekonomi dan sosial yang juga memberi kepentingan kepada rakyat.

Apa Lagi PAS?

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Entah apa pula strategi yang akan dilakukan oleh pakatan pembangkang khususnya PAS bagi cubaan mengekalkan agenda perjuangan mereka yang mempergunakan agama.

Nampaknya, dari sehari ke sehari ada sahaja perkara yang dibuat atau idea kurang waras yang diucapkan, sedangkan sewajarnya selepas berlangsungnya muktamar awal bulan lalu, tentulah mereka akan bergerak dengan lebih sempurna lagi.

Namun, perkara yang sebaliknya berlaku. Buktinya, lihat sahaja insiden memalukan di Dewan Rakyat semalam yang membawa kepada tindakan tegas Yang Dipertua Dewan Rakyat apabila memerintahkan Nizar dan sekutunya keluar Dewan dan digantung dua hari.

Nizar bukan sahaja menjerit bagai orang hilang akal melaungkan ‘Bubar DUN’, dan malah turut memakai lilt kepala mempamerkan perkataan sama.

Sememangnya, tidak pernah tergambar peristiwa sedemikian akan berlaku apatah lagi disengajakan oleh seorang wakil rakyat yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pendidikan agama yang boleh dibanggakan.

Apa yang boleh diperkatakan, tindakan Nizar yang biadap terhadap persidangan Dewan Rakyat tanpa menghiraukan kedaulatan dan fungsinya di samping gagal menghormati para anggotanya termasuklah Yang Dipertua Dewan.

Sesungguhnya, demi pangkat, kedudukan dan kuasa, Nizar cuba menegakkan benang yang basah dengan mengangkat undang-undang rimba yang telah dipraktikkan semasa persidangan bawah pokok kerajaan pakatan campuran Perak dan juga semasa kekecohan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri kemudiannya.

Perlakuan Nizar, yang dianggap seorang pemimpin tinggi PAS sememangnya bertentangan dengan kewajaran, atau mungkin juga beliau gagal memahami peraturan Dewan sedangkan ia bukanlah boleh dipermainkan sesuka hati.

Apa sebenarnya yang mahu dibuktikan oleh Nizar, sedangkan sebelumnya telah jelas bahawa titah Sultan Perak enggan dipatuhi, keputusan mahkamah juga tidak mahu diakui dan kemudiannya mahu kekecohan di Dewan Rakyat pula.

Sudahlah sebelum ini, telah pelbagai provokasi dan manipulasai dipergunakan oleh Nizar dan sekutunya malah sanggup memperalatkan rakyat mengadakan demonstrasi dan perhimpunan jalanan semata-mata kuasa, pangkat dan kedudukan.

Mungkin juga Nizar sudah terpengaruh dengan idealogi yang dibawa oleh Mursyidul Amnya, Nik Aziz yang sanggup membelakangkan perpaduan untuk kebaikan agama, bangsa dan negara.

Lebih teruk lagi, PAS sanggup bersekongkol dengan DAP yang terang-terang berlainan idealogi malah bertentangan dengan apa yang dibawa oleh PAS sendiri.

Dalam hal lain pula, Nik Aziz sebagai seorang pemimpin yang dihormati oleh PAS sanggup pula mengeluarkan kenyataan yang sanggup ‘bertumpah darah’ untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai bulan depan.

Adakah sekiranya PAS gagal mempertahankan Manek Urai maka mereka akan sanggup bertikaman dan melakukan perbuatan samseng asal sahaja kuasa dan kedudukan tidak jatuh ke tangan orang lain khususnya UMNO dan BN.

Fikirkanlah, apa lagi selepas ini yang akan PAS lakukan?

Apa Agenda Anwar?


KUALA LUMPUR, 15 Jun – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab khususnya dalam menyelami sejarah negara apabila kembali membangkitkan isu berkaitan Chin Peng.

Sabtu lalu, Anwar membangkitkan persoalan kenapa tidak membenarkan pemimpin kanan anggota komunis, Chin Peng kembali sedangkan Kerajaan telah berdamai dengan Komunis China.

Dalam menilai hal ini, dangkalnya pemikiran seorang yang bergelar pemimpin apabila gagal menghayati perjuangan tokoh terdahulu dalam mempertahankan negara daripada kekejaman komunis yang didalangi oleh orang-orang seperti Chin Peng.

Kepahitan dan kesengsaraan yang dialami sesungguhnya masih tetap dirasai biarpun ia telah lama berlaku apatah lagi tokoh terdahulu bukan sahaja berkorban harta benda, keringat dan airmata malahan nyawa juga menjadi taruhan.

Bagaimana mungkin Anwar boleh melontarkan persoalan sedemikian sekiranya benar beliau seorang pemimpin yang memahami jiwa rakyat.

Ceteknya akal Anwar apabila menggunakan isu tersebut sebagai bahan untuk menarik perhatian untuk cubaan meneruskan kesinambungan populariti murahan dan mungkin juga ingin lari dari kenyataan berkaitan kesnya sendiri yang akan mula dibicarakan awal bulan nanti.

Perlu difahami bahawa tindakan bersenjata pihak komunis Bintang Tiga telah melibatkan beberapa siri serangan berdarah selepas Jepun menyerah kalah termasuklah insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak.

Tujuan utama PKM melancarkan gerakan bersenjata adalah untuk menggulingkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan mendirikan sebuah Kerajaan Republik Komunis melalui pemberontakan bersenjata.

Chin Peng juga mengerahkan segala kekuatannya dan telah diperkuatkan lagi dengan penubuhan Rejimen Ke-10 (Tentera Pembebasan Nasional Malaya - TPNM) yang dipimpin oleh Abdullah CD. Rejim komunis ini telah bersarang di hutan belantara dengan mengangkat senjata untuk menentang pasukan keselamatan yang mereka anggap sebagai anjing kerajaan.

Dengan gerakan bersenjata komunis dikatakan kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota pasukan keselamatan terbunuh di tangan PKM semasa era keganasan kumpulan pengganas itu antara 1948 sehinggalah mereka meletakkan senjata pada 1989.

Dalam hal ini, Kerajaan tidak membenarkan Chin Peng kembali ke negara ini sebab ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada mereka yang terkorban dan ahli-ahli keluarga mereka yang telah terkorban dalam waktu darurat dahulu.

Tidak kurang juga yang telah menanggung derita dengan kecacatan kekal yang dialami akibat jerangkap samar yang dipasang oleh gerila komunis yang dikepalai oleh Chin Peng dan konco-konconya dari Rejimen Ke-10 yang berselindung di sebalik nama Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM).

Sesungguhnya, tujuan utama pemimpin PKM adalah untuk mendominasikan negara ini dengan fahaman komunisme, tetapi rakyat telah menolaknya.

Lantaran itu, apa agenda Anwar hinggakan hilang kewarasan dan rasa tanggungjawab memahami aspirasi negara!

1Malaysia Bukan Asimilasi

KUALA LUMPUR 15 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan gagasan 1Malaysia adalah amat berbeza daripada konsep asimilasi yang diamalkan di negara lain, di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan bagi digantikan dengan satu identiti nasional baru.

Perdana Menteri berkata, konsep gagasan tersebut juga jauh berbeza daripada konsep Malaysian Malaysia parti pembangkang yang tidak bertunjangkan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya, menurut beliau, 1Malaysia secara tersurat dan tersirat kekal menjunjung kesemua peruntukan teras seperti Perkara 3, 4, 152, 153 dan Bahagian 2 serta 3 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh itu, janganlah mana-mana pihak berasa khuatir atau menaruh syak serta bimbang bahawa konsep ini akan terpesong daripada apa yang telah dipersetujui dan dimuafakatkan oleh bapa-bapa negara suatu waktu lalu.

“Sebaliknya, 1Malaysia menghargai dan menghormati identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.

“Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum lain seadanya agar kita dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Halimah Mohd. Sadique (BN - Tenggara) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sidang Dewan Rakyat hari ini merupakan yang pertama sejak Najib dilantik sebagai Perdana Menteri.

Najib memberitahu, formula 1Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama iaitu penerapan teras-teras perpaduan dan nilai-nilai aspirasi.

Teras-teras perpaduan:

*Penerimaan antara semua kaum dan rakyat Malaysia.

*Prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara

*Keadilan Sosial.

Nilai-nilai aspirasi merangkumi:

*Budaya kecemerlangan dalam melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab.

*Budaya ketepatan dari segi menghormati waktu dan meningkatkan kecekapan.

*Keberanian untuk berinovasi dan meneroka peluang-peluang baru.

*Meritokrasi dalam memberikan tugasan kepada yang paling layak melaksanakannya berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan dasar negara.

*Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara.

*Ketabahan mengharungi cabaran mendatang dan integriti dalam segala urusan dan transaksi.

Menjawab soalan tambahan Karpal Singh (DAP - Bukit Gelugor) yang mendakwa 1Malaysia ditiru daripada konsep Malaysian Malaysia, Najib menegaskan bahawa kerajaan tidak langsung mencuri idea Malaysian Malaysia sambil menyatakan konsep itu jauh berbeza dengan idea DAP yang tidak berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Pas Bawa Pendekatan Politik Samseng

KOTA BHARU 15 Jun - Pemuda Barisan Nasional (BN) Kelantan menganggap kandungan ceramah pemimpin Pas yang sanggup 'bertumpah darah' untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sebagai satu pendekatan politik samseng.

Ketuanya, Annuar Sufian berkata, kenyataan seumpama itu adalah satu bentuk provokasi yang boleh menimbulkan suasana tidak tenteram, malah boleh menakutkan para pengundi.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda BN tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya cubaan terdesak dengan membakar semangat penyokong secara keterlaluan itu berulang.

"Kita menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk pendekatan samseng, sebarang bentuk provokasi yang cuba ditimbulkan dalam siri ceramah mereka di Manek Urai.

"Mereka adalah sebuah parti yang dilabel sebagai Islam, tetapi kenyataan yang dikeluarkan ini bertujuan untuk menghuru-harakan pengundi di situ," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pemuda BN negeri di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pemuda MCA negeri; Gah Han Chuan, Ketua Pemuda Gerakan negeri; Raja Muharini Raja Muhamad dan beberapa pemimpin UMNO di peringkat bahagian.

Annuar yang juga Ketua Pemuda UMNO negeri berkata, Pas sepatutnya mencontohi UMNO yang mengamalkan konsep perpaduan untuk menarik sokongan pengundi.

Tegasnya, Pemuda BN tidak akan terikut dengan 'rentak' Pas dan percaya pengundi tidak mudah dipengaruhi ajakan yang tidak selaras dengan budaya dan agama.

Mengulas mengenai peranan Pemuda BN di Manek Urai, jelas beliau, mesyuarat itu memutuskan semua parti komponen pergerakan tersebut bersama-sama turun ke Manek Urai untuk membantu kemenangan BN.

Katanya, Pemuda BN akan memberi keutamaan untuk meraih sokongan daripada pengundi muda di Manek Urai memilih calon BN sebagai wakil rakyat mereka.

Tambahnya, tinjauan terbaru menunjukkan ramai penyokong muda Pas kini mula mendekati BN selepas kecewa dengan pimpinan kerajaan negeri yang gagal menyediakan pembangunan.

Chin Peng Kembali, Anwar Keluar…

Usaha-usaha terancang oleh pihak-pihak tertentu untuk membawa Setiausaha Agung Partai Komunis Malaya (PKM) Chin Peng kembali ke tanahair, dirasakan mempunyai matlamat yang lebih jauh daripada itu.

Dapat dihidu bahawa cadangan itu adalah sebagai langkah untuk menghidupkan kembali semangat PKM terutamanya di kalangan generasi muda selepas merdeka yang tidak tahu dan tidak pernah merasakan azab hidup di bawah penguasaan komunis.

Adalah dikesali sangat bahawa usaha dan isu membawa pulang Chin Peng itu didalangi oleh pemimpin dalam parti pemerintah, Barisan Nasional sendiri. Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Gan Hock Nan tanpa segan silu, malah dengan bangganya mengusulkan idea berkenaan walaupun mengetahui bahawa tindakannya itu amat memilukan hati rakyat Malaysia khususnya para pejuang dan pahlawan negara yang berkorban mendaulatkan kemerdekaan negara Malaysia.

Menjadi kenyataan bahawa kepiluan angkara kekejaman komunis itu banyak dirasakan oleh orang Melayu terutamanya yang berjuang atas nama ketenteraan dan kepolisan. Waris-waris pejuang yang terkorban bangkit menyatakan rasa marah masing-masing manakala pejuang yang masih hidup tetapi cacat sepanjang hayat mereka kerana serangan PKM bingkas membantah hasrat berkenaan.

Di tengah-tengah kebangkitan yang tanpa sempadan itu, orang bukan Melayu juga bangun menyuarakan rasa tidak senang mereka - membantah, malah tidak mahu dan tidak sanggup lagi untuk mendengar dan mengenangkan mengenai Chin Peng dan PKM.

Sangat dikesali bahawa isu ini dibangkitkan oleh parti komponen BN sendiri tatkala BN berhadapan dengan kemelut tsunami poliitik 8 Mac 2008 yang menyaksikan BN kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen dan empat buah negeri lagi terlepas ke tangan pembangkang.

Kehilangan pengaruh BN termasuk beberapa jaguh utama dari MIC, PPP, Gerakan serta MCA. Adalah angkara kejayaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibantu oleh rakan-rakan pembangkang lain untuk membenci kerajaan yang sedang memerintah dan telah membangun serta memajukan Malaysia sejak merdeka lagi.

Oleh kerana isu yang dibangkitkan ini bagaikan tidak mendatangkan mudarat, maka banyak pihak tidak mengendahkannya atau melihatnya sebagai ’cincai’ atau ambil mudah sahaja dengan andaian kerajaan boleh mengatasinya.

Bukan semua perkara atau isu boleh diselesaikan oleh pihak kerajaan, khususnya yang melibatkan semangat, perasaan dan jatidiri. Kerajaan boleh bertindak mengikut undang-undang, tetapi tiada undang-undang di dunia yang dapat mengawal perasaan.

Sipewaris akan mengalir air mata mengingati keluarga yang terkorban, yang cacat akan terkenang akan kaki yang terputus, mata yang buta, badan yang lumpuh dan segala macam kenangan pahit yang sebenarnya tidak mahu diingati lagi, tetapi mengembalikan dan menghidupkan kekejaman PKM pasti menyayat perasaan mereka.


Namun, atas dasar dan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibahim yang diketahui sejak memimpin ABIM lagi sebagai orang yang paling tidak ngam dengan masyarakat Cina, tiba-tiba menjadi jaguh baru membela Chin Peng atas nama kemanusiaan.

Atas nama itulah beliau mahu kerajaan menimbang semula keputusan melarang pemimpin komunis itu pulang ke Malaysia. Nada beliau ini jelas sekali tidak selari dengan perjuangan beliau sebelumnya.

Ramai juga yang dapat menghidu bahawa kenyataan beliau itu hanyalah untuk memenangi hati masyarakat Cina agar terus membenci BN dan kerajaan.

Tentu ramai juga yang yakin bahawa apa yang terhambur dari mulut Anwar iitu bukannya dari hati yang ikhlas - sebaliknya hanyalah taktik dan strategi untuk menyedaPkan hati orang Cina. Timbul pula persoalan, sejak bila pulakah Anwar menjadi pembela orang Cina dan juga komunis?

Jika Anwar mahu membawa Chin Peng kembali ke negara bertuah ini atas nama kemanusiaan, kenapa beliau tidak menggunakan alasan yang sama untuk menjaga hati orang Melayu khususnya yang menderita kerana kewujudan PKM di negara ini?

Sudah lupakah Anwar tentang perjuangan askar Melayu, polis Malaya, Home Guard dan juga Pertahanan Awam? Bukankah banyak nyawa terkorban melalui usaha mempertahankan negara dan bukankah sengsara berpanjangan berlaku walaupun PKM hanya ’berkuasa’ selama 14 hari pada tahun 1945. Jangan mudah lupa.

Jika Anwar atau Pak Sheikh benar-benar mahu Chin Peng pulang untuk menghabsikan sisa-sisa hidupnya di Malaysia, bolehkah kita mencadangkan agar beliau menggantikan tempat Chin Peng.

Dalam erti kata mudah, Chin Peng kembali ke tanahair dan Anwar pula keluar meninggalkan negara ini atas nama kemanusiaan. Soal perjuangan, dari luar negara pun boleh sepertimana yang dilakukan oleh jaguh-jaguh demonstrasi jalanan beberapa tahun lalu.

Tindakan tegas harus diambil terhadap semua petualang yang cuba memartabatkan PKM termasuklah melucutkan kerakyatan mereka Selain daripada itu, oleh kerana mereka tidak menghormati kepusan kerajaan dan negara, eloklah Pingat, Bintang dan Darjah Kebesaran yang telah diberikan kepada mereka.ditarik balik

Bagi memastikan gejala yang boleh membakar semangat kaum ini meluas, maka menguatkuasakan Akta Hasutan kepada pihak yang bermain-api mengenai isu PKM adalah sangat wajar.

Chin Peng wajib terus diketepikan.Masyarakat tidak harus mengambil sikap ‘cincai’ terhadap usaha memartabatkan PKM dan sesiapa juga yang cuba menjadi jaguh kepada PKM harus ‘dicincang’.

AD - 14/6/2009

Pas 'tunduk' kepada DAP

KUALA LUMPUR 14 Jun - Kecaman demi kecaman daripada sekutu pakatan pembangkang terutamanya DAP menyebabkan Pas 'tunduk' kepada parti itu dalam isu kerajaan perpaduan.

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pas Pusat sesi 2009/2011 yang berlangsung di sini pada Khamis lalu, secara rasmi membuat keputusan supaya pimpinan parti itu 'tutup mulut' daripada membuat sebarang ulasan mengenainya.

Beberapa pemimpin Pas yang dihubungi Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas pimpinan parti yang mempertahankan idea berkenaan sebagai 'boneka UMNO' juga gagal.

''Pas Pusat sudah membuat keputusan supaya kita hentikan sebarang polemik mengenai kerajaan perpaduan.

''Jadi saya pun no comment, kita dah diarah supaya 'tutup buku', makin kita bercakap makin keliru, masalah tidak selesai kerana mesej tidak sampai.

''Demi kebaikan semua dan demi mengharmonikan keadaan kita tidak bercakap sehinggalah masa akan datang (sekiranya) suasana politik berubah. Wallahua'lam,'' tegas Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hasan Tantawi.

DAP secara konsisten menyerang Pas sejak idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kembali diperkatakan pada Muktamar Pas ke-55, hujung minggu lalu.

Terbaru kelmarin, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata Abdul Hadi perlu meminta maaf kepada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Nik Abdul Aziz sendiri kerana mencadangkan perbincangan isu kerajaan perpaduan dengan UMNO.

PAS Dulu Dan Sekarang


Tuan guru Nik Aziz benar benar marah kat UMNO.Berunding dengan UMNO dikatakan mengarut.Berunding dengan DAP tak ape sebab kita nak dakwah dia ( ni aku yg kata ).Tapi dah dekat satu abad DAP dok tentang niat PAS nak laksana hukum hudud dan tubuh negara Islam.

Sekurang kurangnya UMNO lebih lembut hatinya bila laksanakan beberapa perkara yang diperjuangkan oleh PAS.

Tak payahlah aku nak senaraikaan, cari lah sendiri …tapi niat mesti jujur baru boleh jumpa..

Kalau niat serong..yang betul jadi salah..yang ada tiba tiba tiada..

Dendam sungguh sungguh dia kat UMNO.

Katanya lagi ..ada menteri persekutuan beri arahan jangan bantu Kelantan.Betul kah tu?

Tak silap aku Tuan guru pernah puji Tun Mahathir kerana lulus RM500 juta pada kerajaan Kelantan..

Kita mintalah menteri menteri persekutuan senaraikan peruntukkan peruntukkan yang diluluskan olih kerajaan pusat kepada Kelantan semenjak 20 tahun yang lampau.

Aku sebenarnya tak sampai hati nak kata Tuan guru berdusta sebab aku hormat kepada ketinggian ilmu agamanya.Kalaulah betul tak ada peruntukkan tahunan kepada kerajaan Kelantan,memang tak patutlah kerajaan persekutuan buat macam tu..

Rakyat Kelantan pun bayar cukai jugak..

PAS Tambun pula minta buat suruhanjaya.Siasat macammana UMNO secara jenayah rampas Kerajaan DAP/PAS Perak.

Nizar pula kata JANGAN BERUNDING DENGAN UMNO.Walaupun dalam UMNO ada individu individu yang lebih tinggi ugamanya dari beliau…berunding dengan DAP tak apa..walaupun kena langkah mayat Karpal Singh.

Aku rakyat biasa ni tak fahamlah pael orang orang PAS ni..Dulu aku memang sokong ler PAS ni..

Sebab dalam soal politik ni mak aku suruh ikut orang yang tinggi ilmu agamanya kerana tindakkan mereka berpandukan Al Quran dan Hadis.

Katanya lagi bila kena soal dalam kubur boleh jawab aku ikut si anu yang tinggi ilmu agamanya.

Sebab itu mak aku tak turun buang undi kalau tak ada calon PAS bertanding kat kawasan dia.

Katanya Tok guru PAS kata haram pangkah orang bukan Islam jadi pemimpin.Nanti tak boleh jawab soalan kubur.

Sebab kat tempat dia dari dulu sampai sekarang yang bertanding adalah DAP dengan MCA.

Dalam pilihanraya yang lepas mak aku pangkah DAP.

Aku pun tanyalah bukankah haram pangkah orang yang bukan Islam jadi pemimpin?

Mak aku pun jawap sebab Tok guru suruh.Nanti bila kena tanya dalam kubur dia jawablah aku ikut Tok guru..

Aku diam jerlah…no komen…walaupun hati kecil aku tak setuju.Bukan pasal hukum tu tapi bila orang Islam pangkah MCA atau MIC dia kata haram. dulu dulu lah..

Mintalah mufti beri penjelasan dalam bab ni.. Dulu dulu PAS memang ada prinsip.

Kalau dia kata nak buat hudud…negara Islam ke…

Jangan ler siapa siapa cuba bangkang….nanti kena hukum kafir…

Terpaksalah rakyat sembahyang fardhu dua kali sebab ada dua imam.Takut kalau kalau salah satu dihukum tidak sah..

Jadi satu hari kena sembahyang 10 fardhu…Sesama Islam bermusuhan…sampai pulau memulau…tak bertegus sapa..

Rakyat biasa jadi keliru…siapa Islam..siapa kafir..

Tuhan Maha Kaya..

Bagi PAS menang pilihanraya melalui pakatan…

Berpakat dengan orang UMNO jugak..suatu masa dahulu ( PKR ler tu )

Sebahagiannya pernah kena hukum kafir..suatu waktu dahulu..

Berpakat dengan DAP yang dulunya dicop kafir harbi..sebab bantah hukum hudud dan nak tubuh negara Islam…

Bila dah perintah lima negeri..PAS pun jadi parti komponen…

Terpaksa lah ikut rentak PERDANA MENTERI BAYANGAN..( DSAI ler tu )

Lebih kurang macam MIC dan MCA lah jugak..

Kena ikut rentak Perdana menteri yang sah sekarang ini..

Kalau PM BAYANGAN kata PKR tidak menyokong idea negara Islam..

Tidaklah pulak PAS memberontak termasuk lah Tuan guru.

Bila Nizar kata tak ada dalam perlambagaan PAS nak buat negara Islam dalam sidang DUN.

Tok Guru tak komen langsung..

PAS Tambun yang nak buat suruhanjaya pun tak berdaya nak komen..

Janganlah nak berlakon…Allah Maha Mengetahui…

Bila UMNO perintah Selangor beriaya iya PAS lanyak kerajaan Selangor suruh tutup kilang arak kat tepi federal highway tu dulu dulu ler..

Sampai 7eleven yang jual arak dalam kedai..depa gantung sepanduk minta kerajaan BN bertindak..

Kata UMNO bersubahat menyuburkan kemungkaran.

Tetapi bila dah dapat kuasa ni kita nak cabar PAS desak MB Selangor pindahkan kilang arak tu ke negeri yang dikuasai BN.Kat Melaka atau Negeri Sembilan.Kita bukan cabar dia suruh tutup terus kilang tu..kita minta PAS desak MB alihkan kilang tu..

Kalau itu pun tak mampu nak buat..aku benar benar tak faham.

Bila DAP suruh pindah Kem Kemunting,cepat cepat Nizar bagi respon..kita akan bertindak minta kerajaan persekutuan alihkan ke Negeri yang dikuasai BN…boleh pulak bertindak sepantas halilintar…

Yang dok beriaya iya nak tubuh suruhanjaya siasat UMNO kat Perak tu pasal apa? Kenapa tak buat resolusi bantah PKR nak sedut MP BN dan tumbangkan kerajaan Persekutuan dulu.Aku yang tak pandai politik pun bolih mengerti putar belit politik PAS ni..

Sekurang kurangnya Karpal Singh lagi berperinsip bila dia sanggah cara Anwar Ibrahim nak gulingkan kerajaan BN dulu..

Bila DAP kata mogok lapar..PAS kata puasa sunat dibolehkan tapi ALLAH MAHA MENGETAHUI akan niat sebenar hamba hambaNya.

Kenapa tak hebahkan nak buat puasa sunat sebab Karpal Singh kata langkah mayat dia dulu kalau nak buat negara Islam.

Bila DAP lilit kepala dengan kain hitam..Nizar dan pimpinan PAS yang lain pun ikut walaupun tak pakai ketayap atau serban hari hari…

Mungkin lilit kepala dengan kain selebar dua inci itu memadai untuk dapat pahala sunat..

Kelakar sungguh bila aku tengok muka Nizar lilit kepala dengan kain dua inci yang pakai serban lilit kain hitam kat lengan…sebab mereka ni cerdik ugama…

Cuba bayangkan apalah rupanya Tuan guru lilit kain hitam kat serban…

Bila DAP kata Raja tak ada hak untuk pecat MB PAS pun suruh pengikut dia guling guling atas jalanraya sambil menjerit jerit Memaki hamun raja.Aku yang tak tinggi dalam bab ugama pun malu nak buat aksi tu..

Nizar dan exco exconya pun tak berani nak buat..sebab mereka sedikit cerdik..

Lepas ni apa lagi…

Aku dan kawan kawan aku sebagai rakyat biasa dah jelak dengan gelagat PAS

Lepas ni kami akan bagi undi kami kat BN…..

Tak seperti dulu dulu…


Yusoff Ismail

ERDOGAN Masih Mahu Terus Berkuasa Dalam PAS

Pada sidang media selepas tewas merebut jawatan Timbalan Presiden PAS dalam muktamar parti itu minggu lalu, Datuk Husam Musa yakin perjuangan dan pandangan politiknya dapat diteruskan dalam parti itu.

Beliau mendakwa, majoriti ahli jawatankuasa PAS Pusat dan Naib Presiden yang dipilih adalah mereka yang komited terhadap pandangan terutama dalam menolak gagasan kerajaan perpaduan.

Bekas Naib Presiden dan Exco kerajaan Kelantan itu menjelaskan, beliau membangkitkan isu menolak gagasan kerajaan perpaduan bukan untuk menang pemilihan parti tetapi tidak mahu PAS mengadakan rundingan dengan UMNO.

Katanya, tiada jalan pintas walau apa cara sekalipun untuk PAS bersama-sama UMNO.Beliau tegas pada pandangan PAS mesti menggantikan UMNO.

Kini kata-katanya mengenai perjuangan itu akan diteruskan mula nampak tandanya.

Barangkali memegang prinsip ‘alang-alang menyeluk pekasam, biar ke pangkal lengan’, usaha Husam dan beberapa pemimpin lain dalam kumpulan Erdogan, nampaknya tidak berakhir selepas muktamar tersebut.

Malah desas desus yang berlegar mengatakan adanya pertemuan sulit kumpulan itu yang turut dihadiri oleh Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di ibukota selepas muktamar itu untuk merumus cara mematahkan sebarang usaha untuk menjayakan idea kerajaan perpaduan,pasti akan menghangatkan lagi keadaan.

Juga terbaru, Datuk Mahfuz Omar yang menang jawatan Naib Presiden mencadangkan Husam dan Mohamad Sabu diberikan jawatan yang penting dalam Dewan Harian PAS Pusat.

Cadangan itu dibuat sehari sebelum mesyuarat dewan berkenaan yang mungkin membincangkan kedudukan serta jawatan dalam barisan terbaru kepimpinan PAS selepas perwakilan membuat pilihan.

Tidak sukar menduga tindakan Mahfuz kerana beliau perlukan Husam, Mohamad dan beberapa pemimpin lain bagi memastikan PAS tidak berpaling tadah sehingga meninggalkan pembangkang andainya gagasan kerajaan perpaduan tercapai.

Namun, Mahfuz lupa bahawa perwakilan sudah menolak kedua-dua bekas Naib Presiden parti itu dan sewajarnya Husam dan Mohamad melupakan hasrat untuk terus bersama pemimpin yang akan mencaturkan organisasi PAS.

Apakah Dewan Harian PAS akan menerima cadangan itu atau kedua-dua tokoh hanya akan dicadangkan supaya dilantik dalam jawatankuasa PAS Pusat atau mana-mana Lajnah sahaja?

Sumber PAS membayangkan, Husam dan Mohamad tidak mungkin dilantik menganggotai Dewan Harian dan amat mustahil kedua-dua mereka bersikap ‘hidung tak mancung. pipi tersorong-sorong’ untuk menerima tawaran seperti dicadangkan Mahfuz.

Mahfuz menegaskan kedua-dua pemimpin tersebut merupakan aset penting dalam PAS dan tidak seharusnya ia dipersia-siakan.Beliau berpendapat, jika kedua-duanya tidak diberikan jawatan-jawatan penting ia pastinya akan merugikan parti.

Itu hanya pandangan beliau yang tidak mengambil-kira apakah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh menerima dengan terbuka pemimpin yang dilihat kurang sehaluan dan tidak ‘walaq’ atau taat pada ketua?

Semua sedia maklum mengenai penentangan Husam terhadap idea kerajaan perpaduan dan hingga saat-saat ini, beberapa media alternatif termasuk lidah rasmi PAS masih mengkritik idea Hadi.

Jelaslah penentangan kumpulan pro Anwar dalam PAS masih belum berakhir selepas muktamar baru-baru ini.

Kalau tidak ada perang besar lebih hebat selepas ini pasti wujud perang dingin jika diambil kira penolakan perwakilan terhadap calon-calon daripada Kelantan dalam muktamar itu.

Sama ada benar atau tidak, mungkin ramai tidak sedar mesej perwakilan apabila mereka menolak Husam yang juga anak didik Nik Aziz bermakna mereka juga mulai menolak kepimpinan Menteri Besar itu.

Kelantangan kenyataan Nik Abdul Aziz kononnya PAS tidak boleh ada dua nakhoda baru-baru ini dilihat memberi kesan kepada perwakilan malah membibitkan ruang-ruang perpecahan dan puak dalam PAS Kelantan.

Natijahnya pada pemilihan lalu, calon yang dilihat pro Nik Aziz-Husam dan Hadi-Nasharuddin Mat Isa ramai yang tewas kecuali Datuk Kamaruddin Jaafar.

Beliau mungkin terselamat kerana dilihat bukan seperti pemimpin dari Kelantan kerana lebih banyak masanya di ibu negara.

Ada kalangan ahli PAS yang berpandangan di bawah barisan baru kini pucuk pimpinan tiada pilihan lain selain berusaha membersihkan anasir yang cuba melemahkan parti dari dalam.

Dan idea kerajaan perpaduan yang dibawa oleh Hadi nampak macam sudah ‘menjerat’ musuh dalam selimut parti itu seperti pernah dibimbangi Datuk Haron Din.

AD - 10/6/2009

Sukarnya Membuat Kebaikan…


Selain arahan tutup mulut oleh bekas Pengarah pilihanraya PAS, Datuk Mustafa Ali, semua nampaknya masih kabur pasal gagasan kerajaan perpaduan yang akhirnya undang macam-macam polemik.

UMNO mahupun Barisan Nasional (BN) minta Datuk Seri Abdul Hadi Awang memperincikan idea yang dilontarkan Presiden PAS itu.

Pemimpin kerajaan nampaknya sentiasa beri ruang pada mana-mana pihak hendak bincang soal kebaikan.

Ianya tidak sama dengan pendirian DAP mahupun PKR yang lebih suka kerajaan ikut kehendak mereka.

Asal yang baik dan menang pada parti itu, mereka hendaklah tetapi yang buruk-buruk semua diletak atas bahu kerajaan BN.

Bukan itu sahaja, kalau sekutu silap sekalipun, mereka akan hentam. Tengok saja macam mana Hadi kena hentam pasal kerajaan perpaduan.oleh DAP dan PKR.

Dengar ceritanya, Presiden PAS itu cukup bersedia dan yakin dengan ideanya.

Bagi Hadi, jika tiada mana-mana pihak memulakan usaha ini, siapa lagi nak dipertanggungjawabkan jika keadaan ekonomi dan kestabilan negara terus merudum.

BN bukan tidak boleh buat benda-benda macam itu tapi jika nak ajak DAP dan PKR berunding soal itu, lebih baik lupakan saja. Kedua-dua parti itu bukan batu yang boleh dititis air lama-lama lekuk.

Semua dah tahu idelogi DAP. Semua dah tahu apa perjuangan utama PKR.

Sebab itu ada sesetengah pihak yang rapat dengan UMNO tidak malu mengakui, pada PAS perlu diletakkan harapan jika mahu melihat negara kita aman makmuar dan stabil.

Dan bila PAS mula bercakap mengenai usaha ini, ianya ibarat ‘orang mengantuk disorong bantal’.

Maklumlah. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir sendiri berpandangan rundingan antara UMNO dan PAS dapat menenangkan senario politik negara dan memulihkan kestabilan, poin tarikan utama buat Malaysia menarik pelaburan langsung asing (FDI).

"Ramai pelabur tidak lagi melihat Malaysia sebagai sebuah negara stabil yang dapat menjamin pulangan dalam jangka panjang," katanya mengulas kesediaan presiden PAS itu berbincang dengan UMNO mengenai isu-isu penting negara.

Beliau berkata Malaysia tidak pernah termasuk dalam senarai negara-negara yang tidak mempunyai kestabilan politik tetapi sekarang nampaknya ini lebih kerap berlaku dan ini menjejas imej negara dan memberi gambaran ia tidak lagi stabil dari segi politik.

Berbalik soal perancangan PAS bagi melaksanakan gagasan itu, parti itu bukanlah kecil anak dalam politik, bahkan pemimpin parti itu pastinya sudah mempererincikan baik-buruknya idea tersebut.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menjelaskan soal kerajaan perpaduan ini menerangkan bahawa ia berlandaskan kepada konsep taawun yang melahirkan muafakat sebagaimana yang disaran agama.

Katanya, dalam Islam pembinaan negara adalah berasaskan kepada kebaikan, iaitu semua bentuk kebaikan untuk rakyat.

Kerajaan perpaduan dicadangkan oleh Presiden PAS itu katanya, berupa sebuah kerajaan yang disertai oleh semua parti-parti dalam pembangkang dan bekerjasama dengan semua parti dalam Barisan Nasional (BN).

Pendek kata semua pihak berada dalam kerajaan atau kerajaan tanpa pembangkang dan bekerja untuk kepentingan rakyat.

Cadangan ini dibuat oleh beliau ekoran kebimbangan krisis ekonomi dunia dan krisis politik yang berpanjangan di negara ini.

Namun, gagasan ini telah ditarik balik oleh Hadi ekoran wujud penentangan dalaman PAS yang lebih kepada rasa kebencian terhadap UMNO.

Tambahan pula, ada pemimpin parti itu dan pembangkang tidak mahu menjadikan usaha ini seolah-olah mahu menyelamatkan UMNO yang sedang karam itu.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang sempat melontarkan persoalan, “Apakah kebaikan jika sistemnya sebegini?” Kebaikan adalah utamanya untuk kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Membina negara berasaskan kebaikan adalah tuntutan agama, adakah antara kita yang tidak inginkan kebaikan?

Mengambil kira penjelasan ini apakah alasan sesetengah pemimpin PAS, mahupun DAP dan PKR menentang idea baik itu?

Apakah amat sukar membuat kebaikan atau pembangkang sengaja mahu negara terus kelam kabut hingga PRU ke 13 bagi memudahkan mereka menukar kerajaan.

AD - 10/6/2009
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers