Ahli Dewan Undangan Negeri BN kawasan Sungai Tiang, Kedah Suraya Yaacob kehilangan anak lelaki, Syed Arif Syed Afandi Barakhbah,12 yang maut dirempuh kereta semasa melintas jalan di Jalan Kuala Kedah jam 8 pagi Sabtu.
Semasa kejadian pada Sabtu, identiti kanak-kanak yang dilanggar dan mati di tempat kejadian itu tidak dikenalpasti.
Dalam kejadian itu sebuah kereta merempuh kanak-kanak itu yang menunggang basikal ketika dia melintas jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Rodziah.
Sementara itu, Ketua Trafik Kota Setar DSP Mohd Sham Abdullah berkata pemandu kereta terbabit iaitu seorang wanita berusia 20-an membuat laporan di bahagian Trafik Kota Setar tidak lama selepas kemalangan.
Suraya, yang ditemui di kediamannya enggan memberikan kenyataan atau bercakap dengan wartawan.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Albukhary Alor Star pada kira-kira pukul 11 pagi Ahad.
AGENDA DAILY - 24/1/2010
Pemuda Umno dari Hidup Melayu ke boikot KK Mart
-
*SESUDAH SUBUH*
PERGERAKAN Pemuda Umno yang merupakan sayap kepada Umno melalui sejarah
panjang dan menjadi organ penting dalam parti itu. Selama tujuh dek...
5 days ago
0 comments:
Post a Comment