Photobucket

Facebook Bukan Ukuran Keinginan Majoriti Rakyat

KUALA LUMPUR 12 Sept — Kemunculan banyak laman Facebook menuntut pelbagai tindakan ke atas sesuatu isu tidak boleh menjadi ukuran kehendak majoriti rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya berkata jumlah orang yang klik butang like pada laman berkenaan tidak boleh dijadikan ukuran kerana berkemungkinan ia didatangi daripada orang yang sama atau kelompok yang sama.

"Bagaimanapun, pihak berkaitan perlu sentiasa mengambil tahu dan mengikuti hujah serta pendapat yang diberikan orang ramai dalam laman berkenaan kerana di situ biasanya dibolehkan untuk meninggalkan komen.

"Ini adalah satu perkembangan yang sihat kerana menyediakan tempat untuk orang ramai bersuara, bagaimanapun saya bimbang jika laman Facebook sebegini digunakan sesetengah pihak untuk memenuhi kepentingan peribadi mereka,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

BERNAMA - 12 SEPT 2011

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers