Photobucket

ISU MURTAD DI SELANGOR... Apa Kesudahannya..?


ISU MURTAD DI SELANGOR SEMAKIN TERANG DAN JELAS...
Edmund Bon Tai Soon merupakan orang kuat SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dan HAKAM(Human Rights Society). Dan yang paling menariknya ialah, dia merupakan seorang PEGUAM.

Twitternya mengesahkan tentang perkara yang cukup dinafikan oleh DAP dan Pakatan Rakyat iaitu PEMURTADAN ORANG ISLAM di Selangor yang membabitkan Gereja Methodist Damansara Utama.

Secara berterus-terang, peguam yang berusia 34 tahun ini, mencabar Perlembagaan Malaysia yang menghalang sebarang cara untuk memurtadkan orang Islam walaupun atas nama hak asasi seperti yang cuba digunakan oleh peguam DAP ini.

Berlindung di belakang SUARAM dan HAKAM, pemurtadan yang dikatakan turut didalangi oleh Teresa Kok yang menjadi wakil dan kuasa penentu dalam Kerajaan Negeri Selangor, Edmund Bon yang sudah tentunya juga salah seorang ahli Majlis Peguam, nampaknya tidak gentar dan tidak peduli langsung dengan undang-undang mahupun Perlembagaan Malaysia.

Baca di THE FLYING KICK dan di THE UNSPINNERS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers