Photobucket

Windows Phone 7.5 Dijangka Tiba Ke Malaysia Beberapa Bulan Lagi



KUALA LUMPUR 28 Sept. - Microsoft (M) Sdn. Bhd., satu anak syarikat Microsoft Corp, menjangka produk terbaharunya, Windows Phone 7.5, yang sebelum ini diberi nama kod “Mango”, akan tiba di Malaysia dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Operasi Danny Ong berkata, Windows Phone 7 mempunyai ciri-ciri jaringan sosial yang dikemas kini yang dibina ke dalam platform, iaitu satu web menggelintar yang canggih dengan menggunakan Internet Explorer 9 dan Internet Sharing bagi pengguna mengekalkan peranti yang dihubungkan di mana-mana, bila-bila masa, dengan menawarkan pengguna pengalaman yang mudah dan berterusan pada keseluruhan platform dan peranti.

"Dengan pengenalan Windows Phone 7.5, kami membawa inovasi selangkah ke hadapan bagi menawarkan pengalaman yang mendalam yang canggih, intuitif dan menggembirakan untuk menggunakannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers