Photobucket

Kelayakan Olimpik : Malaysia Kecundang Di Tangan Bahrain

Walaupun Malaysia mendahului selesa dengan jaringan 2-0 pada satu ketika, semangat juang dan kemampuan pasukan Bahrain tidak boleh dipandang rendah.

Walaupun Bahrain bermain dengan 10 pemain (akibat kad merah), mereka bangkit menyamakan kedudukan dan saterusnya mendahului Malaysia dengan jaringan 3-2 sehingga wisel penamat ditiupkan.

Tumpuan Pemain Malaysia dilihat terganggu dengan beberapa pertukaran yang dibuat Ong Kim Swee. Dengan keluarnya Nazmi (akibat kecederaan), persembahan Malaysia agak goyah dan kucar-kacir terutamanya di bahagian tengah.

Ketiadaan Nazmi yang mengemudi di bahagian tengah dilihat memberi kesan kepada pasukan negara. Kelemahan tersebut disedari Bahrain. Dan mereka telah berjaya memanfaatkan peluang tersebut. Kealpaan dan kelekaan pemain mengundang padah apabila Bahrain berjaya menjaringkan 3 gol dalam masa lebih kuran 6 minit sahaja.

Dengan kekalahan ini, misi Malaysia untuk mengisi satu slot ke pusingan seterusnya dilihat semakin sukar. Sebaliknya Bahrain kembali menghidupkan peluang setelah 2 kali tewas pada perlawanan sebelum ini.

Apapun keputusannya, semangat serta mutu permainan pemain Malaysia menampakkan sedikit kematangan. Dan persembahan anak-anak buah Ong Kim Swee Patut diberi pujian..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers