Photobucket

LIMA 2011 : Persatuan Hotel Jamin Tiada Kenaikan Harga Bilik



LANGKAWI 27 Nov. – Persatuan Hotel-hotel Kedah dan Perlis memberi jaminan harga sewa bilik semasa Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA 2011) yang bermula 6 Disember ini tidak akan dinaikkan.

Pengerusi persatuan itu, Rasli Sulaiman berkata, semua 25 anggota gabungannya yang mengusahakan hotel bertaraf empat bintang telah dimaklumkan mengenai keputusan tidak menaikkan kadar sewa.

"Mereka diingatkan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga bilik,” katanya sambil menambah pihaknya telah berbincang dengan Kementerian Pertahanan mengenai kadar harga yang wajar semasa LIMA 2011 berlangsung.

Beliau berkata, tempahan yang diterima sepanjang LIMA 2011 berlangsung amat menggalakkan, manakala chalet-chalet di sepanjang Pantai Cenang juga mendapat tempahan yang tinggi.

LIMA 2011 edisi ke-11 berlangsung dari 6 Disember hingga 11 Disember, menyaksikan penyertaan lebih 400 syarikat dari 35 negara.

BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers