Photobucket

PTPTN Sedia Pertimbangkan Pembayaran Balik Pinjaman

SHAH ALAM – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia memberikan pertimbangan berhubung pembayaran balik pinjaman kepada peminjam yang mengalami masalah untuk menjelaskan hutang termasuk peminjam yang disenaraihitam.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamad Said berkata, peminjam perlu melaporkan kepada pihaknya atau menemui pegawainya untuk berunding mengenai pembayaran balik.

Menurutnya, peminjam boleh membayar pinjaman mengikut kemampuan mereka.

"Kita boleh berbincang. Mereka boleh membayar serendah RM50 sebulan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ditanya mengenai peminjam yang disenaraihitamkan, Ismail menegaskan, pihaknya juga bersedia untuk berbincang dan membantu mereka.

“Sekiranya jumlah hutang mereka tertunggak sebanyak RM10,000 dan mereka hanya mampu bayar RM2,000, kita akan terima dan membuat penjadualan semula jumlah pembayaran yang mereka perlu bayar setiap bulan.

Beliau berkata, mereka akan dikeluarkan dari senarai hitam.

“Kita juga akan menerima penangguhan mereka sekiranya sakit, belajar di luar negara dan mempunyai sebab-sebab tertentu,” katanya.

Katanya, seramai 132,801 pelajar yang disenaraihitamkan, tidak boleh keluar negara. Bagaimanapun, 18,143 daripada mereka dikecualikan kerana telah membayar balik RM146.2 juta. Sehingga September lalu, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion, iaitu 48.34 peratus dari RM6.2 bilion.


SINAR

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers