Photobucket

Demonstrasi Sempena Keputusan Kes Liwat Anwar Tak Akan Ubah Perundangan - Rais

"Takkan dengan mengadakan demonstrasi jalanan maka semua hakim takut,." Itu antara kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengulas mengenai ura-ura pembangkang cuba mengadakan demonstrasi sempena keputusan mahkamah berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Jan ini
Beliau menegaskan perjalanan atau keputusan sebarang kes berkaitan perundangan negara tidak boleh diubah dan disangkal dengan cara berdemonstrasi,.

Baginya mereka yang hendak berdemonstrasi itu adalah tujuan politik, bukan dalam bidang perundangan tanah air.

Menurut menteri itu selain memikirkan tanggungjawab kepada masyarakat, mereka yang ingin berdemonstrasi juga perlu sedar tindakan sedemikian tidak akan mempengaruhi dan menggetarkan pihak mahkamah dalam membuat keputusan.

"Demonstrasi tidak mampu mengubah aliran atau aluran perundangan negara, jika itu yang mereka tuntut, maka kenegaraan kita akan hancur," katanya pada wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur Khamis.

Rais berkata seharusnya pihak yang berkenaan menerima hakikat dan menjadikan kes seorang bekas Menteri Besar yang didapati bersalah oleh mahkamah baru-baru ini sebagai rujukan bahawa keputusan perundangan tidak terbatas kepada golongan tertentu sahaja.

"Jadi barang siapa yang terkena pada masa depan, mereka atau beliau-beliau harus terima sebagai hakikat...takkan dengan mengadakan demonstrasi jalanan maka semua hakim takut," katanya.

Beliau berharap masyarakat memberi dokongan kepada pembuat keputusan seperti Peguam Negara dan barisan hakim supaya tidak gentar membuat keputusan berdasarkan undang-undang yang telah sama-sama dihormati, didirikan dan dilaksanakan sekian lama.

agenda daily-29/12/2011

DS Najib Bakal Menang Besar PRU13?

Seorang penganalisa politik tempatan meramalkan Datuk Seri Najib Tun Razak menang besar dalam ibu segala pilihan raya yang djangka tahun depan. Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak dari Universiti Utara Malaysia (UUM itu berkata, tsunami politik tidak akan berulang sebagaimana 2008.

Dalam tahun itu BN kalah teruk dengan kehilangan lima negeri – Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan – yang dimenangi PAS sejak 1990. Ketua Jawatankuasa Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa itu berkata, “selalunya perdana menteri baru akan menang besar dalam pilihan raya pertama mereka.

“Jadi saya kira Najib akan menang besar dalam pilihan raya umum 13. Rakyat mula yakin dengan transformasi Najib. Saya kira satu atau dua kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat akan kembali kepada BN.”

Pakatan Rakyat meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari atau Mac untuk membuka laluan kepada pilihan raya umum ke 13. Najib berulangkali mengingatkan partinya BN supaya bersiap sedia menghadapi pilihan raya tersebut.
`Tiada box office lagi’

Dr Mohamed Mustafa juga menolak faktor pemimpin popular pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi faktor penentu keputusan pilihan raya umum 13. Menurutnya, sama ada mantan timbalan perdana menteri itu dipenjarakan atau tidak, ia tidak boleh mempengaruhi rakyat lagi.

“Filem Anwar tidak boleh jadi box office lagi, tidak laku lagi kerana orang sudah tengok pada tahun 1999,” tambahnya. Mahkamah tinggi akan membuat keputusan terhadap perbicaraan kes liwat Anwar pada 9 Januari ini. Bagaimanapun, Dr Mohamed Mustafa menegaskan teori itu hanya ramalan belaka.

Menurutnya, jika berlaku kes besar dalam masa dua tiga bulan sebelum pilihan raya, ia akan mempengaruhi sokongan rakyat. Tetapi, katanya, melihatkan keadaan sekarang dijangka tidak ada isu besar akan berlaku.

FMT


Senyum Kambing : Jangan Jadi Alat Anwar!

SBPA : Usaha Pembangkang Jatuhkan Najib, Hasut Penjawat Awam?

PENJAWAT awam perlu mengucapkan tahniah serta berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menangguhkan perlaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya dilaksanakan bermula Januari ini dan tahniah kepada Cuepacs kerana berjaya menyedarkan PM Najib bahawa skim yang dirangka itu tidak menguntungkan kakitangan awam dan ada perkara lain yang dirahsiakan dari pengetahuan Najib.

Malah skim ini dilihat begitu banyak menguntungkan kumpulan pengurusan tertinggi ataupun kumpulan premier (JUSA- Jawatan Utama Sektor Awam) dan kumpulan pengurusan gtertinggi ini boleh tersenyum lebar kerana mereka mendapat kenaikan gaji 100% sedangkan SBPA ini langsung tidak memberikan menafaat kepada kumpulan sokongan yang berpendapatan rendah.

Hasrat Najib sewaktu membentangkan Belanjawan adalah untung mengurangkan kadar kemiskinan Bandar yang dihadapi oleh kakitangan awam dan hasrat ini memang cukup baik memandangkan kos sara hidup yang tinggi dan berdepan dengan kenaikan harga barang di pasaran oleh kakitangan awam namun malangnya ada pihak-pihak tertentu dalam Jabatan Perkhidmatan awam ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta pihak Ketua Setiausaha Negara cuba sabotaj ataupun menggagalkan niat Najib tersebut dengan melakukan pelarasan gaji tidak bermatlamatkan hasrat ataupun transformasi PM Najib sewaktu menginsafi nasib dan masa depan penjawat awam seperti yang beliau suarakan.

Baca selanjutnya disini

Al-Fatihah... buat Allahyarham Tan Sri Abdul Hamid Othman

Bekas Penasihat Agama Perdana Menteri, Dr. Abdul Hamid Othman telah meninggal dunia akibat strok di pejabat beliau di Maju Junction semalam...

Semoga roh beliau dicucuri Rahmat Allah dan ditempatkan bersama golongan beriman..



BIODATA

Tan Sri Haji Abdul Hamid Bin Haji Othman

Tan Sri Dr. Haji Abdul Hamid b. Haji Othman dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sik sehingga tamat darjah lima pada tahun 1952. Kemudiannya menyambung pelajarannya di sekolah berpengantar Bahasa Arab di Madrasah AI-Nahdah Bukit Besar sehingga tahun 1954. Di bawah asuhan Tuan Shaik Othman Al-Yunusi atau lebih dikenali sebagai 'Pak Man Bukit Besar' ini, beliau telah terpilih untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar, Perak sehingga tahun 1956.

Kecemerlangannya sebagai pelajar telah membuka peluang kepada beliau untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Kelang pada tahun 1959 sehingga tahun 1962 dan berjaya memperolehi Sijil Tinggi Agama dan Diploma Pendidikan. Tan Sri Hj Abdul Hamid juga berjaya memperolehi 'Lower Certificate of Education' dan Sijil Senior Cambridge secara persendirian. Pada tahun 1961, beliau telah terpilih mendapat tawaran pertama biasiswa Kerajaan Malaysia untuk belajar di Universiti AI-Azhar bersama empat orang lagi pelajar Malaysia di dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perundangan Islam.

Tan Sri Hj Abdul Hamid b. Hj Othman kemudiannya telah ditawarkan biasiswa di bawah Skim Latihan Tenaga Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di University of St. Andrew, Scotland dan memperolehi Ijazah Ph.D.

Kerjaya:
Guru di Sekolah Menengah Tunku Ampuan Rahimah Kelang
Beliau telah ditukarkan untuk mengajar di Kolej Islam Kelang (1970-1971)
Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia
Beliau dengan rasminya dilantik menjadi Pengetua Maktab Perguruan Islam yang pertama (1977)
Beliau telah diberi mandat untuk menjawat jawatan sebagai Pengarah Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan(1981-1984)
Mengetuai Pusat Islam Malaysia di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Penasihat Agama kepada Perdana Menteri

Penglibatan Politik :
Memenangi Pilihanraya Kebangsaan (1990)
Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional :
Pengerusi Koperasi Muslimin
Setiausaha Yayasan Nadwah, Akademi Islam (NADI) Berhad
Pengerusi Jemaah Hakim Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa

Mempunyai kegemaran bermain golf dan membaca, serta aktif dalam bidang penulisan. Sebagai mengenang sumbangan dan jasa bakti beliau terhadap negara beliau dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran iaitu P.P.T., K.M.N., J.S.M., S.M.G., D.S.D.K yang membawa gelaran Dato', D.H.M.S dan P.S.M yang membawa gelaran Tan Sri

Ini Senarai Nama Orang Yang Telah Meninggalkan PKR!

Beriku adalah senarai nama mereka yang pernah menjadi pengasas, pemimpin dan ahli PKR yang telah berjaya meninggalkan PKR :

1 - Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
2 - Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
3 - Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
4 - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria
5 - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan
6 - Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti:
7 - Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
8 - Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
9 - Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
10 - Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam
11 - Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip
12 - Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha
13 - Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
14 - Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
15 - Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
16 - Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
17 - Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
18 - Naib Presiden, Jeffrey Kitingan
19 - Datuk Zaid Ibrahim
20 - Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
21 - Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
22 - Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin
23 - Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat
24 - Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman
25 - Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir
26 - Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah

Kerusi Parlimen
1 - Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
2 - Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
3 - Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
4 - Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
5 - Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
1 - Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
2 - Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
3 - Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
4 - Adun Lunas - Md Radzi Salleh
5 - Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
6 - Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
7 - Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin



Sumber : Keris 7 Lok

::VIDEO:: GTP : Klinik 1Malaysia

::VIDEO:: GTP : Prasekolah

::VIDEO:: GTP : Membanteras Rasuah

::VIDEO:: GTP : Mengurangkan Jenayah

::VIDEO:: GTP : Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

BR1M : Hati-hati Dengan Borang Palsu BR1M..



VIDEO : Hassan Ali Sanggup Kepalai Jawatankuasa Perpaduan (Demi Agama Dan Bangsa)

VIDEO : Pembohongan ADUN (PAS) Batu Buruk

PART I


PART II

KANTOI : RUPANYA ANWAR ADA RAHSIA LAGI SELAIN LIWAT DAN SEKS !

HOT VIDEO : TERESA KOK BIADAP DAN TIDAK MENGHORMATI UMAT ISLAM DI MASJID

Apa Makna Logo Demi Rakyat ?

AIDCNews – 10/12/2011

Sebaik sahaja logo ‘Demi Rakyat’ dilancarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersempena dengan Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN pada Jun 2011, ramai tertanya-tanya apa makna di sebalik simbol logo itu.

Slogan baru PKR ‘Demi Rakyat’ itu berbentuk banyak tangan yang diangkat dan dibuka supaya nampak lima jari. Apakah ada maksud tersirat yang PKR ingin sampaikan kepada rakyat Malaysia di sebalik simbolik logo berkenaan.

Memandangkan slogan ‘Demi Rakyat’ menjadi slogan utama PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, logo berbentuk ‘tangan-tangan yang diangkat terbuka’ itu dijadikan tema dan backdrop semasa Kongres Nasional PKR Kelapan di Pulai, Johor, November 2011.

Tentunya logo ‘tangan-tangan terbuka’ itu mempunyai makna yang ‘paling berkesan’, lantaran itu dijadikan logo tema ‘Demi Rakyat’ anjuran PKR.

Demi Anwar

Blogger GA telah membahaskan makna slogan ‘Demi Rakyat’ yang disifatkan sebagai slogan untuk mengelabui mata menyokong Anwar Ibrahim di sebalik perkataan ‘Rakyat’.

Sebenarnya slogan itu bukan ‘Demi Rakyat’ tetapi ‘Demi Anwar’, lapor blog itu.

“Kongres PKR akan sekali lagi membawa slogan Demi Rakyat. Anda mungkin tidak percaya, Anwar dan PKR memanggil ‘pakar bahasa’ dalam mencari slogan terbaik yang boleh digunapakai menjelang pilihan raya. Maka, slogan Demi Anwa(R)akyat diguna pakai.

“Sebenarnya Demi Rakyat ini masih meletakkan Anwar sebagai insan agung. Sengaja dipilih begitu, bagi membiasakan penyokong kuat PKR dengan ayat Demi Rakyat – yang akan ditukar kepada Demi Anwar jika pemimpin itu didapati bersalah. Semua ini sudah siap diatur.

“Semuanya mesti mengenai Anwar…jangan lupa itu”, lapornya.

Selain blogger GA yang membahaskan dari segi bahasa, setakat ini belum ada pihak lain yang membahaskan dari segi penggunaan simbol.

Makna Simbol


Menurut blog narcissuswolf, simbol tangan terbuka adalah simbol hak asasi manusia (human rights).

“Anda Mempunyai Hak Asasi Anda”, simbolik di sebalik simbol tangan itu.

Memahami bacaan laman itu ‘simbol tangan’ mungkin diambil dari ‘kepak burung merpati’ yang menjadi simbol utama hak asasi sebelum ini.

Kemudian, simbol burung merpati ditukar kepada simbol tangan yang digunakan secara universal sebagai simbol hak asasi manusia.

‘Rights’(Hak) sama dengan’Freedom’(Kebebasan), yang bermaksud perjuangan yang bertunjangkan hak asasi manusia maknanya memperjuangkan kebebasan manusia.

Salah satu prinsip utama hak asasi adalah keadilan atau ‘equality‘.

Free as a Man

Dr Sulaiman Noordin telah mendedahkan slogan ‘liberty’(kebebasan), ‘equality’(persamaan) dan’fraternity’ (persaudaraan) adalah berasal dari slogan Freemason/Illuminati Zionis yang digunakan untuk menumbangkan sesebuah kerajaan, terutamanya ‘Revolusi Peranchis’.

Menurutnya slogan ini berakar-umbi daripada fahaman Humanisme iaitu satu fahaman yang menganggap manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itu adalah Tuhan yang Maha Agong. Klik di sini dan sini

Kombinasi ‘burung merpati’ dan ‘tangan manusia’ telah menjadi ilham Predrag Stakic, seorang pereka grafik dari Belgrade, Serbia untuk mencipta logo hak asasi manusia anjuran Cinema for Peace, New York 2011.
Logo baru bertema “Free as a Man” itu telah memenangi pertandingan tersebut.

“Tiada logo tunggal boleh mengubah dunia – termasuk yang satu ini. Tetapi logo adalah simbol bahawa orang ramai boleh berkumpul di sekeliling dan mereka boleh mengubah dunia”, kata pemenang logo ‘Free as a Man‘ itu.

Barangkali maksud pereka itu, fahaman ‘Free as a Man‘ tidak akan berjaya jika hanya dianuti secara individu, tetapi akan berjaya jika dianuti oleh ramai pihak di seluruh dunia ini.

Maknanya satu tangan bermaksud satu individu dan banyak tangan yang mengangkat simbol yang sama bermaksud disokong oleh ramai pihak untuk tujuan yang sama.

Justice & Freedom

Bloggers Unite for Human Rights 2009 menjelaskan lagi maksud ‘tangan-tangan yang diangkat terbuka’ itu.
“Setiap individu dilahirkan dengan hak-hak dan kebebasan asas iaitu hak untuk kehidupan, kebebasan dan keadilan!”, lapor blog itu.

Blog itu menterjemahkan secara lebih jelas slogan-slogan di sebalik tangan yang diangkat secara terbuka itu iaitu ‘property‘, ‘Equality‘, ‘freedom‘, ‘justice‘ dan ‘Hope‘.

Menurut blog itu terdapat tiga badan antarabangsa yang memperjuangkan hak asasi manusia iaitu Amnesty International, Human Right Watch dan Youth For Human Rights yang kesemuanya dikaitkan dengan tajaan penyangak mata wang Yahudi, George Soros.

Slogan-slogan ini merupakan slogan yang diperjuangkan oleh Freedom Institute Indonesia dan Akademi Merdeka Malaysia.

Gay Rights Are Human Rights


Pada 7 Disember lalu, laman blogs.rj.org melaporkan Presiden Barack Obama mengeluarkan satu memo mengarahkan agensi-agensi Amerika untuk bekerja dengan kumpulan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) di luar negara.

Memo yang khusus mengarahkan agensi-agensi untuk mempertimbangkan rekod hak asasi manusia di sebuah negara berkaitan dengan masyarakat LGBT untuk diberi bantuan asing.

Pengumuman Presiden Amerika Syarikat itu menyokong langkah kerajaan British di mana Perdana Menterinya, David Cameron yang mengecam negara-negara Komanwel yang melarang aktiviti homoseksual dipraktikkan di negara masing-masing.

Sumber : AIDC

Zul Noordin : Yusuf Qardhawi Diperdaya

Transformasi PBT

KEKEBALAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


Oleh : Haji Mahamad Naser bin Disa
~Melakukan Perubahan Minda Secara Menyeluruh Bagi Menerima Hakikat~


1. Kedaulatan Islam Telah Bertapak Kukuh di Alam Melayu.

Kegemilangan sejarah Negara bukanlah hanya bermula selepas kemerdekaan dicapai pada 31 Ogos 1957 atau semasa pembentukan Malaysia pada September 1963, malah kedaulatan kerajaan-kerajaan Melayu telah lama berdiri teguh sejak berabad-abad lamanya. Jika disandarkan pada Batu Bersurat Terengganu, kedaulatan Kerajaan Melayu yang berteraskan ajaran Islam telah bertapak kukuh sejak kurun ke-12 lagi. Fakta ini diperteguhkan lagi melalui pemakaian undang-undang kanun-kanun Negeri-Negeri Melayu (Malay Digest) yang berlandaskan hukum Syarak. Percubaan British untuk menjajah Tanah Melayu melalui gagasan Malayan Union pada tahun 1946 telah gagal apabila dibantah keras oleh orang Melayu ketika itu. Justeru itu, Negeri-Negeri Melayu terus bernaung di bawah perlindungan dan nasihat Residen British yang kemudiannya membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Perlu disebut bahawa pada waktu itu, Raja-Raja Melayu terus berdaulat, manakala Residen dan Residen Jeneral British hanya berperanan sebagai penasihat.

Sebagai penasihat kepada Raja-raja Melayu, mereka telah memperkenalkan undang-undang dan sistem pentadbiran Inggeris di Negeri-Negeri Melayu bagi mentadbir hal-ehwal penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada bangsa Melayu sebagai penduduk asal dan pendatang Cina serta India yang ketika itu merupakan buruh di lombong-lombong bijih timah dan ladang-ladang getah yang dibawa masuk oleh British.

2. Bagi membentuk sebuah Negara Persekutuan yang berdaulat, Raja-Raja Melayu dan umat Islam telah menunjukkan sikap toleransi yang amat tinggi nilainya. Raja-Raja Melayu telah menyerahkan sebahagian besar daripada kedaulatan mereka kepada Persekutuan dengan melantik seorang Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Persekutuan. Sebahagian besar daripada urusan pentadbiran pula diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan yang asalnya merupakan bidang kuasa Raja-raja sebagai pemerintah negeri berkenaan.

3. Satu perkara yang perlu disedari oleh generasi muda sekarang ialah ketika negara bebas dan merdeka daripada perlindungan British, Negara terus berhadapan dengan ancaman subversif komunis yang cuba untuk membawa masuk fahaman komunisme ke dalam negara ini. Namun begitu, dalam menghadapi ancaman berkenaan, sikap toleransi yang ditunjukkan oleh bangsa Melayu dan umat Islam telah mendapat penghargaan oleh para pemimpin kaum Cina dan India. Tun Tan Siew Sin dan Tun V.T. Sambanthan yang bertindak sebagai wakil rakyat masing-masing bagi kaum Cina dan India telah menyatakan kesyukuran dan terima kasih mereka atas pengorbanan orang Melayu yang telah bersedia menerima mereka sebagai warganegara. Petikan ucapan tersebut adalah seperti yang berikut :

(i) Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin, dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk “Tun Tan Answers Critics on Special Previleges” pada 30 April 1969, berkata :

“…Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain.”.

(ii) Presiden MIC Merangkap Menteri Kerjaya Raya, Pos Dan Telekom, Tun V.T. Sambanthan berucap di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965 :

“…Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”


Islam dan Syariah Perlu Terus Didaulatkan

Bagi meneruskan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan agama Islam di Tanah Melayu, semua bangsa dan etnik di Tanah Melayu telah bersetuju untuk menerima kemasukan Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan ini. Perkara 3(2) turut dimasukkan untuk menjamin hak-hak, keistimewaan dan kuasa prerogatif Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam bagi Negeri masing-masing. Walaupun Islam dimartabatkan sebagai agama Negara, kebebasan beragama penganut-penganut agama lain serta kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing adalah terjamin. Dalam hubungan ini, Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi moden yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama telah bersepakat untuk memartabatkan Islam sebagai agama negara. Hal ini berbeza sama sekali dengan negara-negara seperti India dan Turki yang secara jelas dalam Perlembagaan mereka, mengisytiharkan bahawa mereka ialah negara sekular.

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang berhujah bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular berdasarkan kes Che’ Omar bin Che’ Soh vs Public Prosecutor . Dalam kes ini, Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa kedudukan Islam dalam perkara 3(1) hanyalah terpakai untuk tujuan “ceremonial” sahaja. Namun begitu, tidak sebagaimana yang sering dihujahkan oleh sesetengah pihak, Mahkamah Agung dalam kes tersebut tidak pernah memutuskan atau mengisytiharkan bahawa negara ini ialah sebuah negara sekular, sebaliknya Mahkamah Agung berpandangan bahawa undang-undang yang terpakai di Malaysia ialah undang-undang sekular kerana ia dibenarkan oleh Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan. Tafsiran terhadap Islam dalam kes itu juga dibuat mengikut fahaman Inggeris yang memisahkan antara pentadbiran Negara dengan hal-ehwal agama. Dalam kes-kes yang terkini, iaitu Lina Joy -lwn- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Dan Lain-Lain , mahkamah tertinggi Negara telah menerima tafsiran yang dibuat oleh al-Maududi, iaitu Islam bukan sahaja merupakan himpunan dogma dan ritual tetapi ia juga merupakan cara hidup yang lengkap yang merangkumi semua bidang kegiatan manusia; persendirian atau awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau juga kehakiman. Malah tiada sepatah pun perkataan “sekular” boleh ditemui dalam mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Desakan dan tuntutan sesetengah pihak untuk mentafsirkan Negara ini sebagai sekular pada hakikatnya hanya bertujuan membolehkan fahaman liberal dan bebas sebagaimana yang begitu popular di negara-negara maju dapat dibawa masuk ke Negara ini dengan mudah. Walaupun terdapat beberapa aspek yang positif daripada kemajuan yang dicapai oleh negara-negara tersebut, namun pada masa yang sama, kemajuan itu juga boleh mengakibatkan Negara terpaksa menerima amalan dan budaya liberal yang keterlaluan sifatnya serta bercanggah sama sekali dengan budaya beragama kita. Antaranya termasuklah perkahwinan dan hubungan jenis sesama jantina, hubungan tanpa nikah dan hak kebebasan yang melampau. Undang-undang yang berkuatkuasa mungkin terpaksa dipinda bagi mengesahkan amalan dan budaya asing itu di sisi undang-undang Negara. Namun begitu, dengan kedudukan agama Islam sebagai agama Negara sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan, maka segala bentuk amalan dan budaya yang bercanggah dengan prinsip Syariah telah dapat disekat daripada dibawa masuk ke Negara ini.

Undang-undang Common Law Inggeris dan Undang-undang Jenayah daripada India yang telah diperkenalkan secara berperingkat-peringkat melalui First Charter of Justice hingga Third Charter of Justice terus diwarisi sehinggalah kemerdekaan dicapai. Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf penguatkuasaan undang-undang tersebut melalui Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan yang diperuntukkan di bawah Bahagian Peruntukan Sementara dan Peralihan (Temporary and Transitional Provisions). Undang-undang sedia ada sebelum merdeka terus berkuatkuasa dan ia tertakluk pada pengubahsuaian dan pindaan yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa. Manakala bidang kuasa Raja-Raja Melayu dalam hal-ehwal Islam yang diwarisi sejak turun-temurun termaktub dalam Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

Asas-Asas Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan

Antara asas-asas Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Syariah sebagai sumber perundangan Negara di sisi adalah seperti yang berikut :

i. Perkara 3(1) – Islam sebagai Agama Persekutuan.

Agama Islam telah dimartabatkan sebagai agama Persekutuan dengan memasukkan Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebarang dasar dan undang-undang yang dilaksanakan perlulah mengambilkira kedudukan Islam sebagai agama Negara.

Justeru itu, walaupun common law Inggeris sudah lama bertapak di negara ini, Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan memberikan ruang dan hak kepada pemerintah untuk menyesuaikan dan menyelaraskannya dengan Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, berdasarkan subseksyen 3(1) Akta Undang-Undang Sivil 1956, mahkamah di negara ini dibenarkan untuk mengubahsuai common law England dan kaedah-kaedah ekuiti mengikut keizinan keadaan Negeri-Negeri, penduduknya dan juga keadaan tempatan. Almarhum Prof. Ahmad Ibrahim dalam bukunya bertajuk “Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia” menyatakan bahawa peruntukan tersebut sebenarnya memberi ruang kepada hakim-hakim untuk merujuk kepada undang-undang Islam dalam membuat pengubahsuaian tersebut. Namun, jarang-jarang sekali pengubahsuaian itu dibuat untuk memastikan pemakaian undang-undang Islam bagi orang Islam.

ii. Sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk memelihara agama Islam.

Bagi memelihara kesucian dan keutuhan Islam sebagai agama Negara, Perlembagaan Persekutuan meletakkan kewajipan kepada pemerintah sama ada Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman untuk memelihara agama Islam. Perkara ini terserlah dalam sumpah Ketua Eksekutif Utama Negara, iaitu Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang diperuntukkan dalam Jadual Keempat kepada Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain YDPA bersumpah dengan lafaz : Wallahi; Wabillahi; Watallahi; dan seterusnya baginda bersumpah untuk memelihara pada setiap masa agama Islam. Selaku Ketua Eksekutif Utama bagi Negara ini, sudah menjadi kewajipan semua anggota Badan Eksekutif dan Pentadbiran tanpa mengira kaum dan agama untuk melaksanakan Sumpah YDPA ini.

iii. Undang-undang Negeri boleh digubal untuk menyekat pengembangan agama lain di kalangan orang Islam.

Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan bertujuan menjamin kesucian agama Islam dan umat Islam daripada dipengaruhi oleh doktrin atau ajaran agama lain. Walaupun Perkara 11(1) membolehkan penganut agama lain mengamalkan dan menyebarkan agama masing-masing tetapi penyebaran itu tertakluk pada kawalan yang diperuntukkan dalam undang-undang negeri yang diluluskan di bawah Perkara 11(4)Perlembagaan Persekutuan.

Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Di Bawah Kuasa Sultan

Selain sifat dan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kuasa Raja-Raja Melayu dalam hal-ehwal pentadbiran agama Islam pula bersifat prerogatif dan tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur politik. Dengan yang demikian, walau apa juga kecenderungan politik sesebuah Kerajaan negeri, ia tidak akan sama sekali menjejaskan kuasa prerogatif Yang DiPertuan Agong dan Raja-raja Melayu dalam hal-ehwal agama Islam di negeri masing-masing. Raja-raja Melayu dinasihati oleh Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dalam hal yang berhubung dengan pentadbiran dan kemaslahatan umat Islam yang merupakan hak turun-temurun yang diwarisi sebelum kemerdekaan dicapai pada tahun 1957. Justeru itu, Kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama islam dan perkara-perkara yang melibatkan hal-ehwal Islam terus diwarisi dalam Perlembagaan.

• Penubuhan Majlis Agama Islam Negeri yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri-Negeri dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri melalui institusi fatwa bertanggungjawab untuk memelihara kesucian dan keutuhan hukum Syarak dan mana-mana pihak tidak boleh membuat keputusan berkenaan dengan hukum Syarak tanpa mendapatkan pandangan daripada mufti terlebih dahulu. Sebagai contoh, fatwa mufti daripada seluruh Negeri telah mengharamkan ajaran Qadiani kerana ia didapati menyelewengkan ajaran Islam yang suci walaupun pada asalnya ajaran tersebut digalakkan oleh British dan perlu dibenarkan atas alasan kebebasan beragama. Selain itu, nikah mutaah (kontrak) yang diasaskan oleh fahaman Syiah turut diharamkan oleh para mufti kerana menyimpang daripada amalan Ahli Sunnah wa al-Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia; dan

• Di bawah Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Sultan dan Majlis Agama Islam Negeri untuk menubuhkan Mahkamah Syariah di Negeri masing-masing. Butiran 1, Senarai Negeri memperuntukkan “…the constitution, organization and procedure of Syariah courts which shall have jurisdiction only over persons professing the religion of Islam and in respect of any of the matters included in this paragraph…”. Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan bahawa Mahkamah Sivil tidak boleh mengganggu perintah dan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah.

• Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri boleh menubuhkan institusi agama Islam dan menyediakan peruntukan kewangan untuk pembiayaannya.

• Walaupun diskriminasi atas alasan agama adalah dilarang, namun Perlembagaan Persekutuan secara nyata membenarkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di bawah Perkara 12(2) untuk menubuhkan dan menyediakan sejumlah wang bagi menyelenggara institusi-institusi Islam. Peruntukan tersebut adalah seperti yang berikut :

• (2) “… and there shall be no discrimination on the ground only of religion in any law relating to such institutions or in the administration of any such law; but it shall be lawful for the Federation or a State to establish or maintain or assist in establishing or maintaining Islamic institutions or provide or assist in providing instruction in the religion of Islam and incur such expenditure as may be necessary for the purpose.”.

• Melalui peruntukan itu, adalah sah bagi Kerajaan Persekutuan dan Negeri menubuhkan dan membantu institusi-institusi Islam seperti JAKIM, JKSM, JAWHAR, Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, masjid-masjid, sekolah-sekolah agama, kolej, universiti Islam dan sebagainya. Hak tersebut tidak boleh dipertikaikan oleh penganut-penganut agama lain atas alasan diskriminasi kerana Perlembagaan Persekutuan sendiri membenarkan (it shall be lawful) keistimewaan yang diberikan kepada institusi Islam sebagai agama bagi Persekutuan;

Penyelarasan Di Peringkat Persekutuan

Pewujudan Majlis Raja-Raja melalui Perkara 38, Bahagian IV, Perlembagaan Persekutuan sebagai badan penyelaras dan rujukan tertinggi dalam hal-ehwal yang melibatkan kepentingan agama Islam. Sebagai contoh, Mesyuarat Majlis Raja-Raja (Khas) kali ke-127 pada 29 Jun 2009 baru-baru ini telah menangguhkan pindaan terhadap Akta 505, Akta 303 dan Akta 164 bagi memastikan keseluruhan cadangan pindaan yang menyentuh kepentingan umat Islam dibincangkan terlebih dahulu dengan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

10.
11. Walaupun Negara ini meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, tidak semestinya semua undang-undang perlu dilabelkan dengan “Islam” atau “Syariah”. Apa yang penting ialah prinsip undang-undang yang digubal itu tidak bercanggah dengan hukum Syarak atau maqasid Syariah (higher objective of Islamic Law). Bagi tujuan tersebut, usaha mengharmonikan undang-undang sedia ada supaya selaras dengan maqasid Syariah perlu digiatkan supaya undang-undang yang berkuatkuasa di Negara ini bersifat patuh Syariah (Syariah compliant). Langkah tersebut juga adalah selaras dengan Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan pihak berkuasa membuat pengubahsuaian undang-undang untuk dikuatkuasakan dalam Negara yang merdeka ini.

Kesimpulan dan Penutup

15. Sebagai Agama bagi Persekutuan, Islam terus dipelihara selaras dengan peruntukkan undang-undang Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Tubuh Negeri-negeri dan Undang-undang Negeri. Apa yang perlu dipastikan oleh pentadbir Negara dan anggota perkhidmatan awam ialah, dalam apa juga langkah pembentukan dasar dan undang-undang Negara, ia perlu selaras dengan kedudukan agama Negara tersebut. Tanggungjawab untuk memelihara agama Islam sebagaimana yang terkandung dalam sumpah YDPA merupakan amanah yang mesti dilaksanakan oleh semua pihak dalam urusan pemerintahan Negara ini, tanpa mengira kaum dan agama. Sebarang usaha daripada rakyat Malaysia sendiri untuk merendah-rendahkan kedudukan agama Islam boleh dianggap sebagai suatu penghinaan kepada Perlembagaan dan Negara. Semua pihak perlu mengakui hakikat kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Islam yang terkandung dalam sejarah Negara ini yang diwarisi secara turun-temurun. Ia perlu dihayati dan dipertahankan kerana sesuatu bangsa yang melupai sejarah bangsanya sendiri pasti kelak akan dihukum disebabkan kealpaan mereka itu.

Sumber : ADNAN SEMAN

Hasan Ali Sedia Tidak Dicalonkan Semula Pada PRU-13

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali berkata beliau bersedia tidak dicalonkan semula oleh Pas untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Hasan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas kawasan Gombak Setia berkata sama ada beliau digugurkan atau tidak, ia tidak menimbulkan masalah dan halangan serta tidak memerlukan parti atau presiden untuk mengiktiraf beliau dan hanya setia kepada Allah.

"Soal ini (calon) kecil. Agenda nak martabatkan Islam bukan sempadannya Selangor, Perak, Malaysia tetapi alam buana ini. Kalau itu menyebabkan saya kecewa, saya rasa kecil benarlah cita-cita untuk menegakkan Islam itu.

"Saya hendak Allah swt mengiktiraf usaha kecil yang saya jalankan untuk perpaduan umat, untuk bangsa Melayu dan kedaulatan institusi Raja Melayu. Kalau berjuang atas Islam, Melayu tak tertakluk kepada ganjaran sama ada berbentuk wang, jawatan, pangkat sebagainya," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini Isnin.

Beliau mengulas demikian berikutan kontroversi laporan akhbar semalam yang mengatakan beliau digugurkan daripada menjadi calon Pas bagi bertanding pada pilihan raya umum akan datang, namun dinafikan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor selama lapan tahun itu berkata setakat ini juga pimpinan tertinggi parti tidak memaklumkan apa-apa perkara mengenai sama ada beliau digugurkan daripada menjadi calon ataupun sebaliknya.

"Saya tak tahu berapa pencalonan, berapa saya terima, bila pencalonan dibuka dan ditutup dan berapa cawangan yang menyokong saya, tiba-tiba meletup sahaja (berita) dua hari lepas waktu saya nak terima anugerah (daripada Sultan Selangor)," katanya.

Katanya, sebagai kesimpulan beliau tidak pernah berubah dalam hal mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan institusi Raja dan sama ada dicalon atau tidak itu tidak menjadi halangan, bahkan isu ini menjadikan semangatnya lebih kental untuk terus berjuang.

"Cuba anda rasa hati seorang insan, ratusan yang mengucapkan tahniah kepada saya daripada pelbagai tempat tiba-tiba (keluar berita digugurkan kerana) Dr Hasan tak dapat pencalonan cukup? Apa awak rasa sebagai seorang manusia? Dalam hati kecil awak?" tanyanya.

Semalam, Hasan menerima anugerah Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor yang membawa gelaran Datuk sempena Hari keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-66.

Hasan juga tidak menyalahkan Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib kerana mungkin beliau mempunyai niat yang baik apabila memilih untuk mendedahkan perkara ini kepada media secara terbuka.

Tetapi, katanya, setakat yang diketahui dan untuk mengelak kekeliruan berterusan, kaedah pencalonan ialah dengan mengambil kira pencalonan daripada cawangan-cawangan tetapi ini tidak menjadi faktor penentu (pemilihan calon) kerana wujudnya pertimbangan-pertimbangan yang lain.

"Sebagai contoh saya sendiri ditunjuk bertanding di DUN Gombak Setia pada pilihan raya umum lepas dan bukan atas dasar pencalonan daripada cawangan-cawangan.

"Dan begitu juga ketua penerangan Pas negeri sekarang yang bertanding di DU NHulu Kelang tidak mengikuti proses penerimaan pencalonan daripada cawangan-cawangan di Hulu Kelang dalam pilihan raya umum lepas," katanya.

Katanya dalam amalan parti, isu calon yang bakal bertanding pilihan raya diputuskan oleh Pas Pusat selepas melalui proses penilaian oleh Majlis Syura Ulama.

"Adalah tidak sesuai sekiranya mana-mana individu bertindak untuk mendahului pimpinan tertinggi parti dalam hal ini.

"Saya berharap pimpinan tertinggi parti dapat memantau anggota dan pimpinan di pelbagai peringkat agar tidak membuat sebarang kenyataan yang mendahului pimpinan tertinggi parti demi menjaga keutuhan dan wibawa parti," katanya. Begitupun Hasan berkata beliau merasakan mungkin ada sedikit gangguan dalam parti di peringkat negeri untuk menahan kemaraannya tetapi ia hanya spekulatif darinya sendiri dan berharap itu tidak berlaku.

Katanya, beliau akan terus bekerjasama dengan Pas dan pakatan pembangkang selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada Pas jika menghadapi masalah dalaman parti.

Ditanya sama ada beliau setia kepada parti dan pakatan pembangkang, Hasan berkata: "Saya setia kepada Allah. Kepada umat, dalam konteks ini, saya tidak suka menggunakan istilah setia, tetapi bekerjasama".

Mengenai soal perpaduan umat dan masyarakat Malaysia, beliau menawarkan diri untuk menjadi anggota jawatankuasa peringkat negeri mahupun persekutuan dan mendakwa mempunyai jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Hasan berkata ramuan yang diperolehnya itu sudah dicuba berbelas-belas tahun dalam melahirkan perpaduan yang sejati dan berdasarkan Islam.

BERNAMA


Perjuangan Islam Sebenar Bukan Bersama PAS!

Kaldai Politik

Kenapa Anwar Marah Sangat Dengan KR1M?

KARTUN : HUDUD PAS Makan Diri

KARTUN : Isu Air Di Kelantan

VIDEO : WHO LET THE DOG OUT???

Video : Ceramah Qazaf Oleh Nurul Ezah

Preview : SONGLAP

‘Perak Darul Kartun’ Hina Perak

IPOH – Kenyataan ‘Perak Darul Kartun’ oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam satu majlis pada September lalu dianggap sebagai menghina kedaulatan Perak dan Institusi Diraja.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sikap tersebut perlu dijadikan pengajaran oleh rakyat Perak dalam menilai golongan yang mereka mahu `angkat’ sebagai pemimpin di negeri ini.

“Pemimpin macam ini ke yang perlu diikut sedangkan kata-katanya yang menggelar `Perak Darul Kartun’ itu sendiri telah menghina Perak,” katanya di sini hari ini.

Zambry berkata, Kor Ming yang juga Anggota Parlimen Taiping tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana beliau sepatutnya menunjukkan keperibadian yang baik kepada rakyat.

Sementara itu, katanya, cadangan supaya semua wakil rakyat UMNO menandatangani surat ikrar bagi menyatakan kesetiaan kepada UMNO tidak perlu dilakukan.

Menurutnya, cadangan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir itu dilihat tidak akan membawa sebarang kesan.

Pada 5 Disember lalu media melaporkan Mukhriz mencadangkan supaya semua wakil rakyat UMNO dan pemimpin parti itu menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan mereka untuk terus bersama parti walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Mukhriz dipetik sebagai berkata, cadangan berkenaan adalah susulan daripada ikrar taat setia yang dilafazkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2011.

Kata Mukhriz menerusi syor itu, mereka yang didapati melanggar ikrar secara bertulis tersebut akan berhadapan dengan tindakan disiplin.

mynewshub.my

UMNO Wajar Beri Peluang Kepada Calon Muda, - Dr Mahathir

Ini pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa UMNO perlu mencalonkan pelapis muda dalam pilihan raya umum akan datang bagi memberi peluang kepada mereka memegang jawatan dalam parti.

Menurutnya wakil rakyat yang sudah berumur perlu berundur secara sukarela bagi memberi ruang kepada golongan muda yang berkebolehan dan berbakat untuk menyandang jawatan dalam UMNO.

"Kita masuk UMNO bukan kita nak dapat jawatan, kita masuk UMNO adalah kerana bangsa, agama dan negara. Yang penting perjuangan perlu diteruskan dan parti menang," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri "Wacana Transformasi PBT Melangkah ke Hadapan: Apa kata Tun M" di Dewan Bandaran Ipoh pada Isnin.

Turut hadir isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah serta Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli.

Ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, yang menghina Zambry pada satu ceramah baru-baru ini, Dr Mahathir berkata parti itu tidak mempunyai idea selain mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

"Perkara itu menjadi kebiasaan kepada pemimpin-pemimpin DAP dengan memaki hamun serta menghina orang lain. Sepatutnya pemimpin tunjuk perkara yang baik dan apa boleh mereka lakukan kepada rakyat," katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjanji untuk menurunkan harga minyak sekiranya pakatan pembangkang mentadbir negara, Dr Mahathir berkata itu hanya janji kosong untuk meraih undi rakyat.

"Dia nak buat macam mana? Dia janji macam-macam dalam kempen. Bila dah jadi pemimpin baru kata tak boleh," katanya.

Mengenai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang diminta melepaskan jawatan ekoran isu Perbadanan Fidlot Nasional yang melibatkan suami beliau, Dr Mahathir berkata itu terpulang kepada Shahrizat.

"Kalau dia rasa dia patut berundur, dia patut berundur," katanya.

Dalam ucapannya pula, Dr Mahathir berkata negara tidak akan mencapai kemajuan sekiraya masih dibelenggu demonstrasi setiap masa.

"Sekiranya politik sering huru-hara dengan perselisihan faham, pergerakan untuk menjadikan negara maju akan terbantut (kerana) pentadbir terpaksa menumpukan perhatian untuk meredakan keadaan," katanya.

AGENDA DAILY-5/12/2011

PANAS! : Ustaz Fathul Bari Bakal MB Perlis?

Khabar angin bertiup mengatakan bahawa Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya telah dicalonkan sebagai bakal Menteri Besar Perlis di dalam PRU13.

Malah ianya turut disahkan oleh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri di dalam ruangan sosial Twitter beliau.

Rujuk : Cucu Tok Selampit

VIDEO : Siapa Pengganas Sebenar ?

VIDEO : Reaksi KJ terhadap Ucapan Dasar Presiden Di PAU2011

PAS : Apa Dah Nak Jadi Ni?

“Saya Sokong Najib Kerana Beliau Yang Terbaik” – Dr M

NEW DELHI – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi satu tip politik yang ringkas dan padat bagi pengundi rakyat Malaysia.

Sambil memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana “membetulkan kesilapan” dalam sistem politik, beliau berkata Najib perlu diberi peluang untuk memimpin negara.

“Beliau semakin popular, beliau membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh pengganti saya. “Saya sokong Najib, beliau adalah yang terbaik, beliau layak diberi peluang,” kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Negarawan yang berumur 86 tahun itu berada di sini untuk menghadiri sidang kemuncak tahunan pemimpin Hindustan Times di mana beliau menyampaikan ucaptama.

Dalam ucapannya, beliau memberi amaran terhadap pemimpin global untuk memerhatikan perubahan besar yang sedang berlaku kegagalan rancangan ekonomi pusat, pengaruh media sosial dan kerancakan orang ramai menyeberangi sempadan.

“Ini merupakan perubahan radikal yang berlaku dalam abad ke-21. Semua ini akan memberi kesan terhadap apa yang kita lakukan, bidang politik, ekonomi, sosial atau kewangan.

“Jika kita enggan mengakui perubahan ini, kita tidak akan mampu menghadapi cabaran-cabaran ini,” katanya.

Dalam ucaptamanya bertemakan “Cabaran Perubahan Dalam Abad Ke-21″, beliau berkata demokrasi bukan satu sistem yang buruk tetapi bukan satu penyelesaian bagi semua kelemahan politik.

“Demokrasi merupakan satu bentuk terbaik sesebuah kerajaan, bukan mudah untuk mentadbir kerana rakyat tidak faham mengenai batas-batas demokrasi,” katanya lagi.

BERNAMA

Anwar Ibrahim, Demonstrasi & Konspirasi Luar

Gol Nazmi ke-7 Terbaik Dunia

BIARPUN skuad Olimpik negara pimpinan Ong Kim Swee tewas kepada Bahrain dalam Kelayakan Sukan Olimpik London Ahad lalu, namun salah satu jaringan yang dihasilkan pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor tercatat sebagai gol ketujuh terbaik dunia minggu ini.

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan dalam laman rasmi 101greatgoals.com, anak jati Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu mencuri perhatian dunia selepas meledak gol pembukaan negara dari jarak 30 meter.

Tambah manis, dia menjadi pemain termuda yang berjaya memasuki carta jaringan terbaik sepanjang minggu ini biarpun baru berusia 17 tahun.

Karier perjalanan Nazmi bermula dengan bergabung bersama skuad Harimau Muda B yang kini beraksi dalam kancah Liga Perdana musim 2011.

Selepas itu, kecederaan yang menimpa Gary Steven Robbat menyebabkan Nazmi dipanggil Kim Swee bagi memperkuat skuad bawah 23 negara untuk menghadapi temasya Sukan Sea Jakarta, bulan lalu.

Walhal, pada saat itu, Nazmi sedang beraksi mewakili pasukan bawah 19 negara pada kejohanan di Vietnam. Namun, seperti sudah tersurat, kehadiran Nazmi membawa tuah apabila membantu rakan sepasukan mempertahankan pingat emas Sukan Sea dimenangi di Laos dua tahun lalu serta tersenarai pada pertemuan berdepan Syria dan Bahrain.

Kini, namanya meniti puncak kemasyuran seperti dikecapi pemain yang lain. Namun harus diingat, Nazmi masih muda dan memerlukan penjagaan rapi daripada semua pihak bagi mengelakkan jangka hayat pemain yang mendapat jolokan ‘Kaka Malaysia’ ini ‘tidak panjang’ gara-gara publisiti yang melampau.

Malah, Kim Swee sendiri melahirkan kerisauan terhadap Nazmi yang mula mendapat tumpuan peminat dan media selepas berakhirnya kempen pertandingan bola sepak Sukan Sea lalu.

Senarai ranking penjaring gol terbaik di dunia minggu ini:

1. Kevin Prince Boateng (AC Milan lwn Barcelona, 23 November 2011)
2. Bruno Mezenga (Crvena Zvezda lwn Smederevo, 23 November 2011)
3. Yohann Eudeline (Sedan lwn Laval, 25 November 2011)
4. Dylan McGeouch (Celtic lwn St Mirren, 26 November 2011)
5. Jam Schlaudraff (Hannover lwn Hamburg, 26 November 2011)
6. Salif Hanifi (Saida lwn Kabylie, 26 November 2011)
7. Nazmi Faiz Mansor (Malaysia B23 lwn Bahrain B23, 27 November 2011)
8. Tim Brown (Wellington Pheonix lwn Sydney CF, 27 November 2011)
9. Inigo Martinez (Real Sociedad lwn Real Betis, 27 November 2011)
10. Damian Alvarez (Tigres lwn Pachuca, 27 November 2011)

SINAR HARIAN - 3/12/2011

Ombak Rindu Dapat Sambutan Di Hari Pertama Tayangan

Filem adaptasi novel terbitan Alaf 21 (Kumpulan Media Karangkraf) mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada peminat.

Diberitakan bahawa hari pertama tayangannya sahaja pihak pawagam berjaya mengutip jualan mencecah RM750,000. Satu perkembangan yang baik (bagi industri filem tempatan).

Tak Sangka filem yang sebelum ini kecoh dengan kenyataan (kurang sesuai)oleh pelakon utamanya (Maya Karin) kepada media mendapat tempat di hati peminat filem tempatan.

*psstt!..ada di kalangan peminat yang pertama kali masuk panggung gara-gara filem ini...

Keputusan Undian EURO 2012

Keputusan undian bagi kejohanan EURO 2012 :

Kumpulan A
Poland
Greece
Russia
Republic Czech

Kumpulan B
Belanda
Denmark
Jerman
Portugal

Kumpulan C
Sepanyol
Itali
Republik Ireland
Croatia

Kumpulan D
Ukraine
Sweden
Perancis
England

No Problem Sir, Kata Rais Yatim...Jika PM Kata 'Cukuplah'

OLEH : ROSLAN BIAN

Sejak Datuk Seri Najib Tun Razak bersuara fasal minta mana-mana pemimpin yang fikir tak boleh memenangkan parti dalam komponen BN dalam PRU 13, macam-macam suara kedengaran.

Ikut hukum politik, tentu sukar mereka yang sudah berada kedudukan di atas atau jadi wakil rakyat mahu lepas jawatan atau enggan bertanding buta-buta saja.

Bagaimanapun bagi Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, saranan Presiden UMNO itu menunjukkan bahawa pemimpin jangan fikir sendiri dan kalau Perdana Menteri membuat penilaian, ia harus diterima.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata, mereka yang berkenaan jangan kecil hati kalau tidak terpilih.

“(Saranan Presiden UMNO) Itu benar. Hanya itu cara UMNO boleh menang,” katanya kepada Agendadaily ketika mengunjungi Laman Media di PWTC, petang Jumaat.

Mengulas cakap-cakap kononnya beliau juga membayangkan sedia tidak bertanding lagi, Rais berkata, “Kita mesti luah sebab untuk tunjuk pendirian..jangan orang lain yang cakap,”.

Menjelaskan lebih lanjut, Ahli Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan itu berpendapat, sesiapa sahaja pemimpin yang mendapat sambutan di peringkat akar umbi, mesti diambil kira oleh Perdana Menteri dalam membuat keputusan menentukan calon.

“Itu mesti PM ambil kira, selepas itu terpulang pada dia,” katanya tidak menolak cadangan Agendadaily supaya semua wakil rakyat BN menyerahkan kepada PM menentukan sama ada mereka layak kekal atau jadi calon.

Katanya, cadangan itu adalah terbaik tetapi suara akar umbi mesti diketahui pemimpin atasan.

Beliau memberi contoh suara akar umbi termasuk daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), JASA, polis, tentera yang turut mengumpul maklumat mengenai calon.

“Selepas kumpul, PM boleh ketahui daripada banyak sumber dan suara Bahagian juga wajar didengar...setelah tengok majoriti di bawah, beliaulah (PM) buat kesimpulan, tak boleh hanya ketua perhubungan negeri saja (buat laporan),” tegas Dr Rais.

Menyentuh dirinya yang yang beliau sendiri sebut sebagai The Last Mohican apabila ditanya secara peribadi sama ada mahu kekal bertanding pada PRU13, Dr Rais menjawab sambil ketawa; ”Saya tak boleh kata pertahan tapi kalau PM kata dah cukuplah wahai Rais....( saya akan jawab) no problem, Sir..."

Apapun beliau tegas berkata penggantinya hendaklah calon yang mesti menang.”.

Dr Rais adalah antara beberapa orang Ahli Parlimen yang paling lama masih berkhidmat.

VIDEO : Ucapan Tahniah Buat Skuad Harimau Muda

VIDEO : Eksklusif UMB Bersama MB Perak

MESTI BACA! : ANWAR SUDAH MULA MARAHKAN AZMIN

Kalau dilihat kepada apa yang digambarkan di dalam media (The Malaysian Insider) dan Malaysiakini; Kongres PKR digambarkan sebagai sangat berjaya dan mampu meletakkan PKR di landasan kemenangan dalam PRU yang akan datang. Ini cerita pada media sahaja. Tak berasaskan kepada feedback dan maklum balas yang tepat. The Malaysian Insider dan Malaysiakini nampaknya tak bersungguh sangat nak dapatkan maklum balas ahli PKR yang hadir.

Kepada yang tidak tahu, sebenarnya wujud perpecahan yang sangat nyata di dalam PKR pada ketika ini. Umum tidak mengetahui, bahawa wujud perdebatan hebat antara Anwar dan Azmin di dalam mesyuarat tertutup kepimpinan tertinggi PKR. Dua benda yang Anwar tak puas hati .

1. Langkah MENGGESA UMNO/BN meletakkan klausa Melayu sebagai PM.

Anwar menganggap usaha tersebut sebagai tindakan bodoh dan tidak memandang ke depan. Sudahnya, PKR sendiri kena memperbetulkan statement yang dibuat oleh Ketua Pemuda. Anwar marah, kerana jika UMNO berani menyahut gesaan itu; PKR dan PAS akan kelihatan sebuah parti yang sangat dungu di kalangan orang Melayu. Anwar minta Azmin dan Ketua Pemuda lihat kembali kepada fakta. PKR memerlukan undi Melayu pada ketika ini. Jika UMNO membuat keputusan membawa semangat sama – PKR dan PAS akan berdepan dengan suasana politik yang sukar.

Semua sound bytes Ketua Pemuda sepatutnya dibawa kepada pengetahuan Timbalan Presiden parti. Azmin sepatutnya menjaga apa yang bakal diperkatakan oleh Pemuda supaya tidak meletakkan parti di dalam keadaan yang sangat bermasalah.

2. Retorik Runtuhkan Pagar Penjara

Anwar sebenarnya sangat marah kepada Azmin dengan ucapan itu. Malahan, dalam mesyuarat tertutup kepimpinan, Anwar bertanyakan soalan kepada Azmin – ‘You dah tak sabar sangat jadi Presiden?’. Anwar berang kerana tindakan Azmin seolah-olah sudah meletakkan parti dalam keadaan defensif. Azmin sudah seolah-olah mengurus parti tanpa Anwar! Ini yang mendatangkan kemarahan Anwar dalam mesyuarat tertutup tersebut.

Nampaknya PKR berada dalam suasana yang sangat tidak selesa.

Siapa yang paling dapat tumpuan dalam Kongres PKR?

Dalam konteks politik PKR; pemenang terbesar Kongres PKR tempohari adalah Khalid Ibrahim. MB Selangor ini bijak mengurus diri dan pandai mengambil hati perwakilan. SUPOK MB juga memainkan peranan yang sangat besar. Bisikan bahawa ‘Kak Wan sangat selesa dengan Khalid Ibrahim’ bermain di bibir perwakilan. Malahan, kebanyakan perwakilan merasakan Khalid lebih mempunyai AURA sebagai Timbalan Presiden berbanding dengan Azmin Ali.

Faekah menyusun jentera ‘bisikan’ yang mantap sewaktu Kongres berlangsung – termasuk membisikkan bagaimana PKR hidup di Selangor kerana kerja buat MB yang sangat strategik dan tersusun. Nama Kak Wan sentiasa meniti di bibir Khalid Ibrahim.

Nampaknya fokus Kongres PKR sudah tersasar. Mereka lebih banyak menyusun strategi untuk menumbangkan individu tertentu.

Sampai ke sudah – Kongres PKR tak lebih daripada agenda makan-makan, ampu-ampu dan bodek-bodek. Anwar sendiri tak seronok.

‘Pulai is a total failure’…bisik Anwar kepada Khalid Ibrahim.

Perhimpunan Agung UMNO 2011 : Ucapan Najib Penuh Fakta Yang Buktikan Umno Tidak Rasis - Tun M

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan ucapan dasar Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai ucapan yang amat baik kerana ia memperjelaskan bahawa Umno bukan parti rasis.

Dr Mahathir berkata, ucapan presiden Umno itu telah menyedarkan rakyat bahawa Umno bukan sahaja memperjuangkan semangat orang Melayu tetapi juga perjuangan untuk menjamin kelangsungan bangsa-bangsa lain di negara ini.

"Ia ucapan yang amat baik. Beliau (Najib) memperingati ahli-ahli Umno berkenaan sejarah Umno.

"Bagi orang yang tuduh Umno rasis, beliau menegaskan Umno bukan sebuah parti rasis...Ia (Umno) bukan sahaja membantu orang Melayu, tetapi ia juga membantu orang lain (bangsa lain) juga," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas ucapan dasar Najib pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di sini, Khamis.

Terdahulu, Najib dalam ucapannya berkata apa yang yang dicapai hari ini bukan dibina dalam tempoh singkat tetapi menerusi perjuangan, pengorbanan dan kerja keras oleh pemimpin-pemimpin semua bangsa termasuk Iban, Kadazan, Orang Asli dan Siam bagi memastikan generasi muda mempunyai masa depan cerah.

Ditanya sama ada beliau berpendapat pilihan raya umum semakin dekat, Dr Mahathir berkata, beliau tidak tahu dan itu terserah pada Najib.

"Saya tidak tahu, saya fikir Umno sudah agak bersedia. Tetapi saya tidak tahu sama ada beliau akan mengadakan pilihan raya atau tidak, itu di luar pengetahuan saya. Beliau tidak pernah beritahu saya. Terserah kepada PM (perdana menteri)," katanya.

Najib, sejak kebelakangan ini telah membayangkan bahawa pilihan raya umum ke-13 mungkin diadakan tidak lama lagi dan menggesa anggota Umno meningkatkan kesiapsiagaan untuk menghadapi pilihan raya umum.

BERNAMA

Anggota UMNO Cecah 3,297,358 Orang

KUALA LUMPUR – Anggota UMNO kini mencecah seramai 3,297,358 orang, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan berkata, jumlah tersebut merupakan keanggotaan parti itu yang dicatatkan sehingga semalam.

“Sabah mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 487,447 orang dengan Bahagian Silan di negeri itu mempunyai anggota teramai iaitu seramai 44,440 orang,” katanya.

Mengulas lanjut, kata Tengku Adnan, anggota peringkat cawangan UMNO yang paling ramai adalah di Felda Air Tawar 2 di Kota Tinggi, Johor seramai 1,631 orang.

Dalam pada itu, katanya, Perhimpunan Agung UMNO 2011 melibatkan sebanyak 78 delegasi mewakili 26 parti dari 24 negara serta 64 perwakilan daripada 74 Kelab UMNO Luar Negara.

Manakala, katanya, jumlah keseluruhan perwakilan Umno yang hadir pada perhimpunan tersebut adalah seramai 2,711 orang.

mynewshub.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers