Photobucket

6 Pasangan Kekasih Ditahan Khalwat

PETALING JAYA – Menjelang sambutan Hari Kekasih atau Valentine Days malam tadi, seramai enam pasangan muda ditahan di bilik-bilik hotel bajet di sekitar daerah ini dalam operasi bersepadu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Operasi bermula pukul 1 pagi itu turut melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan polis.

Jurucakap JAIS berkata, antara kawasan yang menjadi tumpuan bagi melakukan pemeriksaan ialah sekitar Kota Damansara dan Seri Damansara.

“Daripada lebih 10 hotel bajet yang diperiksa, kita telah menahan enam pasangan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun kerana berdua-duaan di dalam bilik.

“Kesemua mereka ketika ditahan memberikan kerjasama yang baik walaupun terdapat segelintir yang hanya membuka pintu selepas dipanggil beberapa kali,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua pasangan yang ditahan kemudian dibawa pulang ke ibu pejabat JAIS untuk disoal siasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat.

Katanya, pasangan tersebut kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebelum menunggu tindakan selanjutnya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers