Photobucket

Kestabilan Negara Punca Ramai Jutawan Di Malaysia

Jutawan Malaysia menjadi kaya disebabkan dasar dan kestabilan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Saya melihat akhbar semalam ... senarai jutawan Malaysia. Saya teliti setiap seorang daripada mereka. Mungkin ada beberapa di dalam bilik ini hari ini. Setiap seorang daripada mereka menjadi kaya kerana dasar kita," kata beliau ketika merasmikan persidangan sehari "Cina Malaysia di Persimpangan Politik" yang dianjurkan bersama oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia serta kumpulan pemikir MCA, Insap, di sini.

Najib berkata jutawan ini, sama ada memegang konsesi atau berada pada tempat betul dan masa yang tepat.

Beliau berkata jutawan mendapat manfaat daripada kestabilan Malaysia dan kerajaan akan terus memastikan pertumbuhan dan mewujudkan lebih banyak peluang.

Menurut Najib, Cina Malaysia lebih bersikap keusahawanan berbanding Bumiputera dan kerajaan akan terus menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik untuk menjalankan perniagaan.

"Walaupun mereka tidak mendapat konsesi, mereka perlu berada di tempat yang betul dan pada masa yang tepat. Mereka mendapat manfaat daripada dasar kita, mereka mendapat faedah daripada kestabilan yang kita berikan kepada negara ini.

"Kita akan terus memastikan negara akan berkembang dan akan mewujudkan lebih banyak dan banyak lagi peluang," kata beliau.

Najib juga berkata kerajaan akan terus mendengar masalah orang Cina Malaysia.

"Kita akan memastikan terdapat lebih banyak peluang kepada mereka untuk maju dalam negara ini, " kata beliau lagi.

BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers