Photobucket

Orang Melayu Jangan Khianati Bangsa Sendiri Dengan Menyertai DAP



“Saya menasihatkan agar orang melayu, jangan jadi pengkhianat bangsa melayu dengan menjadi ahli DAP. Inilah pandangan peribadi saya. Bagi saya, sekiranya orang melayu menjadi ahli DAP dan membiarkan diri mereka dipergunakan demi kepentingan politik DAP, mereka sebenarnya adalah pengkhianat bangsa melayu,” ujar Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Shahanim Mohamed Yusoff.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pergerakan DAP yang dilihat semakin aktif cuba merekrut bangsa melayu menjadi ahli parti tersebut dan kononnya bakal diletakkan sebagai calon di Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya, pada hari ini kuasa politik orang melayu telah berpecah kepada tiga iaitu UMNO, PAS dan PKR. Inilah yang menjadi antara punca di mana orang melayu tidak dihormati. Parti-parti melayu telah berpecah belah dan ini merupakan agenda politik DAP yang mahu meracik-racikkan perpaduan orang melayu untuk mengelakkan orang melayu dari terus bersatu.

“DAP sedar, sekiranya orang melayu bersatu, mereka akan hancur. Jadi tindakan DAP merekrut orang melayu menjadi pemimpin DAP dan mungkin akan diletakkan sebagai calon di PRU nanti sebenarnya adalah merupakan satu ancaman kepada bangsa melayu itu sendiri.

“Di sini saya ingin tekankan bahawa DAP tidak ada lagi rekod berjasa kepada rakyat khususnya kepada bangsa melayu. Hari ini DAP merasakan undi orang melayu itu penting. Apakah agenda mereka sebenarnya. Pada PRU 2008 DAP terpaksa menyerahkan satu jawatan Menteri Besar kepada PAS kerana mereka tidak mampunyai pemimpin melayu di kalangan DAP.

“Jadi inilah tujuan mereka merekrut orang melayu menjadi ahli DAP kerana ingin mempergunakan mereka ini untuk berkuasa. Sekiranya mereka mempunyai calon bangsa melayu yang sesuai, sudah pasti parti mereka semakin kukuh dan dengan mudah mereka mampu menyingkirkan rakan sekutu mereka.

“Jadi tidak hairanlah sekiranya pada PRU akan datang mereka akan meletakkan calon melayu mewakili DAP kerana mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa. Sebab itu saya merasakan DAP adalah satu parti couvenis,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Selaku Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Shahanim berharap agar orang melayu jangan membiar dan memberi peluang kepada DAP mempergunakan bangsa melayu semata-mata untuk DAP mencapai hasrat jahat mereka. DAP tidak pernah telus dalam berpolitik dan setiap tindak tanduk mereka pasti ada agenda yang tersembunyi.

Sumber : MediaUMNO

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers