Photobucket

Tiada Peserta Menu Rakyat 1Malaysia Muflis


KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak menerima laporan mengenai kedai makan yang menyertai program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) jatuh bankrap.

Sebaliknya, Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata premis makanan terbabit berjaya meningkatkan keuntungan masing-masing berikutan pertambahan pelanggan.

“Keuntungan difahamkan bertambah kerana menu yang murah dapat tarik ramai orang untuk datang, itu lebih baik berbanding kalau harga mahal tapi tiada pelanggan,” katanya, di sini Isnin.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Gerakan Pengguna Siswa (GPS) peringkat negeri Sarawak dan penyampaian sijil Menu Rakyat 1Malaysia di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Ismail Sabri berkata sehingga hari ini, sebanyak 1,314 premis makanan di seluruh negara menyertai MR1M dan kementerian itu mensasarkan 3,000 penyertaan pada akhir tahun ini.

BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers