Photobucket

Hanya Malaysia Negara Asia Kekalkan Harga RON95


BERA 30 Mac – Malaysia satu-satunya negara Asia yang masih mengekalkan harga minyak petrol RON 95 walaupun sesetengah negara lain telah menaikkan harga bahan itu berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika kerajaan menaikkan harga petrol ia akan membebankan rakyat.

Katanya, jika tidak diberikan subsidi harga minyak petrol akan naik RM2.93 seliter dan tentunya akan membebankan rakyat.

“Pemberian subsidi RM1.03 seliter itu bukan sahaja dapat mengengkang kenaikan harga minyak, malah mengelakkan rakyat daripada menanggung beban kenaikan harga barangan keperluan harian," kata Ismail Sabri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menyampaikan cek bantuan pembangunan kerajaan pusat bernilai RM307,643.56 kepada 14 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) Parlimen Bera di sini hari ini.

UTUSAN MALAYSIA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers