Photobucket

Pengikut TWITTER DS Najib Cecah 500 Ribu


KUALA LUMPUR – Jumlah pengikut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial Twitter terkini sudah mencecah 500 ribu pengikut dan dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa.

Ketika berita ini ditulis, jumlah pengikut laman sosial milik Perdana Menteri sudah berjumlah 502,406 orang.

Najib yang menyedari pertambahan jumlah pengikut Twitternya itu sejak malam semalam melahirkan rasa terima kasihnya kepada para pengikutnya dan mengumumkan ‘pengikut bertuah’nya akan dihubungi kelak.

“Pengikut twitter saya telah mencecah 500 ribu. Terima Kasih kerana mengikuti saya! Pengikut yang bertuah akan dihubungi kelak,” katanya di Twitternya pada jam 10.42, malam semalam.

Perdana Menteri sebelum ini dilaporkan berkata, beliau akan terus menggunakan media baru untuk mendekati golongan muda kerana ia adalah medium hubungan yang baik.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers