Photobucket
PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13% bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (9%), Gred Turus 3 dan 2 (8%) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (7%).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers