Photobucket

Malaysia Negara Contoh – Muhyiddin

TAIPING – Malaysia merupakan sebuah negara contoh kerana mempunyai rakyat berbilang bangsa dan agama yang dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama dalam soal ekonomi, politik serta kebudayaan.

Pencapaian itu sekali gus mengatasi beberapa teori sosiologi yang menyatakan bahawa mana-mana negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum akan menghadapi masalah dalam hubungan antara kaum.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan itu juga membuktikan dasar-dasar yang dilaksana kerajaan berjaya memupuk dan mengeratkan perpaduan rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

“Terdapat teori sosiologi yang menyatakan bahawa negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum akan menghadapi masalah dalam hubungan antara kaum. Sebagai contoh buku bertajuk The Plural Society yang ditulis oleh ahli sosiologi, M.G Smith menyatakan bahawa negara yang mempunyai pelbagai kaum akan berhadapan dengan masalah kaum yang berlarutan, namun perkara itu tidak berlaku di Malaysia,” katanya pada Majlis Jelajah Janji Ditepati di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, berdasarkan teori itu juga pembangunan negara dan rakyat terjejas akan terjeas dan negara terlibat tidak maju seperti dikehendaki rakyat dan pencapaian di Malaysia membuktikan sebaliknya.

Menurut beliau, kejayaan itu sebenarnya antara janji yang telah berjaya dilaksanakan kerajaan sejak 55 tahun lalu bagi memastikan pembangunan dan ekonomi stabil manakala perpaduan kaum terjalin erat.

Malah, kata beliau, kerajaan Barisan Nasional (BN) berjanji akan memastikan hubungan baik antara kaum ini kekal bagi memastikan segala perancangan yang dibuat untuk rakyat dapat dilaksanakan.

Jelas beliau, terdapat undang-undang yang boleh dikenakan kepada golongan yang mahu mencetuskan rasa tidak senang antara kaum di negara ini demi kepentingan mereka seperti undang-undang hasutan bagi mencegah perkara itu daripada berlaku.

Tambah beliau, masalah yang berlaku akibat daripada perbezaan agama dan budaya akan membawa kesan buruk kepada segala usaha yang telah kerajaan lakukan untuk memaju dan memakmurkan negara.

Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) berjanji akan memastikan hubungan baik antara kaum ini kekal bagi memastikan segala perancangan yang dibuat untuk rakyat dapat dilaksanakan.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers