Photobucket

Ramai Kagum Kejayaan Malaysia - Najib

PUTRAJAYA, 4 Jun - Ramai orang luar yang melawat Malaysia kagum dengan pelbagai kejayaan yang dicapai negara, dan mereka dilihat seolah-olah memiliki persepsi yang sama sekali berbeza dengan realiti dalam negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, banyak petunjuk dalam negara yang memberikan gambaran jelas mengenai kejayaan yang dicapai negara selaras dengan pelbagai inisiatif kerajaan.

"Rupa-rupanya wujud jurang antara persepsi dan realiti di Malaysia, bagi sesetengah negara, realiti itu lebih buruk daripada persepsi, tapi bagi Malaysia persepsi nampak lebih buruk daripada realiti," katanya semasa berucap di majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini, hari ini.

Beliau berkata, baru-baru ini dua senator dari Amerika Syarikat yang melawat Malaysia memuji apa yang mereka dapat lihat, dan mereka menggambarkan Malaysia sebagai sebuah kisah kejayaan.

Katanya, kedua-dua senator yang merupakan bekas calon Presiden itu juga mengakui bahawa Amerika Syarikat sendiri sedang berusaha membaiki sistem demokrasi mereka, malah mengakui bahawa satu ketika dulu keputusan pilihan raya negara itu tidak diputuskan oleh peti undi, sebaliknya oleh Mahkamah Agung.

BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers