Photobucket

Kenaikan Harga Minyak Cetus Kemarahan Rakyat


Tetapi tidak di Malaysia..

Kerajaan Malaysia masih mampu menampung subsidi, bagi mengekalkan harga pasaran petrol ron95. ini bermakna Kerajaan Malaysia pimpinan DS Mohd Najib prihatin terhadap rakyat dan membela nasib rakyat.


Felda Ke Bursa Malaysia JUN Ini

Hanya Malaysia Negara Asia Kekalkan Harga RON95


BERA 30 Mac – Malaysia satu-satunya negara Asia yang masih mengekalkan harga minyak petrol RON 95 walaupun sesetengah negara lain telah menaikkan harga bahan itu berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika kerajaan menaikkan harga petrol ia akan membebankan rakyat.

Katanya, jika tidak diberikan subsidi harga minyak petrol akan naik RM2.93 seliter dan tentunya akan membebankan rakyat.

“Pemberian subsidi RM1.03 seliter itu bukan sahaja dapat mengengkang kenaikan harga minyak, malah mengelakkan rakyat daripada menanggung beban kenaikan harga barangan keperluan harian," kata Ismail Sabri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menyampaikan cek bantuan pembangunan kerajaan pusat bernilai RM307,643.56 kepada 14 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) Parlimen Bera di sini hari ini.

UTUSAN MALAYSIA

Pengikut TWITTER DS Najib Cecah 500 Ribu


KUALA LUMPUR – Jumlah pengikut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial Twitter terkini sudah mencecah 500 ribu pengikut dan dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa.

Ketika berita ini ditulis, jumlah pengikut laman sosial milik Perdana Menteri sudah berjumlah 502,406 orang.

Najib yang menyedari pertambahan jumlah pengikut Twitternya itu sejak malam semalam melahirkan rasa terima kasihnya kepada para pengikutnya dan mengumumkan ‘pengikut bertuah’nya akan dihubungi kelak.

“Pengikut twitter saya telah mencecah 500 ribu. Terima Kasih kerana mengikuti saya! Pengikut yang bertuah akan dihubungi kelak,” katanya di Twitternya pada jam 10.42, malam semalam.

Perdana Menteri sebelum ini dilaporkan berkata, beliau akan terus menggunakan media baru untuk mendekati golongan muda kerana ia adalah medium hubungan yang baik.

SERAMBI MAKKAH MASIH BERLAKU PERKARA SYIRIK

"BAWAKU PERGI" Akan Diharamkan?



Menurut Datuk Seri Dr. Rais Yatim, sebelum sesebuah lagu itu diputuskan untuk diharamkan, sebuah panel perlu diwujudkan bagi meneliti setiap aspek kandungan lagu tersebut. Mereka akan teliti terlebih dahulu lagu itu dan jawatankuasa penilai juga sudah wujudkan. Rasanya kalau nak haramkan lagu, banyak lagu mat saleh yang liriknya memang tak sesuai dan tak bagus la bila kita translate ke Bahasa Melayu. Haramkan lah lagu mereka sekali.


Lirik Lagu "BAWAKU PERGI"

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh,buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca,topi berceloreng
sarung tangan hitam,atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai,cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu,engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan,tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan,mula kisah dongeng

tinggalkan dataran,puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Generasi Felda Sokong FGVH Di Bursa Saham Malaysia

Tujuh NGO Felda semalam menyampaikan memorandum tanda sokongan kepada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Memorandum itu disampaikan oleh wakil mereka, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Abdul Manap kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Antara mesej utama memorandum itu ialah generasi baru Felda memberikan sokongan padu terhadap langkah penyenaraian, menolak segala campur tangan serta hasutan daripada pihak luar dan mendesak usaha penyenaraian dapat disegerakan.

Sementara itu Ahmad ketika ditemui pemberita berkata, penyenaraian akan diteruskan dan dijangka akan dilaksanakan pada Jun depan dan segala persiapan mengenai penyenaraian sedang giat dilaksanakan.

"Walaupun terdapat gangguan yang lebih bermotifkan politik daripada pihak pembangkang dan terlewat sikit daripada jadual asal iaitu Mei, ia akan diteruskan,” katanya.

Ini kerana proses penyenaraian itu juga menurutnya mendapat maklum balas positif sebahagian besar masyarakat Felda demi membela nasib peneroka.

BERNAMA

PAS Kedah Bermasalah



PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13% bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (9%), Gred Turus 3 dan 2 (8%) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (7%).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers