Photobucket

#BaucerRM35 : Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Program Baucer Kerja RM35 Sehari.

Kerajaan hari ini telah mengumumkan satu program khas membantu golongan Miskin Bandar memperoleh bantuan melalui Baucer Kerja yang memperuntukan RM35.00 setiap hari yang akan diselia oleh Kementerian Sumber Manusia melalui Portal eKasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Golongan yang layak memperoleh bantuan ini haruslah berstatus Miskin Bandar dan telah berdaftar dengan JKM melalui Borang Bertulis ataupun melalui dalam talian (online) di Portal eKasih yang diselia oleh JKM sendiri. Cara untuk melayakan penerimaan Baucer Kerja ini adalah seperti berikut. Terdapat beberapa syarat.

Syarat Kelayakan Program Baucar Kerja 2014

Individu berpendapatan bawah RM 3,000
Menetap di kawasan bandar
Golongan bekerja (harus dapatkan pekerjaan sambilan sebelum memohon)
Golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, orang asli dan pelajar keciciran.
Golongan miskin yang tersenarai dibawah pangkalan data keluarga miskin menerusi laman e-kasih
Cara Memohon Bantuan Baucer Kerja RM35 Sehari

Individu yang layak perlu tersenarai dalam golongan miskin menerusi pangkalan data laman e-kasih. Bagi yang layak, sila laporkan kemiskinan menerusi laman Borang Ekasih Kebajikan Masyarakat.

Hanya yang benar-benar layak sahaja terpilih.

Cara Manual Pendaftaran Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari

1. Individu yang ingin mendaftar ekasih boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN), Focus Group Negeri atau Focus Group Daerah.

2. Bagi agensi di peringkat negeri, ID pendaftaran eKasih boleh dipohon melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN), manakala agensi di peringkat persekutuan, boleh memohon terus dengan Ibu Pejabat ICU JPM.

Keputusan Permohonan Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari

Individu yang layak akan dihubungi secara terus oleh pihak Kementerian Sumber Manusia.

Kriteria Pemilihan Bantuan Baucar Kerja

Khusus bagi individu yang tersenarai dibawah golongan miskin bandar
Mempunyai maklumat data kemiskinan menerusi portal ekasih (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
Hanya yang benar-benar layak sahaja terpilih
Tarikh Pelancaran Program Baucar Kerja 2014

Program Baucar Kerja 2014 akan dilancarkan mulai April 2014 untuk 100 individu perintis

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers