Photobucket

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Karpal Singh


KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Pengerusi DAP dan Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh yang maut dalam kemalangan, pada awal pagi.

Najib berkata beliau mendengar berita mengenai kematian Karpal, setibanya beliau di Ankara bagi memulakan lawatan rasmi ke Turki.

"Saya baru sahaja mendarat di Ankara apabila saya mendengar berita bahawa YB Karpal Singh meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

"Takziah saya kepada keluarga," kata Perdana Menteri dalam mesej Twitternya.

Lawatan Najib ke Turki adalah atas jemputan rakan sejawatan beliau, Recep Tayyip Erdogan.

Turut terbunuh dalam kemalangan pada 1.10 pagi di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar itu ialah pembantu peribadi Karpal, Michael Cornelius, 40-an.

Menurut polis, kenderaan Toyota Alphard MPV yang dinaiki Karpal, 74, dan empat orang lain dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek.

Lori berkenaan dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara lebuhraya berkenaan memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers