Photobucket

Mat Sabu Perlu Minta Maaf

SHAH ALAM 8 Sept. - Suara bantahan terhadap kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bahawa gerombolan penyerang Balai Polis Bukit Kepong dalam peristiwa berdarah pada 1950 adalah hero sebenar dan pejuang kemerdekaan semakin memuncak.

Bekas pesara polis berjawatan tinggi hari ini mula membuka mulut selepas memantau perkembangan sejak tercetusnya isu pada penghujung Ramadan lalu yang menyaksikan Mohamad Sabu dan Pas terus mempertahankan kenyataan beliau.

Kenyataan itu mengguris hati sekurang-kurangnya tiga juta suara yang mewakili bekas anggota keselamatan, orang awam dan sanak-saudara mereka yang menjadi mangsa kekejaman komunis.

Pengerusi Yayasan Aman Malaysia, Tan Sri Samsuri Arshad yang juga bekas Timbalan Ketua Polis Negara menegaskan, pihaknya mahu Mohamad Sabu meminta maaf atas kenyataannya itu dan jangan lagi berdolak-dalik.

"Kami menuntut Mohamad Sabu atau Mat Sabu meminta maaf kepada semua keluarga polis yang mati dalam serangan Bukit Kepong dan pergi (menziarahi) pusara anggota polis dan keluarga mereka yang meninggal dunia dan menghadiahkan Al-Fatihah sebagai bukti Mat Sabu menyesal dengan ucapan beliau itu.

"Kami ingin menyatakan bahawa sebagai pesara polis kami sudah bosan, meluat dan marah dengan pembohongan dan manipulasi serta putar-belit seorang pemimpin Pas iaitu Mat Sabu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Aman Malaysia; bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Jamil Johari; bekas Pengarah Cawangan Khas, Datuk Zulkifli Abdul Rahman dan bekas Ketua Polis Balai Daerah Pagoh, Datuk JJ Raj.

Menurut Samsuri, pada pandangan pesara polis dan daripada pengalaman mereka dulu, Mat Sabu ialah rebel rouser iaitu seorang yang cenderung membakar dan menghasut rakyat ke arah pemberontakan atau revolusi.

"Daripada pengakuannya dalam sidang akhbar, beliau mengakui amat meminati Ayatullah Khomeini yang diketahui sebagai pencetus revolusi di Iran. Kami akan bongkar lebih lanjut tentang personaliti Mat Sabu sebagai rebel rouser dalam satu sidang akhbar khusus kelak setelah mengumpul data dan fakta mengenai siapa Mat Sabu sebenarnya.

"Mat Sabu sejak kebelakangan ini semakin rancak melakukan penipuan dan putar-belit fakta. Untuk kepentingan politik, Mat Sabu sanggup berdusta malah memperlekehkan serta menghina perjuangan dan pengorbanan polis," katanya.

Tambah beliau, ucapan Mat Sabu sebagai rebel rouser bukan dilihat dari segi siapa Mat Indera iaitu lelaki Melayu yang turut serta dalam serangan ke atas anggota polis di Bukit Kepong dan juga bukan dari aspek membetulkan fakta sejarah sebaliknya itu semua hanya helah politik.

"Di belakang ucapan Mat Sabu adalah kenyataan berbentuk hasutan, hendak menyampaikan mesej bahawa komunis yang membunuh polis ialah hero. Dalam erti kata lain, Mat Sabu mahu menghasut rakyat bahawa untuk menjadi seorang hero (wira) adalah membunuh polis dengan cara besar-besaran. Itu soal pokok yang tersirat dalam fikiran Mat Sabu," katanya.

Justeru, beliau mahu siasatan dibuat terhadap Pas untuk mengetahui sejauh mana ideologi dan pengaruh komunis menyusup masuk ke dalam parti itu menerusi Mat Sabu.

"Setakat ini Pas tidak membuat kenyataan mengutuk Mat Sabu mahupun mengutuk komunis. Maka kami ingin bertanya adakah idealisme negara berkebajikan Pas sebenarnya adalah sistem negara sosialis berteraskan komunisme," soalnya.

UTUSAN MALAYSIA - 09 SEPT 2011

Bayar WikiLeaks Siar Berita Fitnahkan PM

KUALA LUMPUR 8 Sept - Seorang bekas rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa terdapat pihak tertentu yang membayar laman web WikiLeaks supaya portal itu menyiarkan berita bahawa kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang itu merupakan satu konspirasi kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, beliau mempunyai bukti tentang perkara tersebut dan sedia mendedahkan kepada umum apabila tiba masanya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat negara ini tidak mudah terpengaruh dengan berita fitnah itu seperti mana yang disiarkan di WikiLeaks.

''Ini merupakan satu berita fitnah yang sengaja direka dan kemudian disiarkan di dalam laman web WikiLeaks dengan tujuan mempengaruhi rakyat. Ia hanya sekadar satu berita fitnah tanpa disertakan dengan bukti kukuh.

''Kesahihan berita ini sememangnya diragui dan harus diragui apatah lagi ada bukti yang menunjukkan terdapat pihak-pihak tertentu membayar laman web ini supaya berita fitnah seperti itu boleh disiarkan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sebelum ini, WikiLeaks dalam laman webnya iaitu dengan berdasarkan kabel diplomatik Amerika Syarikat yang berjaya dibocorkan, Anwar tetap akan didapati 'bersalah' kerana meliwat iaitu hukuman kedua dalam tempoh 10 tahun.

Kabel itu melaporkan, Najib dan pemimpin utama UMNO akan melakukan apa sahaja supaya pendakwaan terhadap Anwar 'boleh diterima'.

Selain itu, Lum Yong berkata, kredibiliti laman web itu juga semakin tercalar apabila beberapa berita yang disiarkan didapati tidak benar seperti dakwaan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang dikatakan mengecam Islam.

''Kuan Yew dengan keras menafikan berita tersebut.

''Kredibilitinya juga semakin dipersoalkan apabila pengasasnya turut berhadapan dengan kes serangan seksual yang kini masih dalam proses perbicaraan," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, berita-berita seumpama itu sering dipetik oleh portal berita propembangkang untuk tatapan rakyat negara ini kerana mereka sememangnya antikerajaan.

''Oleh itu rakyat harus menimbang secara rasional setiap berita yang disiarkan oleh portal-portal berita propembangkang sama ada ia fitnah atau sebaliknya," katanya lagi.

UTUSAN MALAYSIA - 09 SEPT 2011

Bil Perubatan Mat Sabu Bernilai Melebihi RM3K?



BUKIT KEPONG : Bekas POLIS dan TENTERA Gagal Serah Memo Pada PAS

Sekitar 100 orang ahli persatuan bekas polis,tentera dan beberapa NGO gagal menghantar memorandum bantahan kepada Ibu Pejabat PAS untuk membantah kenyataan Mohamad Sabu mengenai Bukit Kepong.

Mereka berkumpul di depan bangunan Ibu Pejabat parti itu di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur tidak lama sebelum Mat Sabu mengadakan sidang akhbar di situ.

Kakitangan di pejabat itu enggan menerima memorandum berkenaan atas alasan tidak mendapat arahan dari pihak atasan.

Mereka kecewa dengan sikap PAS itu.

Beberapa orang anggota polis yang berkawal di situ meminta mereka bersurai.

Mereka menyanyi lagu patriotik "Inilah Barisan Kita" sebelum bersurai.

AGENDA DAILY-8/9/2011

Kenapa Saya Pilih UMNO? - Jamal Abdillah

Kalau sebelum ini sebilangan artis termasuk AC Mizal menyertai UMNO, Rabu lalu, penyanyi terkenal Jamal Abdillah juga memilih parti itu sebagai wadah perjuangan politik.

Katanya beliau tidak kisah sekiranya selepas ini ada yang menuduhnya mahu mencari publisiti murahan kerana tahu dan yakin dengan apa yang lakukannya.

Jamal berkata beliau ambil keputusan ini kerana amat yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib dan kepimpinan sebelumnya dalam mentadbir negara ini.

Serentak dengan itu beliau menyeru para peminat dan rakan-rakannya bersama-sama menjadi ahli UMNO dan cubalah celikkan mata dan lihat apa yang telah kerajaan lakukan selama ini untuk rakyat.

“Janganlah kita bercakaran sesama sendiri hanya mengejar kepentingan diri. Kita harus bersatu padu memertabatkan negara kita. Jangan mudah membiarkan orang lain menginjak maruah bangsa kita. Bukanlah saya bermaksud untuk berpolitik tetapi saya sedar bahawa tiada parti lain yang mampu menjaga kepentingan rakyat selain daripada UMNO dan BN,” katanya.

Beliau sebelum itu menyerahkan menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh di Ibu Pejabat UMNO, di Kuala Lumpur.

Kata Jamal walaupun baru mendaftar menjadi ahli UMNO hari ini namun sebenarnya beliau telah lama menyokong UMNO malah arwah ayahnya semasa hayatnya merupakan pengerusi tetap UMNO di Pasir Salak.

“Saya bukan menyertai UMNO untuk kepentingan diri ataupun mempunyai agenda tersembunyi tetapi kerana saya yakin dengan parti keramat UMNO. Saya yakin dengan prinsip saya dan saya rasa kalau parti lain yang memerintah negara, tidak mungkin saya mampu bertahan bergelar penyanyi sehingga kini.

“Kerana kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang berjaya mentadbir dengan aman damai maka saya mampu bertahan sehingga kini. Malah peminat saya juga terdiri dari berbilang kaum,”katanya.

AGENDA DAILY-7/9/2011

ADUN Kota Alam Shah Persenda Islam?



ADUN Kota Alam Shah, Manoharan Malayalam dikatakan mempersendakan Doa umat Islam.


Beliau telah memuat naik sekeping gambar (papan tanda Doa) di laman facebook nya dan menjadikan gambar tersebut sebagai satu bahan kelakar untuk dikongsi dengan beberapa rakannya.


Beliau sebagai seorang waklil rakyat sepatutnya lebih berhati-hati dalam perkara sebegini. Hal yang berkaitan agama sepatutnya tidak boleh dijadikan sebagai bahan senda gurau. Perkara ini dianggap sensitif dan boleh mengakibatkan insiden atau perkara yang lebih buruk berlaku.






baca di sini dan di sini...


Siapa Mat Indera...?

Nama sebenar Mat Indera ialah Muhammad bin Indera tetapi lebih dikenali sebagai Mat Indera atau Bong Mahmudiah yang dilahirkan pada 29 Disember 1920 di Batu Pahat, Johor. Bapanya Indera bin Mat Salleh berasal dari Siak, Sumatera dan merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. Ibunya Maimunah bt Daud berasal dari Batu Pahat. Selain itu, Mat Indera juga mempunyai 4 adik beradik tiri hasil perkahwinan kedua bapanya bersama Zainah bt Dasuki yang berasal dari Bukit Pasir, Muar. Beliau mula menjadi guru agama sejak berumur 18 tahun dan mengajar di Parit Stongkat, Muar pada tahun 1938 dan turut mengajar di Pontian pada tahun 1941.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers