Photobucket

Tun Dr Mahathir Canselor Pertama Universiti Perdana


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Canselor pertama Universiti Perdana, institusi pengajian tinggi yang dibangunkan menerusi projek kerjasama awam swasta, diusahakan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Academic Medical Centre Sdn Bhd (AMC).

Pelantikan Dr Mahathir itu dibuat pada majlis pelancaran universiti yang dirancang menjadi hub pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan kesihatan, disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Bangunan MAEPS, Kompleks MARDI, Serdang, semalam.

Ketika ini Universiti Perdana memiliki Sekolah Perubatan Graduan Universiti Perdana (PUGSOM) dan Sekolah Perubatan Universiti Perdana-Royal College of Surgeons in Ireland (PU-RSCI) yang masing-masing menawarkan kursus pengajian empat dan lima tahun.

Dr Mahathir berharap kerjasama dengan dua universiti terkemuka dunia itu akan mempercepatkan perkembangan Universiti Perdana sebagai hub pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan kesihatan.

Malah, katanya dengan kerjasama itu, sesebuah universiti akan diiktiraf oleh pihak lain dan berjaya menarik pelajar untuk mengikuti pengajian dalam bidang yang ditawarkan.

Katanya, penubuhan universiti itu juga selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan aliran keluar pakar selain menjimatkan kos pengajian jika penuntut belajar di Amerika Syarikat atau Ireland.

BERITA HARIAN - 13 SEPT 2011

MYVi Extreme 1.5 Akan Berada Di Pasaran

Model Terbaru MYVi bakal diperkenal 15 September ini


Facebook Bukan Ukuran Keinginan Majoriti Rakyat

KUALA LUMPUR 12 Sept — Kemunculan banyak laman Facebook menuntut pelbagai tindakan ke atas sesuatu isu tidak boleh menjadi ukuran kehendak majoriti rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya berkata jumlah orang yang klik butang like pada laman berkenaan tidak boleh dijadikan ukuran kerana berkemungkinan ia didatangi daripada orang yang sama atau kelompok yang sama.

"Bagaimanapun, pihak berkaitan perlu sentiasa mengambil tahu dan mengikuti hujah serta pendapat yang diberikan orang ramai dalam laman berkenaan kerana di situ biasanya dibolehkan untuk meninggalkan komen.

"Ini adalah satu perkembangan yang sihat kerana menyediakan tempat untuk orang ramai bersuara, bagaimanapun saya bimbang jika laman Facebook sebegini digunakan sesetengah pihak untuk memenuhi kepentingan peribadi mereka,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

BERNAMA - 12 SEPT 2011

Cukai 6% Caj Telefon Prabayar Ditangguh - Rais


KUALA LUMPUR 12 Sept. - Pelaksanaan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah beliau mengadakan pertemuan bersama beberapa syarikat telekomunikasi di sini hari ini.

Menurutnya, kajian berhubung caj tersebut akan dilakukan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat komunikasi terlibat.

UTUSAN MALAYSIA

ISU MURTAD DI SELANGOR... Apa Kesudahannya..?


ISU MURTAD DI SELANGOR SEMAKIN TERANG DAN JELAS...
Edmund Bon Tai Soon merupakan orang kuat SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dan HAKAM(Human Rights Society). Dan yang paling menariknya ialah, dia merupakan seorang PEGUAM.

Twitternya mengesahkan tentang perkara yang cukup dinafikan oleh DAP dan Pakatan Rakyat iaitu PEMURTADAN ORANG ISLAM di Selangor yang membabitkan Gereja Methodist Damansara Utama.

Secara berterus-terang, peguam yang berusia 34 tahun ini, mencabar Perlembagaan Malaysia yang menghalang sebarang cara untuk memurtadkan orang Islam walaupun atas nama hak asasi seperti yang cuba digunakan oleh peguam DAP ini.

Berlindung di belakang SUARAM dan HAKAM, pemurtadan yang dikatakan turut didalangi oleh Teresa Kok yang menjadi wakil dan kuasa penentu dalam Kerajaan Negeri Selangor, Edmund Bon yang sudah tentunya juga salah seorang ahli Majlis Peguam, nampaknya tidak gentar dan tidak peduli langsung dengan undang-undang mahupun Perlembagaan Malaysia.

Baca di THE FLYING KICK dan di THE UNSPINNERS

PM Jawab Isu Cukai 6% Telco

"Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas dari orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers