Photobucket

AMBIGA BAKAL MERASMIKAN SEKSUALITI MERDEKA!!

Program Seksualiti Merdeka 2011 yang dijadual diadakan di The Annexe Gallery bermula 9 hingga 13 November ini dijangka dirasmikan oleh Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) , Datuk S. Ambiga.

Beliau yang sebelum ini mengetuai Himpunan HARAM BERSIH, kini sekali lagi mencabar umat Islam di Malaysia dengan penganjuran satu lagi program yang bercanggah dengan ajaran dan akidah Islam.

Oleh itu, marilah sama-sama kita membantah habis-habisan penganjuran dan penganjur program tersebut.

J O M B O I K O T !!

Seksualiti Merdeka : Kerja Gila

Seksualiti Merdeka : Kerja Gila Siapa?

Ramai yang mangaitkan perkara ini dengan Ketua Umum Pembangkang. Ada yang beranggapan bahawa DSAI adalah dalang disebalik penganjuran program tersebut dan menjadiakn Ambiga sebagai ejen pelaksana.

Festival Seks ini jika tidak dihalang boleh mengundang masalah keruhtuhan akhlaq dan moral rakyat dan generasi Malaysia. Namun begitu, masih ramai di kalangan puak pembangkang yang menyokong festival berkenaan.

Pihak PDRM sendiri telah mengharamkan penganjuran festival tersebut yang didalangi oleh Majlis Peguam dan SUARAM.

KANTOI : Usaha Memfitnah PM Gagal

Pembangkang sekali lagi tersilap langkah dalam usaha memalukan PM dan keluarga.

Terdahulu, memutarkan isu CINCIN BERNILAI 24JUTA yang dikaitkan dengan isteri PM.

Seterusnya sekali lagi mereka cuba membohongi rakyat dengan cerita anak PM berbelanja besar di Perth ketika PM menghadiri persidangan CHOGM baru-baru ini.

Dan yang paling terbaru adalah berkaitan isu PM memakai TANGKAL ketika mengerjakan tawaf di Kota Suci Mekah.

Namun, segala usaha jahat mereka telah menemui kegagalan.

Rujuk Berita Dan Bukti Di Bawah...

Anak perempuan PM tak berada di Australia masa CHOGM

UTUSAN MALAYSIA - 03/11/2011 8:23pm

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.

Beliau berkata, orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan.

"Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas,” kata Najib dalam Twitter terbarunya.

Ulasan beliau adalah berikutan penerbitan satu artikel dalam sebuah akhbar Australia yang mendakwa anak perempuannya membelanjakan A$60,000 di sebuah pusat beli belah di Perth, venue perhimpunan CHOGM.

Laporan itu juga menyebut mengenai “seorang wanita pertama diketahui telah membeli mutiara bernilai A$150,000 di WA (Barat Australia)”.

Bagaimanapun, ia tidak menamakan individu yang menjadi tanda tanya.

Najib dan Rosmah kini sedang mengerjakan ibadat haji di tanah suci. – Bernama


Permainan Angry Bird Dimuat Turun 500 Juta Kali


HELSINKI 3 Nov. – Permainan video telefon bimbit, Angry Bird keluaran firma Rovio, kekal menjadi permainan paling popular dengan rekod menunjukkan ia dimuat turun sebanyak 500 juta kali dalam tempoh dua tahun sejak ia dilancarkan.

Ketua Pemasaran Rovio, Peter Vesterbacka berkata, jumlah tersebut merupakan yang paling tinggi berbanding permainan video yang lain sebelum ini.

Angry Bird berada di carta teratas permainan paling popular sejak ia dilancarkan untuk telefon pintar keluaran Apple, iPhone pada pertengahan Disember 2009.

REUTERS

JAIS Akan Tangkap Bob Lokman


SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menangkap penulis lirik, pelakon dan pengacara terkenal, Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman pada bila-bila masa.

Pengarahnya, Marzuki Hussin berkata, Jais sedang mengesan bekas artis berusia 47 tahun itu dan akan menahannya untuk membantu siasatan berhubung kes menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

“Kita akan tahan Bob Lokman jika didapati beliau berada di Selangor dan kita yakin dapat menahannya dalam tempoh terdekat,” katanya.

Terdahulu Bob yang popular dengan lirik lagu Isabella nyanyian kumpulan Search yang ditulisnya ditahan ketika menyampaikan tazkirah dan ceramah agama tanpa tauliah di sebuah masjid di Sungai Lui, Hulu Langat.

Bob Lokman sepatutnya hadir memberi keterangan ke pejabat Jais keesokannya, tetapi beliau gagal berbuat demikian sehinggalah waran tangkap terhadapnya dikeluarkan.

Bob Lokman kemudiannya dalam satu kenyataan berkeras tidak akan hadir ke pejabat Jais untuk memberi keterangan malah rela menunggu waran tangkap dikeluarkan terhadapnya dan sanggup menerima hukuman yang bakal dikenakan sekiranya tindakannya itu dianggap sebagai satu kesalahan besar.

Dalam pada itu, Bob Lokman ketika dihubungi berkata, dia tidak dihubungi Jais untuk dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

“Bagaimana saya hendak pergi beri keterangan sedangkan saya tidak dihubungi Jais, malah nombor telefon bimbit saya juga tidak diambil mereka (Jais).

“Malah sekiranya dihubungi sekalipun, saya memang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain pada hari tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Menurutnya, dia kini berada di Kemaman, Terengganu untuk berdakwah sebelum dijangka pulang ke rumahnya di Sungai Buloh, Selangor hari ini.

Ketika ditanya berhubung reaksinya sekiranya ditahan Jais, Bob Lokman berkata, semuanya bergantung kepada keadaan.

“Semua itu bergantung pada keadaan kerana saya tidak tahu nak kata macam mana, tetapi semuanya bergantung pada kehendak Tuhan,” katanya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Sinar Harian Online

Cemerlang : Penarafan Khas Buat Tabung Haji

Kecekapan pengurusan Tabung Haji Malaysia dalam menguruskan hal-hal berkaitan Jemaah Haji Malaysia di Tanah Suci Mekah mendapat pujian dari Kerajaan Arab Saudi.

Selain itu, sikap para Jemaah Haji Malaysia yang dilihat menunjukkan sikap yang baik serta mematuhi peraturan sepanjang berada di Mekah dan Madinah semasa mengerjakan Ibadah Haji juga mendapat pujian dari Kerajaan Arab Saudi.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri Malaysia yang turut berada di sana bagi mengerjakan Ibadah Haji tahun ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers