Photobucket

MB Johor Cabar Selangor Dan Pulau Pinang Turunkan Harga Rumah


ISKANDAR PUTERI – Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin hari ini mencabar negeri Selangor dan Pulau Pinang untuk menurunkan harga rumah mampu milik di negeri masing-masing.

“Kita tetap mengatakan bahawa kita kekalkan rumah harga RM42,000, RM80,000 dan RM150,000. Tunjuk pada saya di Selangor dan Pulau Pinang, boleh tak buat macam itu? Saya cabar turunkan harga sekarang.

“Dari segi soal rumah, kita 'walk the talk'. Walaupun kita ada banyak rumah yang harga mahal di sini, memanglah itu perlu dilakukan kerana setiap rumah yang harga mahal, kita boleh gunakan untuk lakukan ‘cross subsidy’. Kalau kita tidak ada penjualan rumah mahal, bagaimana kita hendak banyakkan rumah yang boleh kita beri subsidi untuk membolehkan rakyat kita membeli?" katanya ketika dalam sidang DUN Johor semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Adun Mengkibol dari DAP, Tan Hong Pin yang bertanyakan langkah kerajaan untuk membantu rakyat menangani kos sara hidup, terutama bagi aspek perumahan akibat harga hartanah yang melambung tinggi.

Tambah Mohamed Khaled, keseimbangan pembangunan adalah penting dalam usaha memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati kemajuan yang diinginkan.

“Adakah kita nak di Johor Bahru ini semua rumah kos rendah? Johor Bahru jadi ‘slum’? Dan sudah tentulah Johor Bahru tidak akan menjadi metropolis bertaraf antarabangsa, semuanya ‘slum’ jika begitu. Jadi kita perlukan perimbangan, di sinilah kerajaan Barisan Nasional pandai dan berjaya buat perimbangan," jelas beliau lagi.

Walaupun soal penyelarasan gaji akan dipertimbangkan Kerajaan Negeri, namun usaha-usaha sedia ada bagi menangani kos sara hidup di Johor tetap menjadi keutamaan pentadbiran.

Menurut Mohamed Khaled lagi, sebahagian besar daripada perbelanjaan sara hidup rakyat ditelan untuk perumahan, pengangkutan dan makanan.

“Kita lihat di Negeri Johor, ketiga-tiga perkara ini kita sedang beri perhatian yang sangat serius. Dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang begitu pesat dalam Negeri Johor, saya ingin nyatakan kita bukan sahaja sedang, tapi akan terus beri perhatian yang sangat mustahak kepada tiga soal ini," ujarnya.

Mohamed Khaled menerangkan bahawa Kerajaan Negeri komited untuk membina 60,000 rumah mampu milik, dan bagi mereka yang layak, itu sudah tentu akan membantu mengurangkan perbelanjaan kos sara hidup mereka.

Malah, jumlah itu tidak termasuk jumlah unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dibina oleh Kerajaan Pusat.

“Projek perumahan rakyat, kerajaan pusat sekarang sedang bina lagi 2,917 unit dan untuk tahun ini, PPR kita sedang buat di Pengerang dan juga di Bandar Tenggara, dan kita berusaha untuk sentiasa mendapat daripada Kerajaan Pusat, pembinaan yang lebih banyak. Semasa lawatan YAB Perdana Menteri pada tahun lepas, saya beritahu Johor hendakkan 20 ribu unit lagi," katanya.

KLxpress

#RMK11: Intipati Rancangan Malaysia Ke-11


Berikut ialah inti pati Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020), yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini:

* Tema : Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat.

* Rancangan 5 tahun memperkukuh komitmen kerajaan terhadap rakyat dan keyakinan bahawa pertumbuhan tidak boleh diukur dengan kejayaan ekonomi semata-mata;

* Rancangan memperakui kesejahteraan rakyat, dan komitmen untuk pertumbuhan inklusif dan mampan, perlu sebagai sebuah negara maju;

* Ekonomi Malaysia mendapat manfaat daripada prospek ekonomi dunia yang lebih kukuh, pemulihan harga komoditi dan inflasi global yang rendah;

* RMK-11 juga melihat pasca 2020 dengan Malaysia kekal sebagai sebuah ekonomi terbuka dan lebih bersepadu di peringkat serantau dan global;

* KDNK Malaysia mencecah RM2.6 trilion pada 2030 (RM1.4 trilion pada 2020);

* Lebih 40 peratus daripada jumlah guna tenaga akan terdiri daripada pekerja mahir pada 2030 (2020: 35 peratus);

* KDNK per kapita dijangka meningkat lebih dua kali ganda kepada RM117,260 pada 2030 (2020: RM54,890);

* Perdagangan dunia dijangka meningkat kepada US$44 trilion pada 2030 (US$26 trilion diunjurkan pada 2020);

* Sasaran RMK-11 menyasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar sebenar berkembang 5.6 peratus setahun;

* Produktiviti pekerja meningkat kepada RM92,300 pada 2020 (2015: RM77,100)

* Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita mencecah RM54,100 (US$15,690) pada 2020;

* Purata pendapatan bulanan isi rumah meningkat kepada RM10,540 pada 2020 (2014: RM6,141);

* Sumbangan pampasan pekerja kepada KDNK meningkat kepada sekurang-kurangnya 40 peratus pada 2020, (2015: 34.9 peratus)

* Indeks Kesejahteraan Malaysia (IKM) meningkat 17 peratus setahun, petunjuk peningkatan kesejahteraan rakyat;

* Inflasi kekal rendah di bawah 3.0 peratus;

* 1.5 juta pekerjaan akan diwujudkan pada tahun 2020;

* Pertumbuhan akan dipacu oleh sektor swasta dengan pelaburan swasta berkembang pada 9.4 peratus setahun;

* Sektor pembuatan dan perkhidmatan menyumbang lebih daripada 75 peratus KDNK;

* Imbangan pembayaran dijangka kekal dalam lebihan sebanyak 2.6 peratus PNK;

* Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan terus berkurangan kepada kurang daripada 45 peratus pada 2020;

* Hasil berkembang sebanyak 7.9 peratus setahun dan pergantungan kepada hasil berkaitan minyak berkurangan kepada 15.5 peratus pada 2020;

* Pengenalan GST akan menyumbang pendapatan sebanyak RM31.4 bilion setahun dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding RM15.5 bilion yang dikutip menerusi cukai jualan dan perkhidmatan dalam RMK-10;

* RMK11: Enam teras strategik: –

Pertama: Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama

Kedua: Meningkatkan kesejahteraan untuk semua

Ketiga: Mempercepat pembangunan modal insan untuk negara maju

Keempat: Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan

Kelima: Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong perkembangan ekonomi

Keenam: Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran

#VIDEO Penuh Soal Jawab Khas TV3 Bersama YAB Perdana Menteri

#VIDEO : Apa Itu POTA

#VIDEO : Perbezaan Antara POTA dan ISA

#VIDEO : POTA Dari Kacamata Musa Hassan

#VIDEO : Milo Tiruan Dibungkus ‘Timbang Kilo’ Dalam Rumah


Pernahkah anda minum Milo dan rasa ianya tidak seperti selalu?

Jika ya, anda mungkin terminum Milo tiruan yang dihasilkan dan dibungkus pihak tak bertanggung jawab.

Perkara ini terbongkar selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KPDNKK) berjaya merampas produk minuman Milo tiruan bernilai RM250,000 di sebuah taman perumahan mewah di Mantin, pada Jumaat.

Peh! Bayangkan berjuta-juta Nestle melabur untuk kilangnya tup-tup ada puak selamba je bungkus Milo sendiri dalam rumah.

Difahamkan, aktiviti haram ini diserbu selepas KPDNKK menerima aduan awam berkaitan perkara ini.

Mengesahkan lagi perbuatan yang menyalahi Akta Perihal Dagangan Seksyen 8 ini adalah video menunjukkan Milo dibungkus dalam rumah oleh beberapa pekerja yang kini tersebar.

Jadi berhati-hatilah, jika terminum Milo yang dibeli rasa lain macam je lepas ni sila pulangkan kepada kedai semula dan minta disiasat sama ada ianya produk tiruan yang tidak dikilangkan mengikut prosedur betul untuk menjamin kebersihan dan rasanya.



MyNewsHub
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers