Makkal Sakhti, satu lagi parti baru yang mewakili kaum India dilancarkan pagi Sabtu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Serdang, Selangor.
Dalam kata-kata aluannya yang dimuatkan pada buku aturcara pelancaran parti itu, Najib berharap, parti itu yang membawa maksud “kuasa rakyat” akan dapat menjadi wadah berkesan untuk meningkatkan taraf hidup kaum India.
Malah beliau berharap, Makkal Sakhti akan sama-sama mendukung gagasan 1Malaysia untuk mebela rakyat tanpa jemu.
Sementara itu Presiden Makkal Sakhti, R.S. Thanentiran dalam ucapan aluannya berkata, partinya itu berjanji akan berganding bahu dengan Barisan Nasional (BN) untuk menjayakan wawasan 1Malaysia.
“Makkal Sakhti juga akan menjadi jambatan bagi mencari penyelesaian masalah masyarakat India di negara ini,” katanya.
Menurut beliau, setiap ahli parti Makkal Sakhti berikrar akan mengabdikan jiwa dan raga mereka untuk meningkatkan martabat bukan sahaja masyarakat India tetapi semua rakyat Malaysia.
agenda daily - 10/10/2009
Pemandu mabuk sebabkan kematian kena bayar ganti rugi? Berapa RM untuk
ganti 1 nyawa?
-
Menteri Pengangkutan Anthony Loke kata MOT sedang merangka cadangan pindaan
lanjut terhadap Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang
mew...
21 hours ago
0 comments:
Post a Comment