Photobucket

VIDEO : Sambutan Kepulangan PM Dari Gaza.. MERIAH!

Nik Aziz Kata Sambut Maulud Nabi Sama Macam KRISTIAN?



Tapi sambutan sambutan harijadinya dibuat dirumah Kalpal Singh dibolehkan pula ya?

Rujuk Di Sini

ISU CINCIN BERNILAI 24JUTA

"Cincin berlian RM24 juta yang menjadi kontroversi itu sebenarnya dibawa masuk Malaysia disebabkan ada pameran sulit.

Namun, ia telah menjadi kontroversi apabila wujud pemimpin Pakatan Rakyat yang memanipulasikan kemasukan cincin berkenaan dengan membuat fitnah terhadap Rosmah.

Setelah sekian lama berdiam diri, lantas Rosmah hari ini mengambil tindakan nekad dengan melafazkan sumpah demi Allah swt bagi membersihkan namanya yang telah difitnah.

“Tak kisahlah apa mereka nak cakap… biarlah… mereka nak buat dosa maka biarlah mereka buat dosa… kita ni sabar sahajalah.

“Selagi saya boleh sabar saya akan sabar… saya tahu agenda mereka yang utama adalah untukk menyerang saya Rosmah dari pelbagai sudut dan isu cincin ada diantaranya.

“Jangan nanti bila kita balik, ada pula dengar yang saya ada cincin berjuta-juta harganya maka anda percaya.
“Kalau saya ada cincin itu, mari saya jemput anda datang kerumah saya dan lihat sendiri cincin itu… tetapi masalahnya saya tak ada cincin itu.

“Sebab itu saya berani bersumpah… kita tak buat salah kenapa kita nak takut tegakkan kebenaran… kenapa kita nak takut bersihkan nama kita,” katanya selepas melafazkan sumpah berkenaan." 

- ROSMAH MANSOR

MAULIDUR RASUL


VIDEO : Cikgu Non Kata PAS Jual Surau Dan Balak Untuk Kroni

VIDEO : Di Sebalik Isu Kalimah Allah - Dr. Zulkifli Nordin

VIDEO : Ceramah Ustaz Kazim - Kalimah ALLAH









Kalimah Allah : Orang Orang PAS Kena Baca Keputusan Majlis Fatwa Ini

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah.

Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain.

Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Keterangan/Hujah:

Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.

Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.

Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.

Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.

Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.

Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

Isu kalimah ALLAH

PEMIMPIN PAS YG MENOLAK KALIMAH ALLAH DI GUNAKAN DALAM KITAB BIBLE :

1-HARON DIN
2-NASHARUDDIN MAT ISA
3-TAIB AZZAMUDDIN
4- DATUK MOHAMMED DAUD IRAQI
5-NASHARUDDIN HASSAN TANTAWI
6-DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN
7-MUSTAPHA ALI
8-DATUK HARON TAIB

PEMIMPIN PAS YG MENYOKONG KALIMAH ALLAH DI GUNAKAN DALAM BIBLE :

1-NIK AZIZ NIK MAT
2-HJ HADI AWANG
3-MAT SABU
4-KHALID SAMAD
5-DZUKEFLE AHMAD

Sumber : Ustaz Fathul Bari

Selamat Datang 2013

2012 Telah Melabuhkan Tirainya. Kini Menjelma Pula 2013. Tahun Baru Yang Bakal Menyaksikan 1001 Azam. Semoga Tahun 2013 Memberi Sinar Dan Semangat Baru Dalam Perjalanan Hidup Seharian Kita. Didoakan Juga Agar 2013 Menjanjikan Rezeki Yang Lebih Murah. Selamat Tahun Baru Malaysia!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers