Photobucket

VIDEO : Respon YB Zulkifli Noordin Terhadap Isu Lajim Ukin

VIDEO : Eksklusif RM 150juta Peruntukan Permata Bukan Untuk DS Rosmah

VIDEO : Ustaz Kazim Sindir Abby?

VIDEO : Kenyataan ABBY Menyertai PAS

Kerajaan Terus Tambah Produk 1Malaysia, Kurangkan Beban Rakyat

KUALA LUMPUR: Kenaikan taraf hidup yang meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) empat peratus sejak 1993 mendorong kerajaan terus menambah produk baru melalui label 1Malaysia bagi mengurangkan beban rakyat.

Pengarah Khas Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Aziyah Bahauddin berkata produk yang diperkenalkan di bawah 1Malaysia sehingga ke hari ini terus mendapat sambutan dan kemudahan yang disediakan juga terus bertambah.

"Sebagai contoh, pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) menuju sasaran 85 buah kedai menjelang Disember ini. Sekarang berjumlah 48 buah dan 19 lagi kedai baru dibuka pada bulan Julai," katanya ketika memberi taklimat kepada pengunjung Hari Terbuka Pelan Tindakan 2.0 Program Transformasi Negara (GTP) di sini Selasa.

Lebih 5,000 orang yang menghadiri hari terbuka itu berpeluang mengemukakan pandangan mengenai keberkesanan pelan transformasi kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Aziyah berkata sungguhpun barangan di kedai KR1M dijual pada kadar 40 peratus lebih murah daripada harga biasa, namun ia merupakan bahan yang bermutu.

Mengenai menu 1Malaysia, beliau berkata walaupun ada beberapa perbezaan harga barang dan makanan di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, ia disebabkan kos pengangkutan dan merupakan perkara biasa.

Aziyah berkata kedai dan restoran yang terlibat dalam Menu Rakyat 1Malaysia semakin bertambah dan menjelang hujung tahun, dijangka mencecah sehingga 3,000 berbanding sekarang 2,400 buah.

Sementara bagi Klinik 1Malaysia pula, beliau berkata seramai 4.6 juta orang telah mendapat rawatan di klinik berkenaan yang mengenakan bayaran RM1 sejak dilancarkan Perdana Menteri dua tahun lepas.

Menurut beliau, kerajaan juga membantu mengurangkan kos hidup rakyat melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA), bantuan persekolahan RM100 serta Baucer Bantuan Buku 1Malaysia untuk 1.3 juta pelajar universiti melibatkan kos RM553 juta.

BERNAMA

Kerajaan Teliti Struktur Semula Subsidi

BACHOK – Kerajaan sedang meneliti untuk menstruktur semula pemberian pelbagai bentuk subsidi terutama berkaitan minyak dan gas, supaya dapat memenuhi matlamat membantu golongan berpendapatan rendah.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata setakat ini kerajaan belum memutuskan mekanisme terbaik mengenai perkara itu. “Kita mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan daripada mana-mana pihak untuk dimasukkan dalam pembentangan bajet tahun 2013,” katanya kepada pemberita selepas menemui penduduk di Kampung Perupuk, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Pergerakan Pemuda UMNO yang mahu kerajaan menstruktur semula pemberian subsidi kepada rakyat bagi membolehkannya disalur terus kepada golongan sasar.

Ketuanya, Khairy Jamaludin dilapor berkata langkah itu perlu memandangkan kaedah sedia ada dilihat tidak begitu proaktif kerana lebih memberi faedah kepada golongan berpendapatan tinggi terutama subsidi petrol dan diesel.

Mengulas lanjut, Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkata banyak pihak bersuara mengenai perkara itu namun tidak mengemukakan cadangan mereka.

Katanya, langkah kerajaan mengapungkan petrol RON97 dan mengekalkan subsidi bagi RON95 dengan harapan dapat membantu golongan berpendapatan rendah juga tidak banyak membantu.

Ini kerana katanya, sebilangan besar golongan berpendapatan tinggi turut menggunakan RON95 untuk kereta mewah mereka yang memerlukan petrol pada kuantiti besar.

Akibatnya, kerajaan terpaksa membelanjakan peruntukan besar kira-kira RM30 bilion setahun manakala RM20 bilion daripada itu bagi tujuan subsidi minyak dan gas, kata beliau.

BERNAMA

Salam Ramadhan..


Kelebihan dan keagungan bulan Ramadan adalah dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan (bila?) Allah SWT. Ganjarannya sangat besar bagi orang yang berjaya mendapatkan malam tersebut dengan dipenuhi amal ibadah kepada Allah.

Sama-Samalah kita menumpukan ibadah di sepanjang bulan Ramadhan ini..

PM Jemput Rakyat Kemuka Input Bajet 2013

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mempelawa rakyat Malaysia menyumbang idea, berkongsi cadangan dan pendapat mereka mengenai Bajet 2013 secara online bermula hari ini sehingga 29 Julai.

Perdana Menteri berkata platform itu merupakan peluang bagi semua rakyat Malaysia mengemukakan idea dan input mereka untuk pertimbangan Kementerian Kewangan.

Orang ramai boleh menyuarakan pendapat mereka dengan mengklik bahagian yang disediakan pada entri terbaharu blog beliau www.1malaysia.com.my yang bertajuk ‘Bajet 2013: Saya Hargai Cadangan Anda’.

“Pada 28 September akan datang, saya akan membentangkan Bajet Negara untuk tahun 2013 bagi pihak kerajaan persekutuan selaku menteri kewangan. Pada saya, adalah penting agar rakyat diberikan peluang untuk menyuarakan cadangan dan pendapat mereka tentang cara terbaik untuk bawa negara kita ini ke hadapan di pentas dunia dari segi sosial dan ekonomi.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya amat berharap agar dapat menerima idea-idea baharu yang bernas serta penyelesaian yang berpotensi daripada rakyat Malaysia,” kata Najib dalam blog beliau hari ini.

Perdana Menteri berkata platform itu akan memberi tumpuan terhadap beberapa topik iaitu kos sara hidup, keselamatan awam, harga hartanah, peranan belia dalam kreativiti dan juga isu-isu yang mempengaruhi kehidupan rakyat.

“Pada masa ini, kurang daripada 10 peratus rakyat Malaysia yang membayar cukai. Oleh itu cabaran utama bagi kita adalah untuk memperluas dan mengubah sumber pendapatan negara bagi memastikan defisit bajet dikekalkan pada paras boleh urus agar perbelanjaan tidak melebihi kemampuan kita,” katanya.

Untuk mencapai matlamat ini, beliau berkata kerajaan perlu memberikan tumpuan terhadap perangsangan pelaburan dalam negeri serta menarik pelaburan asing melalui Program Transformasi Ekonomi.

“Kita sudah pun membuat permulaan yang kukuh di mana LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) tahun lalu telah mengumpul sebanyak RM110 bilion hasil, dan ini membolehkan kita membiayai perkhidmatan-perkhidmatan utama bagi kebajikan rakyat seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) dan baucar buku.

“Bagi mengekalkan momentum ini, kita perlukan semua rakyat Malaysia untuk menyumbang idea mereka, dan oleh itu saya ingin menjemput anda semua untuk turut serta dalam perbincangan Bajet 2013 ini,” katanya. 


BERNAMA

1Malaysia For Youth (1M4U) : Gelombang Menggerak Belia

Najib Tun Razak menyanyikan lagu I Am For You (iM4U) diiringi belia yang hadir dengan penuh bersemangat pada program 1M4U di Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 15 Julai - Kerajaan akan menggerakkan satu gelombang untuk golongan muda secara besar-besaran melalui platform 1Malaysia For Youth (1M4U) bagi mencetus kejayaan lebih gemilang kepada negara menerusi idea serta sumbangan golongan belia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, berbeza dengan pembangkang yang galak mencipta gelombang dalam kalangan orang muda bagi tujuan rusuhan dan demonstrasi jalanan, kerajaan sebaliknya mahu gelombang massa itu menjayakan transformasi Malaysia.

Menurutnya, sebagai komitmen untuk melonjakkan gelombang tersebut dengan bersandar pada semangat sukarelawan para belia di atas platform 1M4U, kerajaan meluluskan penubuhan Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRe1M) berjumlah RM100 juta.

Jelasnya, dana tersebut akan diagih-agihkan dalam bentuk geran kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan belia serta badan beruniform yang giat menjalankan aktiviti sukarelawan dengan beliau sendiri bertindak sebagai Lembaga Pemegang Amanah 1M4U.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri berkata, sebuah stesen radio 1M4U juga akan diwujudkan berteraskan minat serta cita rasa anak muda untuk membolehkan mereka mengetengah bakat masing-masing sekali gus menyemarakkan lagi usaha menggerak gelombang tersebut.

"Kita akan mencetuskan satu gelombang besar-besaran yang cukup hebat. 1M4U titik permulaan kepada gelombang massa ini dalam kalangan orang muda. Gelombang ini bukan untuk membuat rusuhan atau demonstrasi jalanan tetapi bagi membina Malaysia berjaya.

"Gelombang ini bukan untuk membawa kerosakan kepada negara tetapi akan mengangkat Malaysia ke martabat yang lebih gemilang. Masa depan negara kita ditentukan oleh belia, kalau belia cinta keamanan, aman negara kita, kalau suka membela, maka masyarakat kita akan terbela.

"Sebab itu kita lancarkan 1M4U, ia bererti saya Perdana Menteri untuk kamu, kami (Barisan Nasional) adalah kerajaan untuk belia pada hari ini dan masa hadapan," katanya di hadapan lebih 50,000 belia sambil disambut laungan 1Malaysia oleh anak-anak muda tersebut.

Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap merasmikan Program 1M4U yang dijayakan bagi tujuan menggembleng belia pelbagai kaum dalam aktiviti-aktiviti sukarelawan di Taman Esplanade KLCC di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Timbalannya Datuk Razali Ibrahim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Mengulas lanjut, Najib berkata, bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencetus gelombang tersebut secara massa, tahun depan akan diisytiharkan sebagai Tahun Sukarelawan bagi melahirkan lebih ramai ikon belia dalam bidang sukarelawan negara.

Sambil memberi contoh, ikon belia, Mohd. Zhariff Afandi yang kudung kedua-dua belah tangan tetapi aktif membantu masyarakat, beliau berkata, platform 1M4U akan melahirkan ribuan lagi insan berhati mulia seperti tokoh orang kurang upaya (OKU) tersebut pada masa hadapan.

"Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menggerakkan idea ini, anggaplah 1M4U ini gerakan untuk kita dan saya sebagai Perdana Menteri bersama rakan-rakan dalam kerajaan pada hari ini akan terus menyumbang dan membantu para belia tanah air," katanya.

UTUSAN MALAYSIA

FITNAH : Pembangkang Kantoi Lagi


CUEPACS Bincang Bonus Aidilfitri Untuk 1.4 Juta Penjawat Awam

KUALA LUMPUR: Tuntutan bonus Aidilfitri untuk 1.4 juta penjawat awam di negara ini adalah antara isu yang akan dibincang pada mesyuarat Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Isnin ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata permintaan bonus itu akan dibincang dari pelbagai sudut termasuk jumlah bayaran.

CUEPACS juga akan membincangkan dasar baru Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang membenarkan pemegang ijazah sarjana muda memohon jawatan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Omar mengulangi pendirian CUEPACS yang tidak bersetuju dengan dasar itu kerana dianggap menutup peluang kerjaya untuk lepasan SPM, selain boleh membawa masalah kepada SPA pada masa depan.

"Selain itu, CUEPACS juga membantah dasar SPA yang membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan berbanding lima sebelum ini," katanya.

Katanya, keputusan CUEPACS berhubung kedua-dua dasar itu akan dikemukakan kepada Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam pada 19 Julai ini.

Selain itu, Omar berkata, CUEPACS juga akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa di sini pada 16 Julai ini.
Selain beramah mesra, beliau berkata CUEPACS berharap Ali dapat memberikan pendapat dan komitmennya dalam memperjuangkan kebajikan penjawat awam.

BERNAMA

Akta Keharmonian Nasional Ganti Akta Hasutan 1948

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Rabu mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baru yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamim kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.

“Dengan adanya akta baru ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama,” katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail.

Najib berkata, tanpa keseimbangan yang ideal, ia mungkin merencatkan hak bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif atau membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremisme.

Katanya, keseimbangan itu perlu dicapai dalam persekitaran masyarakat yang lebih terbuka dengan akses kepada maklumat yang boleh menyebabkan limpahan maklumat, taraf pendidikan dan sosio ekonomi yang semakin tinggi serta tahap harapan yang semakin meningkat.

“Peruntukan yang dicadangkan dalam Akta Keharmonian Nasional ini akan memberi penekanan kepada pemupukan semangat harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama,” katanya.

Beliau berkata, rang undang-undang baharu itu akan bersifat lebih spesifik dan membolehkan kerajaan bertindak terhadap mana-mana pihak yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memastikan peruntukan akta itu tidak akan menjejaskan kuasa untuk menangani perbuatan seperti mendatangkan kebencian dan penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja.

Ia juga meliputi perbuatan untuk menimbulkan permusuhan antara kaum danmempersoal apa-apa hak, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang dilindungi dalam Perlembagaan.

“Sebelum menggubal rang undang-undang Keharmonian Nasional ini kerajaan ingin menjemput pandangan dan pendapat rakyat Malaysia sama ada individu mahupun pertubuhan mengenai perkara yang perlu ditangani dalam merangka perundangan ini.

“Jabatan Peguam Negara telah ditugaskan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk mendapat sudut pandangan emua ‘stakeholder’ (pihak berkepentingan),” katanya.

Najib berkata, kerajaan sedar ada pihak menganggap Akta Hasutan sebagai alat untuk merencatkan tindakan dan pandangan yang tidak sealiran dengan kerajaan, namun menegaskan anggapan itu tidak berasas sama sekali.

“Lantaran itu, peruntukan baharu ini tidak akan menghalang rakyat untuk mengkritik kerajaan dan pentadbiran keadilan. Sebarang perbuatan menghina mahkamah akan dikendalikan sendiri oleh pihak kehakiman melalui peruntukan di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah sedia ada,” katanya.

Dalam pada itu, Najib juga berkata, kerajaan mengambil keputusan menguatkuasakan serta-merta semua akta baharu dan pindaan terhadap akta-aktasedia ada yang yang diumumkan dalam Pelan Transformasi Politik termasuk AktaKesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas), Akta Mesin Cetak dan Penerbitanserta Akta Universiti dan Kolej Universiti.

“Melalui pemansuhan dan penggubalan rang undang-undang yang sedang berjalan, kerajaan mahu memastikan ruang demokratik yang mencukupi disediakan untuk perbezaan pendapat serta persaingan idea.

“Pucuk pangkalnya, kita mahu mencipta sebuah Malaysia yang mana prinsip hak asasi manusia dijunjung, kebebasan individu untuk menyatakan pendapat secara terbuka diraikan, seraya kepentingan individu dan komuniti diimbangi,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, Jabatan Peguam Negara boleh diibaratkan sebagai kompas yang memberi petunjuk bagi memastikan prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sentiasa dijunjung.

“Saya amat berbangga kerana warga Jabatan Peguam Negara tidak pernah leka dengan sanjungan dan pujian serta tidak melatah setiap kali diasak dengan tohmahan dan fitnah,” katanya.

BERNAMA

Rais Cadang Tubuh Majlis Media Sosial

SHAH ALAM – Sebuah majlis media sosial perlu ditubuhkan di negara ini bagi membincangkan pelbagai isu dan aspek termasuk berkaitan undang-undang serta penggunaan media berkenaan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim pada Rabu.

Beliau berkata, media sosial bukan sahaja menjadi trend terkini tetapi merupakan satu keperluan kepada masyarakat negara ini.

Sehubungan itu, katanya, majlis berkenaan wajar diwujudkan dengan pembabitan pengamal media sosial yang boleh menjadikan ia sebagai medium untuk membincangkan isu yang relevan.

“Melalui majlis itu, mereka boleh berfikir dan mendalami isu berkaitan masyarakat kita, keselamatan dan tuntutan undang-undang termasuk memberikan pendidikan kepada pelajar sekolah dan universiti,” kata Rais.

Menteri itu bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama padaPersidangan Antarabangsa Asian Media Information dan Communication Centre (AMIC)-Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.

Rais berkata, pengguna media sosial seperti Facebook mencatatkan kira-kira 12 juta orang dari pelbagai lapisan umur di negara ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, majlis berkenaan juga boleh memainkan peranan dalam mempastikan kandungan media sosial di negara ini mencerminkan industri kandungan tempatan dan bukan semata-mata bergantung kepada negara lain.

“Selain itu menerusi majlis itu kita akan mengetahui betapa pentingnya memahami apa yang menjadi salah di sisi undang-undang dalam dunia biasa adalah juga salah di sisi dunia siber.

“Dalam konteks itulah majlis media sosial wajar didebatkan dan sekiranya dapat sambutan masyarakat boleh mewujudkannya,” katanya.

Mengambil contoh penubuhan majlis media sosial di negara seperti Amerika Syarikat dan Britain, Rais berkata, rakyat negara berkenaan mendapat peluang untuk bermuafakat, membuat aduan dan mendapat pembelaan daripada majlis berkenaan.

Justeru, beliau berkata, dalam konteks yang sama rakyat negara ini juga perlu memikirkan idea penubuhan majlis berkenaan untuk mengaplikasi kandungan media sosial mengikut cara dan adat ketimuran.

“Tidak semestinya majlis ini diwujudkan dalam masa terdekat tetapi ini idea untuk kita berfikir cara kita mengguna pakai dunia siber dalam kehidupan kita di Malaysia,” katanya.

BERNAMA

Indonesia Iktiraf Logo Halal JAKIM

JAKARTA: Perniagaan produk halal Malaysia di Indonesia tidak lagi ada halangan dari segi persijilan halal kerana sijil dan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah diiktiraf di Indonesia.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkembangan ini melegakan pengusaha produk halal Malaysia yang sebelum ini terpaksa berdepan kesulitan untuk memasarkan produk mereka ke Indonesia disebabkan persijilan halal.

“Ini disahkan dalam mesyuarat MABIMS (mesyuarat tidak rasmi Menteri-Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura).

BERNAMA

Terima Kasih Kerajaan, Terima Kasih PM.. Alhamdulillah

Harga Petrol RON97 Turun 20 Sen

KUALA LUMPUR – Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa pada Khamis.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula Khamis.

Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran, katanya.

Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lepas. 

BERNAMA

VIDEO : UFB - Kenapa Kami Masuk UMNO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers