Photobucket

Pilihanraya kecil Permatang Pasir :BN Sekali Lagi Kena Berentap Di Kawasan Hitam…

Suratan takdir Ahli Dewan Undangan Negeri PAS kawasan Permatang Pasir di bahagian Permatang Pauh Pulau Pinang Datuk Hamdan Abdul Rahman,63 meninggal dunia akibat sakit jantung di Institut Jantang Negara 6.30 pagi Jumaat.

Allahyarham adalah ADUN tunggal PAS di Pulau Pinang.

Beliau adalah wakil rakyat kawasan itu selama tiga penggal sejak tahun 1999.

Makanya negara ini perlu melalui satu lagi pilihanraya kecil setelah baru saja pilihanraya kecil di Manek Urai selesai pada 14 Julai baru ini.

Ini adalah pilihanraya kecil kali ketiga di kawasan Permatang Pauh sejak pilihanraya umum Mac 2008 .Pertama di kerusi parlimen Permatang Pauh berikutan perletakan jawatan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua pilihanraya kecil Penanti ekoran perletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri, Fairus Khairuddin pada 31 Mei.

Berdasarkan keputusan pilihanraya umum Mac 2008 kawasan DUN Permatang Pasir juga merupakan kawasan hitam bagi Barisan Nasional.

Allahyarham Datuk Hamdan menewaskan calon BN, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Terdapat seramai 20,350 pengundi di kawasan itu .PAS dapat 11,004 manakala BN 5,571.

Masa pilihanraya umum 2004, Allahyarham yang juga calonya mengalahkan calon BN Md.Isa Ramli dengan majoriti 679 undi.


AD - 31/7/2009

PM Lancar Amanah Saham 1Malaysia

KUALA LUMPUR 31 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) dengan saiz dana 10 bilion unit.

AS1M akan dibuka untuk langganan mulai 5 Ogos hingga 3 September 2009.

AS1M diperuntukkan sebanyak 50 peratus untuk bumiputera, 30 peratus untuk kaum Cina, 15 peratus untuk kaum India dan lima peratus kepada kaum-kaum lain.

Selain itu, sebanyak 100 unit akan diberi secara percuma kepada hampir 50,000 pelajar tahun satu peringkat ijazah pertama di institut pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi pengajian 2009.


UTUSAN MALAYSIA

PILIHAN RAYA KECIL DUN PERMATANG PASIR


UMNO Sedia Hadapi Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir

KUALA LUMPUR 31 Julai – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir ekoran kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman pagi ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan menggerakkan jentera di kawasan tersebut pada bila-bila masa.

Beliau tidak menolak kemungkinan UMNO mampu merampas semula kawasan tersebut dengan syarat mereka perlu bekerja keras.

UTUSAN MALAYSIA

Al-Fatihah...

ADUN Permatang Pasir Meninggal


ADUN Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman dari Parti PAS meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur Akibat Sakit Jantung pada jam 6.30 pagi tadi.

DUN Perak : V. Sivakumar Buat Hal Lagi

Ini Betul–Betul Kes ‘GILA TALAK’…



Pagi Isnin lalu cuba buat hal.Pagi Khamis pun cuba sekali lagi nak masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh bagi mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak itu di kamar Yang Dipertua DUN.

Itulah aksi bekas Speaker V. Sivakumar, yang juga ADUN DAP Tronoh bersama-sama bekas anggota jawatankuasa itu ADUN Selingsing Husin Din (PAS), Chan Ming Kai (Simpang Pulai-PKR), Loke Chee Yan (Kepayang-DAP), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi-DAP) dan , Sum Cheok Leng (Bercham-DAP) mulai jam 10 pagi.
.
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Khidmat Pengurusan), Shamshuzaman Sulaiman menemui Sivakumar di pintu masuk bangunan itu memaklumkan arahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Dr Abdul Rahman Hashim yang mengatakan mesyuarat itu tidak boleh dijalankan kerana jawatankuasa berkenaan tidak sah dan sudah tidak lagi relevan.

Mereka bagaimanapun bikin kecoh dan cuba merempuh masuk hingga pihak polis terpaksa bertindak menyekat mereka.

Dalam cubaan untuk memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan itu mereka turut memberi alasan untuk minum di kantin selain ingin ke tandas .

Kumpulan ADUN pembangkang yang diketuai Sivakumar akhirnya bersurai pada pukul 11.30 pagi.

Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri menjelaskan jawatankuasayang sebelum ini dipengerusikan oleh Sivakumar itu tidak boleh mengadakan mesyuaratnya kerana jawatankuasa tersebut tidak lagi sah ketika ini.

Katanya ini kerana keanggotaan jawatankuasa itu adalah sah untuk satu penggal sahaja dan keanggotaan jawatankuasa berkenaan gugur dengan sendirinya apabila DUN memasuki penggal berikutnya.

"Oleh kerana Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan yang bersidang pada 7 Mei lepas telahpun membuat pelantikan baru bagi jawatankuasa itu, maka keanggotaan jawatankuasa yang dipengerusikan Sivakumar mulai Penggal Pertama Dewan sudah tidak lagi sah," katanya.

Beliau berkata persidangan DUN 7 Mei lepas telah melantik Speaker Datuk R. Ganesan sebagai pengerusi baru Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan dianggotai oleh ADUN Temengor Datuk Hasbullah Osman, Datuk Rusnah Kassim (Hulu Kinta), Datuk Mohd Khusairi Abdul Mutalib (Slim), Datuk Nasarudin Hashim (Bota) dan Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah).

"ADUN Tebing Tinggi dari DAP Ong Boon Piow turut dilantik menganggotai jawatankuasa berkenaan melalui usul yang telah dikemukakan oleh ADUN Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman dan disokong oleh ADUN Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad," katanya.

Sivakumar dan kumpulannya hendak mengadakan mesyuarat untuk membincangkan mengenai pelucutan jawatannya sebagai Speaker pada sidang DUN, 7 Mei lepas yang didakwanya dilakukan melalui 'sub-dewan' dalam DUN yang dianggap tiada dalam perundangan serta tindakan Ganesan mengarahkan polis memasuki sidang DUN untuk mengeluarkannya daripada dewan persidangan.


AD - 30/7/2009

Bantah Vs Sokong ISA

ISA: Sokong Dan Bantah Sama Naik...Polis Beri Amaran

1 Ogos depan akan menjadi hari penentuan. Bertempur atau tidak, semuanya mengundang rasa resah di kalangan masyarakat. Mana tidaknya, Gerakan Mansuh ISA (GMI) tetap dengan pendirian mereka untuk meneruskan perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pada masa yang sama Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) juga tetap akan menganjurkan perhimpunan bagi mempertahakan ISA.

Tujuan perhimpunan kedua-dua kumpulan ini ialah Istana Negara bagi menyerahkan memorandum Ke Bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Satu memorandum membantah, satu lagi mahu akta itu terus dikekalkan.

Melihat kepada kempen kedua-dua pihak yang semakin rancak menjelang tarikh penentuan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Sabtu Osman hari Selasa tampil memberikan amaran akan bertindak tegas termasuk membuat tangkapan awal terhadap perancang dan individu dari dua kumpulan menyokong dan membantah.

"Polis akan mengambil tindakan berhemah, kecuali tidak ada cara lain. Polis tidak ingin melihat berlakunya kecederaan, luka atau dalam keadaan yang terdesak. Sebagai langkah pencegahan, polis boleh mangambil tindakan awal mengikut Seksyen 105, Kanun Acara Jenayah, jika nampak niat, pergerakan walaupun sehari sebelumnya," katanya yang tidak menolak kemungkinan tangkapan awal dibuat sebagai langkah pencegahan pada sidang media di ibu pejabat polis kontijen KL.

Berdasarkan rancangan kedua-dua kumpulan, GMI akan berhimpun 1 Ogos ini di beberapa lokasi iaitu kompleks membeli belah Sogo, Masjid Jamek KL dan Masjid Negara yang kemudiannya berarak ke Istana Negara.

Manakala Pewaris pula akan mula berkumpul di Padang Merbok, Pasar Seni dan Masjid Negara sebelum berhimpun di Dataran Merdeka dan seterusnya berarak juga ke Istana Negara.

Menurut Mohamad Sabtu, polis telah menemui wakil Pewaris memaklumkan kepada mereka supaya membatalkan perhimpunan berkenaan dan akan bertemu dengan GMI hari Rabu bagi memberitahu perkara yang sama.

Pewaris dilaporkan hanya akan membatalkan perhimpunan jika GMI juga membatalkan perhimpunan mereka. Jika GMI terus dengan rancangan mereka, Pewaris dikatakan akan terus dengan perhimpunan tersebut.

Menjelaskan mengenai langkah polis bagi menghadapi kemungkinan perhimpunan tersebut, Mohamad Sabtu berkata, polis akan mengadakan sekatan jalan dua hari lebih awal bagi menahan bas-bas yang disyaki membawa peserta ke demonstrasi berkenaan.

Polis juga tambah beliau akan akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 141 Kanun Keseksaan atau undang-undang lain sekiranya masih ada pihak-pihak yang mengambil bahagian pada perhimpunan berkenaan sambil menambah jika perhimpunan berkenaan tetap diadakan, pihak polis telah bersedia dengan kekuatannya berhadapan dengan kemungkinan yang berlaku.

AD – 28/7/2009

..........................................

Perarakan bantah ISA boleh cetus ketegangan - Timbalan KPN

KUALA LUMPUR: Polis bimbang ketegangan akan berlaku di sini Sabtu ini semasa perhimpunan dan perarakan berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terdapat unsur provokasi melibatkan kumpulan-kumpulan yang menyokong dan menentang undang-undang itu.

Oleh itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, mahu penganjur membatalkan hasrat mereka dan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan itu.

"Walaupun pihak-pihak penganjur menyatakan perhimpunan dan perarakan ini akan diadakan secara aman tetapi kesannya boleh menggugat ketenteraman awam," katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Katanya terdapat agenda berbeza antara Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah undang-undang itu, dan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) bersama PERKASA, yang mahu ISA dikekalkan.

GMI telah menyeru orang ramai menghadiri perhimpunan dikenali sebagai Perhimpunan 100,000 rakyat di beberapa lokasi antaranya Masjid Jamek, Kompleks Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong mendesak supaya ISA dihapuskan.

Pada masa yang sama, Perwaris dan Perkasa pula merancang mengadakan perhimpunan di Padang Merbok, Pasar Seni dan Masjid Negara bagi menyokong agar ISA dikekalkan.

Ismail berkata polis tidak menerima sebarang permohonan daripada kedua-dua kumpulan terbabit untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan itu.

"Mana-mana pihak yang mengadakannya adalah bercanggah dengan undang-undang negara," katanya.

Beliau berkata perhimpunan dan perarakan itu akan melibatkan ramai peserta dan boleh membawa kesan negatif kepada orang ramai termasuk pelancong, para peniaga dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

BERNAMA

..........................................

Himpunan ISA: 'Dipujuk' Polis, GMI Tidak Berganjak

KUALA LUMPUR: Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh mengakui beliau didatangi anggota cawangan khas untuk 'memujuk' beliau supaya membatalkan hasrat mengadakan himpunan mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Sabtu ini.

Beliau berkata, anggota cawangan khas berkenaan datang menemuinya selepas beliau gagal menghadiri pertemuan yang diaturkan oleh pihak polis.

"Ya, saya telah ditemui oleh anggota cawangan khas, modus operandinya sama... mereka lihat ini adalah satu perhimpunan yang boleh menyebabkan berlakunya huru-hara.

"Jawapan saya ialah ini adalah satu perhimpunan yang termaktub dalam hak kita sebagai rakyat untuk berhimpun secara aman dan kita punyai misi yang jelas iaitu kita mahu elakkan kacau bilau.

"Bagi saya sebelum ini kita sudah cuba dengan pelbagai usaha...ini (perhimpunan) adalah ruang yang ada untuk tunjukkan secara bersama, malah usaha kerajaan yang mengatakan akan mengkaji semula ISA dianggap sudah terlambat, sepatutnya pada tahap ini ISA sudahpun dimansuhkan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

Sabtu ini bakal menyaksikan pertembungan dua pihak di ibu negara iaitu antara GMI dan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - masing-masing anti dan pro ISA.

Kumpulan anti-ISA - GMI akan berkumpul di tiga lokasi iaitu di kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Negara dan Masjid Jamek.Dari tiga lokasi berkenaan, penyokong GMI akan bergerak serentak menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan 'Deklarasi Rakyat' kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu Magaran juga merancang untuk mula berkumpul di tiga kawasan iaitu di Masjid Negara, Padang Merbok dan Pasar Seni sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Mereka kemudiannya akan menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong yang antaranya menyatakan sokongan terhadap ISA.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim juga berharap agar tidak ada mana-mana pihak yang cuba membuat provokasi hingga boleh mencetuskan kekecohan pada hari tersebut.

"Kita akan sediakan 1,000 anggota keselamatan dari Unit Amal PAS untuk kawal keadaan, kita juga nasihatkan kepada semua penyokong kita agar mengawal emosi masing.

"Tapi masalahnya adakalanya rakyat diprovok, ini yang sebabkan berlakunya kekecohan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Sekretariat Himpunan Mansuh ISA, Kamaruzaman Mohamad mengingatkan kepada kumpulan pro ISA - Magaran supaya tidak menggunakan pendekatan provokatif hingga boleh menimbulkan keadaan huru-hara.

"Saya ingin menyentuh mengenai ugutan yang telah dikeluarkan oleh Magaran yang tersiar dalam mStar Online... ungkapannya ialah 'pergi jahanam GMI' dan 'apa nak jadi... jadilah'.

"Dua ungkapan ini sangat berunsur provokatif, sangat berniat jahat kerana kami secara konsisten menegaskan himpunan ini ialah himpunan aman untuk nyatakan bantahan secara aman.

"Jadi kami minta supaya Magaran membuang unsur-unsur provokatif yang telah dinyatakan, malah sebelum perhimpunan diadakan," katanya.

Kumpulan GMI akan turut disertai oleh gabungan komponen parti politik dari Pakatan Rakayat, pemuda Gerakan, 26 persatuan mahasiswa serta 15 persatuan masyarakat Cina selain penyertaan individu-individu yang mahu ISA dimansuhkan.

Syed Ibrahim berkata, sasaran jumlah mereka yang menyertai perhimpunan GMI ini adalah sama atau melebihi jumlah penyertaan dalam Perhimpunan Bersih pada November 2007.

"Kalau jumlahnya tak sama dengan perhimpunan Bersih, kemungkinan ianya lebih lagi," katanya.

MS

..........................................


Antara FLYERS yang diedarkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab, menyeru orang ramai agar menyertai perhimpunan HARAM tersebut.

DUN Perak Tak Akan Dibubar

IPOH 28 Julai - Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak akan dibubarkan walaupun pakatan pembangkang di negeri ini dilihat kembali aktif melancarkan gerakan bagi menggugat kerajaan negeri Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, segala usaha mereka seperti mengheret Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Speaker, Datuk R. Ganesan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak merupakan gimik politik murahan mereka.

''Saya tidak faham, bagaimana seorang bekas Speaker DUN (V. Sivakumar) mahu menyiasat dan mengambil keterangan Speaker dan Menteri Besar menerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN.

''Beliau bukan lagi seorang Speaker... jawatankuasa itu kini dikendalikan oleh Ganesan tetapi dia (Sivakumar) masih lagi mahu tunjuk kuasa. Mereka sengaja buat macam itu untuk melihat keadaan politik di Perak terus panas," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan Sivakumar memanggil Ganesan, Zambry serta Timbalan Speaker, Hee Yit Foong ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN ekoran kekecohan yang berlaku sepanjang persidangan dewan pada 7 Mei lalu.

Semalam, Sivakumar yang berusaha memasuki pejabat Speaker kononnya bagi mengambil keterangan Ganesan telah dihalang memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ekoran itu, Ganesan 'diberi peluang' sekali lagi untuk menghadap 'jawatankuasa' berkenaan pada Khamis manakala Zambry dan Yit Foong pada Jumaat ini.

Mengulas lanjut, Ko Youn berkata, hasrat pakatan pembangkang untuk melihat DUN Perak dibubarkan tidak akan tercapai kerana BN masih kukuh dan mentadbir negeri ini dengan baik.

Katanya, apa yang jelas pakatan pembangkang sengaja menyebarkan berita dan harapan palsu kononnya DUN akan dibubarkan dan bakal kembali memerintah.

Jelas beliau, pendekatan itu diambil semata-mata bagi menaikkan semangat penyokong dan ahli mereka.

''Sekarang kerajaan negeri BN sedang memerintah dengan baik dan lancar. Kita menggunakan segala kemahiran, kepakaran serta pengalaman luas bagi membangunkan negeri dan membela rakyat.

''Ini jauh sekali berbeza dengan kerajaan pakatan pembangkang yang menggunakan pendekatan populis semata-mata untuk mengambil hati rakyat tetapi akhirnya tidak mampu melaksanakan janji-janji mereka sendiri," ujar beliau.

UTUSAN MALAYSIA - 29 JULAI 2009

'Pergi Jahanamlah UMNO' - Nik Aziz


KOTA BHARU 27 Julai - ''Salam ini bukan di antara UMNO dengan Pas, tetapi antara kerajaan Kelantan dan Pusat, tak timbul masalah UMNO ini, pergi jahanamlah UMNO.''

Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta menjelaskan lebih mendalam mengenai 'salam' yang dihulurkan beliau kelmarin.

Malah, Mursyidul Am Pas itu tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Beliau berkata, kesediaan untuk bekerjasama disebabkan negara ini mengamalkan sistem persekutuan dan di antara kerajaan negeri atau Pusat mempunyai kewajipan masing-masing.

"Sistem yang diamalkan kita ialah federalisme, bukan kerana apa, Pusat ada kewajipan kepada negeri dan negeri ada kewajipan kepada Pusat.

"Kerana apa nak sekat (peruntukan dan kerjasama), ada menteri sekat pegawainya beri kerjasama dengan kementeriannya, ini bukan menteri," katanya kepada pemberita selepas melawat Taman Ternakan sempena Hari Peladang peringkat di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pandangan pelbagai pihak terhadap kenyataannya sebelum ini yang mahukan sebarang sengketa di antara kerajaan negeri dan Pusat diselesaikan demi kepentingan rakyat.

Kenyataan itu juga disambut baik oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengalu-alukan kesediaan Nik Abdul Aziz untuk menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Pusat.

Nada Nik Aziz amat berbeza dengan kenyataannya pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang menyamakan UMNO sebagai tunjang utama kepada Barisan Nasional (BN) dengan ajaran sesat Ayah Pin dan pengganas komunis, Chin Peng.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz turut mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat yang tidak menyalurkan terus peruntukan kepada kerajaan negeri untuk membangunkan negeri ini kerana ia jelas melanggar Perlembagaan.

"Memang tidak ada dalam Perlembagaan, negeri pembangkang dihalang oleh Pusat, apa kata kalau parti lain kuasai Pusat.

"Kami juga buat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan halang peruntukan, tujuan apa tak bagi duit terus kepada kerajaan," jelasnya.

Katanya lagi, walau apa sekali pun, Kerajaan Pusat perlu membantu kerajaan negeri kerana ia termaktub dalam Perlembagaan di bawah sistem federalisme.

"Negeri ini bukan hak UMNO, kalau tak bantu, dia kena bantu negeri ini bukan dengan sukarela, tetapi dengan Perlembagaan.

"Kalau tak buat kita gulinglah. Pandailah kita guling, misal yang selalu saya kata, nak pergi ke Kuala Krai, tapi pemandu bawa bas ke Terengganu. Adakah boleh dengan riuh rendah sahaja. Kita kena tolak pemandu ambil stereng dan pandailah kita buat," katanya.

UTUSAN MALAYSIA - 28 JULAI 2009

Ulama PAS Patut Keluar Fatwa


IPOH 20 Julai - Ulama dalam Pas patut mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, sebagai parti yang mempunyai ramai ulama besar yang arif tentang hukum agama, maka adalah wajar untuk golongan ulama Pas memberi penjelasan mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak itu menyertai majlis sedemikian.

Katanya, ulama Pas seperti Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pastinya mempunyai penjelasan terhadap tindakan Mohammad Nizar itu.

''Saya bukan ulama nak komen tentang tindakan Nizar. Biar orang agama komen tentang ini. Biar tok guru komen. Dia banyak tok Guru (Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi). Dia (Mohammad Nizar) pun tok guru juga. Dia pandai baca Quran, bagi ceramah, bagi khutbah di masjid.

''Dia lagi tahu apa yang dia buat,'' katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan The Red Solar (M) Sdn. Bhd. dan TCT Inc. (TCTI) di sini, hari ini.

Menteri Besar mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu tersiar dalam akhbar The New Straits Times pada Sabtu lepas.

Zambry berkata, beliau bersimpati dengan kematian Beng Hock dan telah pun menyatakan pendiriannya di dalam laman blognya www.zambry.com.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif The Red Solar (M) Sdn. Bhd., Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, pemeteraian memorandum itu melibatkan projek pengeluaran sel (PV) bagi 'phoyo-voltaic' melibatkan pelaburan langsung asing US$250 juta (RM887 juta) di Perak. - BERNAMA

Kematian Teoh: Tan Boon Wah beri keterangan di IPD Shah Alam

SHAH ALAM: Anggota Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah malam tadi memberikan keterangan berhubung kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock yang ditemui di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Khamis lepas.

Tan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seksyen 11 di sini pada pukul 9 malam bersama isteri dan peguamnya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata Tan dikehendaki hadir untuk memberi keterangan kerana sebelum ini beliau membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabtu lepas tetapi enggan percakapannya itu dirakamkan.

Khalid turut menasihatkan Tan supaya menghadirkan diri ke balai polis untuk dirakamkan percakapan atas laporan yang dibuatnya, dan sekiranya beliau tidak hadir, polis akan mengeluarkan notis mengikut Seksyen 111, Kanun Acara Jenayah untuk mengeluarkan perintah kepadanya memberi keterangan di balai.

Sekiranya Tan tetap enggan memberikan keterangan berkenaan laporan polis yang dibuatnya itu, pihak polis boleh mengambil tindakan lanjut terhadapnya kerana membuat laporan palsu.

Teoh, 30, ditemui mati tengah di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini yang menempatkan pejabat SPRM Selangor yang dilaporkan menyoal siasat beliau beberapa jam sebelum itu.

BERNAMA

Tambang pengangkutan awam seluruh negara naik 1 Ogos


Tambang untuk pengangkutan awam bagi bas ekspres, bas berhenti-henti, bas sekolah, teksi dan kereta sewa di seluruh negara dinaikkan berkuatkuasa 1 Ogos.

Kenaikan tambang bagi semua jenis bas dan teksi ialah antara dua sen dan RM10.

Bagi bas sekolah pula, kadarnya naik antara dua sen dan maksimum RM31.70.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mengumumkan perkara itu di Kuala Lumpur Khamis berkata, Kabinet telah bersetuju dengan kenaikan kadar tambang baru itu dalam mesyuaratnya pada 17 Jun lalu.

Menurutnya tambang bas ekspres naik dua sen setiap km kepada 8.5 sen daripada 6.5 sen setiap km sebelum ini.

Sebagai tambahan, tambang bas ekspres bagi kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 12 tahun dinaikkan daripada 50 peratus kepada 75 peratus berbanding kadar tambang yang ditetapkan.

Bagaimanapun, potongan harga sebanyak 25 peratus diberikan kepada orang kurang upaya (OKU) dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas yang menggunakan perkhidmatan itu.

Bas berhenti-henti untuk Kuala Lumpur Zon 1 naik 25 sen kepada antara RM1 dan RM1.10, 40 hingga 45 sen kepada antara RM1.70 dan RM1.90 bagi Zon 2, 50 hingga 60 sen kepada antara RM2.20 dan RM2.50 bagi ZOn 3. Bagi Zon 4, kadarnya naik antara 60 dan 70 sen kepada RM2.70 hingga RM3.10.

Bagi kawasan di luar Kuala Lumpur, kenaikannya ialah 14 sen kepada 62 sen bagi dua km pertama bagi bas tanpa hawa dingin dan 22 sen kepada 94 sen bagi dua km pertama untuk bas berhawa dingin. Kadar kenaikan bagi setiap km berikutnya bagi kedua-dua kategori ialah 2.2 sen.

Sebagai tambahan, OKU dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas yang menggunakan perkhidmatan bas berhenti-henti itu diberi potongan harga sebanyak 50 peratus.

Bagi bas mini pula, kenaikan ialah 20 sen, menjadikannya 90 sen satu arah perjalanan bagi bas tanpa hawa dingin dan RM1 satu arah perjalanan bagi bas berhawa dingin, sementara kadar tambang bas pengantara akan dinaikkan 10 sen menjadikannya 60 sen bagi setiap pusingan perjalanan.

Tambang bagi teksi bagi kawasan Lembah Klang, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Melaka akan naik RM1 kepada RM3 untuk satu km pertama. Caj bagi 115meter berikutnya ialah 10 sen.

Tambang teksi yang beroperasi di Pulau Pinang juga naik RM1 kepada RM4 mulai 1 Ogos dan setiap 115m berikutnya akan dicaj 10sen.

Caj bagi lebih daripada dua orang penumpang dan caj meletak barangan di dalam but juga dimansuhkan berkuatkuasa 1 Ogos.

Caj bagi teksi ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kos Rendah (LCCT) akan dinaikkan sebanyak RM3.20 manakala caj ke lapangan terbang lain dinaikkan antara RM1.50 dan RM2.80.

Kadar tambang baru bagi kereta sewa ialah 10.1sen menjadikannya 21.6 sen setiap km (tidak berhawa dingin) dan kenaikan 11.7 sen kepada 25 sen bagi setiap km (berhawa dingin).

Perkhidmatan bas sekolah di bandar juga akan menyaksikan kenaikan bulanan RM6.33 menjadikannya RM27.43 bagi km pertama dan RM2.02 setiap km berikutnya. Kadar hariannya pula ialah 62 sen untuk satu km pertama dan 5 sen bagi setiap km berikutnya.

Bagi kadar bas sekolah di luar bandar, ia naik RM4.76 kepada RM20.61 untuk satu km pertama dan RM2.02 untuk setiap km berikutnya bagi kadar bulanan, manakala kadar harian baru ialah 47 sen bagi satu km pertama dan 5 sen bagi setiap km berikutnya.

Di Sarawak, kadar bas ekspres naik dua sen kepada 13 sen setiap km, manakala bagi bas berhenti-henti, kadar barunya ialah masing-masing 85 sen (tanpa hawa dingin) dan RM1.04 (berhawa dingin) bagi tiga km pertama dan 16.2 sen dan 18 sen untuk km berikutnya bagi kedua-dua kategori.

Tambang bas sekolah di negeri ini (Sarawak) akan dinaikkan dua sen, menjadikannya 11 sen setiap km bagi yang tidak berhawa dingin dan 12 sen setiap km bagi yang berhawa dingin.

Sementara bagi kereta sewa, kadarnya naik kepada 34.2 sen (tanpa hawa dingin) dan 40 sen (berhawa dingin) untuk km pertama dan masing-masing 17.1 sen dan 19.4 sen bagi km berikutnya.

Tambang bagi teksi di Sarawak juga telah dikemaskini, iaitu dengan kadar baru pada RM3 untuk satu km pertama, dan 12 sen untuk setiap 100m berikutnya, manakala kenaikan perkhidmatan teksi ke lapangan terbang dengan menggunakan kupon ialah sebanyak RM2.

Bagi Sabah, kenaikan untuk bas ekspres naik tiga sen kepada 13 sen untuk setiap km. Kadar baru bagi bas berhenti-henti tanpa hawa dingin ialah 65 sen untuk dua km pertama dan 9.4 sen bagi setiap km berikutnya, manakala bagi kategori berhawa dingin, ia naik 18 sen kepada 78 sen untuk dua km pertama dan setiap km berikutnya akan dicaj 10.4 sen.

Perkhidmatan bas mini di negeri itu juga menyaksikan kenaikan masing-masing dua dan tiga sen menjadikannya 18 sen setiap km untuk bas tanpa hawa dingin dan 20 sen setiap km untuk bas berhawa dingin.

Bas pengantara juga akan dicaj sebanyak RM1.

Sementara itu, tambang bagi bas sekolah di negeri itu yang menawarkan perkhidmatan kurang dari lima km akan dinaikkan sebanyak RM7.90 menjadikannya RM34.30 dan bagi jarak yang melebihi 60km, kadar kenaikannya ialah sebanyak RM31.70 kepada RM137.30 daripada RM105.60 sebelum ini.

Kadar teksi juga akan dinaikkan kepada RM10 untuk tiga km pertama dan 12 sen untuk setiap 100m berikutnya.

Teksi yang menawarkan perkhidmatan ke lapangan terbang (menggunakan kupon)juga naik RM10 kepada RM35, sementara bagi kereta sewa, kadarnya naik 2.5 sen kepada 20.5 sen untuk setiap km bagi kereta tanpa hawa dingin dan 2.8 sen kepada 22.8 sen setiap km bagi kereta yang berhawa dingin.

AD - 16/7/2009
JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK..


ANWAR... JANGAN ASYIK PANDANG BELAKANG...


Liwat: Drama Kes Anwar Makin Carca Marba


Perbicaraan kes penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memang penuh dengan caca marba. Walaupun kes sebenar tuduhan liwat yang dihadapinya belum pun berjalan lagi, drama bersiri mengenai kes berkenaan terus ditayangkan untuk tontonan umum.

Terbaru, peguam utama beliau, Sulaiman Abdullah yang tidak dapat hadir minggu lalu kerana sakit, hari Rabu dimaklumkan telah menarik diri daripada mengetuai pasukan pembelaan Ketua Pembangkang itu kerana faktor kesihatan.

Sehubungan itu Anwar memohon perbicaraan permohonan beliau untuk mendapatkan dokumen berkaitan kes liwatnya daripada pendakwa raya ditangguhkan dua minggu lalu bagi membolehkan beliau membuat perlantikan peguam utama yang baru.

Namun, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Diah menolak permohonan penangguhan itu tetapi sebaliknya memutuskan akan menyambung semula prosiding kes berkenaan pada jam 2 petang ini.

Prosiding hari ini selain daripada mendengar permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen berkaitan kes liwatnya, ia juga akan menetapkan tarikh untuk sebutan satu lagi permohonan Anwar iaitu untuk membatalkan pertuduhan liwatnya serta menetapkan tarikh untuk perbicaraan utama kes liwat beliau yang telah dua kali ditangguhkan sebelum ini.

Sejurus pendengaran disambung semula jam 2 petang hakim mengarahkan pasukan peguam Anwar teruskan kes berkenaan.

Hak Anwar tidak akan diabaikan jika mahkamah meneruskan perbicaraan kes liwatnya itu tanpa peguam utamanya itu, kata Hakim dan menurutnya pasukan pembelaan yang telah membantu Sulaiman dari hari pertama, kompeten untuk mengendalikan permohonan pada hari ini.

Sementara itu peguam Edmund Bon pada pendengaran permohonan Anwar kepada Mahkamah Tinggi untuk memerintahkan pihak pendakwaan memberikan kepadanya semua dokumen berkaitan kes liwatnya itu secepat mungkin sebelum perbicaraan kes liwat itu bermula dalam hujahnya berkata Ketua Pembangkang itu tidak berada di tempat kejadian jenayah sepertimana didakwa dalam pertuduhan liwat terhadapnya.

Beliau berhujah perkara itu terkandung dalam notis alibi yang diserahkan oleh Anwar kepada pihak pendakwaan bulan lepas.

Dalam alibi itu, dinyatakan bahawa tiada keterangan kukuh mengenai kemasukan zakar dan ini disahkan oleh empat doktor, katanya.

"Sebab itu kami perlukan semua dokumen berkaitan dengan kes ini untuk menyediakan pembelaan terbaik," kata Bon.

Pendengaran itu akhirnya dijalankan selepas ditangguhkan empat kali sejak 22 Jun.

Bon berkata dokumen yang diminta itu termasuk rakaman asal CCTV yang diambil di beberapa lokasi di tempat didakwa berlakunya kejadian itu di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, dari 25 hingga 27 Jun tahun lepas, kenyataan para saksi termasuk pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan kenyataan polis.

Katanya pihak pembelaan telah berulang kali meminta pihak pendakwaan memberikan semua dokumen itu sebelum perbicaraan bermula tetapi tidak diendahkan.

Beliau berkata Pejabat Peguam Negara telah berurusan dengan Majlis Peguam dan mereka bersetuju dengan garis panduan Majlis itu bahawa dalam mana-mana kes, pihak pendakwaan patut menyerahkan dokumen yang diminta oleh pihak pembelaan tiga minggu sebelum perbicaraan bermula.

"Bagaimana pasukan pembelaan mahu mengendalikan jika pasukan tidak mempunyai sebarang idea mengenai dokumen itu. Bagaimana kami menjamin ketulenan dokumen berkenaan," katanya.

Seorang lagi peguam bela, Amer Hamzah Arshad, berhujah pihak pembelaan perlukan laporan kimia mengenai sampel DNA bagi membolehkannya mendapatkan pendapat pakar.

Satu daripada alasan pihak pendakwaan untuk memindahkan perbicaraan kes liwat itu daripada Mahkamah Sesyen kepada Mahkamah Tinggi ialah kerana isu DNA itu yang dikatakan sangat rumit, namun pihak pendakwaan enggan memberikannya kepada pihak pembelaan, katanya.

"Dalam mengendalikan laporan DNA, pihak pembelaan perlu tahu mengenai rumusan ahli kimia atau penemuan dalam laporan DNA itu. Kami juga perlukan laporan DNA itu untuk dianalisis oleh pakar kami," katanya.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan, berhujah pihak pendakwaan telah membekalkan beberapa dokumen kepada pihak pembelaan tetapi dokumen atau keterangan tertentu tidak boleh dikeluarkan mengikut undang-undang bagi mengelakkannya diganggu.

"Sebagai contoh, mengenai spesimen atau sampel DNA yang telah dipateri, pihak pendakwaan tidak boleh berikannya kepada pihak pembelaan sebelum perbicaraan kerana ia mungkin akan diganggu," katanya dan menurutnya adalah menjadi tugas pendakwa raya untuk menjaga pergerakan barang bukti sehingga dikemukakan di mahkamah.

Pendengaran di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok.

AD – 15/7/2009

TERIMA KASIH buat Pengundi di Manek Urai

Pertamanya ucapan Tahniah kepada para pengundi di Manek Urai kerana telah mendapat wakil rakyat yang baru. Diharap nasib masyarakat Manek Urai akan lebih terbela dengan baik selepas ini...(Kalau BN menang, memang confirm dah terbela)...

Kedua, Tahniah juga buat para pengundi Manek Urai yang telah banyak berubah dan memilih BN dalam PRK baru-baru ini. Terima Kasih di atas perubahan ini, yang sedikit sebanyak telah menunjukkan tanda amaran buat PAS.

Syabas buat semua pengundi yang keluar mengundi kerana mencatatkan peratusan keluar mengundi yang amat tinggi...Tahniah!

Terima kasih juga atas sokongan penduduk Manek Urai yang memilih BN untuk merubah kehidupan mereka. Namun apakan daya, belum rezekinya... Tapi, atas kesanggupan tersebut, Manek Urai sudah pun menaikkan kembali moral dan imej BN dan UMNO yang kini sudah kembali mendapat kepercayaan.

Buat pengundi Muda.. Jasa kalian sangat dihargai. Pengundi Muda yang kembali memberi sokongan kepada BN dan UMNO telah menunjukkan bahawa UMNO dan BN masih relevan.. Dulu, Kini dan Selamanya...

PAS Kekal di DUN Manek Urai Tapi Majoriti Tipis



KUALA KRAI: PAS berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai - kubu kuatnya - dalam pilihan raya kecil hari ini dengan majoriti tipis 65 undi.

Majoriti PAS pada Mac 2008 ialah 1,352 undi.

Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah memperoleh 5,348 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat menerima 5,283.

Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli mengakui BN telah memberikan saingan sengit kepada PAS kali ini.

"Jentera BN tidak lemah kali ini... PAS akan buat post-mortem mengapa majoriti yang diterima menurun (sangat)," katanya.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin pada pukul 9.07 malam tadi di sebalik suasana cemas dengan kiraan semula undi di beberapa pusat mengundi sejak 7 malam tadi.

Malah, sejak 7 malam tadi muncul pelbagai desas-desus bahawa masing-masing calon PAS dan BN mencapai kemenangan di kubu kuat PAS ini.

Kerusi itu pernah dimenangi BN pada tahun 2004.

Awalnya disebutkan bahawa calon PAS telah menang dengan majoriti 2,000 undi dan ia turun kepada 1,200; 700; 300 dan akhirnya 106 undi.

Dan, ada ketika calon BN pula dikatakan telah menang dengan kiraan undi antara 31 dan 37 undi selepas undi dikira semula.

Buat pertama kali, twitter digunakan untuk menyebarkan ramalan dan keputusan tidak rasmi itu khususnya oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Kerusi DUN Manek Urai kosong berikutan kematian Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu.

Ismail, 60, daripada PAS memenangi kerusi Manek Urai sejak pilihan raya umum 1985 kecuali pada 2004.

Pada pilihan raya umum ke-12, Ismail yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Krai menewaskan Mohamed Zulkifli dari BN dengan majoriti 1,352 undi.

Seramai 12,293 pengundi layak untuk memilih calon pilihan mereka antara Tuan Aziz dan Fauzi.

Kira-kira 87.33 peratus atau 10,736 pengundi daripada 12,293 pemilih berdaftar telah menjalankan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baru pada pilihan raya kecil ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, peratusan itu melepasi sasaran SPR iaitu 85 peratus keluar mengundi.

Hampir 99.2 peratus pemilih adalah kaum Melayu sementara hanya 0.46 peratus Cina, 0.23 peratus India dan 0.11 peratus kaum-kaum lain.

Manek Urai adalah satu daripada empat kawasan DUN dalam kawasan Parlimen Kuala Krai. Tiga lagi kawasan DUN ialah Mengkebang, Guchil dan Dabong.

Manek Urai: Undi Rosak Atasi Undi Majoriti


KUALA KRAI, 14 JULAI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan jumlah undi yang ditolak pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai adalah sebanyak 117 undi.

Jumlah itu mengatasi undi majoriti yang diperoleh oleh calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah iaitu sebanyak 65 undi.

Fauzi memperoleh 5,348 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat menerima 5,283.

Ia diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin pada pukul 9.07 malam.

Perkembangan Terkini Manek Urai sehingga jam 12 Tengahari


Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

BERIKUT adalah perkembangan hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai:

12.00 tengah hari: SPR mengesahkan, 8,475 pengundi (68.4 peratus) telah menunaikan tanggungjawab masing-masing

12.00 tengah hari: Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed melawat pondok panas BN di Sek. Keb. Manek Urai Baru dengan menaiki motosikal.

11.45 pagi: Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi menggesa orang luar tidak menggunakan Jalan Kuala Krai-Gua Musang jika tiada urusan penting untuk diselesaikan bagi membolehkan kelancaran lalu lintas sepanjang proses pengundian yang sedang berlangsung.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat khabar angin bahawa berlaku pertengkaran di bilik operasi Barisan Nasional. Belum ada laporan lagi.

11.35 pagi: MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat pondok panas PAS di Sek. Kebangsaan Manek Urai Baru.

11.30 pagi: Hampir 57 peratus sudah keluar mengundi.

11.05 pagi: Peratusan keluar mengundi sudah mencecah 40 peratus, kata Pengerusi SPR.

10 pagi: SPR mengesahkan peratusan keluar mengundi setakat ini 4,706 orang (38.3 peratus).

9.55 pagi: Berlaku pertembungan antara penyokong dan peraih undi BN dan PAS di kawasan SK Manek Urai Baru. Bagaimanapun, keadaan terkawal apabila pihak polis hadir mententeramkan keadaan. Penyokong kedua-dua parti menggunakan pelbagai cara untuk menarik perhatian pengundi termasuk melaungkan takbir 'Allahuakbar'. Turut hadir melawat peti undi tersebut adalah Datuk Sr Awang Adek Hussein.

9.30 pagi: Setakat pukul 9 pagi, SPR mengesahkan sebanyak 1,932 pengundi (15.7 peratus) telah keluar mengundi.

9 pagi: Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat berkata, beliau yakin BN berpeluang untuk menang. Beliau berkata: "Berdasarkan statistik semalam menunjukkan kita telah mendapat hampir 51 peratus sokongan. Daripada awal lagi, kita sedia maklum bahawa dalam pilihan raya kecil ini, saingan memang sengit dan sebagai calon yang bertanding di kubu kuat PAS, kita telah berusaha bersungguh-sungguh."

9 pagi: Penyokong dan peraih undi parti-parti yang bertanding berkumpul dan memberi sokongan kepada calon di pusat-pusat mengundi. Bagaimanapun, mereka perlu berada 50 meter daripada pusat mengundi.

8.40 pagi: Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat tiba untuk melawat pusat mengundi SK Manek Urai Baru.

8.10 pagi: Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah dijangka melawat peti undi Sg Peria.

8.01 pagi: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tiba di pusat pengundi kawasan Sg Peria, SK Peria. Beliau tidak mahu meramalkan tetapi punya keyakinan PAS akan beroleh kemenangan.

8 pagi: Sebanyak sembilan pusat mengundi mula dibuka.

7.45 pagi: Orang ramai sudah mula beratur untuk menyemak saluran mengundi masing-masing. Pihak polis mengawal lalu lintas seawal pukul 6 pagi.

HARI PENENTU

Hari ini merupakan hari penentu bagi penduduk Manek Urai.. Samada akan terbela ataupun terus kekal di takok lama...


SELAMAT MENGUNDI buat semua pemilih berdaftar di Manek Urai..

BLACK Muncul Juara MENTOR 3

Black, 22 Tahun atau nama sebenarnya Hanifah Md.Hanafiah, Protege kepada penyanyi dangdut Mas Idayu, telah menepati ramalan awal apabila muncul sebagai juara Mentor musim ketiga.

Black telah mengenepikan cabaran Chaq dan Fira dalam pentas akhir yang cukup menghiburkan.

Dengan memperolehi pungutan mata keseluruhan sebanyak 75.0 peratus sudah cukup menobatkan Black sebagai JUARA yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 dan kereta Kia Spectra 5 tajaan Oriva, manakala mentornya, Mas Idayu juga meraih RM100,000.
Black yang sentiasa menerima markah tertinggi saban minggu, terus mempamerkan persembahan hebat menerusi lagu medley Jeritan Batinku, Jangan Kau Mimpi dan Nakal; Aku Rindu Sayang Kamu (lagu baru ciptaan Uzai) serta Di Alam Fana Cinta dan Sinar yang merupakan duet bersama Mus dan Shamrin.

Pentas Akhir ini telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium MBSA.

Najib Umum 11 "BERITA GEMBIRA" Sempena 100 Hari Jadi PM

Majlis sambutan 100 hari Najib bersama rakyat yang diadakan di pusat konvensyen,KLCC pagi Sabtu berlangsung dalam suasana lebih merakyat.Tiada kompang dan bunga manggar manakala para menteri kabinet duduk dicelah-celah para hadirin yang penuh sesak dalam dewan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya membuat 11 pengumuman yang mengembirakan rakyat berbagai lapisan kaum.Beliau juga istihar zaman kerajaan serba tahu segalanya sudah berakhir.Katanya kini kerajaan akan mendapatkan pandangan rakyat dalam segala keputusan yang hendak dibuat.

Satu tabung saham amanah baru dikenali sebagai Amanah Saham 1 Malaysia akan dilancarkan tidak lama lagi.Ia memperuntukkan 10 billion unit saham.

Berita gembira bagi anak muda.Najib umum kadar yuran belajar lesen memandu motosikal ‘ kapcai’ B2 iaitu 250cc kebawah akan dikurangkan dari RM500 hingga RM70 sekarang kepada RM211 sahaja.
Satu tabung saham amanah baru dikenali sebagai Amanah Saham 1 Malaysia akan dilancarkan tidak lama lagi.Ia memperuntukkan 10 billion unit saham.

Berita gembira bagi anak muda.Najib umum kadar yuran belajar lesen memandu motosikal ‘ kapcai’ B2 iaitu 250cc kebawah akan dikurangkan dari RM500 hingga RM70 sekarang kepada RM211 sahaja. Untuk kemudahan pemilikan rumah,beliau umum sebanyak 44,000 unit rumah perumahan rakyat DBKL akan dibuka untuk dibeli kepada para penyewanya sekarang.

Bagi penjaja dan peniaga kecil di Wilayah Persekutuan,kadar lesen mereka akan dikurangkan 50 peratus berkuatkuasa sertamerta.Perdana Menteri harap negeri-negeri lain akan ikut langkah Wilayah Persekutuan.

Lain-lain ialah kerajaan menambah 3,000 lagi permit teksi yang permohonannya diluluskan dalam masa tiga bulan akan datang.Permohonan pendaftaran kelahiran dipermudahkan di Sabah dan Sarawak.Pembinaan jalan ditambah di Sabah dan Sarawak. Bekalan air dan elektrik ditingkatkan di Sabah dan Sarawak. Peruntukan untuk Tekun ditambah RM150 juta dan RM15 juta disediakan untuk usahawan muda kaum India.

AD - 11/7/2009

PAS terus persoal kehadiran polis terlalu ramai


KUALA KRAI: PAS masih tidak menyenangi kehadiran terlalu ramai anggota polis di Manek Urai dan meragui peranan mereka pada pilihan raya kecil itu Selasa ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fattah Haron berkata, kenderaan polis yang banyak diletakan di tepi dan persimpangan jalan terutama di Laloh telah menimbulkan kesulitan kepada pengguna jalan.

"Kita telah membuat aduan termasuk menelefon pihak terbabit tetapi keadaan masih tidak berubah," katanya pada sidang media harian di Markas Penerangan PAS Manek Urai di sini, hari ini.

Beliau mahu pihak polis segera mengambil tindakan mengatasi perkara itu bagi melicinkan pergerakan lalu lintas menjelang hari pengundian Selasa ini.

Bernama berusaha menghubungi Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi untuk mendapat ulasannya tetapi panggilan dan khidmat pesanan ringkas yang dihantar tidak dibalas.


BERNAMA

Peserta Asing Puji Malaysia Aman

NILAI 12 Julai – Rakyat asing yang menyertai Perhimpunan Dakwah Tabligh Sedunia atau Ijtimak 2009 yang berakhir hari ini gembira dan bersyukur perhimpunan itu berlangsung dengan jayanya.

Rata-rata mereka yang ditemui memuji keadaan negara yang aman, sekali gus membolehkan amal ibadat disempurnakan dalam suasana selesa dan tenang di sini.

Salah seorang jemaah yang ditemui, Mohamad Ibrahim, 60, dari Hebron, Palestin, gembira berada di negara yang aman damai dan dapat menunaikan amal ibadat tanpa ada sekatan.

“Saya gembira berada di sini, kami dapat menemui rakan-rakan daripada pelbagai negara bagi mengikuti program ijtimak.

“Saya berdoa agar Allah SWT memberi rahmat kepada negara ini agar sentiasa aman dan dilindungi setiap masa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Ghani Naghorghani, 47, dari Myanmar juga gembira berada di negara yang membangun dan aman dengan rakyat pelbagai kaum.

‘‘Pembangunan di negara ini cukup membanggakan, walaupun terdapat perbezaan kaum ia tidak menghalang kami untuk melakukan aktiviti seperti ini.

“Saya berharap perhimpunan seperti ini yang diadakan setiap enam bulan dapat diadakan di negara ini lagi pada masa akan datang,” katanya.

Bagi Abdul Halim Thabit, 50, dari China pula, percaya kebebasan beragama di negara ini membolehkan rakyatnya menjalankan aktiviti keagamaan tanpa halangan.

“Ini merupakan negara terbaik yang pernah saya kunjungi kerana walaupun terdapat pelbagai kaum di sini, tidak ada halangan bagi umat Islam untuk melaksanakan tuntutan agama,” katanya.

Terdahulu, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berangkat menyertai ijtimak tersebut.

Ketibaan baginda di lokasi ijtimak berhampiran kuarters kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut oleh Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak.

Turut menyambut baginda ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Baginda kemudiannya menyertai solat Zuhur bersama-sama lebih 200,000 jemaah tabligh dan mendengar tazkirah sebelum berangkat pulang.

Ijtimak yang menghimpunkan jemaah dari dalam dan luar negara itu kali kedua diadakan di negara ini selepas 27 tahun lalu.

Kali pertama ia diadakan di Terengganu dengan kehadiran lebih 50,000 orang.


UTUSAN MALAYSIA

10 lagi anggota MPEN diumum

PETALING JAYA: Sepuluh lagi anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) - gabungan pakar tempatan dan antarabangsa - diumumkan hari ini termasuk Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Prof. Dr. Norma Mansor sebagai Ketua Setiausahanya.

Pelantikan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi tadi.

Mereka terdiri daripada Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak; bekas Ketua Pakar Bank Negara, Datuk Andrew Sheng dan Timbalan Pengarah ISIS dan MIER, Datuk Dr. Zainal Azman Mohd. Yusof.

Lain-lain anggota ialah:

- Dr. Mahani Zainal Abidin (Ketua Pengarah ISIS Malaysia)

- Dr. Yukon Huang (Penasihat Kanan Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia)

- Datuk Nicholas S. Zefferys (penasihat korporat syarikat tempatan dan luar negara)

- Datuk Dr. Hamzah Kassim (Ahli Penasihat Pasukan Petugas Pelaksanaan Kebangsaan)

- Prof. Dr. Danny Quah (Ketua Jabatan Ekonomi di London School of Economics)

- Dr. Homi J. Kharas (Felo Kanan Wolfenshen Center for Development, Brookings Institution)

MPEN dipengerusikan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan tokokh korporat, Senator Tan Sri Amirsham Abdul Aziz.

Penubuhan MPEN diumumkan oleh Najib semasa membentuk barisan Kabinetnya April lalu selaku Perdana Menteri keenam.


MODEL EKONOMI BARU

Dalam kenyataan itu, Najib berkata, MPEN akan bekerjasama dengan Unit Perancang Ekonomi bagi melaksanakan langkah-langkah transformasi model ekonomi baru.

Jelas Najib, MPEN merupakan majlis tindakan khas yang mempunyai peranan dan fungsi khusus untuk mengkaji dan mengenal pasti langkah-langkah pengubahsuaian aktiviti sosioekonomi yang perlu diambil bagi membawa Malaysia dari sebuah negara berpendapatan sederhana tinggi kepada berpendapatan tinggi.

"Kerajaan telah memulakan langkah-langkah tertentu seperti meliberalisasikan sektor perkhidmatan dan syarat pegangan ekuiti bumiputera.

"Perubahan-perubahan ini selaras dengan hasrat kerajaan supaya Malaysia berpotensi maju ke hadapan dan menonjolkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi yang mesra perniagaan dan destinasi terpilih bagi menarik pelaburan dari dalam dan luar negara," katanya.

Najib menambah, Norma akan bertanggungjawab mengetuai sekumpulan setiausaha pakar yang akan memberi sokongan kerja sepenuhnya kepada MPEN dalam merangka dasar model ekonomi baru untuk kelulusan beliau.

"Penglibatan dan penggabungan tokoh-tokoh pakar tempatan dan dari luar negara yang berpengalaman luas dan mendalam dari segi perspektif global, adalah untuk memberi pandangan dan syor yang komprehensif untuk merangka strategi model ekonomi baru yang berkesan bagi mengatasi cabaran ekonomi negara di jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Victoria Institution muncul juara pancaragam dunia

SEPANG 9 Julai - Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria atau lebih dikenali sebagai Victoria Institution (VI) berjaya mengharumkan nama negara apabila menjuarai Pertandingan Pancaragam Dunia di Modena, Itali pada 5 Julai lalu.

Sekolah itu berjaya mengalahkan lima pasukan pancaragam lain yang membabitkan tiga pasukan dari negara tuan rumah dan masing-masing satu dari Ukraine dan Belanda.

Pada pertandingan itu, VI menampilkan lagu-lagu daripada teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) yang digubah bersesuaian dengan rentak pancaragam berkawad.

Pengetua VI, Azizah Othman berkata sekolah itu mengumpul 1,052 mata untuk mengalahkan juara bertahan dari Belanda yang memperolehi 1,039 mata.

"Kejayaan ini membolehkan pancaragam VI membawa pulang trofi kemenangan serta sijil," katanya kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Katanya, ia adalah hasil usaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat dan letih guru, ibu bapa serta pelajar yang terbabit sejak awal tahun ini.

''Ia satu kejayaan bersama kerana tanpanya saya yakin VI tidak mampu menjuarai pertandingan pancaragam yang dianggap antara paling berprestij di dunia masa kini.

''Semua pihak memahami walaupun ada pelajar yang terlibat itu akan menghadapi peperiksaan utama pada hujung tahun ini," katanya.

Pada pertandingan itu, VI diwakili 93 pelajar yang diiringi lima guru pengiring, termasuk Azizah.

Pancaragam VI pernah mewakili negara ke kejohanan tersebut pada 2003, 2005 dan 2006.

UTUSAN MALAYSIA

Natrah, gadis rebutan berdarah 1950 meninggal dunia


KUALA LUMPUR 9 Julai – Bertha Hertogh atau Natrah, nama Islamnya pada satu ketika dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda, semalam.

Beliau meninggal dunia akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr. Fauziah Mohd. Taib menerusi e-mel kepada Bernama hari ini.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam serta bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun begitu, undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.

Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungannya di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Dr. Fauziah berkata, Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya ketika itu.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

“Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya,” kata Dr. Fauziah.

Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan.


– BERNAMA

Syarat Nak Pakai SONGKOK...

Baru melangkah masuk hari pertama ke sidang Dewan Undangan Negeri Selangor selepas dibebaskan dari ISA Mei lalu,ADUN DAP Kota Alam Shah M.Manoharan yang juga aktivis Hindraf sudah mahu tunjuk belang dengan mempersoalkan pemakaian songkok.

Katanya beliau kurang senang melihat Speaker Dewan Negeri Teng Chang Khim (DAP-Sungai Pinang) memakai songkok semasa menjalankan tugasnya pada persidangan itu.

"Saya tengok Tuan Speaker memakai songkok. Saya tidak bersetuju .. kita berjuang atas prinsip bahawa kita tidak akan memakai songkok kerana tidak diiktiraf sebagai Bumiputera," katanya kepada para wartawan.

Manoharan berkata jika bukan Melayu diberikan status Bumiputera, beliau akan menjadi orang pertama memakai songkok dan Baju Melayu kerana ia bukan pakaian keagamaan tetapi pakaian kebangsaan.

Katanya semua rakyat Malaysia perlu berbangga memakai pakaian kebangsaan tetapi buat masa sekarang bukan Melayu tidak berasa bangga untuk memakainya kerana mereka tidak dilayan sebagai Bumiputera.

"Saya tidak akan gunakannya sehingga saya diberi status Bumiputera," katanya.

Katanya status Bumiputera perlu diberi kepada bukan Melayu yang lahir selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

AD - 8/7/2009

Armani wanita pertama dilantik Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara


KUALA LUMPUR: Datuk Armani Mahiruddin hari ini mencatat sejarah apabila menjadi wanita pertama dilantik memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara.

Pelantikan Exco Wanita Umno itu sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara ke11 berlangsung hari ini dengan upacara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Wong Foon Meng.

Pelantikan Armani, yang juga Anggota Dewan Negara sejak 9 Disember 2005 sehingga kini, dicadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Usul pelantikan Armani dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebaik sahaja sidang bermula dan disokong oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom.

Armani, 52, pernah berkhidmat sebagai guru selama 17 tahun bermula dari 1978 sebelum meninggalkan dunia pendidikan pada 1995 untuk berkhidmat sepenuh masa kepada Umno. Ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen, Armani melahirkan rasa terharu di atas pelantikan itu apatah lagi menjadi wakil kaum hawa pertama yang dilantik memegang jawatan kedua tertinggi dalam badan penggubal undang-undang utama negara.

Armani, yang hanya mengetahui mengenai pelantikannya pada pukul 3 petang semalam, mengucapkan terima kasih kepada Najib, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil diatas kepercayaan yang diberikan.

Beliau berkata pelantikannya merupakan satu penghormatan buat kaum wanita di negara ini dan merupakan detik bermakna dalam sejarah negara memandangkan seorang wanita diberi pengiktirafan memegang jawatan penting sekaligus memperkasa kaum wanita.

"Syukur, kebetulan pelantikan ini berlaku pada tahun ini yang mana Parlimen Malaysia menyambut ulang tahun Jubli Emas ke-50, jadi mungkin ini yang dikatakan "tuah ayam nampak di kaki , tuah manusia siapa yang tahu...", katanya.

Armani berkata beliau akan menggunakan pengalamannya sebagai anggota Dewan Negara untuk memberikan khidmat terbaik kepada dewan agar menjadi satu badan perundangan yang dihormati.

Adik kepada bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Juhar Mahiruddin itu mengakui tanggungjawab besar yang bakal digalasnya dan akan menimba ilmu daripada abangnya.

"Tanggungjawab ini memang berat dan saya boleh menimba ilmu dari abang saya, syukur adik beradik dapat rezeki sama..., abang saya turut melahirkan rasa gembira dan ada memberikan ilmu untuk duduk di kerusi itu, " katanya.


BERNAMA

Kes Anwar Tangguh Ke 15 Julai Pula...


Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual bermula pagi ini telah ditangguhkan ke Rabu depan 15 Julai.

Ini kerana peguam utama beliau Suleiman Abdullah sambung cuti sakit. Anwar tiba di mahkamah jam 9 pagi.

Awalnya tak sampai 100 orang penyokong yang hadir di pekarangan mahkamah. Polis ramai berkawal.

Jumlah wartawan yang membuat liputan juga ramai.

Masa Anwar keluar nak balik jam 9.40 pagi ada sekitar 500 orang penyokong berkumpul.

Beliau bercakap sebentar dengan para wartawan. Kebanyakan penyokongnya berpakaian baju atau t- shirt warna hitam atau warna gelap.Semua bersurai tanpa sebarang insiden.Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin beritahu wartawan mereka rancang nak gerakkan rakyat turun secara aman ke jalanan semasa kes ini dibicarakan.

Sebelum ini beliau dakwa pada hari ini 5,000 penyokong akan turun ke mahkamah.

Sementara itu polis menahan seorang lelaki Cina yang cuba menjual CD sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang kecoh tidak lama dulu kepada orang ramai di pekarangan mahkamah.

Dalam pada itu Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee dalam reaksi kepada perkembangan hari ini mendakwa ini semua cubaan untuk lengah-lengahkan kes liwat ini dan menjejaskan kredibiliti mahkamah

AD-8/7/2009

BN mahukan pertandingan yang sihat di Manek Urai : Najib

SEGAMAT - Barisan Nasional (BN) mahukan pertandingan yang sihat di dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, BN dan Pas harus memberikan tumpuan kepada agenda masing-masing yang boleh dibawa kepada pengundi di Manek Urai, dan bukannya kempen yang bertumpu kepada kata-kata kesat dan kutuk mengutuk.

“Ini yang kita nak, pertandingan sihat. Tak usah mengeluarkan kata-kata kesat dan kutuk mengutuk,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Peneroka Felda 2009 di Felda Maokil.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, demikian ketika diajukan soalan bahawa pilihan raya kecil Manek Urai dilihat sebagai lebih sihat.

Bagaimanapun, Najib mengingatkan bahawa ini mungkin berubah apabila kempen pilihan raya menjadi semakin panas.

Ditanya sama ada pertandingan itu lebih sihat berikutan ketiadaan DAP dan Keadilan, beliau berkata: “Manek Urai bukan DAP manakala kehadiran penyokong Keadilan adalah kurang.”

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, BN akan berusaha sedaya upaya bagi memenangi kerusi tersebut tetapi dengan cara yang bersih.

Katanya, calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39, mempunyai latar belakang yang baik dan disukai ramai.

Beliau berkata, BN menjanjikan pembaharuan dan era baru bagi penduduk di Manek Urai.

Tuan Aziz akan bertanding satu lawan satu dengan calon Pas Mohd Fauzi Abdullah, 50.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi tersebut, Ismail Yaacob dari Pas pada 22 Mei akibat sakit jantung.

Ismail telah memenangi kerusi DUN itu dengan menewaskan calon BN Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi pada pilihan raya 2008.

-- BERNAMA

Bukan Mudah Jadi Pemerintah

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Julai - Kekalutan yang melanda pakatan pembangkang sepatutnya memberi kesedaran kepada rakyat untuk menilai perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukan seperti yang sering digambarkan sebelum ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, pakatan pembangkang hanya pandai menuding juri kepada BN dalam sesuatu isu, tetapi apabila menguasai negeri-negeri tertentu barulah mereka rasa bukan mudah untuk memerintah.

"BN telah teruji begitu lama. Pakatan baru setahun jagung memerintah dan sudah nampak kelemahan mereka.

"Bila berada di luar boleh berjanji macam-macam tetapi apabila sudah berkuasa mereka sendiri tidak mampu menunaikan janji-janji yang ditaburkan kepada rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas masalah dalaman yang berlaku antara pakatan pembangkang di Kedah membabitkan Pas dan DAP.

Semalam, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membidas DAP Kedah kerana membuat tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan negeri selain bertindak seolah-olah hanya parti itu sahaja yang berjuang untuk kaum Cina di negeri itu.

Pada masa sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, DAP Kedah mempunyai alasan untuk keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu terutama selepas mereka berasakan kerajaan negeri meminggirkan parti tersebut dalam pentadbiran negeri.

Menurut Hishamuddin, beliau mengakui UMNO dan BN ada kelemahan tetapi ia tidaklah seteruk seperti yang digambarkan oleh pakatan pembangkang.

"Rakyat perlu beri masa kepada UMNO dan BN untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan kami dan pada masa sama terus mentadbir negara seperti yang diharapkan oleh rakyat sekarang," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kelemahan pembangkang semakin ketara apabila satu demi satu isu berbangkit di negeri-negeri yang dikuasai mereka tidak dapat diselesaikan dengan baik.

Katanya, inilah masanya untuk rakyat menjadi juri dan menilai sendiri sejauh mana pakatan pembangkang mampu mengotakan janji-janji mereka pada pilihan raya lalu.

''Baru setahun lebih memerintah dah timbul macam-macam masalah. Lebih daripada itu di kalangan pembangkang sendiri tidak ada keserasian untuk menyelesaikan masalah mereka.

''Yang menjadi mangsa ialah rakyat. Rakyat yang meletakkan harapan kepada pakatan pembangkang ternyata tidak mendapat manfaat daripada undi yang mereka berikan,'' katanya.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, keretakan kerjasama antara Pas dan DAP jelas menunjukkan terdapat perbezaan ideologi, falsafah, matlamat dan perjuangan antara kedua-dua parti tersebut.

Beliau berkata, kerjasama yang dijalin pakatan pembangkang selepas menang di beberapa negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu semata-mata mahu menunjukkan bahawa mereka boleh membela nasib rakyat.

"Disebabkan sifat tamak itu mereka sanggup berpura-pura untuk bekerjasama walaupun mengetahui tidak akan mencapainya.

"Pakatan yang mereka uar-uarkan hanyalah sementara. Kenyataannya mereka tahu mereka jauh berbeza seperti 'langit dan bumi", jelasnya.

Kamarudin berkata, kerjasama antara pakatan pembangkang juga bertujuan mengelirukan rakyat semata-mata.

Realitinya, kata beliau, masing-masing mempunyai perancangan dan tidak pernah sehaluan.

"Sedangkan UMNO dan yang memperjuangkan Islam dan Melayu pun tidak boleh untuk bekerjasama, inikah pula bersama DAP," katanya.

Hanya Dua Calon di Manek Urai - pengundi belum beri 'signal'...

HANYA DUA - Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat akan berentap satu lawan satu dengan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai. Tiada calon bebas tampil sehingga waktu penamaan calon ditutup pagi Isnin.

Tuan Aziz antara lain diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad ke pusat penamaan calon manakala Mohd Fauzi oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Satu hal yang turut menarik perhatian ramai ialah Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa tetap tidak hadir. Sewaktu majlis umum calon PAS baru ini pun beliau tidak hadir.
AD - 6/7/2009

Malaysiaku Gemilang (Merdeka theme song 2007)


Marilah kita semua

Atas nama negara bangsa

Dengan tekad mulia

Maju berwawasan

Mencipta keagungan


Berpadulah kita semua

Di dalam satu suara

Dengan degupan Merdeka

Menjulang budaya bangsa

Untuk Malaysia tercinta


CHORUS:

Malaysiaku gemilang

Merdekanya terbilang

Berdaulat dan makmur

Berjaya kami syukur


Malaysia, kebebasan kedamaian

Malaysia, kebahagiaan kebanggaan

Malaysia, cemerlang terbilang

Malaysiaku gagah gemilang

Bicara kes liwat Anwar kekal di Mahkamah Tinggi


Mahkamah Rayuan di Putrajaya petang Khamis lalu telah menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar kes dakwaan liwatnya dipindahkan kembali ke Mahkamah Sesyen. Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh panel tiga orang hakim. Berikutan keputusan berkenaan maka kesnya akan kekal dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Kes itu dijadualkan mula dibicarakan pada 8 Julai ini.

BABI Punya Pasal..


Demi mempertahankan maruah BABI.. DAP sanggup dan bersedia untuk keluar dari Pakatan Pembangkang..

PR...Retak Menanti Belah


Retak Menanti Belah... Demikian ungkapan yang paling sesuai buat PAKATAN PEMBANGKANG Di Negeri Kedah. Pakatan yang dibuat atas dasar yang tidak IKHLAS dan berbeza fahaman serta idealogi tidak akan dapat bertahan lama.
Kerana tamakkan dan gilakan kuasa, Pakatan yang cuba dipertahankan kini semakin jelas menampakkan keretakan.. Kini slogan Pakatan Rakyat yang selalu diungkapkan mereka tidak lagi relevan. PR kita hanya boleh dilabelkan sebagai PAKATAN RETAK..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers