Photobucket

Faktor Calon Sangat Penting Dalam Menentukan Kemenangan

BN Menang Di Tenang Dengan Majoriti 3,707

LABIS 30 Jan. – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor apabila calonnya, Mohd Azahar Ibrahim mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi.

Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi, manakala Normala 2,992 undi.

N05: TENANG, JOHOR

Jumlah pengundi: 14,753


KEPUTUSAN:

Normala Sudirman (Pas) : 2,992 undi

Mohd Azahar Ibrahim (BN) : 6,699 undi

Jumlah keluar mengundi : 9,833

Peratus mengundi : 67 %

Undi rosak : 142 undi

Majoriti 3,707 undi


Penyandang: Sulaiman Taha (BN)

Undi diperolehi: 6,367

Majoriti: 2,492

BN Semak Pengisytiharan Kekosongan Kerusi DUN Pelabuhan Klang

SUNGAI PETANI 20 Jan. - Barisan Nasional (BN) akan menyemak pengisytiharan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang oleh Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang DUN dalam tempoh enam bulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia penting memandangkan terdapat percanggahan dari segi fakta dan perundangan melibatkan kenyataan Speaker berkenaan dengan Badrul Hisham.

"Nampaknya ada percanggahan sekarang ini dari segi kenyataan Speaker dan wakil rakyat berkenaan.

"Jadi biarlah BN kaji dahulu faktanya sebelum kita buat apa-apa keputusan," katanya.

Najib berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup bersama pemimpin Badan Perhubungan UMNO dan BN Kedah di Kelab Cinta Sayang di sini hari ini.

Semalam, Chang Khim mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan Badrul Hisham menghadiri sidang Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah.

Beliau berkata, keputusan yang berkuat kuasa 16 Januari lalu dibuat setelah wakil rakyat itu tidak menghadiri sidang DUN bermula Julai 2010 hingga Januari tahun ini.

UTUSAN MALAYSIA

Bekas Penolong Pegawai Daerah Rengit, Mohd Azahar Ibrahim....Calon BN Tenang

Namanya tidak masuk langsung dalam senarai yang hangat menjadi bahan spekulasi untuk dipilih sebagai calon Barisan Nasional kawasan Tenang di Labis.

Tan Sri Muhyiddin mengumumkan bekas ADO Rengit yang juga anak kepada bekas Ketua UMNO Bahagian Labis,Datuk Ibrahim Daud yakni Mohd Azahar Ibrahim,39 sebagai calon.

Pengumuman dibuat dalam majlis dekat pejabat UMNO Bahagian Labis petang Rabu.

Menurut Muhyiddin Azahar dipilih berdasarkan kelayakan 'segala segi' yang diharap akan membawa kemenangan besar BN 30 Januari nanti.

Azahar sebelum diumumkan sebagai calon merupakan Penolong Pentadbir Tanah (ADO) Rengit adalah lulusan sarjana muda sains politik Universiti Portsmouth UK.

Menurut Muhyuddin, pengalaman Azahar sebagai bekas ADO akan membantu membangunkan Tenang yang memerlukan lebih banyak pembangunan.

"Dia calon paling popular, banyak pengalaman kerja kerajaan dan NGO,pernah pegang jawatan parti dan dapat sokongan padu dari UMNO bahagian,"katanya dalam sidang media lepas pengumuman calon.

"BN yakin berdasarkan semua faktor positif ini Azahar akan diterima baik oleh pengundi DUN Tenang,"tambah Muhyiddin lagi.

Suami kepada Tuty Roshizana,31 dan bapak kepada tiga ini juga merupakan penasihat PERKIM Rengit.

agenda daily -19/1/2011

ADUN Merlimau Meninggal Dunia Jam 8.10 Malam


AL-FATIHAH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional kawasan Merlimau,Jasin Melaka Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan yang kritikal sejak petang Khamis akibat serangan jantung meninggal dunia jam 8.10 malam.
Pegawai kepada Ketua Menteri Melaka, mengesahkan Exco berkenaan meninggal di ICU,Hospital Putra Melaka.Jenazah Allahyarham dijadualkan dikebumikan di Kampung Tersusun, Lipat Kajang, Merlimau sebelum solat Jumaat, esok Pada Pilihanraya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon PAS, Jasme Topang dengan majoriti 2,154 undi.DUN Merlimau mempunyai 10,471 pengundi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers