Photobucket

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)



Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) merupakan suatu Skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa. Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewangan terlibat.

Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 daripada institusi kewangan terlibat untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)*, dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.


Syarat Kelayakan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) :

1.Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun

2.Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000

3.Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman

4.Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank

5.Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:
. Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
. ASB Sejahtera; dan
. ASW 2020 Bandar

6.Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000

7.Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah

8.Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:
. Bumiputera – 50%;
. Cina – 30%;
. India – 15%; dan
. Lain-lain – 5%

9.Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman

10.Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja


Dokumen Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)

Dokumen Utama :
. Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
. Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
. Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
. Borang Pelaburan Tambahan ASNB 21
. Borang Jualan Balik ASNB 31
. Borang Pembaharuan Buku Pelaburan BS3
. Penyata Pendedahan Risiko/ Risk Disclosure Statement (RDS)

Dokumen Sokongan :
. Kad Pengenalan asal pemohon dan 2 salinan
. Kad Pengenalan asal pasangan (jika berkenaan), dan 1 salinan
. Dokumen Pengesahan Pendapatan
. Bagi Pemohon dan/atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini
ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan.
. Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank,
perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan
diguna pakai.

* BPPSARA1M MESTI ditandatangani di hadapan seorang SAKSI – sama ada Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen

J E M P U T A N

Gong Xi Fa Cai.. Selamat Tahun Baru Cina..


Di kesempatan ini, saya sebagai rakayat 1Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat semua rakan berbangsa Cina di seluruh Malaysia.. Gong Xi Fa Cai..

-Salam 1Malaysia-

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2012

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Bagi Tahun 2012 bakal diadakan pada 28hb Januari 2012 di Sitiawan, Perak.

Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan ini bakal dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Hj. Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak.

Selain itu, majlis tersebut juga bakal dihadiri oleh pemimpin MCA, Barisan Menteri Kabinet dan Kepimpinan Barisan Nasional bagi meraikan anggaran 40,000 ke 50,000 pengunjung.

Para pengunjung yang hadir bakal disajikan persembahan dari artis tempatan dan antarabangsa.

Majlis dijangka bermula jam 6.00 petang dan dijangkakan akan berakhir sekitar jam 11.00 malam.

Orang yang berada di sekitar Sitiawan adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.


-Salam 1Malaysia-

Tun M Terajui Populariti Ahli Politik Paling Berpengaruh Dalam Facebook

DS Najib Terajui Populariti Ahli Politik Di Malaysia - (Twitter)

THE DUKE'S BLOG: GEMPARRR..!!! KAN AKU DAH CAKAP..KORANG TAK CAYA.....

THE DUKE'S BLOG: GEMPARRR..!!! KAN AKU DAH CAKAP..KORANG TAK CAYA.....: Sebelum ni, aku dah cakap tentang kebarangkalian Khalid Gagap akan take over port folio Hal Ehwal Agama Islam yang ditinggalkan Hasan Ali. ...

Ada Parasit Dalam PAS???

Azwan Ali Dah Bertaubat.. Azmin Ali Bila Nak Bertaubat???

901 : Amy Search Seru Peminat Tidak Terlibat.

"Rock n Roll itu mencintai keamanan.
Semoga peminat2ku menjauhi Perhimpunan 901”

Demikian pesan penyanyi rock terkenal itu di dalam twitternya.

Pesanan tersebut adalah merujuk kepada himpunan 'BEBASKAN ANWAR' yang dirancang pihak tertentu pada 9 hb Januari nanti.

Amy yang cintakan keamanan berharap agar peminatnya tidak menyertai dan terlibat dalam himpunan tersebut.

P.E.A.C.E !!

Afdlin Jawab Isu Pilih Perjuang UMNO

Mungkin ramai yang tidak faham dan tertanya-tanya mengapa pelawak dan artis serba boleh sehebat Afdlin Shauki secara tiba-tiba mengumumkan sokongan terhadap parti politik dengan menyertai UMNO baru-baru ini.

Mungkin ada yang menganggap Afdlin sebagai bodoh kerana mengumumkan pendiriannya memberi sokongan politik kepada UMNO dan mengutuk beliau dengan pelbagai perkataan kesat serta mula memburuk-buruknya imejnya meskipun mereka sangat berminat dengan lawak jenakanya.

Menyedari hakikat itu, Afdlin Shauki sudah bersedia lebih awal dengan jawapan yang cukup hebat dan bernas kepada segelintir golongan partisan yang taksub kepada politik jumud tersebut.

Melalui laman Facebook miliknya, Afdlin menyuarakan secara rasional tentang pendirian politiknya itu dan tidak gentar untuk berhadapan dengan suara-suara sumbang peminat yang seolah-olah tidak dapat menerima hakikat tersebut.

Berikut adalah kenyataan penuh Afdlin Shauki Akhsan, 40, yang dipetik dari laman Facebook beliau dan ditulis di dalam bahasa Inggeris yang sangat mudah untuk difahami oleh semua golongan peminat;

Assalammualaikum

Hi guys, My name is Afdlin Shauki, I am a Malaysian who loves his country just like you, I am a film director, a writer, an actor, a comedian by profession, a father, a husband and a son. I have worked for over 20 years in the entertainment industry and although I was trained as an architect, I decided to join the entertainment industry because it is about making people happy, about making people open their minds to the infinite possibilities that life has to offer through one’s creative endeavors. In a time when there are so many things to frown upon, the arts provide some form of balance to our emotions.

I think over the 20 years, there have been millions of children, teenagers, adults and warga emas who I have entertained and have given at least a brief respite from their hectic daily life. The funny thing is, all this while, I have been an UMNO supporter but nobody cared because nobody knew. My question is that, now I have become an UMNO member, does that suddenly make me an evil person? Does that make me different from whom I was before? Is it wrong to have a point of view?

I am a person who has always spoken my mind, and through my body of work, I have made known things which are important to me.

Have I pissed the government off before? I’m not sure, but I probably have when I did my political comedy satire shows before. I also did the music video ‘UNDILAH’ which was banned by the government for being too political, even my Datin Maimon is taken to be a parody of the first lady, eventhough that is purely coincidental. My father in-law is from the opposition party in Sabah. A lot of my friends in the arts are very vocal supporters of the opposition, but political differences aside, we are still friends and family because at the end of the day we are Malaysians and want the very best for Malaysia.

I know a lot of you are asking why I decided to join UMNO, why now?

Does it really matter?

Those of you who have made up your mind that you do not like me anymore, have already set your thoughts and have judged me. Suddenly I have become unlikeable, even though essentially I have not changed.

For those who genuinely want to know, the reason is that I believe in their mission and ideology, I believe that they are genuine in wanting to have a cleaner more progressive government, genuine in wanting to see us all safe and to prosper. There will always be a few bad hats in any party but the point is that UMNO wants to clean up their act because they know in order to be the people’s choice once again, they have to make that change. I want to be a part of that. I believe in 1 Malaysia, all my films have always had those elements within. I believe positivity begets positivity, the current government isn’t perfect, nor do they claim to be, but if they are genuine in wanting to transform themselves into a better government, then I’m all for it. If there is something that I disagree about with regards to what the party is doing then I will voice it out to the powers that be. Because as a member it is my right to help the party become better.

As a person what I want in life is peace and a chance for all of us to live our lives to the fullest. A place for my children to be able to grow and live safely.

I am still Afdlin Shauki. I am now an UMNO member, but i believe it’s ok to have different political views and still be friends. I am still a social commentator through my art and I will stand and fight for any fellow Malaysians in need, regardless what party they belong to.

Haters will hate everything regardless. Positive people look at situations as possibilities. I am not becoming a politician but now you know my political views. I am still an artiste who will keep on doing his work. To entertain everyone, regardless.

To those who are going to end their relationship with me, I wish you well and all the best in everything you do. To those who might not like the idea but respect my right as a Malaysian too choose, I thank you. To new friends, welcome to the life of Afdlin Shauki… never a dull moment hahaha…. Boboi selalu bikin panassss!

Lastly to everyone:
Don’t judge me for my political inclinations, judge me for the work i have done for my society. But even if you do, it is your right.

Power to the people.
Assalammualaikum.

Afdlin Shauki

901 : Demonstrasi Bebaskan Anwar HARAM?

901 : Tindakan Undang-Undang Perlu Dilaksana

SMM ?

SELAMAT TAHUN BARU

Assalamualaikum... Dan Selamat Tahun Baru...

Rasanya Masih Belum Terlambat Untuk AM Ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 Buat Semua Rakan-Rakan Pembaca Dan Pengunjung Blog Ini..

Semoga Tahun Ini Lebih Baik Dan Lebih Bermakna Dari Tahun Lepas.. Selamat Maju Jaya Buat Semua..!!

901 : Beri Kesan Buruk Kepada Golongan Muda

SHAH ALAM: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, menolak perhimpunan haram 'Bebaskan Anwar 901' Isnin ini ini dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata, ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

"Jika semua pihak termasuk golongan pelajar dan muda turun pada hari itu ia akan memberikan implikasi tidak baik, lebih-lebih lagi apabila mereka sedang berdepan dengan peperiksaan akhir.

"Saya tidak akan hadir dan saya nasihatkan anak-anak saya dan mahasiswa khususnya supaya tidak hadir dan berikan tumpuan pada peperiksaan akhir supaya menjadi generasi pelapis yang lebih gemilang," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hasan berkata, semua pihak termasuk pemimpin yang terbabit harus memikirkan sedalam-dalamnya perkara itu kerana ia memberikan kesan bukan sahaja kepada negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada tarikh berkenaan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu.

Hasan berkata, perbicaraan itu sudah berlangsung lebih tiga tahun dan Anwar sudah diberikan ruang dan peluang yang sepatutnya oleh mahkamah.

Beliau turut membidas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman, yang katanya membuat kenyataan dengan membelakangkan pemimpin PAS Pusat berhubung pendirian parti itu mengenai perhimpunan haram yang akan diadakan itu.

Abdul Rani, dalam laporan akhbar semalam dipetik sebagai berkata PAS Selangor menyokong 'Kempen Bebaskan Anwar 901' dan mengajak ahlinya menyertai perhimpunan itu dengan alasan ia adalah hak asasi mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers