52 hari sudah berlalu...tanpa sebarang jawapan maupun sebutir serpihan MH370 ditemui di kawasan tumpuan carian di Selatan Lautan Hindi.
Kalau nak kira siapa saja boleh patah semangat.Namun Perdana Menteri Australia Tony Abbott nampaknya terus bersemangat dan berikrar untuk memberi jawapan kepada misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200 MAS itu.
Katanya bukan sahaja keluarga malah satu dunia serta industri penerbangan inginkan jawapan apa sebenarnya terjadi.
Kata Abbott Australia tidak berhajat untuk mengecewakan harapan mereka mendapatkan jawapan itu.
Beliau menegaskan pendirian berkenaan dalam sidang akhbar bersama Pengarah JACC,Angus Houston di Canberra Isnin semasa mengumumkan pencarian MH370 akan memasuki fasa baru.
Di bawah fasa baru ini tumpuan penuh diberikan pada carian di bawah dasar laut menerusi pengunaan alat penyelam AUV milik swasta.
Pencarian menerusi udara akan dihentikan.
Abbott kata besar kemungkinan serpihan tidak akan dapat ditemui di permukaan laut lagi.
Katanya syarikat-syarikat swasta berkenaan sedang dikenalpasti dan akan diputuskan dalam masa terdekat.
Beliau menganggarkan kos pengunaan khdimat AUV swasta untuk pencarian berkenaan ialah AUD60 juta atau sekitar RM180 juta.
Perdana Menteri Australia itu membayangkan pembiayaan kos berkenaan mungkin dikongsi bersama oleh negara-negara terlibat.
Menurut beliau pencarian yang dijangka memakan masa enam kem lapan bulan itu akan meliputim kawasan seleuas hampir 60,000 kilomiter persegi.
Abbott berkata adalah amat mengecewakan semua pencarian menerusi udara dan bawah dasar laut setakat ini tidak menemui sebarang serpihan MH370.
Apapun katanya pasukan pencari tetap yakin MH370 berada di lokasi tumpuan carian sekarang.
Katanya mereka sangat yakin berdasarkan berdasarkan bunyi ping yang dikesan oleh kapal Ocean Field.
Angus pula memberitahu bunyi ping yang dikesan itu adalah sama yang biasanya dipancarkan oleh kotak hitam pesawat.
Setakat ini alat penyelam Bluefin-21 milik tentera Amerika telah melakukan misi carian bawah laut ke 16.
0 comments:
Post a Comment