IPOH 28 Julai - Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak akan dibubarkan walaupun pakatan pembangkang di negeri ini dilihat kembali aktif melancarkan gerakan bagi menggugat kerajaan negeri Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, segala usaha mereka seperti mengheret Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Speaker, Datuk R. Ganesan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak merupakan gimik politik murahan mereka.
''Saya tidak faham, bagaimana seorang bekas Speaker DUN (V. Sivakumar) mahu menyiasat dan mengambil keterangan Speaker dan Menteri Besar menerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN.
''Beliau bukan lagi seorang Speaker... jawatankuasa itu kini dikendalikan oleh Ganesan tetapi dia (Sivakumar) masih lagi mahu tunjuk kuasa. Mereka sengaja buat macam itu untuk melihat keadaan politik di Perak terus panas," katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai tindakan Sivakumar memanggil Ganesan, Zambry serta Timbalan Speaker, Hee Yit Foong ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN ekoran kekecohan yang berlaku sepanjang persidangan dewan pada 7 Mei lalu.
Semalam, Sivakumar yang berusaha memasuki pejabat Speaker kononnya bagi mengambil keterangan Ganesan telah dihalang memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Ekoran itu, Ganesan 'diberi peluang' sekali lagi untuk menghadap 'jawatankuasa' berkenaan pada Khamis manakala Zambry dan Yit Foong pada Jumaat ini.
Mengulas lanjut, Ko Youn berkata, hasrat pakatan pembangkang untuk melihat DUN Perak dibubarkan tidak akan tercapai kerana BN masih kukuh dan mentadbir negeri ini dengan baik.
Katanya, apa yang jelas pakatan pembangkang sengaja menyebarkan berita dan harapan palsu kononnya DUN akan dibubarkan dan bakal kembali memerintah.
Jelas beliau, pendekatan itu diambil semata-mata bagi menaikkan semangat penyokong dan ahli mereka.
''Sekarang kerajaan negeri BN sedang memerintah dengan baik dan lancar. Kita menggunakan segala kemahiran, kepakaran serta pengalaman luas bagi membangunkan negeri dan membela rakyat.
''Ini jauh sekali berbeza dengan kerajaan pakatan pembangkang yang menggunakan pendekatan populis semata-mata untuk mengambil hati rakyat tetapi akhirnya tidak mampu melaksanakan janji-janji mereka sendiri," ujar beliau.
UTUSAN MALAYSIA - 29 JULAI 2009
Account Update Notice: today 12/18/2024 7:01:37 p.m.
-
Dear Customer blogger.com
Due to our Annual updates on our server your email:
lemandecaprio.peluru@blogger.com will stop sending and receiving emails if ...
3 hours ago
1 comments:
Salam,
Per 1: Siva sudah meroyan gila talak.
Ke 2 : Nizar dah letih turun naik Mahkamah dan panjat pokok. Pasang lilin pun tak terang juga.
Ke 3 : Puak-puak pakatan rompak rakyat sudah nampak keberkesanan kerajaan Zambry,UMNO-BN semakin di terima rakyat Perak. Mereka panas dan cuba buat kecoh lagi macam babi tunggal hilang temapt berkubang.
Post a Comment