Ini Betul–Betul Kes ‘GILA TALAK’…
Pagi Isnin lalu cuba buat hal.Pagi Khamis pun cuba sekali lagi nak masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh bagi mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak itu di kamar Yang Dipertua DUN.
Itulah aksi bekas Speaker V. Sivakumar, yang juga ADUN DAP Tronoh bersama-sama bekas anggota jawatankuasa itu ADUN Selingsing Husin Din (PAS), Chan Ming Kai (Simpang Pulai-PKR), Loke Chee Yan (Kepayang-DAP), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi-DAP) dan , Sum Cheok Leng (Bercham-DAP) mulai jam 10 pagi.
.
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Khidmat Pengurusan), Shamshuzaman Sulaiman menemui Sivakumar di pintu masuk bangunan itu memaklumkan arahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Dr Abdul Rahman Hashim yang mengatakan mesyuarat itu tidak boleh dijalankan kerana jawatankuasa berkenaan tidak sah dan sudah tidak lagi relevan.
Mereka bagaimanapun bikin kecoh dan cuba merempuh masuk hingga pihak polis terpaksa bertindak menyekat mereka.
Dalam cubaan untuk memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan itu mereka turut memberi alasan untuk minum di kantin selain ingin ke tandas .
Kumpulan ADUN pembangkang yang diketuai Sivakumar akhirnya bersurai pada pukul 11.30 pagi.
Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri menjelaskan jawatankuasayang sebelum ini dipengerusikan oleh Sivakumar itu tidak boleh mengadakan mesyuaratnya kerana jawatankuasa tersebut tidak lagi sah ketika ini.
Katanya ini kerana keanggotaan jawatankuasa itu adalah sah untuk satu penggal sahaja dan keanggotaan jawatankuasa berkenaan gugur dengan sendirinya apabila DUN memasuki penggal berikutnya.
"Oleh kerana Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan yang bersidang pada 7 Mei lepas telahpun membuat pelantikan baru bagi jawatankuasa itu, maka keanggotaan jawatankuasa yang dipengerusikan Sivakumar mulai Penggal Pertama Dewan sudah tidak lagi sah," katanya.
Beliau berkata persidangan DUN 7 Mei lepas telah melantik Speaker Datuk R. Ganesan sebagai pengerusi baru Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan dianggotai oleh ADUN Temengor Datuk Hasbullah Osman, Datuk Rusnah Kassim (Hulu Kinta), Datuk Mohd Khusairi Abdul Mutalib (Slim), Datuk Nasarudin Hashim (Bota) dan Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah).
"ADUN Tebing Tinggi dari DAP Ong Boon Piow turut dilantik menganggotai jawatankuasa berkenaan melalui usul yang telah dikemukakan oleh ADUN Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman dan disokong oleh ADUN Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad," katanya.
Sivakumar dan kumpulannya hendak mengadakan mesyuarat untuk membincangkan mengenai pelucutan jawatannya sebagai Speaker pada sidang DUN, 7 Mei lepas yang didakwanya dilakukan melalui 'sub-dewan' dalam DUN yang dianggap tiada dalam perundangan serta tindakan Ganesan mengarahkan polis memasuki sidang DUN untuk mengeluarkannya daripada dewan persidangan.
AD - 30/7/2009
Account Update Notice: today 12/18/2024 7:01:37 p.m.
-
Dear Customer blogger.com
Due to our Annual updates on our server your email:
lemandecaprio.peluru@blogger.com will stop sending and receiving emails if ...
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment