Photobucket

ADUN Johol Meninggal Dunia


ADUN Johol, Negeri Sembilan, Datuk Roslan Md Yusof, meninggal dunia jam 4 pagi tadi di di Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah dipercayai akibat komplikasi paru-paru.

Allahyarham, yang berusia 58 tahun, dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas mengadu sesak nafas semalam.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Zawayah Marzuki, 53, dan lapan orang anak, tiga lelaki dan lima perempuan berumur 28 hingga 17 tahun.

Roslan, seorang bekas guru yang mewakili BN mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol pada pilihan raya umum 2004.

Pada pilihan raya umum 2008, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah itu mengalahkan calon PAS, Kamarudin Md Tahir dengan majoriti 1,263 undi.

Tidak ada pilihan raya kecil akan diadakan kerana Dewan Undangan Negeri telah melalui tempoh dua pertiga daripada penggalnya. Maka, kekosongan kerusi di Johol hanya akan diisi pada pilihan raya umum akan datang.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers