Photobucket

Belanjawan Pembangkang Untuk Tarik Undi

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Belanjawan bayangan yang diumumkan pembangkang semalam hanya bersifat populis bertujuan meraih undi rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Penganalisis politik, Prof. Madya Dr. P. Sivamurugan berkata, belanjawan tersebut juga merupakan belanjawan yang meletakkan angka dan nilai besar bukan pada tempat sepatutnya.

"Ia seolah-olah mahu memberi apa sahaja secara tidak rasional dan praktikal serta tidak berdasarkan kedudukan kewangan sehingga boleh mengakibatkan kesan buruk kepada masyarakat dan negara.

"Persoalannya, apakah tujuan sebenar pembangkang mengenai belanjawan ini? Adakah hanya untuk meraih undi sehinggakan bersedia membenarkan negara menanggung beban besar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai belanjawan bayangan yang dikemukakan oleh pembangkang tiga hari sebelum kerajaan membentangkan Belanjawan 2012 Jumaat ini.

Tambah Sivamurugan, belanjawan pembangkang itu dilihat akan membantutkan usaha negara menjadi negara maju.

"Pengumuman awal yang dibuat juga bagi menunjukkan seolah-olah mereka lebih baik daripada kerajaan. Sepatutnya, pembangkang mendengar dahulu belanjawan yang akan diumumkan dan membahaskan jika terdapat sebarang cadangan atau bantahan.

"Rakyat diharap tidak terpedaya dengan nilai-nilai besar yang dijanjikan dalam belanjawan itu dan saya juga tidak melihat di mana kesejahteraan yang mereka katakan itu," ujarnya.

UTUSAN MALAYSIA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers