Photobucket

ASPIRASI Anjur Jelajah Aman Kampus, Tolak Cubaan Pesongkan Mahasiswa



Program anjuran Aspirasi ini turut mendapat sokongan daripada berbagai-bagai NGO termasuk Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia, Gagasan Pelajar India 1Malaysia.

Program selama tiga minggu yang akan menjelajah ke-20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan lima institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu adalah bersandarkan kepada empat asas utama.

Pertama, bagi memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di kampus sentiasa dipelihara agar penekanan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri serta akademik dapat direalisasikan.

Kedua, bagi menyuntik semangat patriotik kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan.

Ketiga, menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat member impak terhadap sosiopolitik negara serta pembangunan intelek mahasiswa.

Keempat, untuk menterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tanda tangan mahasiswa serta warga kampus.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers