Photobucket

Melayu..Ahli UMNO Tak Daftar Pemilih??


Kes Berat... 400,000 Ahli UMNO Belum Daftar Sebagai Pengundi


Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan hampir 400,000 ahli UMNO belum mendaftar sebagai pengundi.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut kata beliau, kini pihaknya menubuh gerakan khas di peringkat Ibu Pejabat UMNO untuk mengesan ahli-ahli yang belum mendaftar tersebut.

"Gerakan khas ini kita tubuh hendak kesan mereka, tapi bukan senang, ada di antaranya yang sudah berpindah dari alamat yang diberikan sebelum ini," kata beliau dalam sidang media sempena pelancaran konvoi Aman Kampus Kembara Mahasiswa di Putrajaya pagi Isnin.

Beliau sebelum itu menjawab soalan wartawan yang bertanyakan mengenai pengumuman SPR baru-baru ini bahawa ramai pengundi Melayu yang layak belum mendaftar sebagai pengundi.

Menurut Tengku Adnan, sebagai parti politik, UMNO dan Barisan Nasional sudah berusaha mendaftarkan sebanyak mungkin pengundi tetapi tidak mengetahui maklumat terkini mengenai kaum mana yang paling banyak belum daftar.

"Itu kerja SPR, kita tak tahu, yang kita tahu berapa yang sudah berdaftar, macam di Selangor, kita dapat ada 400 ribu pengundi kali pertama yang baru berdaftar," katanya.
UMNO merupakan parti politik Melayu dengan jumlah keahlian paling besar iaitu mencecah 3.4 juta orang selepas program pemutihan ahli diadakan dua tahun lalu.

Proses pemutihan sebelum ini membabitkan ahli yang dikeluarkan kerana tidak dapat dikesan dan meninggal dunia.

Sebelum itu, ketika berucap merasmikan program konvoi Aman Kampus Jelajah Mahasiswa, Tengku Adnan berkata sebagai golongan pandai dan harapan negara, mahasiswa seharusnya bijak berfikir dan membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan sesuatu perkara secara keterlaluan.

"Bila kita dirasuk atau diracuni pemikiran sehingga kadang-kala kita tidak ada timbangtara langsung. Jadi kita mesti gunakan akal kita untuk membuat timbangtara sebab mahasiswa nak idealisme-idealisme yang tertentu tetapi kita juga mesti gunakan akal kita untuk membuat apa yang kita patut hendak buat," katanya.

Beliau berkata tindak tanduk mahasiswa yang keterlaluan juga tidak sama sekali menjejaskan nama baik universiti dan ketenteramaan awam negara ini.

Katanya sebagai kerajaan yang prihatin dan utamakan kebajikan rakyat, kerajaan sedia mendengar ketidakpuasan, rungutan, cadangan dan idea mahasiswa serta melakukan penambahbaikan sekiranya perlu.

Dalam pada itu, Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya berkata pembangkang telah mewujudkan satu unit tindakan daerah di seluruh negara bagi meracuni fikiran dan memecah belahkan rakyat.

"Mereka ini diasuh oleh orang tertentu untuk memecah belahkan masyarakat. Mereka masuk dalam kawasan tertentu iaitu kawasan sasaran yang mereka menang nanti dan mereka akan racun pemikiran rakyat," katanya.


AGENDA DAILY - 6-2-2012

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers