Photobucket

#VIDEO - GADUH ANTARA UNIT AMAL DAN SAMM Dalam Himpunan #BantahGST

#VIDEO : Macai #BantahGST - Adakah Mereka Faham Tentang #GST??

Carian #MH370 Masuk Fasa Baru..Penumpuan Bawah Laut Sahaja..

52 hari sudah berlalu...tanpa sebarang jawapan maupun sebutir serpihan MH370 ditemui di kawasan tumpuan carian di Selatan Lautan Hindi.

Kalau nak kira siapa saja boleh patah semangat.Namun Perdana Menteri Australia Tony Abbott nampaknya terus bersemangat dan berikrar untuk memberi jawapan kepada misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200 MAS itu.

Katanya bukan sahaja keluarga malah satu dunia serta industri penerbangan inginkan jawapan apa sebenarnya terjadi.

Kata Abbott Australia tidak berhajat untuk mengecewakan harapan mereka mendapatkan jawapan itu.

Beliau menegaskan pendirian berkenaan dalam sidang akhbar bersama Pengarah JACC,Angus Houston di Canberra Isnin semasa mengumumkan pencarian MH370 akan memasuki fasa baru.

Di bawah fasa baru ini tumpuan penuh diberikan pada carian di bawah dasar laut  menerusi pengunaan alat penyelam AUV milik swasta.

Pencarian menerusi udara akan dihentikan.

Abbott kata besar kemungkinan serpihan tidak akan dapat ditemui di permukaan laut lagi.

Katanya syarikat-syarikat swasta berkenaan sedang dikenalpasti dan akan diputuskan dalam masa terdekat.

Beliau menganggarkan kos pengunaan khdimat AUV swasta untuk pencarian berkenaan ialah AUD60 juta atau sekitar RM180 juta.

Perdana Menteri Australia itu membayangkan pembiayaan  kos berkenaan mungkin dikongsi bersama oleh negara-negara terlibat.

Menurut beliau pencarian yang dijangka memakan masa enam kem lapan bulan itu akan meliputim kawasan seleuas hampir 60,000 kilomiter persegi.

Abbott berkata adalah amat mengecewakan semua pencarian menerusi udara dan bawah dasar laut setakat ini tidak menemui sebarang serpihan MH370.

Apapun katanya pasukan pencari tetap yakin MH370 berada di lokasi tumpuan carian sekarang.

Katanya mereka sangat yakin berdasarkan berdasarkan bunyi ping yang dikesan oleh kapal Ocean Field.

Angus pula memberitahu bunyi ping yang dikesan itu adalah sama yang biasanya dipancarkan oleh kotak hitam pesawat.

Setakat ini alat penyelam Bluefin-21 milik tentera Amerika telah melakukan misi carian bawah laut ke 16.


#VIDEO : BONGKAR! Menipu Rakyat Satu Strategi - ANWAR

#VIDEO : Jawapan Najib Kepada Dunia Mengenai Kes Anwar

AMK Tidak Setuju Desakan DAP Supaya PAS Keluar Pakatan Jika Laksana Hudud


JASIN, 27 April (Bernama) -- Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menyatakan pendiriannya untuk tidak bersetuju dengan desakan DAP supaya PAS keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata sebagai cabang muda dalam PKR dan pakatan itu, AMK tidak akan bersetuju terhadap desakan mana-mana pihak terutamanya rakan dalam pakatan pembangkang untuk mengeluarkan mana-mana parti daripada pakatan tersebut tanpa sebab kukuh.

Bagaimanapun, Pengerusi PKR Negeri Melaka itu berkata AMK memahami hasrat dan kemarahan yang ditunjukkan pemimpin DAP berkaitan isu hudud dan menegaskan isu itu perlu diselesaikan secara muafakat bersama pimpinan pakatan pembangkang.

Beliau ditemui pemberita selepas mengundi di Taman Bemban Utama di sini hari ini untuk menentukan kepimpinan PKR bagi penggal 2014 hingga 2017 dan beliau turut bertanding bagi jawatan naib presiden.

PAS Kelantan melalui anggota Parlimennya merancang untuk membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember ini.

Pada Jumaat lepas Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Loke Siew Fook dilaporkan sebagai berkata PAS perlu berundur daripada pakatan itu jika bertegas untuk tetap dengan keputusannya berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan.

BERNAMA

Tun M - BN perlu bertanding PRK Bukit Gelugor


Barisan Nasional (BN) perlu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang walaupun peluang untuk menang tipis, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, soal turun bertanding perlu menjadi keutamaan, bukan faktor menang atau kalah.

"Di PRK Sungai Limau (Kedah) lepas macam itu juga, ramai yang kata BN tidak perlu letak calon sebab PAS tetap akan menang, tetapi BN tetap bertanding.

"Soal utama adalah pertandingan untuk menunjukkan sekurang-kurangnya ada orang yang tidak bersetuju walaupun kalah," katanya selepas melancarkan buku 'Saya, SPR dan Pilihan Raya' tulisan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar di Kuala Lumpur, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas pandangan beberapa pihak yang menyifatkan BN pasti tewas pada PRK Bukit Gelugor, dan oleh itu tidak perlu meletakkan calon.

Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh daripada DAP pada 17 April lalu akibat nahas jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak.

Dalam Pilihan Raya Umum pada Mei 2013, Karpal menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon MCA, Teh Beng Yeam.


SPR menetapkan 25 Mei sebagai tarikh pengundian PRK Bukit Gelugor dengan penamaan calon pada 12 Mei. Pengundian awal dijadualkan pada 21 Mei. – Bernama, 25 April, 2014.

Malaysian Insider

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Karpal Singh


KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Pengerusi DAP dan Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh yang maut dalam kemalangan, pada awal pagi.

Najib berkata beliau mendengar berita mengenai kematian Karpal, setibanya beliau di Ankara bagi memulakan lawatan rasmi ke Turki.

"Saya baru sahaja mendarat di Ankara apabila saya mendengar berita bahawa YB Karpal Singh meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

"Takziah saya kepada keluarga," kata Perdana Menteri dalam mesej Twitternya.

Lawatan Najib ke Turki adalah atas jemputan rakan sejawatan beliau, Recep Tayyip Erdogan.

Turut terbunuh dalam kemalangan pada 1.10 pagi di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar itu ialah pembantu peribadi Karpal, Michael Cornelius, 40-an.

Menurut polis, kenderaan Toyota Alphard MPV yang dinaiki Karpal, 74, dan empat orang lain dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek.

Lori berkenaan dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara lebuhraya berkenaan memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

BERNAMA

#VIDEO : Menteri Kewangan Kedua Cadangkan Usul GST

Aspirasi Bangsa: Syabas PDRM!! Reman terhadap syed ahmad saifullah ...

Aspirasi Bangsa: Syabas PDRM!! Reman terhadap syed ahmad saifullah ...: Berikutan laporan polis terhadap pemilik akaun facebook yang menunjukkan gambar cebisan daging dan terdapat wajah datin seri rosmah mans...

SEMUT HITAM: "PESTA BUIH PKR", TIGA BAKAL TARIK DIRI???

SEMUT HITAM: "PESTA BUIH PKR", TIGA BAKAL TARIK DIRI???: Azmin Ali, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka kekal dalam senarai calon bagi merebut jawatan Tim...

#BR1M2014 Mengikut Syariat Islam


Pilih Calon BN #PRKkajang


Posted via Blogaway

Pilih Calon BN #PRKkajang


#BaucerRM35 : Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Program Baucer Kerja RM35 Sehari.

Kerajaan hari ini telah mengumumkan satu program khas membantu golongan Miskin Bandar memperoleh bantuan melalui Baucer Kerja yang memperuntukan RM35.00 setiap hari yang akan diselia oleh Kementerian Sumber Manusia melalui Portal eKasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Golongan yang layak memperoleh bantuan ini haruslah berstatus Miskin Bandar dan telah berdaftar dengan JKM melalui Borang Bertulis ataupun melalui dalam talian (online) di Portal eKasih yang diselia oleh JKM sendiri. Cara untuk melayakan penerimaan Baucer Kerja ini adalah seperti berikut. Terdapat beberapa syarat.

Syarat Kelayakan Program Baucar Kerja 2014

Individu berpendapatan bawah RM 3,000
Menetap di kawasan bandar
Golongan bekerja (harus dapatkan pekerjaan sambilan sebelum memohon)
Golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, orang asli dan pelajar keciciran.
Golongan miskin yang tersenarai dibawah pangkalan data keluarga miskin menerusi laman e-kasih
Cara Memohon Bantuan Baucer Kerja RM35 Sehari

Individu yang layak perlu tersenarai dalam golongan miskin menerusi pangkalan data laman e-kasih. Bagi yang layak, sila laporkan kemiskinan menerusi laman Borang Ekasih Kebajikan Masyarakat.

Hanya yang benar-benar layak sahaja terpilih.

Cara Manual Pendaftaran Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari

1. Individu yang ingin mendaftar ekasih boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN), Focus Group Negeri atau Focus Group Daerah.

2. Bagi agensi di peringkat negeri, ID pendaftaran eKasih boleh dipohon melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN), manakala agensi di peringkat persekutuan, boleh memohon terus dengan Ibu Pejabat ICU JPM.

Keputusan Permohonan Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari

Individu yang layak akan dihubungi secara terus oleh pihak Kementerian Sumber Manusia.

Kriteria Pemilihan Bantuan Baucar Kerja

Khusus bagi individu yang tersenarai dibawah golongan miskin bandar
Mempunyai maklumat data kemiskinan menerusi portal ekasih (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
Hanya yang benar-benar layak sahaja terpilih
Tarikh Pelancaran Program Baucar Kerja 2014

Program Baucar Kerja 2014 akan dilancarkan mulai April 2014 untuk 100 individu perintis

#VIDEO Kebiadapan @teresakok Sempena Tahun Baru Cina. #DAPbiadap #biaDAP

#VIDEO : - "Kalau Berani Saman, Saya Tunggu Awak" - Bekas Pembantu Peribadi @TeresaKok #BiaDAP #DAPbiadap

KADAR TOL KEKAL : Tiada Kenaikan - TPM



PUTRAJAYA 5 Feb. - Kadar tol di semua lebuh raya di negara ini tidak akan dinaikkan sehingga hujung tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, keputusan tersebut dipersetujui oleh Jemaah Menteri selari dengan hasrat kerajaan untuk tidak membebankan pengguna dengan kenaikan harga tol.

“Ada syarikat konsesi yang telah mengemukakan di bawah Kementerian Kerja Raya untuk menaikkan kadar tol mengikut perjanjian, (tetapi) kita putuskan tol tidak dinaikkan dan ini selari dengan hasrat kita untuk tidak membebankan pengguna.

‘‘Walau bagaimanapun, kita perlu menampung jumlah ganti rugi kepada syarikat konsesi terlibat melibatkan kos lebih RM400 juta. Ini tidak bermaksud apabila rakyat tidak bayar tol (atas kenaikan kadar), maknanya itu percuma. Kerajaan terpaksa juga membantu dengan membayar ganti rugi yang telah dimeterai," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Kabinet Menangani Kos Sara Hidup di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Dalam masa sama, Muhyiddin berkata, ahli jawatankuasa khas tersebut turut memutuskan supaya Kementerian Kerja Raya membuat kajian menyeluruh mengenai konsesi tol dengan semua syarikat konsesi.

Katanya, kajian tersebut adalah untuk melihat semula terma yang boleh dipersetujui bersama termasuk melanjutkan tempoh konsesi sebagai salah satu kaedah untuk tidak menaikkan kadar tol pada masa hadapan.

Dalam pada itu, beliau berkata, mesyuarat tersebut bersetuju memperuntukkan RM120 juta kepada tiga agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) bagi memastikan bekalan makanan yang telah dikenal pasti serta terpilih mencukupi di pasaran.

UTUSAN MALAYSIA

#VIDEO - Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan : Teresa Kok Pendek Akal, Rasis

Apa Itu #GST?

Kenapa Kerajaan Memperkenalkan GST !!! #Bajet2014 #Malaysia

UTUSAN MALAYSIA : Tolak Pemimpin Pentingkan Diri


KUALA LUMPUR 3 Feb. - Drama Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dipercayai dirancang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja pembangkang kalah dalam pilihan raya umum lalu dengan meniru model gerakan politik Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Hakikat itu diperkuatkan dengan pengakuan Anwar sendiri bahawa tindakan mengosongkan DUN Kajang pada 27 Januari lalu sudah dirancang dan strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membolehkan beliau bertanding walaupun sebelum ini berulang kali menafikannya.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, Ketua Pembangkang itu terdesak selepas cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi ditolak majoriti rakyat dalam pilihan raya umum lalu menyebabkan beliau memperjudikan Kajang demi nafsu politiknya.

"Anwar rasa dia perlu platform baharu. Sudah tentu kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor adalah terbaik kerana faktor kewangan yang besar. Dia cuba praktik gerakan politik seperti mana Erdogan semasa menjadi Gabenor Istanbul dan seterusnya muncul Perdana Menteri Turki.

"Tapi mungkin Anwar terlupa, geografi politik Malaysia dan Turki berbeza. Tidak mustahil cubaan beliau memperbodohkan rakyat Kajang bakal menjerat diri sendiri. Saya fikir rakyat Kajang sudah mula sedar siapa Anwar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dakwaan Ketua Pembangkang meniru gerakan Erdogan yang dinamakan 'Blueprint Projek Istanbul' di Kajang mula kedengaran apabila sebuah akaun Twitter bernama 'Aktivis Reformasi' mendakwa strategi tersebut dibentang kepada orang kepercayaan Anwar beberapa minggu lalu.

Semalam, Anwar ketika berceramah di hadapan lebih 200 penyokong PKR di Permatang Pauh, Pulau Pinang mengakui bahawa langkah meminta Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi DUN Kajang telah dirancang sebagai satu unsur kejutan bagi terus menarik perhatian umum kepadanya.

Beliau yang sebelum ini berulang kali menafikan rancangan tersebut malah pernah menuduh media sengaja mencipta spekulasi dipetik sebagai berkata:

"Peletakan jawatan Chin Cheh pada 27 Januari lalu dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu dan bukan secara mengejut."

Dalam pada itu, Anuar yang banyak menyimpan rahsia sulit Ketua Pembangkang tersebut berkata, Anwar terbukti seorang pemimpin yang tidak pernah mendahulukan rakyat walaupun pelbagai janji-janji manis ditaburkan kerana keutamaan beliau adalah kepentingan diri.

Katanya, Ketua Pembangkang itu tidak layak diangkat sebagai pemimpin dan cita-citanya mahu dilantik Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai batu loncatan untuk menjadi Perdana Menteri wajib ditolak pengundi Kajang.

"Anwar berani bertindak demikian kerana beliau yakin rakyat Malaysia berterusan boleh diperbodohkan tetapi saya fikir pengundi di Kajang cukup matang untuk menilai pemimpin yang pentingkan diri sendiri serta sarat dengan masalah moral seperti Anwar," katanya.

#PROJEKISTANBUL .. Apa Kaitannya Dengan #PRKkajang?

#PROJEKISTAMBUL


1. Semenjak kekalahan PRU13 menyentap Anwar Ibrahim kedunia realiti, dia menjadi semakin resah kerana telah kurang mendapat sokongan dari pihak asing. Ini kerana semenjak 1998 lagi beliau telah menjanjikan bahawa PKR dengan berbonekan DAP dan PAS sudah boleh menawan Putrajaya. Sampai 2014, Anwar masih ketua pembangkang dan makin bermasaalah pentadbiran parti PKR. Setelah kehilangan sejumlah besar penyokong dari Indonesia gara-gara kemarahan Yusuf Kalla, Anwar Ibraahim berasa terpinggir dan terjerumus dalam depressi hingga mengambil peluaang untuk perawaatan botox untuk menggembirakan hati.

2. Dalam kerunsingan yang beliau bukan lagi tunggak pembangkang, kerana pimimpin DAP yang jauh lebih muda seperti Lim Guan Eng, Tony Pua, Anthony Loke, Teresa Kok dan yang lain makin lantang dan dikenali, di PKR sendiri bintang Rafizi dan Nik Nazmi makin pudar. Tan Sri Khalid pula mengorak langkah positif dengan pentadbiran Selangor tanpa campur tangan Anwar. Selepas Khir Toyo, Selangor dibawah pimpinan kera pun akan maju, dan Tan Sri Khalid bukan kera. Dia adalah ahli korporat yang handal, dan pernah berperanan membawa Guthrie dan Sime Darby ke Malaysia ketika ‘Dawn Raid’ yang dirancang Tun Dr Mahathir.

3. Anwar masih dikelilingi isu personal dan isu liwat belum selesai. Dia mula bercatur. Azmin makin disisih oleh Faeqah dan inginkan ‘takhta’ MB Selangor. Khalid sudah tidak pedulikan kata Anwar dan hanya mahu mentadbir Selangor. Faeqah makin sombong sampai 6 bulan dah tak bercakap dengan Wan Azizah. Rafizi mula salah langkah dan mengeluarkan kenyataan yang lebih berunsur politik dari berunsurkan sifat beliau dahulu yang lebih strategik.

4. Anwar lebih menghabiskan masa di Indonesia sambil berfoya dengan Gunawan M, pengasas koran Tempo. Dia asyik bersembunyi di Four Seasons Jakarta, dan bersubahat dengan Kelab Pakatan Jakarta untuk menjatuhkan Zahrain yang tahu selok belok Anwar di Jakarta dan teman teman joli yang sering mengerumuni beliau. Dia nekad, perlu ada strategi baru. Enter, Rafizi.

5. Rafizi mencadangkan supaya Anwar menggunakan dana Selangor untuk menawan Putrajaya. Sebagai orang yang pandai study tapi tidak ada original idea sendiri, Rafizi menyelidik dari mana inspirasi (dan ciplak) akan datang. Sampailah dia di Istanbul dan strategi Recep Tayyip Erdoğan yang menawan Istanbul tahun 1994 dan menggunakan dana dari pelaburan 4billion dollar, projek awam dan pembinaan infrastruktur untuk menabung dana parti dan dana populariti untuk menjadi Perdana Menteri Turkey, selepas dipenjarakan pada tahun 1999.

6. Dengan itu, Anwar mengeluarkan kertas kerja Projek Istanbul, enam bulan lalu yang salah satu milestone ialah untuk Anwar menjadi MB Selangor. Tapi, Khalid nak diletakkan dimana? Tak mungkin Khalid akan berundur dengan begitu mudah. Nak minta tolong Wan Azizah pun susah, kerana semenjak rapat dengan Khalid, Faeqah sudah mula menjaugkan diri dari Keluarga Puaka ini. Salah satu caranya ialah melagakan Azmin dengan Khalid dan mengambil alih tempat Khalid ‘untuk parti’ dan menggunakan dana Selangor untuk menawan Putrajaya.

7. Itulah, secara am, Projek Istanbul.

Sumber

Tarikh-Tarikh Penting Menjelang #PRKkajang


TARIKH PENAMAAN CALON : 11 MAC 2014 (Selasa)

TARIKH PENGUNDIAN AWAL : 19 MAC 2014 (Rabu)

TARIKH HARI MENGUNDI : 23 MAC 2014 (Ahad)

Harga Barang Turun Bila Anwar Jadi MB Selangor #PKRKacauBilau

Anwar Lidah Bercabang! #PKRKacauBilau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers