Photobucket
Peluang Malaysia 50-50

Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN - Kapten pasukan hoki negara, Mohd. Madzli Ikmar Mohd. Nor menyifatkan peluang Malaysia untuk memenangi perlawanan sulung menentang Korea Selatan pada Kejohanan Hoki Piala Asia di Stadium Wisma Belia, di sini esok, sebagai 50-50.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan Malaysia mampu mencipta kemenangan kerana pernah menewaskan Korea Selatan sebelum ini.

''Walaupun dari segi fizikal dan ketangkasan bermain, mereka lebih baik tetapi kita pernah mengalahkan mereka sebelum ini.

''Kita pernah kalah dan menang dengan Korea Selatan malah pernah juga seri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Teluk Chempedak di sini semalam.

Menurut Mohd. Madzli, skuad negara telah membuat persiapan rapi menjelang perlawanan kali ini sejak awal tahun lalu di bawah jurulatih, Tai Beng Hai.

''Kita akan bermain bermati-matian kali ini dengan kelebihan bermain di tempat sendiri.

''Saya yakin kita boleh menang. Jika dilihat pada prestasi sebelum ini iaitu Piala Sultan Azlan Shah, kita mendapat tempat kedua," ujarnya.

Pencapaian pada Piala Sultan Azlan Shah itu akan dijadikan batu loncatan untuk meraih kejayaan dalam kejohanan kali ini.

Dengan prestasi mantap yang ditunjukkan pada sesi latihan. Malaysia dilihat mempunyai peluang yang cerah ke separuh akhir, ujarnya.

''Saya berharap pasukan kita tidak akan kehilangan mata dan berjaya mengalahkan pasukan seperti Jepun dan Bangladesh.

''Jika itu yang berlaku, peluang kita amat cerah," jelasnya.

Pada kejohanan kali ini, Malaysia disenaraikan bersama Korea Selatan, Jepun dan Bangladesh dalam Kumpulan A.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers