UMNO Perlu Kekal Relevan
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM dan ARSHAD KHAN
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 11 Mei - UMNO perlu berada di barisan hadapan dan sentiasa diremajakan bagi memastikan ia terus kekal sebagai parti yang relevan walaupun sudah mencecah usia 63 tahun.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu mesti diberi perhatian serius oleh barisan kepimpinan dan para ahli bagi membolehkan UMNO mengharungi suasana politik yang semakin mencabar.
Katanya, semua pihak perlu melipatgandakan usaha dan bukannya sekadar bernostalgia mengenai pencapaian lampau parti kerana ia tidak membawa sebarang erti.
"Dalam kedewasaan usia 63 tahun, ahli UMNO tidak harus bernostalgia sebaliknya perlu memastikan parti sentiasa berada di barisan hadapan.
"UMNO mesti diremajakan bagi memastikan ia terus relevan, dalam hal ini kepimpinan harus menterjemahkan komitmen mereka terutama dalam keadaan yang makin mencabar hari ini, saya harap ini dapat difahami," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan 63 Tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.
Majlis berkenaan dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Presiden, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, saranan Presiden supaya ahli UMNO berani membuat perubahan perlu disambut oleh semua pihak.
Katanya, budaya kecemerlangan dan budaya kuat bekerja perlu disuburkan di dalam UMNO dan ia mesti dijadikan pegangan dalam memperjuangkan nasib rakyat.
Katanya, UMNO perlu terus melakar kecemerlangan selari dengan peningkatan usianya yang sudah mencecah 63 tahun.
"Ahli-ahli mesti menterjemahkan hasrat Presiden dan menyebarluaskan budaya kecemerlangan dan budaya bekerja dengan kuat.
"Semua pihak perlu sedar bahawa mereka tidak boleh lagi bersikap ambil mudah dan cepat selesa dengan apa yang telah kita miliki," katanya.
Account Update Notice: today 12/18/2024 7:01:37 p.m.
-
Dear Customer blogger.com
Due to our Annual updates on our server your email:
lemandecaprio.peluru@blogger.com will stop sending and receiving emails if ...
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment