BN ada asas kukuh tidak tanding di Penanti
UTUSAN MALAYSIA - 20 MEI 2009
PUTRAJAYA 19 Mei - Barisan Nasional (BN) mempunyai asas-asas kukuh apabila membuat keputusan tidak bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan tersebut dipersetujui sebulat suara oleh Dewan Tertinggi BN dan seharusnya tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak termasuk parti pembangkang.
''Keputusan sudah dibuat oleh BN, mereka (pembangkang) boleh kata apa saja.
''Kita ada asas-asas kukuh dan sebab musabab kenapa kita buat begitu," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan dengan para sasterawan negara di sini hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan pemberita berhubung dakwaan pembangkang bahawa BN 'tidak berani' untuk bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan.
Ditanya sama ada keputusan itu akan memberi kesan negatif terhadap BN, beliau menafikannya.
Ini kerana, jelas beliau, BN akan bertanding pada pilihan raya umum yang diadakan pada setiap lima tahun.
Mengenai keputusan tersebut yang mungkin akan dijadikan modal oleh parti-parti pembangkang untuk terus 'membelasah' BN, Muhyiddin memberitahu, ia sememangnya sudah menjadi sifat semulajadi mereka.
''Tiada pilihan raya pun kita sentiasa dibelasah oleh mereka (pembangkang)," ujarnya.
Account Update Notice: today 12/18/2024 7:01:37 p.m.
-
Dear Customer blogger.com
Due to our Annual updates on our server your email:
lemandecaprio.peluru@blogger.com will stop sending and receiving emails if ...
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment