SUKAN
Dunia Terus Ditawan
Kosmo - 12 Mei 2009
PEMAIN skuasy wanita No. 1 dunia, Datuk Nicol Ann David terus gagah di persada dunia.
Kelmarin, dia menggenggam gelaran juara pada Kejohanan Skuasy Terbuka Cayman Islands selepas menewaskan pilihan kedua, Natalie Grainger dari Amerika Syarikat pada perlawanan akhir.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu hanya mengambil masa 33 minit untuk menewaskan Grainger 11-8, 11-6, 11-5.
Lebih menarik, kemenangan itu juga menepati sasaran Nicol yang mahu menebus kekecewaannya selepas ditewaskan oleh pemain yang sama pada perlawanan akhir Terbuka Kuala Lumpur Mac lalu.
“Perlawanan ini dianggap penampilan terbaik saya pada tahun ini. Saya berasa sangat gembira dengan kemenangan ini.
“Dia (Grainger) beraksi dengan cukup baik, namun saya berjaya mengatasinya kerana saya memberi lebih fokus pada perlawanan ini,” katanya.
Perlawanan akhir kejohanan yang menawarkan hadiah berjumlah AS$37,500 (RM137,625) itu merupakan penampilan ke-50 Nicol dalam Jelajah WISPA.
Nicol berkata, misi utamanya pada perlawanan tersebut adalah untuk mengurangkan kesilapan kerana Grainger merupakan seorang pemain yang cepat dan bijak membaca rentak lawan.
“Saya perlu konsisten dan terus memberi tentangan,” katanya.
Sementara itu, Grainger mengakui, Nicol beraksi lebih cemerlang sepanjang perlawanan itu dan memang sukar untuk ditewaskan.
“Saya bermula baik tetapi gagal mengekalkan rentak cemerlang itu.
“Pukulan saya juga kurang tepat dan kelemahan itu dipergunakan sepenuhnya oleh Nicol untuk mencatat kemenangan. Nicol memang berhak memenangi perlawanan ini,” katanya.
Account Update Notice: today 12/18/2024 7:01:37 p.m.
-
Dear Customer blogger.com
Due to our Annual updates on our server your email:
lemandecaprio.peluru@blogger.com will stop sending and receiving emails if ...
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment