Photobucket

Malaysia Berhasrat Jadi Tuan Rumah CHOGM 2019

PERTH – Malaysia berhasrat untuk menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2019, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata tarikh itu amat signifikan kerana kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah CHOGM ialah pada 1989, iaitu 30 tahun dari tahun itu.

Najib adalah antara 53 ketua kerajaan yang menghadiri CHOGM 2011 di sini yang dirasmikan oleh Ratu Elizabeth pada Jumaat.

Hari ini ialah hari terakhir CHOGM 2011 yang berlangsung selama tiga hari.

BERNAMA

Piala Malaysia Milik Negeri Sembilan...

Sekalung Ucapan Tahniah Dan Syabas buat pasukan bolasepak Negeri Sembilan yang telah menjuarai Piala Malaysia malam tadi, setelah berjaya menewaskan pasukan Terengganu pada Perlawanan Akhir kejohanan berprestij itu dengan jaringan 2-1.

Negeri Sembilan Julang Piala Malaysia 2011

SHAH ALAM – Negeri Sembilan berjaya menamatkan kemarau selama dua tahun bagi menjulang Piala Malaysia edisi ke-85 setelah mengalahkan Terengganu dengan kemenangan tipis 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam Sabtu malam.

Hairuddin Omar menjadi wira buat skuad Hoben Jang Hoben setelah menjaringkan gol penentuan apabila kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 sebelum berakhirnya 90 minit masa perlawanan.

Kali terakhir Negeri Sembilan menjulang piala itu ialah pada 2009 setelah menumpaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Beraksi di hadapan lebih 70,000 penyokong kedua-dua pasukan, kedua-dua pasukan bermula garang apabila masing-masing melancarkan serangan balas ke gawang lawan pada babak pertama namun buntu mencari gol pembuka tirai.

Negeri Sembilan terlebih dahulu melancarkan serangan awal ke atas Terengganu yang diketuai penyerangnya, Hairuddin sejurus tirai babak pertama bermula namun sepakannya sekadar lalu menyinggahi tepi tiang gol Terengganu.

Terengganu dihidangkan peluang terbaiknya pada minit ke-23 menerusi penyerang sensasi Abdul Manaf Mamat yang berjaya meloloskan diri ke dalam kotak penalti namun palang menjadi penghalang yang dikawal penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd Farizal Marlias.

Selang seminit kemudian, Negeri Sembilan pula mendapat peluang terbaiknya menerusi serangan balas hasil gerakan dan larian lincah yang dipamerkan oleh S.Kunanlan namun tersasar sepakan bolanya yang lalu di tepi gawang skuad Penyu itu hinggalah tamat babak pertama.

Berselang babak kedua berlangsung, Terengganu yang dikendalikan oleh Irfan Bakti Abu Salim terlebih dahulu berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-59 yang berpunca daripada satu serangan pantas hasil larian Abdul Manaf yang bijak menghidu peluang sebelum melorongkan bola kepada Ashaari Samsudin dalam kotak penalti.

Tanpa sebarang masalah, Ashaari pantas merembat masuk bola ke gawang menewaskan Mohd Farizal dan membuatkan penyokong Peteh Ganu Peteh bersorak keriangan.

Tersentak dengan keputusan itu, skuad Hoben Jang Hoben melancarkan serangan bertali arus dan hasilnya skuad kendalian Mohd Azraai Khor memperoleh gol penyamaan pada minit ke-81 yang dijaringkan oleh Kunanlan menerusi hantaran lambung yang menewaskan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee yang dilihat teragak-agak menangkap bola tersebut hingga membawa padah.

Selang lima minit kemudian Hairuddin selaku pemain senior terus mencurahkan ilmunya dan berjaya melengkapkan kemenangan dengan penyudah lipatan gunting ke sudut kanan gawang Terengganu hasil hantaran lintang daripada pemain tengah, Muhamad Shukor Adan.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan Piala Malaysia kepada pasukan Negeri Sembilan.

Hairuddin dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

BERNAMA

Benarkah Lokasi China Doll Akan Didedah?


Baca Di Sini

Himpunan Anti NAMEWEE

Karpal Lawyer Opportunis - YB Zulkifli Nordin


Ustaz Azhar Idrus Vs Nik Aziz

Transformasi Vs Reformasi

50 Dalil Pakatan Tidak Layak Jadi Pemerintah

Siapa Rosmah?

KANTOI : Gambar Fitnah Pembangkang Terhadap PM

Awie Sertai PEMUDA UMNO

KUALA LUMPUR – UMNO akan menerima beberapa lagi artis terkemuka menyertai parti itu esok.

Mynewshub difahamkan, antara artis tersebut adalah penyanyi dan pelakon popular tanah air, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie.

Awie dan beberapa artis terkemuka tanah air terbabit dijadual menyerahkan borang keahlian sebagai Pemuda UMNO.

Majlis penyerahan borang keahlian tersebut dipercayai akan disempurnakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Mynewshub turut difahamkan, majlis itu akan diadakan di Pejabat Pemuda, Menara Datuk Onn petang esok.

Media sebelum ini pernah melaporkan Datuk AC Mizal dan isterinya Datin Emylia Rosnaida menyertai UMNO Perak.

Selepas itu pengarah filem, Mamat Khalid turut dilaporkan media akan menyertai UMNO Bahagian Gopeng.

MyNewsHub

Steve Jobs : 1955-2011

Dunia teknologi kini merasakan kehilangan, setelah kematian Steve Jobs, pengasas Apple Product..satu jenama yang cukup terkenal dengan teknologi inovatifnya.

Digelar sebagai "The Modern Einstein" kerana mempunyai tahap kreativiti yang sangat tinggi serta daya kepimpinan yang luar biasa dan menjadi sumber inspirasi kepada ramai orang.

Apple product yang diilhamkan oleh Steve Jobs, menjadi satu evolusi dalam perkembangan teknologi hujung jari dan pencetus kepada perkembangan teknologi yang sedang berkembang pesat di dunia pada hari ini. Selain itu, teknologi Apple ini juga telah memujudkan satu daya saing yang hebat di antara pengeluar gajet canggih hari ini dalam menghasilkan gajet-gajet canggih seperti smartphone, tablet dan sebagainya.

Tribute To Dato' Ahmad Jais







The Power Of Stupid People

Lebih Menjimatkan Di Kedai Rakyat 1 Malaysia!



Serbuan JAIS Ke Kompleks Dream Centre Tidak Salah - Sultan Selangor

Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor amat mengambil berat di atas tindakan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasan, Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas majlis ‘Thanksgiving Dinner’ yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu.

Beta amat berharap agar rakyat Negeri Selangor tanpa mengira bangsa dan agama tidak menyalahanggap dan mempertikaikan tindakan JAIS tersebut sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil oleh pihak JAIS.

Sebagai sebuah Jabatan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam dalam Negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat untuk memastikan Agama Islam dalam Negeri Selangor ini sentiasa dipelihara dan dimartabatkan selaras dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Negeri Selangor di bawah Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan juga agama Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Pihak JAIS telah menyembahkan kepada Beta laporan penuh mengenai pemeriksaan yang telah dijalankan di kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya tersebut dan juga tindakan susulan yang telah diambil oleh JAIS. Beta sendiri telah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan Beta berpuas hati bahawa tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor ini.

Tindakan JAIS tersebut adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988.

Agama Islam yang diamalkan dalam Negeri Selangor ini adalah sebuah agama yang penuh toleransi. Penganut agama Islam sentiasa dipupuk agar menghormati penganut-penganut agama lain. Walaupun begitu, mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan untuk cuba mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam. Ini adalah selaras dengan Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988 yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.

Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh, Kerajaan Selangor 1959, Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan telah memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing dengan aman dan harmoni. Hak kebebasan tersebut telah pun berjalan dengan penuh harmoni dalam Negeri ini. Beta amat berharap keharmonian tersebut yang telah wujud sekian lama terus dikekalkan. Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam.

Merujuk kepada siasatan pihak JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan aqidah umat Islam. Tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil. Oleh itu setelah meneliti dengan secara mendalam laporan oleh pihak JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, Beta bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun Beta menitahkan JAIS memberikan kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipulihkan. Beta juga menitahkan JAIS supaya menjalankan aktiviti dakwah terhadap orang Islam dengan lebih kerap dan tersusun supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.

Beta amat berharap selepas daripada ini, apa-apa kegiatan dan aktiviti yang sedang berjalan atau yang akan berjalan bagi tujuan mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam dalam Negeri Selangor ini hendaklah dihentikan segera dan tiada kegiatan dan aktiviti yang serupa dijalankan di masa hadapan.

Sesungguhnya Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor ini amat mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan aqidah orang Islam dalam Negeri Selangor ini. Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakan pemantauan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak-agak lagi selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

Beta juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil berat berkaitan isu ini dan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada JAIS.

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj
Sultan Selangor Darul Ehsan
12hb Dzulkaedah 1432Hijrah
10hb Oktober 2011

Video SEX : Betulkah Anwar Dalam Klip Ini..?

SUBSIDI : Kerajaan Tanggung 20.58 Bilion

Teks Penuh Ucapan Belanjawan 2012


“DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA”

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2012 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.

MUQADDIMAH

Saya mulakan lafaz ucapan Bajet tahun 2012 ini dengan menyebut kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim.

Tuan Yang di-Pertua,

Seperti berulang-ulang disurat dan disiratkan dalam Al-Quran yang suci bahawa Allah SWT menyeru kepada kita semua agar menuju sebuah kehidupan dalam suasana ketenteraman, kemakmuran, kesepaduan dan kesejahteraan sebagai orang-orang budiman dan berbakti.

Seperti firman-Nya dalam surah Quraish ayat 3 dan 4:

“Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini yakni Ka’abah, yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.”

Selanjutnya baca di sini..

Bonda Isteri Sultan Johor Mangkat

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Bonda isteri Sultan Johor, Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Raja Perempuan Muzwin mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) petang tadi.

Jenazah Almarhumah akan dibawa ke Istana Riswin di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh sebelum disemadikan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Zohor.

UTUSAN MALAYSIA

Kupasan Hukum Hudud - Oleh Ustaz Fathul Bari

Anwar Ibrahim Telah Menghina Hakim Mahkamah

Belanjawan Pembangkang Untuk Tarik Undi

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Belanjawan bayangan yang diumumkan pembangkang semalam hanya bersifat populis bertujuan meraih undi rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Penganalisis politik, Prof. Madya Dr. P. Sivamurugan berkata, belanjawan tersebut juga merupakan belanjawan yang meletakkan angka dan nilai besar bukan pada tempat sepatutnya.

"Ia seolah-olah mahu memberi apa sahaja secara tidak rasional dan praktikal serta tidak berdasarkan kedudukan kewangan sehingga boleh mengakibatkan kesan buruk kepada masyarakat dan negara.

"Persoalannya, apakah tujuan sebenar pembangkang mengenai belanjawan ini? Adakah hanya untuk meraih undi sehinggakan bersedia membenarkan negara menanggung beban besar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai belanjawan bayangan yang dikemukakan oleh pembangkang tiga hari sebelum kerajaan membentangkan Belanjawan 2012 Jumaat ini.

Tambah Sivamurugan, belanjawan pembangkang itu dilihat akan membantutkan usaha negara menjadi negara maju.

"Pengumuman awal yang dibuat juga bagi menunjukkan seolah-olah mereka lebih baik daripada kerajaan. Sepatutnya, pembangkang mendengar dahulu belanjawan yang akan diumumkan dan membahaskan jika terdapat sebarang cadangan atau bantahan.

"Rakyat diharap tidak terpedaya dengan nilai-nilai besar yang dijanjikan dalam belanjawan itu dan saya juga tidak melihat di mana kesejahteraan yang mereka katakan itu," ujarnya.

UTUSAN MALAYSIA

Senyum Kambing : Belanjawan 2012

ADUN Johol Meninggal Dunia


ADUN Johol, Negeri Sembilan, Datuk Roslan Md Yusof, meninggal dunia jam 4 pagi tadi di di Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah dipercayai akibat komplikasi paru-paru.

Allahyarham, yang berusia 58 tahun, dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas mengadu sesak nafas semalam.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Zawayah Marzuki, 53, dan lapan orang anak, tiga lelaki dan lima perempuan berumur 28 hingga 17 tahun.

Roslan, seorang bekas guru yang mewakili BN mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol pada pilihan raya umum 2004.

Pada pilihan raya umum 2008, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah itu mengalahkan calon PAS, Kamarudin Md Tahir dengan majoriti 1,263 undi.

Tidak ada pilihan raya kecil akan diadakan kerana Dewan Undangan Negeri telah melalui tempoh dua pertiga daripada penggalnya. Maka, kekosongan kerusi di Johol hanya akan diisi pada pilihan raya umum akan datang.

Air Sungai Kotor di Selangor.. Apa Kerajaan Negeri Selangor Buat?

JOM BERJIMAT! di Kedai Rakyat 1Malaysia...

Namewee Maki Hamun UTUSAN MALAYSIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers