Photobucket

VIDEO : Inilah Yang Diagung-Agungkan Oleh PAS

Perkara Sebegini Wajib Dibendung Agar Kesucian Agama ISLAM Dapat Dipertahankan Dan Dimartabatkan.. Bukannya Dipersendakan Dan Diperlekehkan...

Diharap Para Pembaca Dapat Menilai Dengan Iman Dan Penuh Keinsafan..

Sedarlah Bahawa Agama Kita Sedang Dipersendakan..!!!

2 Buah Kapal Israel di Pelabuhan Klang?

GAMBAR HIASAN

Kecoh di beberapa blog pembangkang dan twitter pembangkang bebal tentang kehadiran 2 buah kapal yang didakwa kononnya kapal dari Israel.

VIDEO : ANUwar Tak Boleh Jadi PM

UMNO Perlu Ganti Peranan PAS


KUALA LUMPUR 19 Feb. – UMNO diminta menggantikan peranan memperjuangkan Islam yang ditinggalkan Pas agar parti Melayu tersebut memperoleh sokongan padu daripada umat Islam terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkata, berdasarkan kajian akademik beliau selama ini, UMNO dilihat mempunyai beberapa kelebihan dari segi politik sekiranya parti pemerintah itu menggunakan pendekatan sedemikian.

Katanya, memandangkan Pas kini telah kehilangan identiti dan perjuangan asal mereka demi kuasa politik, maka UMNO sekarang menjadi tonggak kepercayaan golongan ulama dan cendekiawan Islam sebagai benteng akidah paling hadapan umat agama tersebut.

“Apa yang saya nampak, sekiranya strategi ini digunakan, sokongan terhadap UMNO akan bertambah kerana orang Melayu dan Islam ini tidak boleh dipisahkan.

“Dahulu UMNO dituduh parti bukan Islam, sekular dan sebagainya, namun kini mereka perlu mengambil ruang itu. Saya yakin UMNO dapat mengetuk pintu hati masyarakat apatah lagi ketika ini Pas telah berkawan dengan pihak yang ternyata menentang Islam.

“Pas bertukar ke arah liberal disebabkan strategi berpolitik baru mereka yang bermatlamatkan kuasa. Ini yang berlaku kini, berbeza dengan pendirian parti itu dahulu, yakni begitu fanatik. Kenapa ia berlaku? Kerana mereka nampak ruang dan peluang itu untuk mendapat sokongan daripada skop yang lebih besar,” katanya.

UTUSAN MALAYSIA

Kestabilan Negara Punca Ramai Jutawan Di Malaysia

Jutawan Malaysia menjadi kaya disebabkan dasar dan kestabilan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Saya melihat akhbar semalam ... senarai jutawan Malaysia. Saya teliti setiap seorang daripada mereka. Mungkin ada beberapa di dalam bilik ini hari ini. Setiap seorang daripada mereka menjadi kaya kerana dasar kita," kata beliau ketika merasmikan persidangan sehari "Cina Malaysia di Persimpangan Politik" yang dianjurkan bersama oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia serta kumpulan pemikir MCA, Insap, di sini.

Najib berkata jutawan ini, sama ada memegang konsesi atau berada pada tempat betul dan masa yang tepat.

Beliau berkata jutawan mendapat manfaat daripada kestabilan Malaysia dan kerajaan akan terus memastikan pertumbuhan dan mewujudkan lebih banyak peluang.

Menurut Najib, Cina Malaysia lebih bersikap keusahawanan berbanding Bumiputera dan kerajaan akan terus menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik untuk menjalankan perniagaan.

"Walaupun mereka tidak mendapat konsesi, mereka perlu berada di tempat yang betul dan pada masa yang tepat. Mereka mendapat manfaat daripada dasar kita, mereka mendapat faedah daripada kestabilan yang kita berikan kepada negara ini.

"Kita akan terus memastikan negara akan berkembang dan akan mewujudkan lebih banyak dan banyak lagi peluang," kata beliau.

Najib juga berkata kerajaan akan terus mendengar masalah orang Cina Malaysia.

"Kita akan memastikan terdapat lebih banyak peluang kepada mereka untuk maju dalam negara ini, " kata beliau lagi.

BERNAMA

Slogan 'PAS For All'.. Macamana?

DAP Mahu Kerusi PM

Debat diantara Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng mendedahkan belang sebenar apa yang dicita citakan oleh DAP didalam politik negara ini.

Keratan daripada TheStar
Malaysian Malaysia,kehendak Lim Kuan Yew.

Menyedari tidak memungkinkan bukan melayu menjadi PM kerana memerlukan sokongan majoriti dewan rakyat,maka jarum halus ditusuk jauh kedalam hati kaum cina dengan menjanjikan bulan dan bintang dan dalam masa yang sama menyakiti perasaan kaum majoriti dinegara ini.

Menyedari kaum Cina bukan dominan didalam negara ini,maka DAP tidak akan berasa rugi apa apa jika memainkan politik perkauman.Sebaliknya mereka menantikan kritikan dan tindak balas daripada orang melayu untuk meraih sokongan yang lebih tinggi daripada kaum cina.

Jika mana mana pihak membantah dengan kenyataan Lim Guan Eng ultrakiasu rasis chauvanis ini,mereka akan dilihat sebagai tidak adil,rasis dan perkauman kerana menghalang hak rakyat Malaysia sedangkan apa yang DAP tidak beritahu kepada penyokong mereka bahawa adalah perlu mendapatkan sokongan majoriti di Parlimen yang sudah tentu pasti perlu sokongan daripada kaum yang dominan dinegara ini .

DAP mahu bangsa melayu beremosi didalam kenyataan yang berupa satu bentuk hasutan jahat oleh Lim Guan Eng,ini kerana umum sudah tahu si rasis seperti Guan Eng dan DAP mahukan sokongan kaum cina dengan menaburkan hatred politic.

Guan Eng sengaja timbulkan isu baru untuk tutup skandal 10billion!

Pisau kata "dia pukul orang,dia kata dia yang kena pukul"

PAS : Tak Pernah Konsisten !!!

Agong Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

DAULAT TUANKU!
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan menerima sijil pengiktirafan dari Malaysia Book of Records sebagai sultan pertama dilantik Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua.

Baginda menerima buku dan sijil pengiktirafan tersebut daripada Pengarah Urusan The Malaysia Book of Records Datuk Danny Ooi di Istana Negara, di sini.

Turut berangkat mengiringi baginda pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Kali pertama Tuanku Abdul Halim dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ialah pada 21 Jan 1970 hingga 20 Sept 1975 semasa berusia 43 tahun, sebelum sekali lagi dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Sementara itu, dalam majlis berasingan di Istana Negara, Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan menerima selempang Penaung Diraja Pandu Puteri sebagai tanda menjadi penaung baru persatuan tersebut.

Selempang tersebut bersama sepersalinan Pandu Puteri diserahkan oleh lima anggota persatuan itu kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebelum diserahkan kepada Seri Paduka.

Turut hadir ialah Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Pandu Puteri dan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Datin Seri Zalillah Mohd Taib.

BERNAMA

KWSP Umum Dividen 6%, Tertinggi Dalam Sejarah

Tiada Peserta Menu Rakyat 1Malaysia Muflis


KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak menerima laporan mengenai kedai makan yang menyertai program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) jatuh bankrap.

Sebaliknya, Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata premis makanan terbabit berjaya meningkatkan keuntungan masing-masing berikutan pertambahan pelanggan.

“Keuntungan difahamkan bertambah kerana menu yang murah dapat tarik ramai orang untuk datang, itu lebih baik berbanding kalau harga mahal tapi tiada pelanggan,” katanya, di sini Isnin.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Gerakan Pengguna Siswa (GPS) peringkat negeri Sarawak dan penyampaian sijil Menu Rakyat 1Malaysia di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Ismail Sabri berkata sehingga hari ini, sebanyak 1,314 premis makanan di seluruh negara menyertai MR1M dan kementerian itu mensasarkan 3,000 penyertaan pada akhir tahun ini.

BERNAMA

VIDEO : Tribute To Latiff Ibrahim

Latiff Ibrahim Meninggal Dunia.. AL-FATIHAH..!!

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Penyanyi dan pelakon era 70-an, Latiff Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara, di sini pada pukul 5.50 petang tadi akibat komplikasi jantung.

Jenazah beliau akan dibawa ke Taman Keramat, Kuala Lumpur untuk urusan pengebumian.

UTUSAN MALAYSIA

Kerja Jahat Siapa Pulak Ni?

PM Difitnah Lagi..
Setelah Pembangkang gagal dalam usaha memburukkan imej PM pada sambutan Taipusam baru-baru ini.. Mereka sekali lagi tampil dengan mengedarkan gambar diatas sebagai bahan fitnah yang menjadi darah daging Pembangkang.

Gambar di atas merupakan gambar super impose yang dihasilkan pembangkang bagi tujuan memfitnah YAB Perdana Menteri dalam Isu Penggadaian Akidah. Bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap Penggadaian Akidah sebenar yang telah dilakukan oleh ANUwar Ibrahim pada Pesta Ponggal yang lalu.

Piala Thomas : Malaysia Lepasi Halangan Korea



Lagi Pendedahan Gambar Gadai Aqidah Dan Agama

ANWAR Tuduh DS Najib Gadai Agama...



Yang Mana Lebih Dahsyat? Saksikan Dan Fikirkan...

DS NAJIB

ANWAR..

Indeks Jenayah Menurun



PUTRAJAYA : Penurunan indeks kadar jenayah secara keseluruhan sejak Januari hingga November lalu menunjukkan segala usaha yang dijalankan pelbagai pihak terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatat kejayaan, sekali gus melepasi sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman berkata, sepanjang tempoh berkenaan, indeks jenayah keseluruhan turun 16 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu manakala indeks jenayah jalanan juga turun sebanyak 38 peratus.

“Pencapaian itu menunjukkan sasaran penurunan indeks jenayah di bawah NKRA kementerian sebanyak lima peratus hingga akhir tahun ini melebihi sasaran sebenar kerana penurunan yang dicatatkan adalah sebanyak 16 peratus.

“Malah, indeks jenayah jalanan juga turun kepada 38 peratus tahun ini berbanding sasaran sebenar iaitu 20 peratus.

“Kementerian bukan saja sudah mencapai sasaran, tetapi jauh melebihi sasaran yang ditetapkan, sekali gus menunjukkan satu pencapaian yang amat membanggakan,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri, di sini, semalam.

Abu Seman berkata, bagi memastikan program pemulihan banduan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, Jabatan Penjara Malaysia sudah merangka modul pemulihan yang lebih fokus mengikut kategori penghuni.

Menurutnya, setiap modul dibuat berdasarkan kes kemasukan atau peringkat umur bagi memudahkan proses pemulihan.

“Jabatan berkenaan sudah merangka strategi yang sesuai dan berkesan mengikut keperluan semasa dalam usaha memulihkan banduan berkenaan, selain mengurangkan kes pesalah berulang (residivis).

“Malah, setiap penghuni juga turut diberikan kemahiran yang sewajarnya sepanjang menjalani pemulihan dan bidang kemahiran asas yang sentiasa diperluas dari semasa ke semasa untuk memberi lebih banyak pilihan,” katanya.

METRO

VIDEO : Anwar Bermasalah

Kronologi Pemecatan Hasan Ali

BR1M Bukan Rasuah - SPRM



KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 adalah rasuah dari Kerajaan.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata bantuan itu adalah untuk meringankan beban rakyat terutama golongan miskin.

“Itu (BR1M) bukan rasuah,” kata beliau semasa sesi soal jawab mengenai ‘Memperkukuh Integriti dan Menghapus Penipuan Perolehan’ pada Forum Perolehan Kebangsaan untuk Sektor Awam dan Swasta 2012 di sini Selasa.

Beliau berkata terpulang pada rakyat untuk memutuskan sama ada mereka puashati dengan usaha kerajaan itu dan bukan menerusi dakwaan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan.

Abu Kassim berkata negara-negara Barat juga ada melaksanakan skim seumpama itu.

BERNAMA

6 Pasangan Kekasih Ditahan Khalwat

PETALING JAYA – Menjelang sambutan Hari Kekasih atau Valentine Days malam tadi, seramai enam pasangan muda ditahan di bilik-bilik hotel bajet di sekitar daerah ini dalam operasi bersepadu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Operasi bermula pukul 1 pagi itu turut melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan polis.

Jurucakap JAIS berkata, antara kawasan yang menjadi tumpuan bagi melakukan pemeriksaan ialah sekitar Kota Damansara dan Seri Damansara.

“Daripada lebih 10 hotel bajet yang diperiksa, kita telah menahan enam pasangan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun kerana berdua-duaan di dalam bilik.

“Kesemua mereka ketika ditahan memberikan kerjasama yang baik walaupun terdapat segelintir yang hanya membuka pintu selepas dipanggil beberapa kali,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua pasangan yang ditahan kemudian dibawa pulang ke ibu pejabat JAIS untuk disoal siasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat.

Katanya, pasangan tersebut kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebelum menunggu tindakan selanjutnya.

::AMAN KAMPUS:: Banyak Perkara Manfaat Boleh Dilaksana Mahasiswa Selain Berdemo..

Satria Neo S2000 Juara S-WRC Di Sweden

Kemenangan sulung pasukan Proton melalui pemandunya PG Andersson telah berjaya direalisasikan di Rali Sweden.

Kejayaan ini merupakan yang pertama bagi Proton dalam S-WRC yang mula disertai oleh mereka mulai tahun ini.

Selain itu PG Andersson juga menduduki tempat ke -12 keseluruhan termasuk kereta WRC.

Pencapaian ini amatlah membanggakan kita semua & seluruh rakyat Malaysia.

Tahniah & syabas diucapkan, semoga teruskan kejayaan di pusingan yang berikutnya.

Valentine Day HARAM Disambut

PAS Halang Perjuangan ISLAM..


PROTON Hampiri Kejuaraan Sulung Di Rally Sweden..

Pemandu pasukan Proton yang memandu jentera Neo S2000, Per Gunnar Andersson ketika ini sedang mendahului kategori S-WRC di Rali Sweden. Berada 2 minit 6 saat di hadapan pemandu Ford, Craig Breen yang berada ditempat kedua & pemandu Skoda, Pontus Tideman yang 1 minit 59 saat dibelakangnya, ditempat ketiga selepas 9 pusingan.

VIDEO : Tribute To Whitney Houston - "I Will Always loveYou"

Fatehah, Josiah Raih Emas Acara Trek ACC 2012

KUALA LUMPUR – Malaysia menutup acara trek Kejohanan Berbasikal Asia ke-32 dan Kejohanan Berbasikal Remaja Asia ke-19 dengan menambah dua pingat emas dan dua perak.

Pingat emas diraih Fatehah Mustapa dan Josiah Ng, masing-masing dalam acara Keirin elit wanita dan lelaki, manakala pingat perak disumbang Mohd Azizulhasni Awang (elit lelaki) dan Ummi Hamimah Mohamad (remaja perempuan) dalam acara yang sama.

Fatehah, 23, mengukir sejarah tersendiri apabila kejayaan meraih pingat emas hari ini menjadikan beliau sebagai pelumba wanita Malaysia yang berjaya meraih pingat emas di Kejohanan Berbasikal Asia.

“Saya gembira dapat pingat emas acara ini. Ia satu kenangan yang tidak mudah untuk saya lupakan. Hari ini, saya betul-betul puas hati. Selalunya hanya pingat perak atau gangsa. Sudah dua tahun saya tidak dapat pingat dalam acara keirin.

“Masa undian tadi (undian kedudukan permulaan sebelum memulakan perlumbaan) saya di belakang pelumba Hong Kong dan saya memang hendak berada belakang dia sebab dia mempunyai kayuhan yang paling laju. Pada selekoh terakhir, baru saya terus memecut,” katanya.

Pingat perak acara itu dimenangi Xu Yulei dari China dan Lee Wai Sze dari Hong Kong mendapat pingat gangsa.

Ditanya mengenai kelayakan ke Sukan Olimpik London, Fatehah berkata kejayaan hari ini mungkin membolehkan beliau beraksi buat pertama kali di temasya sukan terbesar dunia itu.

“Buat masa ini, saya berada di belakang pelumba China (Guo Shuang) dan dikedudukan ketiga ialah pelumba Hong Kong (Lee Wai Sze). Jarak mata saya dengan Hong Kong sudah jauh ditambah dengan hari ini tidak tahulah berapa,” katanya.

Bagi menghadapi Kejohanan Dunia di London minggu depan, Fatehah tidak mahu terlalu yakin kerana lebih banyak negara yang akan menyertainya.

“Saya tidak mahu terlalu yakin. Bagi saya, biar dari bawah dan sasaran saya ialah untuk melayakkan diri ke peringkat akhir,” katanya.

Selain meraih pingat emas, Fatehah turut meraih satu perak melalui acara pecut (sprint) dan satu gangsa dalam acara 500m ujian masa.

Sementara itu pelumba veteran Josiah, yang membuat penampilan pertama di tempat sendiri lebih daripada sedekad, menggembirakan penyokong tempatan apabila menamatkan perlumbaan untuk memberi kedudukan 1-2 kepada Malaysia dengan Mohd Azizulhasni merangkul perak.

Pingat gangsa dimenangi pelumba Jepun, Yudai Nitta.

Selepas menamatkan saingan dalam acara trek, Malaysia setakat ini berada di tempat ketiga keseluruhan dengan tiga emas, tiga perak dan dua gangsa, manakala Hong Kong mendahului dengan 5-3-4 dan China dengan 4-2-2.

Kejohanan Berbasikal Asia dan Kejohanan Berbasikal Remaja Asia akan diteruskan dengan acara perlumbaan lebuh raya yang akan bermula Selasa ini.

BERNAMA

Whitney Houston Ditemui Mati..

Penyanyi diva pop antarabangsa terkenal, Whitney Houston dilaporkan meninggal dunia seorang diri ketika ditemui salah seorang rakan terdekatnya di tingkat empat kamar hotel, Beverly Hilton, pada jam 3.55 petang (waktu tempatan) semalam.

ASPIRASI Anjur Jelajah Aman Kampus, Tolak Cubaan Pesongkan Mahasiswa



Program anjuran Aspirasi ini turut mendapat sokongan daripada berbagai-bagai NGO termasuk Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia, Gagasan Pelajar India 1Malaysia.

Program selama tiga minggu yang akan menjelajah ke-20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan lima institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu adalah bersandarkan kepada empat asas utama.

Pertama, bagi memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di kampus sentiasa dipelihara agar penekanan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri serta akademik dapat direalisasikan.

Kedua, bagi menyuntik semangat patriotik kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan.

Ketiga, menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat member impak terhadap sosiopolitik negara serta pembangunan intelek mahasiswa.

Keempat, untuk menterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tanda tangan mahasiswa serta warga kampus.

Anwar 'HERO' ISRAEL Dan YAHUDI

Anwar Punca Hasan Ali Dipecat

Ahli KITA Lupakanlah Zaid - Zamil

KETUA KITA Datuk Zaid Ibrahim didesak oleh pemimpin parti tersebut supaya keluar bersama-sama penyokongnya jika beliau mendapat sokongan di atas cadangan membubarkan parti tersebut.

Itu cabaran Pengerusi KITA Kedah Zamil Ibrahim dalam satu kenyataan media petang Sabtu.

"Jika beliau kata ada penyokongnya yang akan ikut, saya cabar beliau bersama penyokong setianya keluar (KITA) dan sertailah mana-mana parti yang pelawa mereka," kata beliau.

Sebelum ini, cadangan Zaid untuk membubarkan KITA mendapat bantahan ahli parti tersebut dan perkara itu disuarakan dalam sidang media oleh lima pemimpin KITA dari Selangor, Johor, Sabah, Pulau Pinang dan Kedah pada 3 Feb lalu.

Menurut Zamil, ahli KITA tidak mudah tertipu dan diperkudakan oleh Zaid.

"Adakah ahli KITA bodoh nak ikut pemimpin macam ini,?" soal beliau.

Menurutnya, ahli KITA diminta bersabar sementara beliau dan teman-teman menyusun langkah tertentu demi menjaga serta memperkasa kembali Parti KITA untuk masa hadapan.

"Lupakan Datuk Zaid, kita wajar mara ke hadapan," kata Zamil.

AGENDA DAILY - 06.02.2012

Melayu..Ahli UMNO Tak Daftar Pemilih??


Kes Berat... 400,000 Ahli UMNO Belum Daftar Sebagai Pengundi


Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan hampir 400,000 ahli UMNO belum mendaftar sebagai pengundi.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut kata beliau, kini pihaknya menubuh gerakan khas di peringkat Ibu Pejabat UMNO untuk mengesan ahli-ahli yang belum mendaftar tersebut.

"Gerakan khas ini kita tubuh hendak kesan mereka, tapi bukan senang, ada di antaranya yang sudah berpindah dari alamat yang diberikan sebelum ini," kata beliau dalam sidang media sempena pelancaran konvoi Aman Kampus Kembara Mahasiswa di Putrajaya pagi Isnin.

Beliau sebelum itu menjawab soalan wartawan yang bertanyakan mengenai pengumuman SPR baru-baru ini bahawa ramai pengundi Melayu yang layak belum mendaftar sebagai pengundi.

Menurut Tengku Adnan, sebagai parti politik, UMNO dan Barisan Nasional sudah berusaha mendaftarkan sebanyak mungkin pengundi tetapi tidak mengetahui maklumat terkini mengenai kaum mana yang paling banyak belum daftar.

"Itu kerja SPR, kita tak tahu, yang kita tahu berapa yang sudah berdaftar, macam di Selangor, kita dapat ada 400 ribu pengundi kali pertama yang baru berdaftar," katanya.
UMNO merupakan parti politik Melayu dengan jumlah keahlian paling besar iaitu mencecah 3.4 juta orang selepas program pemutihan ahli diadakan dua tahun lalu.

Proses pemutihan sebelum ini membabitkan ahli yang dikeluarkan kerana tidak dapat dikesan dan meninggal dunia.

Sebelum itu, ketika berucap merasmikan program konvoi Aman Kampus Jelajah Mahasiswa, Tengku Adnan berkata sebagai golongan pandai dan harapan negara, mahasiswa seharusnya bijak berfikir dan membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan sesuatu perkara secara keterlaluan.

"Bila kita dirasuk atau diracuni pemikiran sehingga kadang-kala kita tidak ada timbangtara langsung. Jadi kita mesti gunakan akal kita untuk membuat timbangtara sebab mahasiswa nak idealisme-idealisme yang tertentu tetapi kita juga mesti gunakan akal kita untuk membuat apa yang kita patut hendak buat," katanya.

Beliau berkata tindak tanduk mahasiswa yang keterlaluan juga tidak sama sekali menjejaskan nama baik universiti dan ketenteramaan awam negara ini.

Katanya sebagai kerajaan yang prihatin dan utamakan kebajikan rakyat, kerajaan sedia mendengar ketidakpuasan, rungutan, cadangan dan idea mahasiswa serta melakukan penambahbaikan sekiranya perlu.

Dalam pada itu, Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya berkata pembangkang telah mewujudkan satu unit tindakan daerah di seluruh negara bagi meracuni fikiran dan memecah belahkan rakyat.

"Mereka ini diasuh oleh orang tertentu untuk memecah belahkan masyarakat. Mereka masuk dalam kawasan tertentu iaitu kawasan sasaran yang mereka menang nanti dan mereka akan racun pemikiran rakyat," katanya.


AGENDA DAILY - 6-2-2012

:: VIDEO :: Ustaz Fathul Bari Balun PAS..

Orang Melayu Jangan Khianati Bangsa Sendiri Dengan Menyertai DAP



“Saya menasihatkan agar orang melayu, jangan jadi pengkhianat bangsa melayu dengan menjadi ahli DAP. Inilah pandangan peribadi saya. Bagi saya, sekiranya orang melayu menjadi ahli DAP dan membiarkan diri mereka dipergunakan demi kepentingan politik DAP, mereka sebenarnya adalah pengkhianat bangsa melayu,” ujar Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Shahanim Mohamed Yusoff.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pergerakan DAP yang dilihat semakin aktif cuba merekrut bangsa melayu menjadi ahli parti tersebut dan kononnya bakal diletakkan sebagai calon di Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya, pada hari ini kuasa politik orang melayu telah berpecah kepada tiga iaitu UMNO, PAS dan PKR. Inilah yang menjadi antara punca di mana orang melayu tidak dihormati. Parti-parti melayu telah berpecah belah dan ini merupakan agenda politik DAP yang mahu meracik-racikkan perpaduan orang melayu untuk mengelakkan orang melayu dari terus bersatu.

“DAP sedar, sekiranya orang melayu bersatu, mereka akan hancur. Jadi tindakan DAP merekrut orang melayu menjadi pemimpin DAP dan mungkin akan diletakkan sebagai calon di PRU nanti sebenarnya adalah merupakan satu ancaman kepada bangsa melayu itu sendiri.

“Di sini saya ingin tekankan bahawa DAP tidak ada lagi rekod berjasa kepada rakyat khususnya kepada bangsa melayu. Hari ini DAP merasakan undi orang melayu itu penting. Apakah agenda mereka sebenarnya. Pada PRU 2008 DAP terpaksa menyerahkan satu jawatan Menteri Besar kepada PAS kerana mereka tidak mampunyai pemimpin melayu di kalangan DAP.

“Jadi inilah tujuan mereka merekrut orang melayu menjadi ahli DAP kerana ingin mempergunakan mereka ini untuk berkuasa. Sekiranya mereka mempunyai calon bangsa melayu yang sesuai, sudah pasti parti mereka semakin kukuh dan dengan mudah mereka mampu menyingkirkan rakan sekutu mereka.

“Jadi tidak hairanlah sekiranya pada PRU akan datang mereka akan meletakkan calon melayu mewakili DAP kerana mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa. Sebab itu saya merasakan DAP adalah satu parti couvenis,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Selaku Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Shahanim berharap agar orang melayu jangan membiar dan memberi peluang kepada DAP mempergunakan bangsa melayu semata-mata untuk DAP mencapai hasrat jahat mereka. DAP tidak pernah telus dalam berpolitik dan setiap tindak tanduk mereka pasti ada agenda yang tersembunyi.

Sumber : MediaUMNO

Parti KITA Bakal Berkubur?

Khabarnya hari ni Datuk Zaid Ibrahim mengadakan satu mesyuarat agung luar biasa.. khabarnya parti KITA bakal dibubarkan..betul ke?





Anwar.. Harapan Baru YAHUDI?



Tanda-Tanda Pilihanraya Semakin Hampir.. Pembangkang Mula Jual Ubat!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers